CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: piao

Mawar Rashid siapa dia, retiss ke?

[Copy link]
Post time 17-6-2014 09:34 PM | Show all posts
Sagoo posted on 17-6-2014 12:39 PM
kau mawar ku

juwita kalbu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2014 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
stania83 posted on 17-6-2014 04:29 PM
shels cantik gila untung fuzzwayne

adohaii ade karatz mawar kt sni upenye. aihh...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
owhgee posted on 17-6-2014 05:55 PM
Pada aku muka dia scary, dgn bentuk kening dia, mulut dia, lepas tuu dgr suara dia plak yg kekonon g ...

ngan parut die bertambah lg scary mukanye tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
gaj23 posted on 17-6-2014 09:34 PM
juwita kalbu.....

Gadis yang ku rindu
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 10:18 PM | Show all posts
oh ni ke mawar rashid. Penah jugak terdengar2 nama dia. Tapi x de minat nak tau siapa dia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
cantik comel, glamer laaa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2014 01:37 AM | Show all posts
mawar rashid iols tak kenai.
after tgk bideo2 dia..iols assume yg dia ada masalah kerencatan mental
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
aku folo kak senduk. lagi best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2014 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Huh. Die ni?
Ape aku leh kata gedik gile. Die buat video dengan elfira loi kt curve tengah alam orang nak lalu lalang.. mengusahkan org je..
Mcm budak2 baru nk up x cukop akai..
Begambo dgn boipren dasat gile. Mak pak dorang mcm x kesah je.. hmm.. tatau nk ckp ape.
Aku mula2 biasa je dgn die, bila aku jumpa die depan2 mengedik buat video sakit ati plak.
Videi tu ade je kt insta dia n elfira loy

Chacha maembong tu iya, dia mmg gile2.. mwr ni gedik
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
dia ni jumpa betul biasa2 je
masa mula2 tengok bideo dia iols pun rasa menyampah nak maki habis-habisan
tapi since dia nampak friendly tak jadi pulak nak benci Last edited by aijinmisaki on 18-6-2014 02:29 AM

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
stania83 posted on 17-6-2014 04:29 PM
shels cantik gila untung fuzzwayne

Aku mengucap panjang tgk gambor dia dgn boipren die.
Pd aku x cantik pon. Aku tgk depn2 mcm rakyat marhaen Liar kt pprt. Selepas eksiden ingtkn dh insap sikit ke. Makin menjadi2..
Ujian allah bagi masih x nampak
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 02:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo ni la yg adik aku duk ckp.. si mawar ni.. bdk gedik kt cbn.. tp adik aku ckp dia baik.. ntah.. xminat.. so abaikan je
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 03:04 AM | Show all posts
Peaceyo! posted on 17-6-2014 01:01 PM
yg aku tau dia ni ade mase rancangan pak nil.. asingkan putih telur la.... baju jadi beg laa...kopek ...

owh.. dia nie ke minah baju jadi beg tue?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 04:06 AM From the mobile phone | Show all posts
alahai bebudak. sangatla gedik. yg fans dia pun baya2 dia je
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 04:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Saper? Tau mawar pareda jer..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 04:24 AM From the mobile phone | Show all posts
piao posted on 17-6-2014 12:56 PM

Gosh..gish... gush....!!
Donno what 2 say..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2014 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengok keek or video dia, tak nampak side of gegila dia. Gedik adalah.
Try harder lagi nak impress people ye dik
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 07:30 AM | Show all posts
Mawar Rashid tolak gila glamour

AQMAR MUSTAZA
17 Jun 2014





PADA masa kini, tidak keterlaluan untuk mengatakan, pengaruh laman sosial membuatkan sesiapa sahaja mudah dikenali jika bijak membuat sesuatu perkara yang mampu menarik perhatian ramai.

Secara tidak langsung, individu yang berjaya menarik perhatian ramai akan memiliki pengikut atau peminat tersendiri di laman sosial milik mereka.

Malah secara tidak langsung, mereka juga bakal menjadi selebriti di laman sosial milik mereka.

Begitu juga dengan bintang pilihan Zass minggu ini, Mawar Rashid atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 19.

