CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29957|Reply: 184

Encik Mimpi berangan

[Copy link]
Post time 10-5-2014 09:23 AM | Show all posts |Read mode
Sudah lama sebenarnya Cik Pang dengar cerita mengenai penyanyi dikenali sebagai Encik Mimpi. Kalau cerita ‘best’ tak mengapa, ini cerita yang sangat tak ‘best’ dan boleh dikategorikan meloyakan tekak!

Maaflah, bunyinya kasar tapi kalau tak ada yang tegur, rasanya sampai bila pun penyanyi ini tidak akan ke mana dan terus bermimpi dan berangan!

Ceritanya macam ini. Ahad lalu, kawan Cik Pang dapat jemputan menonton ‘showcase’ penyanyi itu di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.

Nama tempat saja sudah gah, sebab tidak ramai penyanyi tanah air berpeluang membuat persembahan di sana kecuali kalau betul-betul bagus.

Masalahnya, dengar cerita, sudahlah persembahan bermula lewat sampaikan kawan media Cik Pang terpaksa tunggu lama, boleh pulak dengan penuh berangannya Encik Mimpi datang dengan diiringi beberapa pengawal peribadi.

Nak tersedak Cik Pang dengar cerita ini. Penyanyi otai di Malaysia pun tak pernah diberi layanan keselamatan sedemikian rupa.

Ya lah, penyanyi otai tak suka cari musuh dan peminat pun ‘respek’, sebab itu tak perlukan pengawal peribadi, kan? Ke awak memang ada musuh sampai perlukan pengawal peribadi?

Itu baru bab dikawal pengawal peribadi. Lebih membuatkan Cik Pang tergelak, kawalan punyalah ‘first class’, lokasi showcase pula ‘gempak’, tapi penonton yang datang hanya tujuh orang.

Terbeliak biji mata Cik Pang mendengar jumlah tujuh orang. Kalau Cik Pang, pasti akan rasa malu nak tunjuk muka. Namun, penyanyi tidak ada masalah kerana memang tak tunjuk muka sebab pakai topeng. Kiranya rasa malu tu tak adalah sangat kot?

Ketika persembahan, penyanyi ini kononnya nak menyanyi lagu penyanyi lain. Dengan penuh yakin dia me-nyanyikan lagu popular Hyper Act yang bukan calang-calang penyanyi boleh nyanyikan.

Beberapa kawan Cik Pang yang menonton persembahan itu bagai nak terpecah gegendang telinga bila pitching ke laut. Aduh! Kenapa boleh jadi macam ni? Takkan main tangkap muat saja?

Bagi Cik Pang, perkara macam ini yang akan merosakkan imej penyanyi tempatan di peringkat antarabangsa. Mujur yang datang menonton adalah peminat fanatik (walaupun tujuh orang saja) yang tak kisah penyanyi kesayangan mereka pitching ke laut.

Kawan Cik Pang turut mengadu mengenai pengurus penyanyi ini yang lebih sudu dari kuah. Kata kawan Cik Pang, kalau bukan kerana kena bertugas pada hari itu, memang dia pun tak ‘hingin’ nak datang. Apatah lagi acara diadakan pada hari minggu yang sah-sah hari cuti.

Kawan Cik Pang mendakwa, pengurus tak respek wartawan yang datang dan bertanya soalan berkaitan. Antaranya mengenai imej dan sambutan acara pada hari itu yang sangat menyedihkan.

Soalan kawan Cik Pang pun bukan tajam sangat, sekadar bertanya sampai bila nak kekal imej bertopeng dan merahsiakan nama kepada media.

Itu saja, tapi pengurusnya pula lebih-lebih dan menepis soalan media. Katanya, media tidak respek pilihan artisnya.

Media bertanya sebab itu tugas mereka. Kalau tak nak jawab pun, rasanya tak perlu nak kata media tidak respek, sebaliknya si pengurus tu respek ke tidak kerja media?

