CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: achik2009

Rozana Misbun Berjaya Peroleh Cerai Taklik Terhadap Awie Di Songkhla @ pg.50

[Copy link]
Post time 25-7-2014 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
soraya posted on 23-7-2014 08:23 PM
kehkehkeh...nokkss tatu kat badan ke nokkkss?? tangan ke apa?

Bersepah..kat kaki  lengah  bahu...
Eem....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2014 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kaogi posted on 25-7-2014 12:24 PM
awatnya anak awie yg sulong tu sama menjoyah.. hish.. tak koser betul..

dapat contoh yang terbaik dari auntie ain. tak hairan lah
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 05:24 PM | Show all posts
Kes Awie & Rozana Misbun : Ain Hussin Buka Cerita Lagi

http://www.gua.com.my/berita-art ... ka_Cerita_Lagi.html


Tatkala kes yang berkaitan dengan penyanyi rock Awie dan isterinya, Rozana Misbun hangat diperkatakan, timbul pula seorang individu yang bernama Ain Hussin mendedahkan apa yang berlaku d isebalik kes yang berlaku antara pasangan suami isteri tersebut.

Menerusi laman Facebook dan Instagram miliknya, Ain ada berkongsi gambar-gambar yang menjadi bukti perbualan antara dirinya dan juga Rozana. Namun begitu, tindakan yang dilakukan oleh Ain dibidas menerusi sebuah artikel yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian yang bertarikh 20 Julai dengan tajuk ‘Ada penyibuk dalam kes Awie, Rozana’. Berikutan atas penyiaran artikel tersebut, Ain tampil memberi kenyataan balas kepada GUA.

“Sebelum ini ada jugak pihak-pihak lain yang meminta saya tampil ke hadapan memberikan penjelasan, tetapi saya tidak mahu memberikan apa-apa kenyataan. Sehinggalah ada sebuah artikel yang seolah-olah menghentam saya disiarkan pada Ahad lalu.

Disebabkan perkara itu, saya juga mahu bersuara bagi pihak saya. Cara penulisan itu ditulis itu adalah sangat buruk dan tidak patut dilakukan begitu. Secara peribadi, saya mengganggap penulisan itu tidak adil kerana ia mengambil keterangan sebelah pihak sahaja.

“Dia (Rozana) memberitahu penulis artikel tersebut mengatakan yang dia baru mengenali saya dalam bulan Mac 2014, tapi sebenarnya tidak. Saya mengenalinya semenjak penghujung bulan November tahun lalu di Hard Rock Café, Kuala Lumpur. Dari situ kami mula berkawan dan berkomunikasi.

Kami banyak berkongsi cerita. Dia bercerita kepada saya mengenai kisah rumah tangganya. Apabila dia ada masalah, tak kiralah sama ada masalah duit atau hal peribadi, dia akan selalu menghubungi saya menerusi aplikasi Whatsapp,” ujar Ain memulakan bicara.

Bermula sebagai teman kepada Rozana, Ain menyatakan dia akhirnya berpaling apabila mengetahui banyak kebenaran mengenai Rozana.

“Semasa dia berada hospital, saya mendengar banyak sangat cerita berkenaan dengan Rozana. Semakin banyak cerita yang saya tahu pasal Rozana, semakin banyak kebenaran yang muncul. Dia banyak sangat menipu, sedangkan saya tahu cerita yang betulnya. Saya tahu kebenaran cerita mereka walaupun perkara itu dinafikan oleh Rozana,” ujar Ain.



Selain itu, Ain juga memberi sebab kenapa dia tampil memberikan beberapa bukti menerusi akaun Instagram dan Facebook miliknya serta menjawab tuduhan sesetengah pihak  yang mengatakan dia kaki penyibuk dalam kes  Awie dan Rozana.

“Bila kakak Rozana, Haliza Misbun mengeluarkan kenyataan di pihak media, saya membaca komen-komen yang diberikan. Semuanya menghentam pihak Awie tanpa tahu apa perkara sebenarnya yang terjadi. Saya tahan lagi. Sampai Haliza keluarkan kenyataan kedua menerusi media, saya hubungi anak Awie, Aleefa.

