CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30576|Reply: 384

[Tempatan] Pulak dah, HUDUD terpakai pade bukan islam jugak, PAS cakap berbelit serupa ular

[Copy link]
Post time 22-4-2014 10:07 AM | Show all posts |Read mode
Pas Kelantan perlu kaji semula pelaksanaan


Abdullah Sa愀洀愀栀嬀/size]

ALOR SETAR 23 April - Kerajaan Pas Kelantan disaran agar mengkaji semula pelaksanaan hukum hudud yang ingin dijalankan negeri itu kerana hukum hudud Islam merangkumi semua pihak termasuk orang bukan Islam.
Pengasas Pondok Geting Tumpat, Kelantan, Abdullah Sa愀洀愀栀 berkata, kerajaan Pas Kelantan sebelum ini menyatakan hukum hudud yang ingin dijalankan di Kelantan hanya merangkumi orang Islam sahaja.
Sedangkan kata Abdullah, hukum hudud yang sebenarnya adalah merangkumi ke atas orang Islam dan orang bukan Islam.
Hudud Islam kena dua-dua pihak (orang Islam dan bukan Islam), tetapi hukum hudud Pas hanya merangkumi orang Islam sahaja, ini zalim.
Di dalam kitab Majmuk Al Imam Al-Nawawi ada menyebut bahawa jika ada kes berkaitan orang Islam dan bukan Islam, contohnya orang bukan Islam mencuri harta orang Islam, tidak ada khilaf lagi bagi hakim untuk menjatuhkan hukum hudud ke atas orang bukan Islam tersebut.
Kalau hendak suruh orang bukan Islam ke mahkamah lain dan bukannya laksanakan hukum hudud untuk satu kes seperti ini, ia adalah tidak betul," katanya ketika ditemui di Mentaloon di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Kerajaan Pas Kelantan yang akan membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat bagi melaksanakan hukum hudud di negeri itu menjelang 2015.
Keputusan itu susulan kesediaan Kerajaan Persekutuan memberi laluan kepada mana-mana negeri menguatkuasakan hukum hudud di negeri masing-masing.
Walau bagaimanapun, DAP menerusi Penasihat, Lim Kit Siang dan Ketua Publisiti, Tony Pua serta Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Surendran memberi peringatan keras kepada Pas bahawa hukum hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan sebarang cubaan untuk membentangkan usul rang undang-undang tersebut di Dewan Rakyat akan ditentang.
Tambah Abdullah, semua pihak wajib menolak pelaksanaan hukum tersebut jika Kerajaan Pas Kelantan ingin menjalankannya mengikut cara mereka sendiri.
Jadi wajib untuk kita menolak hukum hudud Pas ini kerana ia bukan hukum hudud Islam, mereka ingin laksanakannya semata-mata kerana politik," jelasnya.

Peguam tidak yakin MP Umno sokong usul hudud

APR 22, 2014 ASLANI M


KOTA BHARU: Bekas Presiden Berjasa, Datuk Wan Hashim Wan Ahmad tidak yakin anggota-anggota parlimen (MP) Umno akan mengundi menyokong perundangan syariah apabila dibawa ke parlimen nanti.

Beliau berkata, kenyataan beberapa pemimpin Umno kononnya mahu menyokong Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan disifatkan hanya sekadar retorik politik semata-mata.

Katanya, banyak tindak tanduk sebelum ini tidak mencerminkan apa yang dinyatakan melalui media, kerana parti itu sendiri tidak berminat dengan perundangan Islam.

“Kalau benar pemimpin Umno mahu perundangan hudud dilaksanakan sudah tentu mereka sejak dari awal lagi menyokong enakmen tersebut dan bukan banyak berdolak dalih.

“Sekali sokong dan pada waktu lain pula tidak sokong, kononnya pula hudud PAS dan macam-macam lagi. Bagaimana mereka hendak beri keyakinan kepada orang ramai,” katanya yang juga seorang peguam veteran.

Pada 2 April lalu kerajaan Kelantan mengumumkan mahu membawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah II ke parlimen melalui usul persendirian bagi membolehkan ia dilaksanakan di Kelantan.