Kalau anggap Cik Pang ‘berangin’ dengan penyanyi ini, mungkin ada benarnya. Bukan sebab penyanyi itu tak bagus, cuma caranya salah.

Dia mungkin bagus dalam bidang penciptaan lagu tapi bab menyanyi dan pengurusan diri, Cik Pang rasa, baik Encik Mimpi bermuhasabah diri dan belajar banyak lagi ya!



Credits: hmetro.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-5-2014 09:29 AM | Show all posts
Di sebalik konsert mini Encik Mimpi yang hambar




BERBEKALKAN sebuah lagu popular Rindukanlah yang menjadi lagu runut bunyi untuk drama bersiri Playboy Itu Suamiku, penyanyi Encik Mimpi telah ditawarkan mengadakan konsert mini oleh Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Melihat pada sambutan yang diberikan peminat di laman sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram kepada penyanyi yang menggunakan topeng sebagai imejnya itu cukup memberangsangkan.

Mempunyai seramai 18,678 pengikut di Instagram bagaimanapun tidak lebih daripada 20 orang peminat yang hadir pada konsert mininya itu.

Rata-rata media yang datang membuat liputan agak terkejut dengan jumlah peminat yang hadir. Di manakah silapnya, sehingga begitu sedikit sekali peminat yang memberi sokongan.

Selain jumlah peminat yang sedikit, mutu vokal dan persediaannya juga dipersoalkan memandangkan dia kelihatan seperti ‘semput’ ketika menyanyikan tujuh buah lagu pada mini konsert tersebut.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Encik Mimpi usai konsert mininya berakhir.


TETAP teruja melayan peminat yang hadir pada konsert mininya di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kosmo!: Adakah anda terkejut dan kecewa melihat jumlah peminat yang hadir terlalu sedikit?

ENCIK MIMPI: Saya tidak terkejut dan kecewa kerana sudah dapat mengagak jumlah peminat yang hadir tidak ramai. Peminat saya terdiri daripada pelajar pusat pengajian tinggi dan pelajar sekolah. Tiket untuk konsert mini ini berharga RM50, mungkin harga tiket menyebabkan ramai yang tidak mampu untuk menghadiri konsert mini saya.

Bagaimanakah kerja promosi konsert mini ini dijalankan?

Selain promosi yang dibuat oleh pihak Hard Rock Cafe, saya juga memberitahu peminat di blog dan laman sosial. Rasanya memang ramai yang tahu tentang konsert mini ini.

Anda dilihat seperti tidak bersedia ketika melakukan persembahan. Selain terlupa susunan lagu, vokal anda juga kedengaran agak ‘semput’.


Saya akui vokal saya tidak sehebat penyanyi yang lain. Ingin saya tegaskan, menyanyi adalah hobi sahaja, bukanlah mata pencarian utama kerana saya mempunyai kerja tetap sebagai eksekutif teknologi maklumat. Kesibukan membataskan saya untuk menjalani latihan dengan konsisten. Mungkin sebab itu ada beberapa kesilapan yang berlaku.

Jika anda tahu tidak mempunyai masa untuk membuat persediaan yang lengkap, mengapa masih menerima tawaran daripada pihak Hard Rock Cafe?

Sebagai penyanyi baharu, apabila tawaran diberikan Hard Rock Cafe, bagi saya itu rezeki yang tidak harus ditolak. Saya juga tidak mempunyai sebarang alasan untuk menolak. Saya mempunyai waktu yang terluang dan hanya datang untuk menyanyi sahaja, tidak perlu mengeluarkan wang langsung, semuanya disiapkan oleh pihak Hard Rock Cafe.

Jika saya tidak mengambil peluang dan mencuba perkara yang tidak pernah saya lakukan, sampai bila saya akan belajar menjadi penyanyi yang baik.

Apakah langkah yang anda ambil untuk memperbaiki mutu vokal dan persembahan?

