|
IPOH 24 April - Yayasan Kebajikan Islam Darul Ridzuan dengan kerjasama kerajaan negeri Perak dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menganjurkan Selawat Perdana Malam Cinta Rasul di Stadium TLDM, Lumut malam esok.
Pengerusinya Datuk Azhar Ahmad berkata pengisian program yang bermula pada 6 petang ialah solat hajat, Maghrib dan Isyak, tazkirah yang akan disampaikan penceramah tempatan serta selawat dan qasidah yang dipimpin ulama terkenal Habib Syech Abdul Qodir Asseqaf.
Beliau berkata program itu diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kehebatan berselawat, zikir dan qasidah yang mengagungkan Rasulullah S.A.W.
"Kita berharap program ini dapat menarik sasaran lebih 20,000 orang untuk bersama-sama menjayakannya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata program itu juga diadakan bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-80, pada Ahad ini. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... -esok#ixzz2zmcaLAdq
© Utusan Melayu (M) Bhd
|
|