CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3618|Reply: 23

[Tempatan] {5} Rumah Katerer kena ceroboh: Hanya set pinggan mahal disapu bersih !

[Copy link]
Post time 2-5-2014 07:17 AM | Show all posts |Read mode
2 Mei 2014

Kuala Lumpur: Seorang pengusaha syarikat katering terkejut apabila peralatan pinggan mangkuk berjenama miliknya ‘disapu bersih’ kumpulan penjenayah yang memecah masuk banglo yang dijadikan stor menyimpan peralatan perniagaannya.


Dalam kejadian Khamis lalu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Is, 43, kerugian kira-kira RM70,000 selepas hampir semua pinggan mangkuk dicuri penjenayah yang menceroboh banglo terletak di Jalan P Ramlee.


Mangsa berkata, penjenayah turut melarikan peralatan katering, tujuh alat penghawa dingin, televisyen dan komputer miliknya.


Menurutnya, kejadian hanya disedari sekitar jam 4 petang apabila dia datang ke banglo itu untuk melakukan pemeriksaan selepas hampir dua minggu tidak berkunjung ke rumah terbabit akibat sibuk dengan urusan kerja.


“Saya bagaimanapun berasa pelik selepas mendapati pintu pagar kecil di rumah itu sudah terbuka.


“Malah saya tambah sangsi apabila mendapati sebuah peti sejuk yang berada di dalam banglo itu tersadai di luar pekarangan rumah,” katanya.


Dia yang mengesyaki penjenayah masih berada di dalam rumah kemudian melakukan intipan dari dalam kereta diletakkan tidak jauh dari banglonya itu.


“Tidak lama kemudian, saya melihat seorang suspek lelaki cuba memindah keluar peti sejuk berkenaan melalui pintu belakang kediaman.



Saya segera menghubungi pihak polis selain cuba mengejar suspek namun lelaki itu berjaya melarikan diri,” katanya.


Menurutnya, salah seorang jiran bersebelahan banglo itu mendakwa ada melihat dua van muncul di kediaman itu, namun tidak menyangka ia adalah milik penjenayah.


“Dia menyangkakan van itu adalah kepunyaan syarikat katering saya sebelum melihat beberapa lelaki memunggah peralatan katering dan pinggan mangkuk ke dalamnya.


“Saya bernasib baik kerana memperoleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu dan perkara berkenaan sudah dilaporkan kepada Balai Polis Wangsa Maju,” katanya.-myMetro

p/s awas, ada tawaran pinggan mangkok lelong pasnih...




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2014 07:25 AM | Show all posts
kalau owner lewat semua dalam rumah di angkut.. milo.. kopi.. biskut semua di sapu
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 07:49 AM | Show all posts
banglo buat jd stor jah.

apa2 pun, aku mmg tak pernah kisah pun mkn guna pinggan mahal or murah, sbb takde beza pun.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 09:07 AM | Show all posts
keja orang dalam kot..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 09:19 AM | Show all posts
aku pakai pinggan corelle aje yg dah dah berzaman nya
kalau sebab corelle susah pecah
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 09:35 AM | Show all posts
dah lama perati le tu katerer ni punya barang2 masa kendurikendara...geram
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2014 09:43 AM | Show all posts
Lumayan juga hasil curian itu
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 10:00 AM | Show all posts
Boleh le penceroboh bukak business catering lepas ni pinggan mangkuk suma dah ada.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2014 11:39 AM | Show all posts
pehtu jual online preloved gitu
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 11:45 AM | Show all posts
perampok tu nak guna utk kenduri kawin anak dia kot
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
7 penghawa dingin? Dengan compressor skali ke ?
Hazab jgk nak remove menatang tu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Sampai 2 van dtg mengangkutnya
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 12:57 AM | Show all posts

mungkin kah Awloh bayar cash pada katerer ni atas sebab2 turtentu...??
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 01:19 AM | Show all posts
hanim_rosli posted on 3-5-2014 12:55 AM
Sampai 2 van dtg mengangkutnya

Si jiran tak pelik tgk bukan setakat pinggan mangkuk tp aircond bagai diangkut?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Along datang sapu...

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Pencuri kalu tak de kerja nak ambik barang besar2..

Buat susah je..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2014 03:17 AM | Show all posts
Set noritake ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 07:00 AM | Show all posts
Pingganmangkuk berjenma apa tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 07:32 AM | Show all posts
cari kat pasar lambak atau online
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 08:21 AM | Show all posts
kalu msk tk sedap, tapi pakai pinggan 1/2 juta pun, takde bezanye...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.110938 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list