CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: RockRockRock

[Jenayah] Di kelantan remaja 15 tahun dirogol 38 lelaki

  [Copy link]
 Author| Post time 31-5-2014 02:25 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-5-2014 02:26 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2014 02:28 AM | Show all posts


Rumah kosong yang menjadi lokasi kejadian dua orang gadis bawah umur dirogol 38 lelaki  pada 20 Mei lalu merupakan tempat melepak bagi pemuda-pemuda kampung di sini.

Selain dijadikan port untuk melepak, kawasan itu sering dijadikan tempat anak-anak muda membaiki motosikal dan menghabiskan masa mereka.

Menurut salah seorang penduduk, Rogayah Abdullah, 57 ,kawasan itu sebelum ini pernah diserbu oleh pihak berkuasa berhubung kes penagihan pil kuda yang di jalankan dalam rumah tersebut.

“Jadi, rumah terbabit dijadikan tempat remaja di sekitar kawasan ini membawa rakan mereka melepak dan sebelum ini polis pernah menyerbu rumah tersebut berhubung kes penagihan pil kuda,” katanya.


Rogayah juga berkata, dia hanya mengetahui mengenai kejadian yang berlaku apabila melihat sepasukan polis menahan seorang suspek yang tinggal berdekatan dengan rumahnya.


“Balik ke rumah hampir jam 10 atau 11 malam, jadi memang makcik tak tahu langsung mengenai kejadian yang berlaku hanya beberapa meter dari rumah makcik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.


Seorang lagi penduduk yang tinggal berhampiran lokasi kejadian, Mat Husin Mat Nor berkata, mereka tidak mendengar apa-apa bunyi yang mencurigakan ketika kejadian yang berlaku pada hari mangsa dirogol.


“Terkejut juga apabila ramai polis datang dan menangkap suspek tinggal tidak jauh dari kediaman saya.

“Lagipun semasa kejadian kami tidak menyedari apa-apa kegiatan mencurigakan memandangkan ia berlaku pada waktu Maghrib dan tidak mendengar bunyi bising,” katanya lagi.



Dalam kejadian yang berlaku pada 20 Mei yang lalu, dua orang gadis telah dirogol oleh sekumpulan 38 lelaki melayu yang bertindak mengepong mangsa sebelum bertindak merogol mangsa bergilir-gilir sehingga kedua-dua pengsan dalam sebuah rumah kosong di Ketereh, Kelantan



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2014 06:07 PM | Show all posts
KOTA BHARU – Ibu bapa harus memantau pendidikan dan keberadaan anak masing-masing bagi memastikan mereka tidak terjebak budaya tidak sihat sehingga boleh menimbulkan masalah sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi berkata, orang ramai dan pihak keselamatan dalam negeri perlu sentiasa bekerjasama mendidik anak muda ke arah masa depan yang terjamin.

“Kita kena tengok keadaan anak-anak kita, ibu bapa mesti memantau pendidikan mereka, jangan biarkan mereka keluar rumah dengan seseorang yang bukan muhrim, lelaki atau perempuan sama sahaja, masa depan mereka akan rosak akibat kelalaian kita.

“Kita mahu maruah anak muda kita dipertahankan, keturunan juga bukan satu perkara remeh, sebab itu Kelantan sangat mahukan pelaksanaan hudud ini, Islam bukan hanya satu perkara sahaja tapi termasuklah integriti, maka kita mohon supaya ia diberikan perhatian sewajarnya,” katanya kepada media selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darul Naim, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas isu dua remaja perempuan, mendakwa dirogol 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh.

Kejadian tersebut berlaku pada 20 Mei lalu.


- SINAR HARIAN
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2014 06:08 PM | Show all posts
KOTA BHARU 30 Mei - Sebahagian suspek yang ditahan polis berhubung kes rogol dua pelajar oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong di Ketereh di sini pada 20 Mei lalu mempunyai hubungan kekeluargaan.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng memberitahu, suspek tersebut termasuk tiga beranak yang ditahan di Ketereh semalam.
Beliau berkata, kesemua suspek juga kebanyakannya tinggal di kampung yang sama.