Saya katakan pada dia, saya mahu melakukan sesuatu, saya mahu menyiarkan apa yang telah Rozana lakukan. Saya tanya Aleefa dulu, adakah dia okay jika saya buat, kalau okay, saya teruskan. Alasan saya bertanya kepada Aleefa adalah kerana di akhir cerita, anak-anak mereka nanti yang akan menanggungnya. Apabila Aleefa sendiri berkata okay, saya terus siarkan.

“Apabila saya keluarkan bukti dan sebagainya, itu adalah berkenaan ‘public pressure’. Seperti contoh macam kes Kiki yang berlaku baru-baru ini, biarpun lelaki yang menjadi mangsa itidak mahu kenakan pertuduhan kepada Kiki. Tetapi apabila perkara itu menjadi sangat ‘viral’, semua orang menghentam Kiki, polis harus bertindak dan menghukum Kiki. Sama berlaku kepada Awie, kalau anda semua tengok, orang cakap Awie kaki pukul, gangster dan sebagainya, akhirnya, Awie mesti akan mendapat hukuman. Jadi apa yang saya ingin lakukan sekarang adalah saya mahu orang tengok dan tahu apa sebenar yang terjadi.

Saya bukan sebar fitnah, saya mahu betulkan, biar orang tahu, apa sebenarnya yang terjadi. Apabila saya tampilkan bukti, orang akan menilai sendiri dan bila tiba saat mahkamah mengadili kes mereka, ‘public pressure’ akan berkurangan dan itulah yang saya ingin lakukan. Saya rasakan tindakan saya perlu kerana orang di luar sana mengehentam Awie tanpa usul periksa dan tanpa mengetahui perkara sebenar.

Jangan Libatkan Anak Saya

“Selain daripada itu, saya juga mohon orang-orang di luar sana jangan libatkan anak-anak saya dalam hal ini. Mereka keluarkan gambar saya, saya boleh tahan lagi tetapi apabila mereka juga keluarkan gambar-gambar anak saya, bagi saya tindakan itu tidak betul.

“Ada pihak yang menganggap saya lakukan perkara ini adalah untuk mencari publisiti murahan. Rasanya, bagus ke publisiti sebegini sehingga ada yang datang memaki saya di laman sosial dan sebagainya? Saya tidak perlukan publisiti sebegitu untuk dikenali orang ramai. Saya harap orang luar tahu batas-batasnya, jika ingin mengatakan sesuatu, katakan dengan berhemah dan tahu setiap perkara ada batasnya,” kata Ain lagi.

Sebelum mengakhiri perbualan, Ain sekali menegaskan dia tampil memberi maklum balas bukan kerana gilakan publisiti atau cuba membela mana-mana pihak. Sebaliknya, dia mahu publik meneliti dahulu cerita kedua-dua belah pihak sebelum terus menjatuhkan kesalahan.

“Saya tahu yang orang tidak akan berhenti bercakap mengenai saya. Saya pun tak boleh nak cakap apa, masing-masing punya pendapat sendiri. Apa yang saya mahu semua orang tahu adalah cuba untuk melihat perkara dari kedua-dua belah pihak.

Jika ada bukti, boleh rujuk bukti, boleh tengok bukti yang saya nyatakan menerusi Instagram dan Facebook saya. Saya cuma mahu bersihkan nama saya. Saya hanya ingin orang yang menilai kisah ini dengan adil. Saya harap orang lihat berdasarkan bukti dan kebenaran. Jangan percayakan sesiapa, jangan percaya saya, jangan percaya Awie, jangan percaya Rozana. Lihat keseluruhan cerita, tengok bukti yang ada dan baru anda boleh nilai.

