CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: achik2009

Pelakon Wanita Kacukan Inggeris Mabuk Di Sydney?

[Copy link]
Post time 30-4-2014 03:18 PM | Show all posts
Minah ni masa tween very the omputih look.. selalu jejalan kat Ampang Point masa ada Carls Jr dulu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2014 03:25 PM | Show all posts
debab_78 posted on 30-4-2014 01:29 PM
xde masa lak aih aku nak tepek.. tgk adegan dia kejar lisa surihani kat parking tuh. pas kantoi dg ...

aku pon prasan part ni..gelak sorg2 dlm panggung
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Mgkin sbb otak dia da betul kot...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 04:06 PM | Show all posts
aku ske sangat tgk dia berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 04:23 PM | Show all posts
klo xmekap..biasa jahh dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
elamor posted on 30-4-2014 03:25 PM
aku pon prasan part ni..gelak sorg2 dlm panggung

aku igt aku sorang je yg perasan.. huhu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2014 04:45 PM | Show all posts
ape kejadahnya taun lepas..dah btaun dah xcdent tu & dah lama jgk minah ni jg tingtong..mulut tu mmg obvious JZ
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 05:02 PM | Show all posts
mengikut gambar yang di blur
sy syak
julia ziegler
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2014 06:10 PM | Show all posts
macam2 hal dieorg ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 06:19 PM | Show all posts

ARKIB : 30/12/2007
Julia Ziegler insaf lepas tragedi

Oleh: NIEZAM ABDULLAH



JULIA ZIEGLER.

--------------------------------------------------------------------------------



Namanya tidaklah begitu glamor tetapi percayalah gadis bernama Julia Ziegler ini sedang meniti sebuah jambatan populariti. Bakat dan paras rupa yang dimilikinya ternyata mampu membawa beliau lebih jauh lagi selepas dibuktikan menerusi percubaan pertamanya dalam filem Kayangan sebagai pelakon pembantu.

Kali pertama bertentang mata dengan Julia selesai penganjuran Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFF) 2007 di PWTC pada 2 Disember lalu, ternyata gadis ini cepat mesra dan ramah orangnya.

Apabila dicadangkan untuk mengadakan sesi fotografi cover Pancaindera, terus dia tersenyum.

“Betulkah nak buat saya ni cover?” tanya Julia seakan-akan tidak percaya. Saya bertanya tak layakkah dia menjadi cover sisipan akhbar popular ini? Tetapi ujar beliau, dia tidak pernah mendapat peluang seperti itu melainkan di majalah hiburan tempatan sahaja.

Mungkin rezeki buat Julia, sesi fotografi untuknya terus diatur dua hari selepas itu dan disolek sendiri oleh rakan sekolahnya, Dwan Ismael. Semasa fotografi berlangsung Julia menunjukkan saya tangan kanannya yang berparut.

&#147arut ini meninggalkan kenangan dan membuatkan saya insaf,” katanya memulakan bicara mengenai kisah silamnya.

Melihat kesan parut pada tangannya, gadis berusia 23 tahun ini terus menunjukkan beberapa kesan lain yang ada pada beberapa bahagian badannya. Malah dia juga menunjukkan kepalanya yang turut meninggalkan parut itu.

Bercerita mengenai kejadian malang tersebut peristiwa hitam yang berlaku ketika terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 21 November 2006 itu cukup bererti. Dia amat bersyukur kerana Allah masih memberi nafas kepadanya.

Malah lebih bernilai paras rupa dan pancainderanya tidak mengalami kecacatan membolehkan dia meneruskan langkah dalam dunia glamor ini.

“Saya bersyukur kerana Allah masih sayangkan saya. Kalau dilihat kemalangan yang berlaku, mungkin ramai yang berkata saya tidak dapat hidup lagi,” katanya.

Mengimbas peristiwa ngeri itu kata Julia, ia berlaku ketika dalam perjalanan pulang selepas penggambaran sebuah drama. Ketika itu Julia baru seminggu selesai penggambaran filem Kayangan yang sudah menemui penonton pertengahan tahun ini.

Dalam perjalanan pulang ketika pukul 2 pagi itu, kereta Toyota Vios yang dipandu Julia telah terbabas dalam keadaan hujan lebat.

Ketika itu kata Julia, dia terlalu mengantuk kerana kepenatan akibat seharian menghabiskan masa di lokasi penggambaran.

&#147ada waktu itu saya melalui Lebuh Raya Lingkaran Tengah berdekatan Hulu Klang. Badan saya penat menyebabkan saya tertidur dan kemudiannya terbabas,” kata Julia.

Kemalangan yang berlaku menyebabkan kereta dipandunya terbalik sebelum beberapa kali berpusing di atas jalan raya selepas terlanggar penghadang jalan.

Kejadian tersebut menyebabkan tangan kanan Julia terseret di atas jalan dan jari telunjuknya hanya tinggal tulang. Lebih mengerikan, kepalanya juga tersiat sehingga menampakkan tengkorak kepala dan salah satu tulang pada lehernya patah.

Sesiapa yang melihat peristiwa itu dan keretanya yang remuk tentunya menyangka orang yang berada di dalam kenderaan tersebut sudah meninggal dunia.

Ketika dua minggu dirawat di hospital dan pelbagai teknik pembedahan termasuklah memasukkan besi pada bahagian leher dan jari telunjuknya, Julia mampu untuk melihat semula dunia yang indah ini.

Pada waktu itu kata Julia, hanya Tuhan yang tahu betapa dia bersyukur di atas nikmat yang diperoleh semula selepas ujian ngeri itu.