"Setakat ini seramai 14 suspek telah ditahan dan kebanyakan mereka terdiri daripada anak beranak, sepupu dan pertalian lain," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Semalam, polis berjaya menahan empat lagi suspek termasuk seorang bapa bersama dua anak lelakinya yang berumur 15 dan 17 tahun.
Bapa yang berusia 38 tahun bersama dua anaknya itu ditahan di sekitar Ketereh pada pagi semalam manakala seorang lagi berusia 20-an, turut diberkas di kawasan berdekatan.


Penahanan itu menjadikan jumlah mereka yang diberkas bagi membantu siasatan kes tersebut kepada 14 orang dan kesemua suspek tersebut kini ditahan reman.
Yong Heng berkata, polis kini terus giat memburu suspek lain dan percaya mereka akan diberkas dalam tempoh terdekat.


"Kita akan memburu saki-baki suspek terlibat untuk siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan," katanya.

- UTUSAN

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2014 01:30 PM | Show all posts
[size=0.9em]Kota Bharu: Seorang lagi remaja 17 tahun direman enam hari di Mahkamah Majistret bagi membantu siasatan kes dua pelajar dirogol 38 individu.
[size=0.9em]Perintah reman dikeluarkan Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen Rashid Mustafa.
[size=0.9em]Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Azham Othman berkata, pelajar tingkatan lima itu ditahan polis kira-kira jam 3.45 pagi tadi dalam serbuan di Pulai Chondong, Machang.

"Polis melakukan pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Jenereh Bongkok, Machang dan menahan suspek terbabit.
[size=0.9em]
"Namun, hasil ujian urin, dia didapati negatif dadah. Remaja ini adalah suspek ke-15 yang ditahan berhubung kes rogol" katanya.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-6-2014 04:58 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2014 05:21 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2014 10:06 AM | Show all posts
Hanya 21 lelaki terbabit kes rogol dua remaja

Kota Bharu: Polis Kelantan mengesahkan hanya 21 lelaki terbabit dalam kes rogol dua remaja di Ketereh pada 20 Mei lalu, dan bukannya 38 orang seperti dilaporkan sebelum ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman , berkata pihaknya percaya mangsa berumur 15 dan 17 tahun itu dirogol berulang kali oleh suspek sama.

Jalaluddin berkata, mangsa berusia 15 tahun mendakwa dirogol di dua tempat berasingan iaitu di sebuah rumah kosong dan rumah seorang suspek yang masih bebas di Kampung Hutan Pasir, Ketereh.

Tujuh lagi suspek diburu

“Tiga belas suspek merogol mangsa di lokasi pertama, manakala lapan lagi di lokasi kedua.

“Hasil siasatan ke atas mangsa kedua, dia juga menyatakan turut dirogol bersama mangsa pertama di sebuah rumah kosong di kampung sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Berikutan kejadian itu, anggota Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan membuat beberapa serbuan dan pemeriksaan di beberapa kawasan di Ketereh dan berjaya menahan 14 lelaki berusia 15 hingga 38 tahun.
“Kita sedang memburu tujuh lagi suspek dalam lingkungan usia 20-an yang masih bebas.

“Kes ini sudah dirujuk kepada Ketua Unit Pendakwaan Kelantan dan pertuduhan boleh dibuat mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama,” katanya.

Difahamkan, empat daripada suspek akan didakwa hari ini.

Sebelum ini, dalam laporan polisnya, mangsa berusia 15 tahun mendakwa dia dan rakannya dirogol 38 lelaki dalam kejadian bermula jam 7.30 malam pada 20 Mei lalu.

Berikutan kejadian itu, mangsa berusia 15 tahun itu mengalami trauma teruk, menyebabkan keluarganya mengambil langkah meninggalkan rumah mereka di Kuala Krai, bagi mengelak diganggu mana-mana pihak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2014 04:48 PM | Show all posts
R2D2 posted on 11-6-2014 02:06 AM
Hanya 21 lelaki terbabit kes rogol dua remaja

Kota Bharu: Polis Kelantan mengesahkan hanya 21 lel ...

bgmana boleh berubah?

kan berita 38 org dulu sumber dr PDRM ???
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau cikki kelantanese ni biasanyaa bukan dirogol tapi
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 02:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaun mana?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 07:59 AM | Show all posts
larrrr..
kenapa pergi rumah kosong tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.170602 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list