Sebelum itu beberapa pemimpin Umno termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, anggota parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan anggota parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dilaporkan bersedia menyokong perundangan syariat apabila dibawa ke parlimen.

Wan Hashim berkata, rakyat boleh tengok nanti anggota parlimen Umno mana yang akan menyokong Enakmen Hudud apabila tiba masanya.

“Berdasar pengalaman lampau bermacam-macam alasan diberi anggota parlimen Umno dan kemungkinan yang tidak boleh ditolak, mereka tidak hadir ketika hari usul tersebut dibawa ke parlimen.

“Selepas ini ada yang akan kata sakit perut, demam dan seribu satu alasan lagi. Kenyataan mereka sekarang hanya sekadar gimik mahu berselindung di sebalik hudud,” katanya yang juga bekas anggota Exco kerajaan negeri.

Sementara itu bekas anggota parlimen Tanah Merah, Abdul Ghafar Ibrahim berkata, sudah sampai masanya Enakmen Kanun Jenayah Syariah II dibawa ke parlimen bagi memperlihatkan sokongan anggota-anggota parlimen beragama Islam.

Katanya, keikhlasan dan hasrat sebenar anggota parlimen sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang dapat dilihat ketika undian dilakukan bagi menyokong usul tersebut.




Hudud perlu persetujuan DAP

KUALA LUMPUR 21 April - Hasrat kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu terus berdepan kesukaran ekoran tiada konsensus dalam kalangan sekutu pembangkang berhubung isu tersebut.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) menegaskan, isu sokongan pembangkang terhadap hukum hudud tidak timbul memandangkan DAP tidak menyokong pelaksanaannya.
"Pendirian pembangkang tidak berubah kerana pendirian DAP yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud tidak berubah.
"Di bawah pembangkang, mesti ada konsensus ketiga-tiga parti dalam hal dasar," katanya dalam kenyataan menerusi laman blog beliau di http://limguaneng.com hari ini.
Beliau menambah, dasar bersama dan manifesto pembangkang tidak memuatkan pelaksanaan hukum hudud atau penubuhan negara Islam.
Jelas Guan Eng, ketetapan itu telah dipersetujui oleh kesemua parti pembangkang.
Pada 13 April lalu, Kerajaan Pas Kelantan melalui Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan keputusan membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat akan datang bagi melaksanakan hukum hudud di negeri itu menjelang 2015.
Walau bagaimanapun, DAP yang dilihat sebagai parti dominan dalam pembangkang konsisten dengan pendirian menentang pelaksanaan hudud malah baru-baru ini, seramai 38 Ahli Parlimen dari DAP menyatakan secara terbuka bahawa mereka tidak akan menyokong sebarang usul rang undang-undang persendirian berkenaan.
Mereka juga akan melobi 46 Ahli Parlimen bukan Islam dari Barisan Nasional (BN) untuk mencabar serta menolak pelaksanaan hukum tersebut.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula berpegang kepada perjanjian yang dimeterai dalam Majlis Pimpinan pembangkang pada 2011 yang antara lain menyatakan tidak akan melaksanakan hukum hudud.

Last edited by akughi on 24-4-2014 10:51 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2014 10:12 AM | Show all posts
lagi sekali rakyat kene kencing ngan isu hudud

mesti ramai yg hangguk kepale sat gi
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 10:31 AM | Show all posts
apa cerita..kanun keseksaan pun dah ada ciri2 hudud pas..kihkihkih
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Berjaya, perkasa, garis tiga, ni semua buang masa saja
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 10:34 AM | Show all posts
tunggulah dulu, tgk Najib nak sokong ker tak

PAS ni belum apa2 dah bg komen negatif, tapi klau DAP semuanya positif
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 10:37 AM | Show all posts
org bkn dlm parti dia, dia sibuk.. yg dlm parti dia sendiri tak sokong, tak kecoh plk..
BN mmg kita tau dari dulu.. PR? yg sama2 berjuang utk pilihanraya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2014 10:40 AM | Show all posts
apa2 pun karpal gak yang bersalah.. pasal karpal seorang la melayu tak dpt laksanakan hudud sejak 57 tahun dulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2014 11:38 AM | Show all posts
kiutkiut posted on 22-4-2014 10:37 AM
org bkn dlm parti dia, dia sibuk.. yg dlm parti dia sendiri tak sokong, tak kecoh plk..
BN mmg kita ...

