|
KUANTAN 24 April - Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menetapkan 22 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes membabitkan ketua kumpulan ajaran sesat, Harun Mat Saat, 47, yang menggelarkan dirinya 'Tuhan Harun'.
Hakim Syarie Abdul Wahid Md Ali Al-Fakwie menetapkan tarikh itu bagi memberi peluang kepada Ketua Pendakwa Syarie di Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) meneliti representasi dikemukakan Peguam syarie, Abdullah Sidek yang mewakili Harun.
Representasi itu dikemukakan bagi menggugurkan kesemua 10 pertuduhan yang dihadapi Harun berikutan masalah kesihatan yang dialaminya. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... Harun#ixzz2zmeS2NtX
© Utusan Melayu (M) Bhd
|
|
|
|
|
|
|
|
Nape tgn harun mcm parkinson eh kalau strok bleh jd gitu gak eh?soalan sirius xtahu |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin dia dibantai hingga lembik....
atau
mungkin dia buat2 sakit utk mengurangkan hukuman...
|
|
|
|
|
|
|
|
hukum mati je kan senang.
kata "Tuhan", apekebenda ler.... "Tuhan" sendiri kena Judge dgn mahkamah dunia. LOL
Allah, ade jugak malaun2 yg percaya si bangang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Ngaku tuhan konon... tau2 terketar2 kena bawak gi mahkamah naik wilcha.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat dunia lg dah dpt hukuman..... |
|
|
|
|
|
|
|
sepatutnya ada group2 yang kantoikan dia..mintak dia nombor ekor..nk buktikan kalau betul dia tuhan..ini sme tk cerdik..ngekor je la bontot pok cik tu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Syd at 16-8-2016 07:07 PM
Ketua 'Tuhan Harun' meninggal dunia
HARUN ketika menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuantan. FOTO arkib
Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz
rnorain@hmetro.com.my
Kuantan: Ketua ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat, 50, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), hari ini.
Harun yang mengalami angin ahmar sejak 2013 meninggal dunia pada 4.30 petang ketika menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital terbabit.
Peguam Harun, Hermes Putra Media berkata, Harun dimasukkan ke HTAA untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi menentukan keupayaannya memberi keterangan di mahkamah.
"Saya dimaklumkan beliau terpaksa diberi bantuan pernafasan berikutan kekurangan oksigen.
"Bagaimanapun saya belum lagi mendapat maklumat terperinci punca kematiannya," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Harun sedang menjalani perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuantan untuk kes pembunuhan Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Abd Malek pada 10 November 2013.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Ogos 2016 @ 6:50 PM |
|
|
|
|
|
|
| |
|