CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pichee

[Dunia] GAZA : Angka korban meningkat 500 org...#prayforGaza

[Copy link]
Post time 10-7-2014 10:31 AM | Show all posts
nak PBB yg bg arahan
mmg nan hado ler

apa2pun semoga Allah akan melindungi rakyat palestine
#prayforgaza #safeforgaza
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2014 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
ya Allah, berikanlah kekuatan dan kasih sayang kepada penduduk Gaza ya Allah. Selamatkan mereka dari bencana ini.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 11:17 AM | Show all posts

Gaza guna roket buatan Syria




Ratapan Ramadan di bumi Gaza

GAZA - PALESTIN. Ketika umat Islam di seluruh dunia gembira menjalani puasa dan tarawih, ribuan saudara Islam di bumi Palestin meratap hiba dan menyelamatkan diri dari serangan roket bertubi-tubi sejak malam kelmarin.  

Serangan dalam bulan Ramadan ini bukan kali pertama dilancarkan Zionis. Serangan pertama pernah berlaku ketika Intifada Pertama pada 8 Disember 1987 hingga 13 September 1993 iaitu dalam tempoh enam tahun.

Ini bermakna penduduk Gaza pernah berhadapan situasi getir sebanyak enam kali Ramadan dan serangan digelar Operasi Perlindungan Sempadan yang berlaku Isnin lalu adalah kali ke tujuh.

Dalam serangan lebih 72 jam itu, dilaporkan oleh beberapa media bahawa angka korban mencecah lebih 40 nyawa dengan ratusan cedera parah selepas Zionis menyasarkan 160 kawasan di Genting Gaza dengan menggunakan 90 roket.

Bedilan dan serangan

Semalam, Ketua operasi Jeneral Moti Almoz berkata, serangan akan ditingkatkan ke 430 kawasan di Gaza dengan 118 lagi roket bakal dilancarkan

“Sasaran termasuk 120 pelancar roket tersembunyi di 10 kubu kuat dan kawalan pusat Hamas serta terowong, katanya.

Media tempatan melaporkan, sejak serangan meningkat kelmarin, kepulan asap roket membedil bangunan dan rumah dapat dilihat.

Sekurang-kurangnya lima roket rejim Zionis dapat dipintas melalui sistem anti-peluru berpandu Iron Drone dan berbanding 24 yang dilancarkan dalam tempoh 24 jam.  

Sementara itu, Kumpulan pejuang Hamas Briged Ezzedine al-Qassam mendakwa, mereka dapat melakukan beberapa pintasan roket dan melancarkan serangan balas roket M75 di pusat komersil Israel.

Bagaimanapun media Barat melaporkan, Hamas mula bergerak untuk melakukan cubaan serangan laut dengan menggunakan roket jarak jauh Meal untuk membedil Tel Aviv dan bandar di utara Hadera iaitu kira-kira 100 kilometer (km) dari Gaza.

“Hamas melakukan kejutan selepas berjaya mengenal pasti ‘kawasan paling lemah’ untuk menyerang Israel,” menurut laporan itu.

Tentera Israel pula mendakwa, lebih 40 roket dilancarkan ke selatan wilayah yang didudukinya hanya dalam tempoh beberapa jam dan 30 darinya didakwa jatuh di wilayahnya.

Difahamkan, siren kecemasan kedengaran di 10 lokasi termasuk di Beit Shemesh yang terletak 80 kilometer dari Genting Gaza.

Manakala 16 roket mengena bandar Beersheva, kira-kira 40 km dari Gaza.

Briged Ezzedine al-Qassam mengaku bertanggungjawab di atas serangan terbabit sebelum Israel melancarkan serangan balas udara tidak kurang dari 30 sasaran di Rafah.

40,000 tentera Zionis siap sedia

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengesahkan seramai 40,000 tenteranya bersiap sedia untuk melancarkan serangan darat.

Jumlah itu sudah diluluskan oleh Kabinet Israel kelmarin ketika Zionis melancarkan bedilan.

Jika benar dakwaan itu maka, kejadian ini bakal mengulangi Intifada kedua yang berlaku pada 2000 hingga 2005 hingga menyebabkan 3,354 nyawa terkorban.

Gaza guna roket buatan Syria

Media melaporkan, Briged Ezzedine al-Qassam menggunakan roket buatan Syria M302 seberat 120 kilogram yang boleh menembak pada jarak 100 km.

Mac lalu, Tentera Laut Israel, Shayetet 13 merampas kapal Klos C sarat dengan peluru berpandu jarak jauh M302 yang belayar dari Iran ke Sudan.

Difahamkan, pelayaran itu mempunyai kaitan dengan cubaan penyeludupan dilakukan Briged Ezzedine al-Qassam.

Selain M302, terdapat juga peluru berpandu jarak sederhana buatan Iran, Fajr-5 dan pelbagai roket jarak dekat.

Punca serangan

Serangan ini adalah perkembangan terbaharu paling buruk sejak November 2012.

Situasi kembali memuncak selepas insiden seorang remaja Palestin diculik dan dibunuh kejam oleh pelampau Yahudi minggu lalu.