“Untuk Awie dan Rozana, saya tidak mengharapkan apa-apa kecuali yang terbaik untuk mereka. Saya rasa Rozana perlu berterus terang. Apabila dia bersalah, dia harus mengaku. Sama juga kepada Awie, jika ada perkara yang perlu dia minta maaf, dia harus minta maaf. Rozana pun harus minta maaf juga, dia tak boleh hanya berharap sebelah pihak sahaja yang minta maaf. Saya tak kata Awie tak salah, Awie ada salahnya dalam hal ini tapi semua harus selidik dulu, apa yang membuatkan Awie marah. Saya pun tak pernah cakap yang Rozana salah. Masing-masing ada bahagian mereka sendiri,” kata Ain mengakhiri perbualan.

http://www.gua.com.my/berita-art ... ka_Cerita_Lagi.html
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 08:59 PM | Show all posts
Bila kakak Rozana, Haliza Misbun mengeluarkan kenyataan di pihak media, saya membaca komen-komen yang diberikan. Semuanya menghentam pihak Awie tanpa tahu apa perkara sebenarnya yang terjadi. Saya tahan lagi. Sampai Haliza keluarkan kenyataan kedua menerusi media, saya hubungi anak Awie, Aleefa.

Saya katakan pada dia, saya mahu melakukan sesuatu, saya mahu menyiarkan apa yang telah Rozana lakukan. Saya tanya Aleefa dulu, adakah dia okay jika saya buat, kalau okay, saya teruskan. Alasan saya bertanya kepada Aleefa adalah kerana di akhir cerita, anak-anak mereka nanti yang akan menanggungnya. Apabila Aleefa sendiri berkata okay, saya terus siarkan.


** haku nak tanya adakah mygothsoal tau bahawasanya aleefa tu hanya remaja belasan tahun yg belum matang dan masih belum sesuai untuk diajak sebagai rakan kongsi utk masuk campur  hal rumah tangga org lelebih lagi rumah tangga mak pak dia sendirik??


Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 09:05 PM | Show all posts
camflo03 posted on 24-7-2014 11:21 AM
ain gaduh dgn fake ID. copy yg berkaitan sahaja..

aleefantasha_ :p :p hahahah #mulutlaser #sayatk ...

jgn2 main ngan si gothic ni..
dia ajak lawan ngaji tu.
tinggi ilmu dia ni. tasawuf, usuluddin , syariah semua dia khatam..
habislah korang ...


Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 09:10 PM | Show all posts
derama sungguh depa ni.. huhuhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2014 01:14 AM | Show all posts
aku rasa si ain ni trlalu busy body dalam kain awie n rozana
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 02:32 AM | Show all posts
statement berbelit2

public pressure x public pressure... empunya badan xdelaa kata ape sgt pon, awk pulak melebih2....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2014 03:33 AM | Show all posts
Ngeri tengok 'kawan baik' macam ain ni. Tak kira lah hutang ke hape, tak reti nak sms ke or wa?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 05:25 AM | Show all posts
NAT_11 posted on 21-7-2014 10:59 AM
Personal loan memang bahaya. Dulu, nak buat personal loan
kena ada penjamin. Sekarang cuma kaki t ...

nat cite psl hutang ni... aku dok pkir mmg aku mudah bg org utang....
yg sorg dkt 3k.... bile ntah nak dpt balik tuh.... sbb aku kesian.....
tp sbb nengok die tgh susah aku consider lg......

dulu dok solo ok la..... skrg ni kena pkir.... cuma kdg2 aku tensen tgk org berhutang... bkn nak byr utang dulu.... tp gigih p sopping.... yg ni mmg aku sentap.....
ade sorg pompuan ni berhtg.... nak byr balik punya la liat.... siap buat plan installment sendiri..... nak byr rm100 sbln....setahun br hbis....
masa nak pinjam bkn main cite sedih.... time nak byr byk alasan... kena ragut la....dompet hilang la..... cuba cite mslh sbnr... jgn bohong..... org pun paham....

kpd yg suka berhutang nak bermewah tu.....jgn sampai yg bg hutang tanya...... skali org tak caya.... takde org nak tlg dah
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 05:27 AM | Show all posts
toby79 posted on 26-7-2014 03:33 AM
Ngeri tengok 'kawan baik' macam ain ni. Tak kira lah hutang ke hape, tak reti nak sms ke or wa?

