CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akughi

[Tempatan] Pulak dah, HUDUD terpakai pade bukan islam jugak, PAS cakap berbelit serupa ular

[Copy link]
Post time 22-4-2014 04:24 PM | Show all posts
akughi posted on 22-4-2014 04:21 PM
bak pepatah org tua pun....

sediakn payung sblm hujan.....

harap draf
biar betul2 draf rang undang2
yang komprehensif la

jangan setakat draf
macam senarai barang lobai PAS nak beli
kat pasar siti khatijah
dah la

confirm kena boo punya


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2014 04:31 PM | Show all posts
ahli parlimen pun tak berani nak bersuara...apo citer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2014 04:32 PM | Show all posts
d'zeck posted on 22-4-2014 04:24 PM
harap draf
biar betul2 draf rang undang2
yang komprehensif la

dulu mase zaman Tun M mmg tu la yg depa buat, bile Tun M tolak....setiap ceramah dia sebut Tun M tolak hudud bersamaan tolak islam, smp la skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 04:40 PM | Show all posts
kalau tak buat hudud jd kapir ke? dlm Islam cuma ade hudud je ke? duhhh
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 04:51 PM | Show all posts
akughi posted on 22-4-2014 04:32 PM
dulu mase zaman Tun M mmg tu la yg depa buat, bile Tun M tolak....setiap ceramah dia sebut Tun M t ...

setakat baca tajuk
dengan petik hadis serba sikit

lepas tu nak serah bulat2 kat
agensi2 kerajaan sediada untuk laksana

lobai ingat semudah
garispanduan keahlian
unit Anal PAS gamaknya



Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 04:58 PM | Show all posts
d'zeck posted on 22-4-2014 04:24 PM
harap draf
biar betul2 draf rang undang2
yang komprehensif la

yg nih aku setuju, bentangkan secara menyeluruh setelah diambil kira pandangan pakar2 perundangan, bukan semata2 ahli2 PAS jer.....sbb kalo ada loophole mmg sgt mudah utk dimanipulasi hal2 berkaitan dgn undang2 nih....


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-4-2014 05:06 PM | Show all posts
Pajeri_Nenas posted on 22-4-2014 04:40 PM
kalau tak buat hudud jd kapir ke? dlm Islam cuma ade hudud je ke? duhhh

ade satu lagi....iaitu hukuman yg adil

tapi hat ni di sorokkn oleh lobai pas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2014 08:12 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2014 08:38 AM | Show all posts
akughi posted on 22-4-2014 11:38 AM
itu yg pelik.....parti sekutu tak setuju dia kata tu hak dia, tapi mca pulak yg dipersalahkn, wal  ...

Kan memang Pas Pis Pus ni begantung sangat dengan DAPig  ketak kaki nak condem ooi wlpun batang hidung sendiri keni tubi. Ngan Umno memang musuh sepanjang hayat . kalu dah ngam sangat pig jadi chicken
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 08:40 AM | Show all posts
LGE dan LGBT menentang hudud
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2014 08:50 AM | Show all posts
lionsleepin posted on 23-4-2014 08:38 AM
Kan memang Pas Pis Pus ni begantung sangat dengan DAPig  ketak kaki nak condem ooi wlpun batang hi ...

itu yg dinamakan mempolitikkn agama, kalo dia tak jual agama.....politik pas tak leh idup...

dulu mase sorg2 dia jaja nak buat negara islam.......bile dah join PR dia ubah jadi negara kebajikan, nampak tak dia mempermainkn islam? pengikut dia dulu percaye abis sbb nak buat negara islam, tiba2 bile berkawan ngan syaitan dia ubah ke negara kebajikan, sbb ape?

sbb agama no.2......no.1 politik ngan hentam umno....

agama ni dia jual je, sbb nak kolek point pade rakyat yg otak sempit, pah tu dimomokkn ngan hukum islam, depa buat seolah2 hukum Allah tu tak de ampun dan maaf......wal hal Allah maha pengampun, hat maha penganpun dia tak sebut, sbb nnt rakyat terbuka hati n minda........depa cite bab dosa n neraka sokmo........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2014 08:54 AM | Show all posts
PAS sedang bersiap siaga dgn alasan......








nah amik ni alasan lagi.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2014 08:54 AM | Show all posts
Hudud: Abim gesa tarik balik kenyataan ‘makan sup tangan’


APR 22, 2014  HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memandang berat kenyataan Tun Mahathir Mohamad menerusi saluran Astro Awani pada 17 April lalu yang menyebut berkaitan perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan.

Presidennya, Amidi Abdul Manan berkata Mahathir selaku salah seorang pemimpin dunia Islam yang disegani, sepatutnya lebih berhati-hati mengeluarkan pandangan dalam hal yang berkaitan dengan perundangan syariah.