Remaja terbabit dikatakan telah dibakar oleh kumpulan pelampau terbabit. Kejadian itu adalah serangan balas Jun lalu apabila Israel mendakwa kumpulan Hamas menculik tiga remaja di Tel Aviv.

Namun, sehingga kini Israel belum memberikan sebarang bukti terhadap tuduhan terbabit.

Apa juga yang berlaku di Gaza kini turut dirasai rakyat di Malaysia. Jika dilihat, punca sebenarnya serangan adalah selepas Hamas dan Fatah berjaya bergabung membentuk kerajaan perpaduan.

Perkara itu paling membimbangkan Israel dan Amerika Syarikat dan akhirnya menjadi kenyataan jua.

Namun, Zionis lebih senang untuk memberi alasan bahawa serangan itu dilakukan susulan kes penculikan tiga remaja. Tetapi, di manakah logiknya jika kehilangan tiga remaja Israel itu boleh mengheret kepada serangan satu wilayah Gaza?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2014 03:01 PM | Show all posts
gaza umpama bunga api meriahnye..

3 org askar israel = 100 000 org palestin..

sifir ape yg diorg gne?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 03:31 PM | Show all posts


Masjid al-Aqsa being attacked by the racist extremist israhelli police. May Allah safeguard the people who are protecting the masjid Ameen


Info menyusul. Doa la banyak di bulan yang mulia ini. Apakah nasib umat islam di sana.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 03:31 PM | Show all posts
jofizo posted on 10-7-2014 09:38 AM
nak arahkan Israel......??? hmmm sapu bawah karpet je la arahan nih



Masjid al-Aqsa being attacked by the racist extremist israhelli police. May Allah safeguard the people who are protecting the masjid Ameen


Info menyusul. Doa la banyak di bulan yang mulia ini. Apakah nasib umat islam di sana.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2014 03:33 PM | Show all posts
ernniey posted on 9-7-2014 09:40 AM
Pagi ni Org semua  sibuk dgn brazil...brazil is everywhere....x abis2 7-1 sana...7-1sini..
Sedangka ...



Masjid al-Aqsa being attacked by the racist extremist israhelli police. May Allah safeguard the people who are protecting the masjid Ameen


Info menyusul. Doa la banyak di bulan yang mulia ini. Apakah nasib umat islam di sana.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 03:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2014 03:40 PM | Show all posts


STOP praying for GAZA....coz it isn't working anymore.Pray for Israel,may God change their heart about humanity






Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 03:50 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 03:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 03:59 PM | Show all posts
this is why we need hitler around...and bung muktar...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 04:00 PM | Show all posts
obelisk posted on 10-7-2014 08:04 AM

dah tahu tiada semua itu kenapa tak duduk senyap2 aman2 di sana?
giigh nak provoke ummah suci yahudi ini lah padah nya.

selayaknya lah msibah ini untuk mereka yg kuat propaganda untuk tagih simpati duniawi.
elohim itu maha adil tidak pernah menang kan ummah terrorist palestina ini.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 04:01 PM | Show all posts
hanya dpt b'doa....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 04:04 PM | Show all posts
Changa posted on 10-7-2014 04:00 PM
dah tahu tiada semua itu kenapa tak duduk senyap2 aman2 di sana?
giigh nak provoke ummah suci yah ...

kalau orang rampas hak sissy, sissy nak biarkan saja ka?



Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 07:45 AM | Show all posts
kalau setakat kutuk jer xde action... Israel tu buat dek jek

rasanya Israel ni pandai amik kesempatan time world cup banyak perhatian kat brazil... tu yg suka2 jer bom tp yg masuk berita brazil kena bedal ngan germany...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2014 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa nak buat. Amerika pun setuju dengan tindakan Israel
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 07:49 AM | Show all posts
aku dah pesan siap2 kat suami...nnt dpt bonus raya gomen..jgn lupa sedekah sikit dekat aman palestine..kesian sangat...  
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 07:52 AM | Show all posts
obelisk posted on 10-7-2014 08:04 AM
kalau orang rampas hak sissy, sissy nak biarkan saja ka?

Ada kaki lari sahaja lah sis, takkan nak berkuntum sahaja di situ bersama terrorist hamas.
Ujung ujung tak mampos dek bom israel, mampos di sembelih terrorist hamas jua.

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 07:53 AM | Show all posts
baca luahan hati seorang ibu palestine...sbb serael buat serangan balas 3 budak serael tu dibunuh terrorist palestine katanya...ibu tu ckp..tp dia bukan terrorist...rumah dia tak ada senjata...tangan dia tak ada senjata..dia cuma nk hidup dengan aman dekat rumah dia...

hello serael...kalau betul ko nk balas..ko cari la sapa pembunuh tu..adili mcm mahkamah dunia lain..tp dah ko pon perangai ala terorist jugak kan...sbb tu ko bunuh civillian...

most daripada mangsa adalah kanak2 dan bayi..aku takleh tahan sbb ada yang sebaya anak aku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.207682 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list