CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1166|Reply: 7

[Tempatan] Galakkan kerja sambilan

[Copy link]
Post time 24-4-2014 11:02 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 23 April - Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menggalakkan individu yang mengalami masalah kewangan melakukan kerja sambilan selain kerja sedia ada bagi menangani bebanan hutang.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Koid Swee Lian  berkata, langkah terbabit dapat meringankan bebanan kredit mereka kerana boleh membantu dalam perbelanjaan.
Beliau berkata, peminjam juga dinasihatkan untuk berkongsi masalah kewangan mereka dengan ahli keluarga bagi mendapatkan sokongan moral.
“Masalah kewangan bukanlah masalah anda seorang. Berkongsilah dengan keluarga seperti pasangan dan juga anak-anak supaya mereka memahami situasi yang dihadapi.
“Dengan cara ini, ahli keluarga akan lebih memahami situasi dan sama-sama membantu termasuk mengurangkan perbelanjaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Pertandingan Akhir Bola Sepak Kewangan Visa di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengurus Negara VISA Malaysia, Ng Kong Boon.
Sementara itu, Swee Lian berkata, pihaknya menyasarkan peningkatan sehingga 17,000 individu yang menghadapi masalah kewangan akan menyertai Program Pengurusan Kredit (PPK) pada tahun ini, berbanding 16,769 orang pada tahun sebelumnya.
Menurutnya, AKPK telah menerima 4,689 permohonan untuk PPK pada suku pertama tahun ini dan 4,395 daripadanya telah mendapat kelulusan.
“Kami juga bercadang untuk menambahkan antara dua hingga tiga lagi cawangan AKPK pada tahun ini bagi menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada pihak yang berkaitan.
“Lokasi yang menjadi tumpuan kami adalah di kawasan yang padat. Antara kawasannya adalah seperti Puchong dan Petaling Jaya," ujarnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2014 11:07 PM | Show all posts
kesian takdir2 orang2 kesempitan wang di malaysia... tu la..asyik beli tablet je...lol
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 05:37 AM | Show all posts
kakitangan awam tak boleh sis, kena tulis surat ke ketua jabatan untuk approval
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 06:34 AM | Show all posts
kakikuDibibirmu posted on 25-4-2014 05:37 AM
kakitangan awam tak boleh sis, kena tulis surat ke ketua jabatan untuk approval

boleh apply permit pelacuran tak? darurat
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 07:37 AM | Show all posts
AKPK  ni bagus tau sbnrnya. aku x layak nak join je. ada sorg pakcik tu, hutang dia bulan2 rm2k. mmg teruk la hidup dia. last2 pergi AKPK mintak tlg setelkan beban hutang dia. la ni dia cuma byr rm600 je sebulan. tp mmg akpk jaga la kewangan dia. skang ni siap mohon kat akpk nak beli kete baru lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 11:05 AM | Show all posts
nurul_akmar posted on 25-4-2014 07:37 AM
AKPK  ni bagus tau sbnrnya. aku x layak nak join je. ada sorg pakcik tu, hutang dia bulan2 rm2k. mmg ...

Boleh ke, rasanya tak di benarkan buat hutang baru..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2014 10:35 AM | Show all posts
nurul_akmar posted on 25-4-2014 07:37 AM
AKPK  ni bagus tau sbnrnya. aku x layak nak join je. ada sorg pakcik tu, hutang dia bulan2 rm2k. mmg ...

maksudnyer ape? AKPK tolong bayarkan hutang ker?
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2014 11:00 AM | Show all posts
yg hutang buat jd masalah ni sbb interest jerk. bulan2 ingt bayar hutang, tp sbnrnya bayar interest je.

mmg la smpi bila pun x kan abes.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.062190 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list