“Jika sebelum ini sindiran seperti ‘kalau mahu makan sup tangan bolehlah ke Kelantan’ dan beberapa kenyataan seumpamanya oleh beliau, maka ada baiknya beliau menarik balik kenyataan-kenyataan ini demi keimanan dan kecintaan kepada risalah Rasulullah s.a.w,” ujarnya.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

MEMETIK kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir Mohamad menerusi saluran Astro Awani pada 17 April 2014 yang menyebut berkaitan perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memandang berat kenyataan tersebut.

Tun Mahathir selaku salah seorang pemimpin dunia Islam yang disegani, sepatutnya lebih berhati-hati mengeluarkan pandangan dalam hal yang berkaitan dengan perundangan syariah.

Pandangan beliau yang menyatakan bahawa adalah tidak adil jika berlaku perbezaan hukuman antara warganegara bagi kesalahan yang sama boleh menimbulkan kekeliruan.

Beliau memberikan contoh nanti ramai orang Islam akan kudung tangan kerana mencuri sedangkan kesalahan yang sama bagi mereka yang bukan Islam hanya 2 bulan penjara.

Kenyataan ini seolah-olah mahu menggambarkan bahawa hukum Islam adalah berat, tidak munasabah dan terlalu kejam.

Beliau perlu memahami bahawa pembuktian di bawah peruntukan hudud adalah berdasarkan kepada prinsip 'Beyond the shadow of doubt' yang jauh melangkaui 'Beyond reasonable doubt' bagi menjamin hak tertuduh dan sekaligus sebagai amaran dan pendidikan kepada masyarakat.

Keindahan hukum Islam terletak kepada proses perbicaraan, pembuktian dan urus tadbirnya.

Kenyataan Tun Mahathir yang menumpukan kepada hukuman boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap hukum hudud.

Selain daripada itu, pernyataan secara bersahaja yang disebut oleh beliau, bahawa hukuman dera bagi pesalah zina tidak terkandung dalam al-Quran hanya terdapat dalam hadith sebagai satu cubaan, untuk menafikan hukuman tersebut sebagai bukan sebahagian daripada hukum Islam dan juga kedudukan hadith sebagai sumber hukum selepas al-Quran.

Jelas kenyataan ini penuh dengan kekeliruan. Hadith merupakan sumber hukum yang kedua selepas al-Quran dengan penyataan yang tegas berkaitan ketaatan kita kepada Allah dan kepada Baginda Rasulullah s.a.w adalah ketaatan yang mutlak tidak berbelah bahagi.

Justeru segala pengakuan, perbuatan dan perilaku baginda adalah manifestasi kepada tuntutan al-Quran yang sahih.

Abim berpandangan adalah lebih baik pandangan beliau tidak diketengahkan kepada awam dan beliau sendiri tidak mengeluarkan pandangan yang sebegini.

Ini adalah untuk keadilan kepada hukum Islam itu sendiri, kerana memberikan pernyataan yang tidak berdasarkan ilmu yang tepat hanya meletakkan hukum Islam bukan pada tempatnya (zalim).

Maka bagi menjamin keadilan terhadap hukum Islam Tun Mahathir perlu untuk lebih cermat dengan mendalami ilmu berkaitan perundangan Islam dari sumber yang muktabar.

Mengehadkan sumber hukum hanya kepada al-Quran tanpa hadith, ijmak dan juga qias adalah cara berfikir yang berbahaya dan boleh menjerumuskan kita ke arah kesesatan.

Tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim apatah lagi sebagai pemimpin adalah bersikap adil termasuk memberi gambaran yang benar terhadap hukum Islam.

Abim menyanjung usaha yang pernah dilakukan oleh Tun Mahathir dalam mengangkat martabat Islam tetapi pernyataan sebegini amat berbahaya dan mengelirukan.

Abim juga berpandangan penentangan terhadap Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan oleh beberapa parti baik di pihak BN mahu pun PR kemungkinan adalah berpunca dari kenyataan beliau ini.

Jika sebelum ini sindiran seperti "kalau mahu makan sup tangan bolehlah ke Kelantan" dan beberapa kenyataan seumpamanya oleh beliau, maka ada baiknya beliau menarik balik kenyataan-kenyataan ini demi keimanan dan kecintaan kepada risalah Rasulullah s.a.w.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2014 08:57 AM | Show all posts
persoalannye......

knp cite lame keluar balik? adakah sbb semata2 nak memburukkn keadaan?

supaye org umno marah pah tu org umno tak sokong....bile tak sokong mula la setiap ceramah diwajibkn menjaja cerita umno tolak HUDUD.....

pemimpin umno dah setuju nak sokong.....knp puak jual islam ni tak sudah2 nak korek cerita lama.....nak suh hidung bedarah balik baru puas ati, pah tu jaja cerita umno tolak islam.....

mmg syial punye perangai puak kaki jual islam ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2014 10:13 AM | Show all posts
mari bersiap sedia dgn alasan...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Minta Umno sokong laksana hudud kerja sia-sia - Nur Jazlan


APR 23, 2014  HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Usaha PAS mendekati Umno untuk menyokong pelaksanaan hudud adalah sia-sia kerana parti itu pasti telah melaksanakan hukum jenayah Islam itu jika ia menjadi satu keutamaan.