itu yg pelik.....parti sekutu tak setuju dia kata tu hak dia, tapi mca pulak yg dipersalahkn, wal hal tak de kene mengena pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2014 02:47 PM | Show all posts
bab hudud ni tak sudah2 keluarkn alasan.....

ni alasan la ni......

tapi rakyat tetap tak sedar
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
isu Hudud nie xkan abis sampai ke sudah. Pasrah je laa
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 02:56 PM | Show all posts
DTECCONAN posted on 22-4-2014 10:34 AM
tunggulah dulu, tgk Najib nak sokong ker tak

PAS ni belum apa2 dah bg komen negatif, tapi klau ...

Aku pung nak tengok............saper yg SOKONG dan saper yg BANTAH n kalau ada yg BERKECUALI.

Yg CAKAP X SEGHOPA BIKIN dgn memberi pelbagai alasan.
Kot ada yg excuse utk pi TOILET sebab terbeghak.

Pak Mertua sakit or
Kucing sakit or
Anu sakit

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2014 03:48 PM | Show all posts
prettymanja posted on 22-4-2014 02:50 PM
isu Hudud nie xkan abis sampai ke sudah. Pasrah je laa

ye la kalo tak sudah2 bagi alasan
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
niceghost2005 posted on 22-4-2014 02:56 PM
Aku pung nak tengok............saper yg SOKONG dan saper yg BANTAH n kalau ada yg BERKECUALI.
...

Aku sokong nak tengok siapa yang sokong, siapa yang bantah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 04:00 PM | Show all posts
ketiadaan Karpal sebenarnya lebih mencabar keimanan org islam...

dulu ada karpal, blh la buat alasan sb karpal lah hudud tak blh jln..skrg..nak salahkan sapa pulak..?

Perancangan Allah..ada muslihat yg tersendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 04:04 PM | Show all posts
tunggu apa lagi...........bentang la cepattttttt
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 04:06 PM | Show all posts
budaktua posted on 22-4-2014 04:00 PM
ketiadaan Karpal sebenarnya lebih mencabar keimanan org islam...

dulu ada karpal, blh la buat ala ...

Baru kita tahu ISI PEGHOT depa.

Adakah depa betoi betoi berjuang utk Agama Allah ataupun semata mata main politaik dgn Allah???
Lagi dahsyat pabila Allah pulak main politaik dgn depa!!!

Di letak depa ataih belanga...............lalu di nyalakan api di bawahnya.
Terjerit jerit lah sekelian manusia...kenapa depa di bakaq.

Akan di jawab...."Aku x bakaq hangpa. Aku bakaq belanga jer......"

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2014 04:16 PM | Show all posts
"deii
kasi bentang dulu la tambi,

purut sakit
gigi sakit belakang cerita

belakang saya punya mayat
baru kasi langkah la"

agaknya gitu kata
roh karpal sehari dua ni





Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 04:20 PM | Show all posts
budaktua posted on 22-4-2014 04:00 PM
ketiadaan Karpal sebenarnya lebih mencabar keimanan org islam...

dulu ada karpal, blh la buat ala ...

ALLAH testing PAS sbnrnya...umno dah mmg haprak takut hudud...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2014 04:21 PM | Show all posts
d'zeck posted on 22-4-2014 04:16 PM
"deii
kasi bentang dulu la tambi,

bak pepatah org tua pun....

sediakn payung sblm hujan.....

draf undang2 hudud ala pas kompom kene tendang.....nnt bile kene tendang dia blh bukak fitnah seluas2nye....



Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 04:23 PM | Show all posts
lvsg8 posted on 22-4-2014 04:20 PM
ALLAH testing PAS sbnrnya...umno dah mmg haprak takut hudud...

yes...

kena test kedua2 belah pihak.. msg2 ada "habuan' masing2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.093219 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list