tak jalan kot....
ko klau bg hutang kat org.... klau jenis wat bodoh camtu.... ko akan paham aaa...
btw tak sokong pun cara tuh.... tp manusia ni ada tahap sabar die... skali die meletup takde corner2 dah....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 07:07 AM | Show all posts
dino posted on 26-7-2014 05:25 AM
nat cite psl hutang ni... aku dok pkir mmg aku mudah bg org utang....
yg sorg dkt 3k.... bile nta ...

3k?.....sikit jer tu dino.  Ai nyer lebih byk lg tapi jatuhnya sekarang....ai pulak jadi peminta sedekah menagih duit yg diambil/pinjam dari ai...xpe...Allah ada (ayat penyedap hati)
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
pinkzara posted on 23-7-2014 01:16 PM
Awie salah sebab pukul isteri
Rozana salah sbb lesapkan duit Awie
Rozana Salah sebab lari dari rum ...

Betul.. betul... betul..
aku salah sbb baca aib orang n baca umpatan org.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 10:31 AM | Show all posts
NAT_11 posted on 21-7-2014 10:59 AM
Personal loan memang bahaya. Dulu, nak buat personal loan
kena ada penjamin. Sekarang cuma kaki t ...

best gak idea ko kata bab penjamin tu.
aku dulu org ckp pasl jadik penjamin, aku ckp je employer n bank negara x kasik. ;p
tp ada gak la yg guna cc. ada penah org opis mintak, aku pun x ingat camna aku tolak.
adik beradik guna, mcm x sampai hati nk kata takleh.
memula perfect gak lah payment in full bulan2, tapi lately x full by due date.
nantilah satu hari bila aku nak buat loan aku kn mintak gak dia setel.

sori ek. OT plak. haha
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 11:21 AM | Show all posts
aikee04 posted on 26-7-2014 07:07 AM
3k?.....sikit jer tu dino.  Ai nyer lebih byk lg tapi jatuhnya sekarang....ai pulak jadi peminta s ...

ade org pinjam rm50 depa mintak mcm pinjam berjuta2...
3k pun terasa gak psl duit bkn turun dr langit....
tp kite tunggu jela....since kite tahu kwn tu tgh susah.... konsep kite.... nanti kite susah org tlg.... tu je....

satu lg klau org nak pinjam kite tak berani nak bgtau takde duit... takde duit btul br tawww.... mmg tak kira org sgt.... sampai ade kwn sound jgn mudah sgt....nanti org ambik kesempatan..... klau pinjam takde duit pastu mkn takde...  itu paham la klau nak byr lewat pun.... pastu bgtau aaa.... jgn wat diam seribu bahasa.... sbb kite taknak meminta2.... mcm peminta sedekah.....

lepas ni mmg kena pkir diri sendiri la....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh pnjam kena la byr...xkira lah org yg kita pnjam tu mmg senang tdo pun bertilam kan duit...dh susah dia bantu kan..so pandai2 la kenang jasa....

Org yg bg pnjam mmg malu alah nk mntak...so yg pinjam duit tu sendiri mau ingt lah byr lah..klo xdpt lump sum ansur2 sikit pun lama2 setel..jgn mati esok mata xtrtutup rapat sudah lah....




Last edited by bambimo on 26-7-2014 11:26 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2014 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Pinjam semyum. Bayar pon senyum
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 11:34 AM | Show all posts
mnyampah bagi pinjam dekat org..time nak bayar dia lak wat bodo
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
dino posted on 26-7-2014 05:25 AM
nat cite psl hutang ni... aku dok pkir mmg aku mudah bg org utang....
yg sorg dkt 3k.... bile nta ...

bla ko kawin?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 01:19 PM | Show all posts
perembes posted on 26-7-2014 01:17 PM
bla ko kawin?

bulan 6 hr tuh... nak dkt 2 bulan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.382191 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list