“Saya tak habis-habis bersyukur kerana tidak buta, dan wajah saya tidak mengalami kecacatan. Hanya kulit kepala saya saja tersiat tetapi dapat diubati,” katanya.

Selepas kejadian berkenaan, Julia terpaksa ‘dikurung’ oleh keluarganya. Dia tidak lagi dibenarkan untuk keluar seorang diri kerana dibimbangi kejadian yang sama berulang.

Malah kemalangan yang berlaku meninggalkan kesan sampingan iaitu dirinya tidak boleh tertekan kerana ia boleh mengakibatkan dia menjadi sakit kepala.

Dalam tempoh dikurung itu, Julia merasai perubahan dalam hidup dan menganggap kejadian yang berlaku itu merupakan satu pengajaran.

“Saya mengakui semasa belajar di Gorgia, Amerika Syarikat selama tiga tahun, saya seorang gadis yang agak sosial.

“Ketika pulang ke Malaysia, saya mendapat ‘balasan’ seperti ini dan ia benar-benar mengingatkan saya terhadap kesilapan lalu,” katanya yang memperoleh sijil dalam bidang seni bina di Kolej Savannah negara itu.

Akibat kemalangan yang menimpa membuka hati Julia untuk mendekati Tuhannya dan mendengar nasihat daripada ibu bapanya. Malah kenakalan lalu dan kemalangan yang berlaku memberi ruang baru dalam hidupnya untuk berubah menjadi seorang gadis yang lebih baik.

“Tuhan menurunkan ujian kepada saya untuk memberi ruang kepada saya agar bangun semula merubah kehidupan ini.

“Dan saya bersyukur, atas apa yang terjadi benar-benar membawa perubahan untuk membolehkan saya menjadi manusia yang lebih baik dan sentiasa bersyukur terhadap nikmat-Nya,” kata anak seorang bekas guru besar ini.

Mengakui kejadian yang berlaku membuatkan Julia fobia dengan keadaan sekeliling apatah lagi ketika waktu hujan dan melihat kenderaan menyusur laju berdekatannya.

Bagaimanapun pengajaran yang berlaku Julia menasihat pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dan tidak memandu ketika berada di dalam keadaan mengantuk.

Dalam hidup ini jelas beliau tiada apa yang lebih penting melainkan nyawa dan nikmat lain yang dianugerahkan Tuhan.

*Punya syarikat sendiri

Beberapa bulan terkurung di rumah kerana kemalangan yang menimpa barulah Julia terfikir sekiranya kemalangan yang berlaku menyebabkan wajahnya cacat, entah apa pekerjaan yang dapat dilakukannya?

Maka dalam tempoh bermuhasabah diri itu, beliau menggunakan pengalamannya belajar di negara orang untuk membuka syarikat hiasan dalamannya sendiri.

Dengan nama Suria Design Sdn. Bhd. yang berpejabat di Damansara Perdana, Kuala Lumpur, Julia amat bersyukur kerana banyak projek besar diperolehnya.

Antaranya dia mendapat peluang untuk menghias bilik dan restoran sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur dan beberapa projek lain.

“Ia mungkin rezeki di atas kesabaran saya akibat kejadian yang menimpa saya selama ini,” katanya.

*Mahu aktif dunia seni

Selepas membintangi Kayangan, Julia mengakui ramai yang memberi kritikan termasuklah mengatakan lakonannya dalam filem pertamanya itu kaku.

Menjadikan kritikan itu sebagai pembakar semangat Julia mahu melakukan perubahan untuk melihat dirinya berjaya dalam bidang tersebut.

Maka selepas filem itu dia telah membuktikan bakatnya dalam filem Cuci arahan Hans Isaac yang akan ditayang pada 24 Januari 2008. Bukan itu saja, Julia turut diberi peluang membintangi filem Cicak-Man 2, yang baru selesai penggambaran bulan lalu.

“Selepas kritikan dalam filem Kayangan, saya banyak belajar untuk meningkatkan prestasi saya dalam bidang lakonan.

“Saya tidak boleh sombong sebaliknya banyak belajar daripada pengarah filem lain bagaimana untuk memperbaiki kelemahan dalam diri saya ini,” ujarnya.

Mahu aktif dalam bidang seni akui Julia, dia perlu belajar dari bawah dan tidak mustahil satu hari nanti azamnya untuk menjadi penerbit filem yang berjaya akan terlaksana.

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 06:22 PM | Show all posts
maknanye beliau blm btl2 insap slps kejadian itu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 11:47 PM | Show all posts
o dia ke nih .. haih
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2014 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Hessa posted on 30-4-2014 09:46 AM
i tak tau pengalaman org lain camner..betul ker tak teori iols ni..
kbnykan yg prnh eksiden ni mmg  ...

Ye mcm betul. Ada fmily member juga lps eksiden teruk kepala ting tong sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2014 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
julia ziegler rupanyaa... tp sheols menafikan... hmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2014 11:15 AM | Show all posts
paper hari neh
metro ka
apa lagi kosmo ka

semedang citer dia nehh

katanya...

itu semua fitnah

dia takkan buat kije2 bodoh mcm tuh

bla bla bla

saya gila gila, tapi bukan gila - dakwa beliau
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2014 11:24 AM | Show all posts
hmmm... teruk jgk dia accident dulu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2014 02:57 PM | Show all posts
camana la org2 lain ni boleh minum arak, bau je pun dah boleh buat nak muntah
Last edited by doubleA on 1-5-2014 02:58 PM

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2014 07:15 PM | Show all posts
kesiannye die...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 07:29 AM | Show all posts
Muke julia ziegler... Harap muke je lawa!
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 08:36 AM | Show all posts
insapnyer dier...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.067790 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list