View: 6500|Reply: 96
|
[Dunia]
Brunei tangguh hukuman hudud ??
[Copy link]
|
|
Bandar Seri Begawan: Brunei menangguhkan pelaksanaan undang-undang Islam yang sepatutnya bermula semalam ketika negara itu menerima kecaman Majlis Hak Asasi Manusia PBB.
Pembantu Pengarah Unit Undang-undang Islam Brunei, Jauyah Zaini berkata, tiada tarikh baru ditetapkan untuk memulakan pelaksanaan undang-undang syariah itu yang menyediakan peruntukan hukuman sebat, memotong tangan atau kaki serta rejaman hingga mati.
Namun, Jauyah berkata, undang-undang itu akan tetap dilaksanakan “dalam masa terdekat.” Katanya, pelaksanaan undang-undang itu terpaksa ditangguh atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
Pengumuman itu dibuat ketika Sultan Hassanal Bolkiah mengadakan lawatan rasmi ke Singapura dan kerajaan dipercayai menunggu pemerintah berkuasa itu kembali sebelum memperkenalkan undang-undang sensitif berkenaan.
Namun, penangguhan pelaksanaan hukuman itu mampu mengubah pendirian sultan berusia 67 tahun itu.
Pihak berkuasa baru-baru ini menjalankan beberapa taklimat untuk agensi rasmi dan organisasi bukan kerajaan bagi menerangkan mengenai hukuman berkenaan.
Peguam dan aktivis hak asasi, Nizam Bashir berkata, pengenalan undang-undang itu bagaikan satu tembok bagi mengatasi globalisasi.
“Jika anda cuba melompat tembok itu, akan timbulnya beberapa isu.
“Setiap kali anda menerima jawapan, soalan lain akan bermula dan memberikan mereka idea yang tidak selari dengan konsep yang difahami,” katanya.
Sementara itu, Majlis Hak Asasi Manusia PBB menyatakan “sangat bimbang” dan mendakwa, hukuman seperti merejam dengan batu diklasifikasi undang-undang antarabangsa sebagai hukuman “penderaan kejam dan tidak berperikemanusiaan.”
Hampir 70 peratus daripada 400,000 rakyat Brunei adalah Melayu Muslim, manakala kira-kira 15 peratus lagi etnik Cina bukan Islam.- AFP
|
|
|
|
|
|
|
|
tangguh plak.... |
|
|
|
|
|
|
|
menerima kecaman Majlis Hak Asasi Manusia PBB? bukan ke Negara dia absolute monarch sapa yg gi komplen ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Laaa knape plak da? Pyah sungguh nk buat baik zaman ni |
|
|
|
|
|
|
|
yipun_78 posted on 23-4-2014 08:13 AM
menerima kecaman Majlis Hak Asasi Manusia PBB? bukan ke Negara dia absolute monarch sapa ...
itu lah jadi bila hukum Allah nak ditentang freethinker .
|
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous posted on 23-4-2014 08:14 AM
Laaa knape plak da? Pyah sungguh nk buat baik zaman ni
aku penah dengar sorg ustaz cakap, sorg cuba buat kebaikan, 10 orang akan tentang, especially zaman sekarang..
|
|
|
|
|
|
|
|
yipun_78 posted on 23-4-2014 08:13 AM
menerima kecaman Majlis Hak Asasi Manusia PBB? bukan ke Negara dia absolute monarch sapa ...
golongan LGBT kot
|
|
|
|
|
|
|
|
Tumpang bertanya.. kat arab nun dorg pakai hudud ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kentel posted on 23-4-2014 08:14 AM
itu lah jadi bila hukum Allah nak ditentang freethinker .
dugaan Allah bagi sbb nak suh dia sebagai pemimpin 'bersihkan' umah dia dulu kot... |
|
|
|
|
|
|
|
kentel posted on 23-4-2014 08:16 AM
aku penah dengar sorg ustaz cakap, sorg cuba buat kebaikan, 10 orang akan tentang, especially zama ...
bukan dari dulu sejak Islam ada kat nusantara memang ada pe.. |
|
|
|
|
|
|
|
rosasa posted on 23-4-2014 08:16 AM
golongan LGBT kot
kat Msia ada Comango kaki ngadu kat PBB |
|
|
|
|
|
|
|
yipun_78 posted on 23-4-2014 08:13 AM
menerima kecaman Majlis Hak Asasi Manusia PBB? bukan ke Negara dia absolute monarch sapa ...
biasa la puak2 yahudi dan ultra liberal global
berselindung di sebalik nama PBB
bertujuan untuk menggertak
dont worry lah
|
|
|
|
|
|
|
|
d'zeck posted on 23-4-2014 08:20 AM
biasa la puak2 yahudi dan ultra liberal global
berselindung di sebalik nama PBB
bertujuan untuk ...
agak2 nya apa yang d gertak sampai d tangguhkan tu yer?
|
|
|
|
|
|
|
|
hj hadi kata 0.001% je hudud mudud ni........why bother........... |
|
|
|
|
|
|
|
bersebab la tu.....kalu niat hudud utk macai bawahan ajer kaum kerabat dia kat luar dan dlm negara bersenang lenang berpesta mcm kat las vegas memang payah la.....kalu dia telus...ikhlas mesti boleh nyer buat |
|
|
|
|
|
|
|
biasala, bile nk tegakkan islam, ade je musuh yg menentang, org muslim sendiri pon menentang, xpelik klau org bkn islam pon menentang juga. istiqamah jela. |
|
|
|
|
|
|
|
kekgi ada plak macai kata hudud ala PAS.. |
|
|
|
|
|
|
|
sidewinder posted on 23-4-2014 09:02 AM
bersebab la tu.....kalu niat hudud utk macai bawahan ajer kaum kerabat dia kat luar dan dlm negara b ...
mungkin dia ikhlas...bab kerabat yang lain buat onar tu, sedangkan dalam setandan pisang pun bukan nya semua baik..mesti ade yang rosak
|
|
|
|
|
|
|
|
tetap sokong hudud mcm-mcm mana pun....harap Sultan Brunei dapat laksanakan secepat mungkin. Amin. |
|
|
|
|
|
|
| |
|