View: 9006|Reply: 143
|
[Tempatan]
Wanita moden lebih menggemari makanan segera
[Copy link]
|
|
Kesibukan mengimbangi keperluan keluarga dan kerjaya, menjadikan wanita moden hari ini lebih menggemari makanan segera berikutan mereka tiada masa untuk menyediakan hidangan di rumah.
Penyediaan makanan segera yang kerap, akhirnya menyebabkan ramai tidak menyedari mereka mengabaikan nutrisi penting untuk kesejahteraan diri dan seisi keluarga.
Keadaan itu perlu diubah kerana pakar mendapati, kebanyakan penyakit dikatakan berpunca daripada amalan pemakanan dan pengabaian gaya hidup sihat.
Pakar perunding pemakanan, Indra Balaratnam, berkata peredaran zaman menjadikan masyarakat kurang peka terhadap pengambilan makanan berkhasiat disebabkan kesibukan yang terlalu sibuk.
Indra menyarankan, untuk menjadi sihat dan mendapatkan nutrisi penuh, kita hanya perlu memakan epal setiap hari kerana ia buah yang kaya antioksidan dan hidangannya boleh dipelbagaikan.
“Epal sesuai untuk wanita yang sentiasa sibuk kerana keseimbangan nutrisi yang terkandung dalam buah ini. Ini kerana epal boleh dimakan begitu saja selain boleh dicampur dengan buah-buahan lain atau dijadikan pai,” katanya ketika berkongsi khasiat epal bertemakan, ‘Apple of My Eye’, anjuran Suruhanjaya Epal Washington di Hotel Aloff di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tegas Indra, nutrisi sihat yang ada pada epal akan memberi kesan positif kepada kesihatan dan kesejahteraan diri, di samping kandungan antioksidan semula jadi yang mampu memberikan awet muda, ceria cantik serta mengurangkan risiko penyakit berkaitan usus dan jantung.
Beliau berkata, wanita tidak pernah lari dari kebimbangan memikirkan mengenai kegemukan, diet seimbang dan kaedah terbaik mengawal berat badan, sekali gus ingin mengekalkan kesihatan serta memiliki tubuh badan ramping.
“Wanita sentiasa prihatin untuk mengambil makanan yang rendah kalori, bebas lemak dan kolesterol. Mereka juga dikatakan, sanggup mengetepikan selera makan berbanding lelaki kerana tidak mahu gemuk.
“Kajian mendapati, wanita yang mempunyai berat badan berlebihan memakan tiga biji epal sehari sebagai amalan rendah kalori dan kaedah semula jadi berkesan dalam mengurangkan berat badan. Ini amat baik kerana epal mengandungi serat, potassium, vitamin A, C dan antioksidan iaitu nutrien penting untuk kesihatan jantung,” katanya.
Tambahnya, menerusi kajian jurnal kesihatan nutrisi Amerika, epal bukan hanya berkesan untuk penyakit jantung dan kardiovaskular, harganya juga murah tetapi setanding dengan khasiat beri biru serta delima.
Indra berkata, epal boleh disediakan dalam pelbagai cara sesuai untuk kanak-kanak, bayi dan sesiapa saja. Hidangan itu perlu dipelbagaikan bagi mengelakkan rasa jemu.
“Seseorang ibu perlu kreatif menyediakan hidangan epal seperti menghiasi dan mencampurkan dengan buah-buahan lain, membuat jus dan dijadikan pai. Proses penyediaannya tidak mengambil masa lama.
“Ramai orang tidak mengetahui pemakanan sihat sebenarnya lebih menjimatkan berbanding pembelian makanan ringan lain. Sebagai contoh minuman karbonat, aiskrim, snek, mi segera, nuget dan beras lima kilogram adalah RM87, sementara beras, seekor ayam, sayuran dan buah-buahan, bihun hanya RM72,” katanya.
Pada sesi berkenaan, beliau turut berkongsi tiga resipi mudah menggunakan epal iaitu salad campuran, smooties cleanse dan snek kudapan kekacang. Majlis dimeriahkan selebriti, Sazzy Falak yang berkongsi panduan keibubapaan dan pemakanan hariannya.
Sementara itu, wakil pemasaran bagi Suruhanjaya Epal Washington, Eddie Saw, epal keluarannya menjadi snek kesihatan yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.
“Epal Washington boleh didapati dalam beberapa jenis seperti Red Delicious, Granny Smith (paling sesuai untuk jus), Cameo, Fuji, Braeburn, Jonagold Golden Delicious dan Cripps Pink.
