CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2729|Reply: 11

[Tempatan] 40,000 saksikan istiadat diraja

[Copy link]
Post time 21-4-2014 11:39 AM | Show all posts |Read mode


TEMERLOH - Lebih 40,000 rakyat jelata hadir memeriahkan Istiadat Diraja Bersama Rakyat Sempena Istiadat Berkhatan dan Bertindik Paduka-Paduka Anakanda Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah yang julung kali diadakan bersama rakyat jelata di Dataran Temerloh malam kelmarin.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom berkenan berangkat ke istiadat itu.

Turut berangkat, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah serta kaum kerabat diraja Pahang. Pemimpin negeri yang hadir diketuai Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan isteri, Datin Seri Junaini Kassim.

Majlis penuh adat istiadat Diraja itu dimulakan pada jam 9 malam dengan keberangkatan tiba Tengku Ameera Asya Tengku Abdul Rahman, 11, bersama Tengku Eddie Akasya Tengku Abdul Rahman, 10, dan Tengku Ahmad Firhan Shah Tengku Abdul Rahman, 9, menaiki tiga gajah yang dihias indah.

Ketiga-tiga mereka dibawa menaiki gajah kira-kira 20 meter sambil mendapat sambutan penuh segenap lapisan rakyat yang memenuhi laluan di sepanjang perarakan tersebut.
Tengku Ameera Asya, Tengku Eddie Akasya dan Tengku Ahmad Firhan Shah kemudian turun dan diarak ke singgahsana Diraja untuk upacara merenjis.

Sebaik sahaja tiba di singgahsana Diraja, putera dan puteri itu disambut dengan tarian tradisi selamat datang sebelum upacara merenjis dimulakan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan diikuti Tengku Mahkota dan kerabat lain serta pemimpin negeri.

Sejurus selepas majlis merenjis, majlis santapan diraja dimulakan dan hadirin yang hadir turut disajikan dengan hidangan tradisional Pahang sambil diserikan dengan persembahan bunga api.

Selepas itu, ketiga-tiga anakanda Tengku Muda itu berkenan beramah mesra dengan tetamu yang hadir dan rakyat jelata.

Sementara itu, isteri Tengku Abdul Rahman, Cik Puan Muda Pahang, Cik Puan Julita Aishah berkata, penganjuran majlis berkenaan merupakan hasrat Tengku Abdul Rahman untuk membawa adat istiadat diraja yang tidak pernah ditunjukkan kepada rakyat jelata.

Menurutnya, penganjuran program itu di Temerloh yang berjalan dengan lancar menunjukkan penduduk di daerah ini  amat dekat dengan hati Tengku Muda Pahang.

“Saya bagi pihak Tengku Muda Pahang mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua pihak yang membantu menjayakan majlis pada malam ini dan hanya ALLAH sahaja yang dapat membalasnya”. katanya.

Sementara itu, Tengku Ahmad Firhan berkata, istiadat diraja kali ini yang disaksikan rakyat jelata amat bermakna dan tidak dilupakan dalam hidupnya.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua kerana hadir dan saya sangat gembira hari ini,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2014 11:44 AM | Show all posts
mak tiri ada mari tak?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 12:13 PM | Show all posts
meriah sungguh.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 12:22 PM | Show all posts
kerek_lager posted on 21-4-2014 11:44 AM
mak tiri ada mari tak?

saper mak tirinya?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 12:23 PM | Show all posts
tgk kat tv3 cam best je. rkyat Pahang sama-sama bergotong royong wat majlis.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 12:25 PM | Show all posts
ainie_1008 posted on 21-4-2014 12:22 PM
saper mak tirinya?

tengku muda ni kawin 2 kan. pernah tgk gmbr majlis kawin dgn 2nd wife kat salah 1 hotel di Cameron Highland
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2014 12:28 PM | Show all posts
kt perak dulu aku tak ingat kerabat mane yg kawen tp ade upacara bersiram open air gitu uols... ni pun aku tgk kt buku memorial.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 12:29 PM | Show all posts
meriah majlis org royal2 ni. rakyat marhaen bersunat bertindik di klinik dan kedai emas saja adanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2014 12:34 PM | Show all posts
betindik dan potong kulup pun nak bermajlis..bapak bimbo melayu2 perasan darah emas ni...puih
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 12:35 PM | Show all posts
kerek_lager posted on 21-4-2014 12:25 PM
tengku muda ni kawin 2 kan. pernah tgk gmbr majlis kawin dgn 2nd wife kat salah 1 hotel di Cameron ...

owh.. tak taulah plak..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 12:39 PM | Show all posts
majlis2 istiadat diraja melayu
masih boleh disaksikan secara langsung
di malaysia hingga ke hari ini

berbeza dengan majlis2 maharaja cina
atau india kuno
yang hanya boleh disaksikan dalam filem2
cina atau tamil sahaja

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
semak temerloh. I hate it. abis jln tutup. x kebulur la nk tgk adat2 ni semua:Q
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 4.714550 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list