CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1098|Reply: 10

[Tempatan] {3} 36 jam sorang mati asbab TB !

[Copy link]
Post time 25-4-2014 06:23 AM | Show all posts |Read mode
25 April 2014

KUALA SELANGOR – Selangor merupakan negeri kedua tertinggi selepas Sabah yang mencatatkan kes penyakit tibi dengan mencatatkan 4,151 kes pada tahun lalu.


Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Azman Abu Bakar berkata, ia merupakan peningkatan 16 peratus berbanding tahun 2012.


“Sementara itu, sebanyak 245 kes kematian akibat penyakit tibi atau batuk kering dicatatkan di negeri ini sepanjang tahun lalu.


“Secara puratanya, seorang rakyat negeri ini meninggal dunia akibat penyakit tersebut dalam tempoh 36 jam,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Tibi Sedunia peringkat Selangor di Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam dekat sini semalam.-kosmo

p/s kesan pembangunan katanya..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2014 06:27 AM | Show all posts
itu kono tanya ...pikahak imikgason.....kementrian kasihatan...pasai tumbuh balik TB....perut belum buncit lagi kah ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 06:29 AM | Show all posts
kesan pembangunan apa???? tu pendatang masa masuk tak screen elok2
tu lah kesan nya
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 06:31 AM | Show all posts
macam kat korea pun ramai jugak yg pekerja dia dari negara luar
macam pakistan, myanmar , vietnam tapi sebelum tu
kena lalui process screen kesihatan dulu kalau x lulus
makna ada tb ke, apa ke memang tak bagi masuk.

Malaysia nie janji tenaga buruh murah bagi aje masuk
any DICK and Harry
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 06:32 AM | Show all posts
apasal kasik permit kerja kat warga asing tanpa buat medical checkup utk tibi??? BN mmg celaka.......!!!

wahai kerajaan bahalol....! yang ada TIBI tu halau saja laa....!


Selangor kedua tertinggi alami penyakit tibi
24 April 2014

SHAH ALAM - Selangor merupakan negeri kedua tertinggi yang mencatat kes Tibi atau batuk kering dengan kadar jangkitannya meningkat 16 peratus tahun lepas berbanding tahun sebelumnya.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata, sepanjang tahun 2013, sebanyak 4,151 kes dilaporkan dengan 245 kematian berbanding 3,560 kes dengan 214 kematian pada tahun 2012.

"Tibi adalah penyakit bawaan angin yang merupakan pembunuh kedua terbesar selepas Aids dan jika pesakit Tibi tidak segera dirawat, ia akan terus menular dalam kalangan masyarakat dan menjadi penyumbang utama kematian bagi jenis penyakit berjangkit.

"Dianggarkan terdapat 500 kes Tibi masih gagal dikesan di Selangor dan masyarakat perlu tahu bahawa penyakit ini serius tetapi ia boleh disembuhkan jika pesakit terus mendapatkan rawatan di hospital dan klinik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jelasnya, rawatan awal mampu menyelamatkan nyawa namun masih terdapat masyarakat yang tidak mengambil berat tentang jangkitan penyakit tersebut menyebabkan kadar kematian meningkat saban tahun.

Dr Azman berkata antara simptom penyakit ini ialah batuk berterusan, demam sepanjang malam, hilang selera makan serta susut berat badan secara mendadak.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan telah melakukan pelbagai program kesedaran namun usahanya akan menjadi sia-sia sekiranya orang ramai serta pesakit tidak memberikan kerjasama untuk membendungnya.

Tambahnya, kerajaan turut menawarkan perkhidmatan kesihatan percuma kepada rakyat termasuk warga asing yang dijangkiti penyakit Tibi sebagai usaha berterusan mengawal penularan penyakit tersebut.

Sehubungan itu katanya, Jabatan Kesihatan Selangor turut memperluas jalinan kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai inisiatif mengetengahkan peranan golongan muda dalam program kawalan Tibi.

"Kita galakkan lebih banyak institusi pengajian tinggi terlibat dalam usaha membendung penularan penyakit berjangkit ini dalam usaha menyedarkan masyarakat terutama golongan muda supaya mereka sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang masa," katanya.

Dr Azman merasmikan sambutan Hari Tibi Sedunia peringkat negeri Selangor di UiTM Puncak Alam di sini serta melancarkan 'Buku Polisi dan Garis Panduan Penyakit Tibi dan Kusta: Edisi Pertama 2014' yang merupakan inisiatif Jabatan Kesihatan Selangor dalam memantapkan pengurusan program kawalan kedua-dua penyakit tersebut. - Bernama

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 08:23 AM | Show all posts
dak2 skolah buat lawak pasal TB..diorang kata taik babi...budak2 ni betul lah!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2014 09:42 AM | Show all posts
Adeh sampai nak tanggung kos rawatan warga asing. giles baik hati.
Hantar balik negara dorang lah. Cam mana boleh terlepas masuk Mesia yang ada tibi ni???
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 09:46 AM | Show all posts
akuwell posted on 25-4-2014 09:42 AM
Adeh sampai nak tanggung kos rawatan warga asing. giles baik hati.
Hantar balik negara dorang lah.  ...

sume bleh kawtim maaaa..kafirun dah ajar..terima pakai jelah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2014 09:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 09:47 AM | Show all posts
Akibat pembangunan & ketamakan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 09:50 AM | Show all posts
kenpe nk highlight kan selangor negeri kedua tertinggi kena tibi. lol musykil
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.053316 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list