“Semua jenis epal ini boleh didapati di rangkaian pasar raya besar, pasar basah dan kedai buah-buahan,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Wife aku pandai masak dan rajin masak. Wanita pemalas lg bodoh je lg2 yg suka mkn mi segera ni |
|
|
|
|
|
|
|
Cakap je la MALAS dan TAK TAHU masak bukannya moden.
Wanita Jepun lebih moden dan urban, tapi tiap-tiap hari masak bento bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
Wanita pprt bimbo jerpemalas dan suka makan megi..sila sentap wahai bimbo universal.
Salad ayam dgn ranch pon dah ok bg yang pemalas. |
|
|
|
|
|
|
|
tgk cm aku pndai masak..x kn bini penat2 lik kje nk suh die msak?..aku siap bsoh bju.sidai..lipat bju je aku x buat..leceh..lol..bini lik umah tgk mknan dh tesedia, bju dh bsoh..ksk la die rehat..gilir2 la..sape lik awal die masak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry..walo aku ni sibuk tiap2 hari aku masak makesure makan malam terhidang. Cuma td je aku telio dgn mamee chef kari laksa kt tred lagi satu tu..haha |
|
|
|
|
|
|
|
TuntungReturn posted on 24-4-2014 12:06 AM
tgk cm aku pndai masak..x kn bini penat2 lik kje nk suh die msak?..aku siap bsoh bju.sidai..lipat bj ...
Lu hari2 saja balik lambat lagi mai cin cau sini..
|
|
|
|
|
|
|
|
lavaknows posted on 24-4-2014 12:08 AM
Lu hari2 saja balik lambat lagi mai cin cau sini..
lu idup lgik? wa igt sudah kembali kpd pencipta..esok lu buat nick lain lak |
|
|
|
|
|
|
|
Momofuku Ando pencipta megi panjang umurnya 96Tahun, masih lagi ada ummah felda pprt kata bahaya makan megi |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu posted on 24-4-2014 12:13 AM
Momofuku Ando pencipta megi panjang umurnya 96Tahun, masih lagi ada ummah felda pprt kata bahaya ma ...
awat nama dia mcm pencipta yong taufu ja
|
|
|
|
|
|
|
|
aku suka makan megi sbb megi sedap. tiap kali makan letak bawang, cili api, telur dan ayam atau seafood nak sedapkan lagi. bukan sbb nak cepat, moden ke apa. org nak kata apa ada aku kisah. bukan laki/bini dorg bayarkan duit megi aku pun.
pendek kata, aku makan apa yg aku nak. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada ummah terasa..yessss! |
|
|
|
|
|
|
|
makanan segera punca wanita kurang kemahuan seks |
|
|
|
|
|
|
|
sapa yg terasa sebenarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Santeira posted on 24-4-2014 12:17 AM
aku suka makan megi sbb megi sedap. tiap kali makan letak bawang, cili api, telur dan ayam atau seaf ...
sudahkah cik puan bertanya apa yang suami ingin makan sebelum cik puan mengambil jalan mudah memasak maggi campur bawang?
|
|
|
|
|
|
|
|
minyakzaiton posted on 24-4-2014 12:23 AM
sudahkah cik puan bertanya apa yang suami ingin makan sebelum cik puan mengambil jalan mudah memas ...
ada aku kata aku masak megi utk laki aku ke?
aku kata 'aku makan apa yg aku nak'. terang2 kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
Santeira posted on 24-4-2014 12:24 AM
ada aku kata aku masak megi utk laki aku ke?
aku kata 'aku makan apa yg aku nak'. terang2 kot.
...
dan suami cik puan terpaksa memasak apa yang dia hendak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Apple favourite aku ialah Pink Lady. Nama sebiji mcm bunyi dadah ecstacy. :lol |
|
|
|
|
|
|
|
minyakzaiton posted on 24-4-2014 12:25 AM
dan suami cik puan terpaksa memasak apa yang dia hendak?
aku masak la apa yg dia nak. dan kadangkala dia juga mau megi. masak megi tak susah kot. boleh buat semua tu kejap je sambil masak lauk proper.
BTW, aku bukan makan megi selalu.bila aku rasa nak saja.
Last edited by Santeira on 24-4-2014 12:29 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Mee segera juga buat pompuan gugur rambut.bestfriend skolah rendah aku botak trus slepas gigeh makan mee segera sminggu non stop..tapi tuh sebab mak dia pemalas..bg anak mkn megi jah...
P/s keshian suami seseorang kena masak sundri. |
|
|
|
|
|
|
| |
|