CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9137|Reply: 112

[Tempatan] Catuan air di selangor diteruskan, harap rakyat faham

[Copy link]
Post time 23-4-2014 12:00 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan Selangor telah membuat perancangan untuk menaikkan paras simpanan air mentah terutama di Empangan Sungai Selangor yang membekalkan 60 peratus keperluan air ke Lembah Klang sebagai sebagai persediaan menghadapi musim kering yang dijangka lebih teruk pada Mei hingga akhir September tahun ini.
Setakat 20 April 2014, paras Empangan Sungai Selangor terus menurun hingga ke bawah 40% di mana simpanan air mentah di empangan itu adalah sebanyak 89.29 Juta Meter Padu atau 38.82% berbanding 235.32 Juta Meter Padu jika empangan penuh 100 peratus.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KKSB) sedang giat meneroka kolam-kolam bekas lombong terutamanya di kawasan Lembangan Sungai Selangor bagi tujuan mengepam air mentah dari kolam takungan bekas lombong ke Sungai Selangor. Dengan cara ini, pelepasan air dari Empangan Sungai Selangor dapat dikurangkan dan air di empangan mampu bertahan lama.
LUAS dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga telah menjalankan aktiviti mengepam air sungai hasil hujan lebat di hilir untuk ditakungkan ke kolam-kolam sekitar Sungai Selangor untuk digunakan pada musim kering nanti.
Kita telah mengenal pasti untuk membeli pam-pam yang berkeupayaan untuk melakukan kerja-kerja pengepaman ini berbanding menyewa pam daripada pihak luar kerana ia lebih menjimatkan.

Kerajaan Negeri juga sedang mengkaji untuk meneroka air bawah tanah yang berpotensi menghasilkan air mentah antara 300 hingga 400 Juta Liter Sehari (JLH) sementara menunggu projek HORAS yang akan siap Julai 2015. Kolam takungan air bawah tanah ini disediakan dengan mengambil kira keadaan musim kering pada masa akan datang di mana pada ketika musim kering yang teruk dan berpanjangan, air permukaan seperti air sungai akan berkurangan.
LUAS juga telah diarahkan untuk menghubungi Kerajaan Thailand untuk menggunakan teknologi pembenihan awan yang dikenali sebagai “The Royal Rainmaking Technology” untuk mendapatkan hujan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Teknologi ini juga boleh memastikan mengapa usaha pembenihan awan yang telah dijalankan gagal menghasilkan hujan di kawasan yang dikehendaki, terutama di Empangan Sungai Selangor.

Keputusan ini dibuat selepas mesyuarat semalam bersama LUAS, JPS, Jabatan Meteorologi Malaysia, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta empat syarikat konsesi.
Kita menjangkakan usaha-usaha yang disebutkan di atas akan dapat menghasilkan kira-kira 1,000 JLH air mentah dan jika petunjuk pelaksanaan adalah positif dalam tempoh seminggu, Kerajaan Negeri bersedia untuk mengkaji semula keputusan catuan air.
Buat masa sekarang, kita terpaksa meneruskan catuan kerana paras air di empangan utama iaitu Empangan Sungai Selangor masih di bawah kritikal dan air yang ada sekarang hanya mampu bertahan 29 hari jika catuan tidak dilakukan.
Kita amat berharap rakyat memahami situasi ini dan menyokong usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam menghadapi persediaan menghadapi musim kering yang dijangka lebih teruk dan berlanjutan.

Kerajaan Negeri juga berharap pihak-pihak tertentu tidak memanipulasi keadaan ini kerana kekurangan air disebabkan faktor cuaca manakala hujan yang diterima belum cukup untuk menambah kapasiti air di empangan.
YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR


http://www.keadilandaily.com/sel ... air-seluruh-negeri/
Last edited by the_killer on 23-4-2014 12:01 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2014 12:06 PM | Show all posts
dah kate dahhh

INI KALILAH
vote Noh Udang sbg MB selangor yg baru
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 12:07 PM | Show all posts
yeeeeeeee saya paham..ok gak catu air ni xdela org nk membazir jee...kt rumah pun aku mandi 2 3 cebok je pun..hik3..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 12:11 PM | Show all posts
sampai skrg tak merasa lg air dicatu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
kwsn perumahan aku paling teruk catu tanpa miss:@
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 12:16 PM | Show all posts
buat catuan selang seli sehari lah.. takde la merasa sangat ketiadaan bekalan air


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2014 12:17 PM | Show all posts
air catu tp mmg ikot jadual stiap dua hari.. so sntiasa standby.. bila ada air je trus mmbasoh hehehe ..

tp bgos blajar jimat skit.. ni kalo tak.. mandi mcm pki air terjun..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 12:19 PM | Show all posts
adakah ini BALA atau DUGAAN dr Allah utk rakyat Selangor?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2014 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dino posted on 23-4-2014 12:11 PM
sampai skrg tak merasa lg air dicatu...