Memang terlalu banyak perkara yang harus saya pelajari terutama selepas membuat konsert mini. Apa yang saya tahu, pihak pengurusan telah mengaturkan kelas vokal untuk saya memantapkan vokal. Soal persembahan, saya belajar hari demi hari daripada komen yang diberikan peminat.

Sampai bilakah anda akan kekal dengan imej bertopeng?

Saya bermula sebagai penyanyi di laman YouTube dan blog. Peminat yang meminta saya kekalkan imej bertopeng dan saya sendiri selesa begini. Sebelum dilamar oleh syarikat pengurusan untuk diambil menjadi penyanyi, saya telah meletakkan syarat untuk tidak mendedahkan soal peribadi.

Bagi saya, lebih bagus begini kerana peminat hanya tertumpu pada karya muzik yang saya bawakan, bukannya penampilan diri atau soal peribadi. Mungkin sampai bila-bila selagi bergelar penyanyi saya akan memakai topeng.

Apakah perkembangan terbaharu anda?

Selepas lagu Rindukanlah, saya telah muncul dengan lagu Menu Cintaku, Ayuh Tinggalkan Dia dan lagu khas untuk mengenang tragedi pesawat MH370 yang berjudul Hikmah Atas Segalanya. Lagu itu merupakan kolaborasi bersama Nomad, Aepul Drama Band dan Ronnie HyperAct.

Bukan mengambil kesempatan atas tragedi tersebut tetapi lagu yang saya tulis seminggu selepas tragedi itu berlaku merupakan satu doa dan berharap ada hikmah atas apa yang berlaku. – HARYATI KARIM



Credits: kosmo.com.my

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2014 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape  encik mimpi ni
Pakai topeng,pencipta lagu
Gambar pls Last edited by burque on 10-5-2014 09:30 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2014 09:33 AM | Show all posts

yang ni ker
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2014 09:35 AM | Show all posts
tak kuar lak gambarnya
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2014 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Sendu je bagi aku..

Sedap ke lagu dia nih?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2014 09:50 AM | Show all posts
kesian encik mimpi haha
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2014 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
achik2009 posted on 10-5-2014 09:29 AM
Di sebalik konsert mini Encik Mimpi yang hambar



Siapa ni...sendu kategori zaman batu ke haper?sudahlah jongos...xheran sgtlah peminat nk tarik mask kau tu lah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2014 09:57 AM | Show all posts
x kenal pon...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2014 09:57 AM | Show all posts
biar la dia dengan mimpi-mimpinya..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2014 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
X kenal n x sangka wujud penyanyi pakai topeng
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2014 10:12 AM | Show all posts
lucky_peace posted on 10-5-2014 09:57 AM
x kenal pon...

pernah tak dengar lagu ni?...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2014 10:14 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2014 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Taksampai 20 org peminat yang datang?? Nyanyi syok sendiri je la kau kat atas stage tu. Kesiann
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2014 10:31 AM | Show all posts
achik2009 posted on 10-5-2014 10:12 AM
pernah tak dengar lagu ni?...

pernah... tapi tktau la encik mimpi nieyh yang nyanyi hah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2014 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg vokal dia biasa2 je.. mcm suara budak skolah wakil kelas utk ptandingan nyanyi.. tp lagu rindukanlah tu best.vokal yg agak2 sendu gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2014 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Geli dgr lagu die
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2014 10:37 AM | Show all posts
maxim posted on 10-5-2014 10:32 AM
Geli dgr lagu die

tang mana yg geli tu?...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2014 10:44 AM | Show all posts
kesiannya.
tapi mmg tak best pun lagu dia.
lirik dia alahai...klu budak belasan tahun mcm najwa latip, blh lah terima. ini dh tahap eksekutif pun.
tolonglah jgn lps final muzik2 tahun ni.

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2014 10:58 AM | Show all posts
Nasib pakai topeng, kalau x mau kena boo.. Hehehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.087977 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list