CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3285|Reply: 34

[Jenayah] {11} Ulama nasihat, baik kawin lain daripada pukul bini !

[Copy link]
Post time 21-4-2014 02:15 PM | Show all posts |Read mode
21 April 2014

Riyadh: Arab Saudi akan menguatkuasakan undang-undang yang mengenakan hukuman denda sebanyak SR50,000 (RM43,00) bermula minggu depan ke atas suami yang memukul isteri mereka.


Rang undang-undang itu yang diluluskan minggu lalu turut memperuntukkan hukuman penjara antara sebulan hingga setahun bagi pesalah.


Ia bagaimanapun dilihat tidak akan menyelesaikan masalah penderaan yang dilakukan ibu bapa ke atas anak mereka.


Undang-undang terbaru itu juga masih tidak jelas sama ada akan merangkumi penghinaan secara lisan atau sekadar serangan fizikal.


Sumber media Saudi itu menyatakan mereka percaya hukuman bakal dikenakan kepada suami yang mendera isteri mereka berdasarkan laporan perubatan yang mengesahkan isteri itu dipukul.

Undang-undang yang didebatkan selama dua tahun itu diluluskan badan kehakiman berikutan peningkatan kes keganasan rumah tangga di negara itu dan kebanyakan lelaki yang terbabit dibebaskan kerana tiada peruntukan khas undang-undang untuk mendakwa mereka.


Ulama terkenal, Sheikh Ayed Al Qarni dalam nada bergurau berkata: “Kini kita mengetahui hukuman yang bakal dikenakan bagi suami yang memukul isteri tetapi apa pula hukuman bagi isteri yang memukul suami?

Seorang lagi ulama, Sheikh Adel Al Kalbani pula menyatakan di laman Twitternya: “Nasihat saya, lebih baik kamu berkahwin lain daripada memukul isteri kamu dan dikenakan denda.” - Agensi


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2014 02:41 PM | Show all posts
kekadang ustaz dan ulama ni ajelah nasihat yang diberikan pada para suami...kahwin lain...Habis kalau dah kahwin lain, pukul bini baru, kemudian cerai dan kahwin lain sampai kesudah bercerai berai jelah jawabnya.



Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 02:45 PM | Show all posts
Ulama terkenal, Sheikh Ayed Al Qarni dalam nada bergurau berkata: “Kini kita mengetahui hukuman yang bakal dikenakan bagi suami yang memukul isteri tetapi apa pula hukuman bagi isteri yang memukul suami?

Kalau isteri memukul suami, suami itu patut dihukum. Kesalahan suami tersebut adalah - DAYUS



Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Bg aku bagus jugak undang-undang tu, cuma statement ulama tu lah yg mcm pendek akal. Drpd kt malaysia ni ha bini kene pukul pun kene tunggu patah riuk or video tersebar baru nk ambil tindakan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 02:50 PM | Show all posts
sapp73 posted on 21-4-2014 02:41 PM
kekadang ustaz dan ulama ni ajelah nasihat yang diberikan pada para suami...kahwin lain...Habis kala ...

Bukanlah! nasihat dia adalah kalau terasa marah sampai nak pukul bini, jangan pukul atau ceraikan tapi kahwin seorang lagi. Kalau lain kali rasa nak marah kat isteri yg sorang lagi tu pergilah ke rumah bini yg satu lagi. Itu maksud dia. Jadi aman bahagia!

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 02:52 PM | Show all posts
sapp73 posted on 21-4-2014 02:41 PM
kekadang ustaz dan ulama ni ajelah nasihat yang diberikan pada para suami...kahwin lain...Habis kala ...

patut buat undang2 Sweden di negara-negara Arab. baru terbela nasib wanita & anak2.



pengajaran utk semua

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2014 02:53 PM | Show all posts
assaffah posted on 21-4-2014 02:50 PM
Bukanlah! nasihat dia adalah kalau terasa marah sampai nak pukul bini, jangan pukul atau ceraikan  ...

haha...macam-macamlah...apapun tak suka lelaki yang panas baran suka memukul bini
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 02:54 PM | Show all posts
tp kat malaysia ni ada gak pempuan yg aman2 je kena bantai dgn laki
siap msj2 bahagia hidup dgn abg selama ni katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2014 03:01 PM | Show all posts
chandrahusin posted on 21-4-2014 02:54 PM
tp kat malaysia ni ada gak pempuan yg aman2 je kena bantai dgn laki
siap msj2 bahagia hidup dgn abg ...

tu la pompuan malaysia ni
dh kena sepak terajang pn masih sayang
x paham betul la...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 03:09 PM | Show all posts
Masalahnya lepas kahwin lain baru pukul bini
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 03:11 PM | Show all posts
arab pun dah ubah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 03:24 PM | Show all posts
setuju semua?
LOLLLLLLLLLL
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 03:26 PM | Show all posts
munchkin posted on 21-4-2014 03:11 PM
arab pun dah ubah.

Kita bila lagi? Kes pukul binipun boleh buang kes gitu aja, kan? Yg pilot belasah bini di Kuantan tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 03:33 PM | Show all posts
amiraira posted on 21-4-2014 03:01 PM
tu la pompuan malaysia ni
dh kena sepak terajang pn masih sayang
x paham betul la...

buta tuli kak. hihi
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 03:35 PM | Show all posts
-electrifying- posted on 21-4-2014 03:33 PM
buta tuli kak. hihi

tu la pasal
akak x paham langsung la....
akak ni,
kalau sekali dia lempang
mau akak yg terajang
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 03:36 PM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 21-4-2014 03:26 PM
Kita bila lagi? Kes pukul binipun boleh buang kes gitu aja, kan? Yg pilot belasah bini di Kuantan  ...

ha ah kaka bling. uikkk pilot belasah bini kat kuantan? terlepas pulak cerita tu. kat mana nak baca kaka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2014 03:41 PM | Show all posts
munchkin posted on 21-4-2014 03:36 PM
ha ah kaka bling. uikkk pilot belasah bini kat kuantan? terlepas pulak cerita tu. kat mana nak bac ...

Kat CI lah, boleh pulak tarik balik kes sambil senyum2 sengih2...nyampah pulak tengok
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 03:42 PM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 21-4-2014 03:26 PM
Kita bila lagi? Kes pukul binipun boleh buang kes gitu aja, kan? Yg pilot belasah bini di Kuantan  ...

pernah kena pukul laki ke..??

takziah.


Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 03:46 PM | Show all posts
duribisa posted on 21-4-2014 03:42 PM
pernah kena pukul laki ke..??

takziah.

Tak pernah le lagi, (touch wood 3 times) tok tok tok....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 03:53 PM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 21-4-2014 03:41 PM
Kat CI lah, boleh pulak tarik balik kes sambil senyum2 sengih2...nyampah pulak tengok

oh ye ke? hmmm...macam macam hal lah depa ni.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.074451 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list