Bagi anda yang aktif menerusi laman sosial, terutamanya Keek, Instagram, nama Mawar Rashid barang kali bukanlah asing lagi.

Hanya berniat untuk berkongsi video sebagai satu hiburan, Mawar tidak menyangka dia memperoleh lebih 100,000 pengikut di laman sosial Instagram dan Keek. Manakala lebih 15,000 di Twitter.

"Pada awalnya saya gemar memuat naik video sebagai satu bentuk hiburan bersama kawan-kawan dan juga sebagai salah satu cara buat saya untuk meredakan tekanan.

"Saya bermula dalam laman sosial Keek. Tetapi bila mula dikongsi, saya dapati ada di antara aksi dalam Keek dikongsikan ke Facebook, YouTube sehingga menjadi viral,” katanya kepada Zass.

Mawar mengakui terkejut bila sedikit demi sedikit pengikutnya mula bertambah dan khuatir jika dia menjadi bahan ketawa.

"Saya buat video berkenaan bukan untuk glamor dan tidak pernah terfikir pun untuk menjadi terkenal. Tapi saya hanya jadi diri sendiri.

"Ia hanya sekadar hiburan dan saya suka bila ada yang kata mereka ketawa melihat video saya. Individu seperti itu menaikkan semangat saya," jelasnya.

Tidak terlepas daripada menjadi bahan kutukan dan cacian pengikutnya, Mawar mengakui sangat tertekan pada mulanya, namun tidak mengambil segala kritikan dari sudut negatif.

"Mula-mula saya memang tertekan, tapi ramai kawan-kawan terutamanya Emma Maembong yang terlebih dahulu berkecimpung dalam industri seni memberi nasihat kepada saya.

"Akhirnya saya tidak ambil pusing dan jika ada komen negatif saya akan padam kerana saya tak mahu orang yang membenci saya menjatuhkan saya.

"Saya tidak paksa untuk mereka tonton video yang saya buat. Kalau tak suka, mereka tidak perlu lihat atau 'follow' saya," ujarnya tenang.

Abang pencetus idea

Tambah Mawar, biasanya idea video parodi yang dilakukannya datang daripada abangnya, Arfan Rashid.

"Sebenarnya abang Mawar yang banyak beri idea dan setiap kali ada lagu baru, dia yang akan fikir tarian, gaya dan sebagainya," katanya.

Bagaimanapun ujar Mawar, kekangan masa kini membuatkan dia jarang dapat membuat video-video parodi seperti sebelum ini.

"Arfan memang ada tanya saya bila nak buat parodi, lagi-lagi bila ada lagu atau video muzik baru yang keluar.

"Tapi kekangan masa membuatkan saya jarang mempunyai kesempatan untuk melakukan video parodi seperti sebelum ini," ujarnya.

Ceburi bidang seni

Tidak hanya mahu menjadi 'selebriti' di laman sosial, Mawar kini memberanikan diri untuk menjadi pengacara bersama Elfira Loy menerusi program The Bucket List.

"Sebelum ini saya ada juga cuba-cuba untuk menjadi pelakon tambahan, tapi hanya sedikit sahaja babak-babak saya.

"Tapi dalam bidang pengacaraan, The Bucket List merupakan program pertama saya. Alhamdulillah saya seronok kerana diberi peluang ini," katanya.

Mawar berkata, kekangan masa kerana masih menuntut di Management & Science University (MSU) Shah Alam dalam bidang Pengurusan Perniagaan membuatkan dia masih belum dapat menceburi bidang seni secara sepenuh masa.

"Kalau boleh saya nak habiskan pengajian secepat mungkin, macam program ini mereka yang ikut jadual saya, jadi tidak ada masalah untuk saya menjalani penggambaran," katanya.



Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Ohhh dy ni...bru knal huhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 08:03 AM | Show all posts
piao posted on 17-6-2014 12:56 PM
MASALAHNYA ASAL PPUAN JE NAIK... ASAL SEKSI ADA RUPA JE NAIK.....

NAIK HAIRAN AKU PPUAN GEDIK CEP ...

bernas sungguh kata2mu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 8809 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.059718 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list