CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6499|Reply: 96

[Dunia] Brunei tangguh hukuman hudud ??

[Copy link]
Post time 23-4-2014 08:07 AM | Show all posts |Read mode



Bandar Seri Begawan: Brunei menangguhkan pelaksanaan undang-undang Islam yang sepatutnya bermula semalam ketika negara itu menerima kecaman Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

Pembantu Pengarah Unit Undang-undang Islam Brunei, Jauyah Zaini berkata, tiada tarikh baru ditetapkan untuk memulakan pelaksanaan undang-undang syariah itu yang menyediakan peruntukan hukuman sebat, memotong tangan atau kaki serta rejaman hingga mati.

Namun, Jauyah berkata, undang-undang itu akan tetap dilaksanakan “dalam masa terdekat.” Katanya, pelaksanaan undang-undang itu terpaksa ditangguh atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pengumuman itu dibuat ketika Sultan Hassanal Bolkiah mengadakan lawatan rasmi ke Singapura dan kerajaan dipercayai menunggu pemerintah berkuasa itu kembali sebelum memperkenalkan undang-undang sensitif berkenaan.

Namun, penangguhan pelaksanaan hukuman itu mampu mengubah pendirian sultan berusia 67 tahun itu.

Pihak berkuasa baru-baru ini menjalankan beberapa taklimat untuk agensi rasmi dan organisasi bukan kerajaan bagi menerangkan mengenai hukuman berkenaan.

Peguam dan aktivis hak asasi, Nizam Bashir berkata, pengenalan undang-undang itu bagaikan satu tembok bagi mengatasi globalisasi.

“Jika anda cuba melompat tembok itu, akan timbulnya beberapa isu.

“Setiap kali anda menerima jawapan, soalan lain akan bermula dan memberikan mereka idea yang tidak selari dengan konsep yang difahami,” katanya.

Sementara itu, Majlis Hak Asasi Manusia PBB menyatakan “sangat bimbang” dan mendakwa, hukuman seperti merejam dengan batu diklasifikasi undang-undang antarabangsa sebagai hukuman “penderaan kejam dan tidak berperikemanusiaan.”

Hampir 70 peratus daripada 400,000 rakyat Brunei adalah Melayu Muslim, manakala kira-kira 15 peratus lagi etnik Cina bukan Islam.- AFP

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2014 08:10 AM | Show all posts
tangguh plak....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 08:13 AM | Show all posts

menerima kecaman Majlis Hak Asasi Manusia PBB? bukan ke Negara dia absolute monarch sapa yg gi komplen ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Laaa knape plak da? Pyah sungguh nk buat baik zaman ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2014 08:14 AM | Show all posts
yipun_78 posted on 23-4-2014 08:13 AM
menerima kecaman Majlis Hak Asasi Manusia PBB? bukan ke Negara dia absolute monarch  sapa ...

itu lah jadi bila hukum Allah nak ditentang freethinker .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2014 08:16 AM | Show all posts
anony-mous posted on 23-4-2014 08:14 AM
Laaa knape plak da? Pyah sungguh nk buat baik zaman ni

aku penah dengar sorg ustaz cakap, sorg cuba buat kebaikan, 10 orang akan tentang, especially zaman sekarang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2014 08:16 AM | Show all posts
yipun_78 posted on 23-4-2014 08:13 AM
menerima kecaman Majlis Hak Asasi Manusia PBB? bukan ke Negara dia absolute monarch  sapa ...

golongan LGBT kot
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Tumpang bertanya.. kat arab nun dorg pakai hudud ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2014 08:18 AM | Show all posts
kentel posted on 23-4-2014 08:14 AM
itu lah jadi bila hukum Allah nak ditentang freethinker .



dugaan Allah bagi sbb nak suh dia sebagai pemimpin 'bersihkan' umah dia dulu kot...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 08:19 AM | Show all posts
kentel posted on 23-4-2014 08:16 AM
aku penah dengar sorg ustaz cakap, sorg cuba buat kebaikan, 10 orang akan tentang, especially zama ...



bukan dari dulu sejak Islam ada kat nusantara memang ada pe..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 08:19 AM | Show all posts
rosasa posted on 23-4-2014 08:16 AM
golongan LGBT kot



kat Msia ada Comango kaki ngadu kat PBB
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 08:20 AM | Show all posts
yipun_78 posted on 23-4-2014 08:13 AM
menerima kecaman Majlis Hak Asasi Manusia PBB? bukan ke Negara dia absolute monarch  sapa ...

biasa la puak2 yahudi dan ultra liberal global
berselindung di sebalik nama PBB
bertujuan untuk menggertak

dont worry lah
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 08:23 AM | Show all posts
d'zeck posted on 23-4-2014 08:20 AM
biasa la puak2 yahudi dan ultra liberal global
berselindung di sebalik nama PBB
bertujuan untuk  ...

agak2 nya apa yang d gertak sampai d tangguhkan tu yer?

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
ditangguhkn sbb 0.001%?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 08:47 AM | Show all posts
hj hadi kata 0.001% je hudud mudud ni........why bother...........
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 09:02 AM | Show all posts
bersebab la tu.....kalu niat hudud utk macai bawahan ajer kaum kerabat dia kat luar dan dlm negara bersenang lenang berpesta mcm kat las vegas memang payah la.....kalu dia telus...ikhlas mesti boleh nyer buat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2014 09:31 AM | Show all posts
biasala, bile nk tegakkan islam, ade je musuh yg menentang, org muslim sendiri pon menentang, xpelik klau org bkn islam pon menentang juga. istiqamah jela.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
kekgi ada plak macai kata hudud ala PAS..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2014 09:46 AM | Show all posts
sidewinder posted on 23-4-2014 09:02 AM
bersebab la tu.....kalu niat hudud utk macai bawahan ajer kaum kerabat dia kat luar dan dlm negara b ...

mungkin dia ikhlas...bab kerabat yang lain buat onar tu, sedangkan dalam setandan pisang pun bukan nya semua baik..mesti ade yang rosak
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 10:03 AM | Show all posts
tetap sokong hudud mcm-mcm mana pun....harap Sultan Brunei dapat laksanakan secepat mungkin. Amin.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.635915 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list