Walaupun terdapat sokongan jelas di kalangan beberapa pemimpin Umno untuk menyokong dua rang undang-undang persendirian yang bakal dibawa wakil PAS di Dewan Rakyat bagi mengetepikan halangan pelaksanaan hudud di Kelantan, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar) berkata, ia tidak termasuk dalam perancangan Umno bagi masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Jika tidak, datuk nenek kita telah melaksanakannya (hudud) sejak lama dulu. Secara peribadi saya tidak menyokong ini (pelaksanaan hudud)," kata Nur Jazlan kepada The Malay Mail Online ketika dihubungi.

Walaupun menentang, Nur Jazlan berkata adalah hak Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang Islam di negeri itu, namun beliau mencadangkan PAS untuk mendapatkan pandangan daripada negeri-negeri lain bagi memastikan konsistensi dalam sistem perundangan negara.

"Kita tidak boleh mempunyai dua sistem undang-undang yang berbeza di negara ini. Adalah bagus jika (PAS) mendapatkan referendum daripada negeri-negeri lain juga," ujarnya.

Beberapa Ahli Parlimen BN daripada Umno telah menyatakan sokongan terhadap cadangan Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum jenayah syariah termasuk hudud antaranya Ahli Parlimen Peringat, Tan Sri Annuar Musa, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar.

Malah Annuar berjanji untuk melobi sokongan anggota Parlimen BN daripada Umno bagi menyokong rang undang-undang persendirian yang bakal dibawa wakil Kelantan ke Dewan Rakyat bagi membolehkan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan dilaksanakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2014 10:15 AM | Show all posts
berapa byk nak bagi alasan daaaaa......

cakap je la....

"sebenarnye kami tipu je, kami tak nak buat hudud pun, kami pun suke undang2 persekutuan, kami nak politikkn aje hudud ni, sape yg percaye tu nasib dia la, sape suruh"  

kalo ckp mcm ni kan senang.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2014 10:17 AM | Show all posts
Hudud Di Kelantan. Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Bakal Dipecat ?





Dewan Pemuda PAS Kota Bharu (DPPKKB) menuntut agar parti itu memecat ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hu Pang Chaw kerana menentang usaha kerajaan negeri Kelantan untuk menguatkuasa undang-undang hudud di negeri 椀琀甀.

Ketua Pemuda PAS kawasan tersebut, Dr Rosli Alani menuntut demikian bagi menjaga imej parti, memandangkan Hu enggan memberi penjelasan mengenai undang-undang hudud kepada bukan Islam.

“DPPKKB mendesak PAS Pusat supaya mengambul tindakan tatatertib yang sewajarnya terhadap Pang Chaw, termasuk melucuctkan beliau dari jawatan Pengerusi DHPP.

“Tindakan tegas perlu diambil bagi memastikan martabat PAS sebagai sebuah parti politik Islam terpelihara manakala martabat pemimpin PAS pula tidak diperlekeh di mata umum,” katanya seperti dipetik akhbar milik Umno itu.

Hu enggan menjalan tugas tersebut kerana cadangan pelaksanaan hudud itu didakwa “diputuskan oleh PAS tanpa mengambil kira pandangan rakyat”.

Hu juga sudah banyak kali membuat kenyataan berkenaan isu hudud yang bercanggah dengan dasar dan perlembagaan parti, kata Rosli seperti dilapor Utusan.

“Beliau pernah dilaporkan berkata di dalam berita muka depan (sebuah akhbar) pada 10 Oktober 2011 kononnya 20,00 ahli DHPP akan keluar meninggalkan PAS jika hudud dilaksanakan.

“Walaupun telah dipanggil memberi penjelasan oleh PAS Pusat, pada 15 November 2013, beliau sekali lagi dilaporkan berkata tidak dapat melihat sebarang kebaikan yang boleh dibawa oleh hudud,” kata Rosli lagi.

Jelasnya lagi, beliau tidak bermaksud untuk meminta PAS memecat Hu kerana parti tersebut menolak pandangan orang bukan Islam.

“Tindakan ini sebaliknya merupakan penolakan PAS kepada individu yang mahu menjadikan kedudukannya di dalam PAS sebagai peluang untuk mendapatkan sesuatu,” katanya lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2014 10:18 AM | Show all posts
lagi mau salahkn umno ke?


org ko sendiri yg tentang....lepas tu org ko sendiri bermain perasaan pah tu salahkn umno kononnye umno tak bagi laksana hudud....puuuiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
akughi posted on 22-4-2014 10:12 AM
lagi sekali rakyat kene kencing ngan isu hudud

mesti ramai yg hangguk kepale sat gi

PAS keldai jadi baruah & pak turut DAPig je la.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
akughi posted on 24-4-2014 10:18 AM
lagi mau salahkn umno ke?



Aku nk tengok sape org pertama yg kene hukum hudud nnt. Klau sumbang mahram & rogol mmg tradisi di kelantan nun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.099263 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list