CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1580|Reply: 5

[Tempatan] EDISI PENANG:Pesta Hari Jadi ker pesta Dadah???

[Copy link]
Post time 23-4-2014 04:14 PM | Show all posts |Read mode
GEORGE TOWN 23 April - Dua puluh tiga individu didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan mengambil dadah pelbagai jenis ketika meraikan pesta hari jadi di sebuah banglo yang dijadikan inap desa di Jalan Masjid Negeri, di sini Ahad lepas.

Kesemua mereka yang berumur antara 18 dan 35 tahun itu didakwa di tiga mahkamah mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun dan diwajibkan pengawasan sehingga tiga tahun.

Di Mahkamah Majistret 1, lapan lelaki mengaku tidak bersalah memasukkan dadah ke dalam badan jenis Methamphetamine dan Amphetamine di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini antara 9 pagi dan 11 pagi, 20 April lepas.

Terdahulu, Majistret L. Uma Devi membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Jun untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Azura Zulkiflee.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret 2, empat lelaki dan tiga wanita turut mengaku tidak bersalah memasukkan dadah jenis Methamphetamine, Amphetamine dan Ketamine di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini antara 9 pagi dan 11 pagi, 20 April lepas.

Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Jun untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Hashim.

Di Mahkamah Majistret 3, dua lelaki mengaku tidak bersalah manakala lima wanita dan seorang lelaki mengaku bersalah memasukkan dadah jenis Methamphetamine, Amphetamine dan Ketamine di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini antara 9 pagi dan 11 pagi, 20 April lepas.

Majistret Dianne Nigrad Nor Azhar membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Jun untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Emma Syafawati Abdul Wahab. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... -jadi#ixzz2zhAM7jss
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2014 04:46 PM | Show all posts
baguslah....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 04:51 PM | Show all posts
Pesta Hari Dadah ke ni? kihkihkih~
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 05:31 PM | Show all posts
incek_akim posted on 23-4-2014 04:51 PM
Pesta Hari Dadah ke ni? kihkihkih~

hari dadah peringkat negeri?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 05:37 PM | Show all posts
Hari Dadah Sedunia kot, kita je yg tak tahu
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 06:09 PM | Show all posts
pakweneelofa posted on 23-4-2014 05:31 PM
hari dadah peringkat negeri?

sambutan peringkat daerah barat daya pulau pinang
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.071680 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list