CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10429|Reply: 4

Penyakit bawaan air

[Copy link]
Post time 10-6-2014 04:32 PM | Show all posts |Read mode
Penyakit bawaan air



HUJAN lebat yang turun awal bulan ini menyebabkan beberapa daerah di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor ditenggelami banjir. Selain masalah bencana alam itu sendiri yang menyebabkan kerosakan harta benda yang teruk, masalah lain yang mungkin lebih membinasakan tetapi dipandang ringan adalah isu kesihatan.

Banjir adalah punca utama pelbagai penyakit bawaan air seperti demam kepialu, taun, Hepatitis A dan leptospirosis kerana mangsa terdedah dengan air yang tercemar.

Jangan pandang ringan dengan penyakit-penyakit tersebut yang mempunyai simptom biasa seperti cirit-birit dan demam kerana jika lambat dirawat, ia boleh membawa maut.

Walaupun cuaca dikatakan semakin elok dan banjir semakin surut, mangsa masih perlu berhati-hati kerana sumber air yang tercemar dan keadaan persekitaran yang kotor.

Pakar Gastroenterologi dan Perubatan Dalaman Pusat Perubatan Tropicana (TMC), Dr. Gan Ing Earn berkata, ramai yang mengambil lewa simptom-simptom seperti cirit-birit sedangkan ia petanda keadaan yang boleh menyebabkan maut.

"Apabila mengalami cirit-birit yang teruk, badan pesakit akan kehilangan air yang banyak.

"Ia lalu menyebabkan darah semakin berkurangan ke buah pinggang kerana air diperlukan untuk semua sistem berfungsi lalu keadaan ini menyebabkan buah pinggang rosak.

"Keadaan ini boleh berlaku dengan pantas. Ada pesakit yang baru sahaja cirit-birit selama dua hari dan terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)," ujarnya.

Terang Ing Earn, apa yang penting adalah elakkan makanan dan minuman yang tercemar serta mengutamakan penjagaan kebersihan yang betul.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2014 01:12 PM | Show all posts
jika berminat nak membeli penapis air/water filter RO indoor & outdoor, boleh WhatsApp/SMS sy Khai 0133332502. Lokasi di KL-selangor. Utk kesihatan family.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 09:07 PM | Show all posts
Air sungai, tasik, perigi, empagan penuh dengan hidupan satu sel amoeba - protozoa.  
Longkang, parit virus dan bakteria.

Jangan berseronok mandi badak sungai, tasik yang tak semacam kolam air sukan dirawati klorin.
Amoeba makan otak manusia boleh masuk di lubang hidung atau makan daging melalui luka .

Masak air paip (klorin + fluorida + ???? = plak | penyebab klolestrol ? Penyakit jantung tu adalak plak yang sekat urat jantung.) sebelum minum. (klorin adalah racun pembunuh amoeba)

Sains kapitalis mata duitan banyak masalah dari satu penyakit ke lain penyakit ke infiniti penyakit tak kesudahan asalkan setiap tukaran penyakit menjadi rezeki.

Last edited by HotelBPro on 5-7-2014 04:32 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 08:51 PM | Show all posts
minum air dari machine RO kat tepi jalan tu ok tak?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 04:40 PM | Show all posts
Kita selalunya menyangka sesuatu gejala yang kita rasai itu sebagai remeh. Contoh adalah apabila terasa pedih dan menyucuk di bahagian belakang di bawah belikat sebelah kiri, kita akan menganggap sebagai 'angin sahaja', sedangkan itu mungkin petanda awal, kita mempunyai masalah jantung.

Sekiranya anda perihatin dengan kesihatan, buatlah diagnosis. SEBAGAI ALTERNATIF, kami menawarkan diagnosis menyeluruh melalui Terapi Gelombang Alami.
Hubungi: 012-3798284
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.727996 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list