Gembira jer wajah MB selangor umum catuan air diteruskan..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 12:23 PM | Show all posts
dasatgiler posted on 23-4-2014 12:21 PM
Gembira jer wajah MB selangor umum catuan air diteruskan..

aku nak mintak @totokreturn je explain psl nih
bkn ape negeri yg BN perintah nak kena catu gak...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 12:26 PM | Show all posts
dino posted on 23-4-2014 12:23 PM
aku nak mintak @totokreturn je explain psl nih
bkn ape negeri yg BN perintah nak kena catu  ...

catuan air di johor dah ditarik balik lepas hujan lebat

Dalam pada itu, SAJ Holdings (SAJH) selaku operator pengagihan air di Johor telah menarik balik pengagihan air berjadual di daerah Kluang, Kulai Jaya dan Kota Tinggi berikutan hujan sejak minggu lalu.

catuan air di negeri sembilan pun dah ditarik balik

Syarikat Bekalan air di Negeri Sembilan pula telah menarik balik pengagihan berjadual di daerah Jempol dan Tampin yang dilaksanakan pada 6 Mac lalu.

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
iza.moha posted on 23-4-2014 12:15 PM
kwsn perumahan aku paling teruk catu tanpa miss:@

catuan di sini pon mmg mengikut skema. Wiken x diam di rumah sejak catu-mencatu neh. Minggu lepas ke bukit di pahang, minggu ni mungkin ke sungai di melaka. Tahun melawat malaysia.. Sesuai sangatttt
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 12:27 PM | Show all posts
Sekadar cadangan bodoh:
- pengguna perlu di galakkan menjimatkan penggunaan air. Letak 'cap' setiap bulan. Kalau lebih dari 'cap' kenakan penalti. amcam?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 12:49 PM | Show all posts
Adeh... rumah dekat stgh juta, tapi kena gak kumpul air hujan wat basuh berak. Dah nasib kita orang Selangor.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 12:51 PM | Show all posts
lagi lama catu lagi jimat kerajaan negeri
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis posted on 23-4-2014 12:51 PM
lagi lama catu lagi jimat kerajaan negeri

Kalau dulu tak catu ayaq, state reserve capai RM2 billiyun kalau catu mungkin boleh capai RM10 biliyun.. Rakyat selangoq gak yg senang.. Boleh gebang ngan rakyat negeri2 pimpinan bn..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2014 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Dafaq paham? Buduh memantol2, kitorang lantik ko sebagai gomen, sebab kitorang malas nak pikir pasal bende2 remeh mcm mane nak carik air bersih, elektrik xputus, supply barang2 cantik..

Kami balas dgn bayar cukai nak buncitkan perut korang dan anak2 korang..

In other word, we pay our money for you to work for us..

Mcm mane paras air dari 200juta bole turun ke 40juta and korang xboleh nak perasan? Bodoh ke? Retard ke? Moron!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 01:02 PM | Show all posts
iza.moha posted on 23-4-2014 12:15 PM
kwsn perumahan aku paling teruk catu tanpa miss:@

tu al, dulu lagi kerajaan pusat nak buat langat 2, MB selangor sombong bodoh tak nak buat, siap kata 100thn pun dia takkn sign perjanjian....bile dah kering mcm ni baru terhegeh2 nak sign perjanjian......

tu la pemimpin ko yg sombong bodoh tu, rumah dia air tak kene catu, rumah ko la yg kene, dia peduli ape, janji rumah dia ade air....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 01:03 PM | Show all posts
dasatgiler posted on 23-4-2014 12:58 PM
Kalau dulu tak catu ayaq, state reserve capai RM2 billiyun kalau catu mungkin boleh capai RM10 bil ...

makin byk duit simpanan kerajaan negeri
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 01:05 PM | Show all posts
genchi posted on 23-4-2014 12:17 PM
air catu tp mmg ikot jadual stiap dua hari.. so sntiasa standby.. bila ada air je trus mmbasoh heheh ...

ceh ceh ceh....time ni la jimat tu bagus, cube kalo air ade, kerajaan suh jimat mau perkataan "kepale otak ko" ni mesti keluar dr mulut ko kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.086185 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list