CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39769|Reply: 451

[Dunia] GAZA : Angka korban meningkat 500 org...#prayforGaza

[Copy link]
Post time 9-7-2014 08:56 AM | Show all posts |Read mode
Israel lancar serangan di Gaza

REUTERS
SATU letupan kelihatan selepas Israel melancarkan serangan di Genting Gaza semalam.

BANDAR GAZA - Israel melakukan serangan besar-besaran di Genting Gaza awal pagi semalam sebagai tindak balas berhubung peningkatan serangan roket yang dilancarkan oleh para pejuang Palestin.

Jurucakap tentera Israel, Peter Lerner berkata, Tentera Udara Israel mengebom kira-kira 50 sasaran dalam tempoh semalaman.

Beliau turut memberi amaran bahawa Israel mungkin akan meningkatkan lagi 'kualiti dan kuantiti' sasaran serangan.

"Serangan udara itu akan dipertingkatkan bersama misi di darat jika diperlukan," katanya.

Beliau menyatakan, lebih banyak anggota-anggota simpanan kini dikerah berada dalam keadaan bersiap sedia.

Kempen serangan itu dikenali sebagai Perlindungan Sempadan selepas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu mengadakan mesyuarat dengan tujuh ahli Kabinet keselamatan malam kelmarin.

Mesyuarat itu diadakan selepas hampir 80 serangan roket telah menghujani Israel yang merupakan serangan paling hebat sejak ketegangan tercetus ekoran penculikan dan pembunuhan tiga remaja Israel pada 12 Jun lalu.

Dalam kejadian tersebut, enam pejuang pergerakan Hamas yang menguasai Gaza terbunuh dalam terowong yang runtuh akibat serangan udara Israel.

Dalam pada itu, Israel turut melancarkan serangan dengan memusnahkan empat buah rumah pejuang Hamas.

Menurut beberapa saksi, dua buah rumah yang diserang itu terletak di Rafah dan Khan Younis.


REUTERS
GAMBAR menunjukkan sebuah rumah musnah akibat serangan udara di Khan Younis di Genting Gaza semalam.

Agensi berita Safa yang berpejabat di Gaza melaporkan, sekurang-kurangnya 16 rakyat Palestin cedera dalam serangan udara itu termasuk sembilan yang dihantar ke hospital selepas rumah mereka musnah akibat dibom.

Regim Zionis menganggap sebuah daripada empat rumah yang dibom itu adalah milik pemimpin pejuang Palestin.

Beberapa penduduk berkata, mereka menerima panggilan telefon daripada seseorang yang bercakap dalam bahasa Arab pasar supaya meninggalkan rumah dalam masa lima minit sebelum serangan berlaku.

Saksi berkata, berbelas-belas peluru berpandu Israel dilancarkan ke kawasan yang disyaki menempatkan senjata-senjata Palestin yang akan digunakan untuk melancarkan serangan roket ke negara Yahudi itu.

Letupan kedengaran di seluruh Semenanjung Gaza, kata beberapa penduduk yang tinggal di kawasan pantai.

Israel pada masa sama bersiap sedia untuk menghadapi tindak balas daripada kumpulan bersenjata Gaza.

Sekolah, tadika dan kem musim panas yang terletak dalam lingkungan 40 kilometer dari Genting Gaza turut diarahkan tutup, anggota-anggota polis juga tidak membenarkan sebarang perhimpunan atau tunjuk perasaan melebihi 300 orang diadakan di kawasan tersebut.

Kumpulan-kumpulan bersenjata yang kecil di Gaza seperti Jihad Islam, Jawatankuasa penentangan Popular dan Barisan Demokratik Untuk Pembebasan Palestin menjadi dalang serangan roket ke arah Israel. - dpa



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 1.htm#ixzz36vcbm6NM
Hakcipta terpelihara



Mari kte sama2 doakan moga Allah lindungi mereka. Last edited by pichee on 22-7-2014 09:03 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2014 09:40 AM | Show all posts
Pagi ni Org semua  sibuk dgn brazil...brazil is everywhere....x abis2 7-1 sana...7-1sini..
Sedangkan di gaza sana org islam dibedil kejam!!
Sembelihan besar-besaran....
Byk2kan doa...senjata kita ni...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 07:58 AM | Show all posts
Bagaimana cara kita menyumbang kepada Tabung Palestin? Salah satu cara melalui inisiatif Aman Palestine. Berikut adalah nombor akaun bagi tujuan ini. Jazakallah.

Akaun bank atas nama Aman Palestin Berhad ;

Bank Islam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Muamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922

(JOM SHARE KE SELURUH PELUSUK ALAM termasuk group whatsapp, telegram, wechat, etc) —

Mahu menderma untk Aman Palestin?
taip Palestin 10/5/3/1
hantar ke 39111
semoga Allah memberkati kalian :')
*GazaUnderAttack*
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 07:59 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 08:00 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 08:03 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2014 08:04 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 08:08 AM | Show all posts
Selain menderma..yg mana ada acc. FB, Insta dan Tweeter...sebarkan gambar2 mangsa2 yg terutama kanak2 kat dlm acc social anda supaya..Negara luar yg disekat media mereka dapat melihat...kris kemanusian di Palestine..

Ya Allah, selamatkan lah rakyat Palestine...Hancurkan Israel lakhnatullah...Amin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2014 08:50 AM | Show all posts

Pakar undang-undang gesa PBB robohkan Tembok Israel

Sekumpulan pakar serta badan perundangan antarabangsa menggesa Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) serta negara-negara anggotanya melakukan sesuatu untuk menghentikan penindasan rejim Yahudi ke atas Palestin.

Mereka yang terdiri daripada bekas hakim, pensyarah undang-undang serta pelapor PBB mahu Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan pemimpin dunia "mengambil tindakan tegas" terhadap tembok Israel di Tebing Barat yang didudukinya.

"Ketika Gaza sekali lagi diserang (dari darat, laut dan udara), ulang tahun pandangan ICJ mengenai tembok itu adalah satu peringatan kepada

"Pendudukan dan penjajahan Israel ke atas tanah Palestin serta dasar perkauman, penindasan dan pengusiran warga adalah punca bantahan Palestin dahulu dan sekarang, dan ia mesti dihentikan," kata penyelaras kempen Stop The Wall, Jamal Juma'.

Gesaan itu dibuat sempena ulang tahun ke-10 keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang merumuskan bahawa pembinaan tembok pemisah Israel di wilayah Palestin yang diduduki adalah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Gesaan itu juga kebetulan dibuat ketika tentera rejim Yahudi melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza yang ditadbir oleh Hamas dalam tindakan ketenteraan yang dinamakan “Operation Protective Edge.”

ICJ dalam keputusannya pada 9 Julai 2004 menggesa Israel merobohkan tembok pemisah yang mula ia bina empat tahun sebelumnya. Ia juga mahu rejim Zionis itu menghentikan pembinaan serta membetulkan kerosakan yang berlaku akibat pembinaan tembok itu.

Israel membangunkan tembok pemisah itu di Tebing Barat. Dua tembok yang sama dibina di sempadan Gaza di sebelah Israel dan Mesir.

Tembok itu dibina kononnya bagi tujuan keselamatan "untuk menyekat keganasan militan Palestin". Palestin bagaimanapun melihatnya sebagai helah Israel  untuk merampas tanah di luar kawasan sempadan yang dipersetujui.

Tembok itu dirancang dibina sehingga 700 kilometer. Sehingga ini, pembinaannya telah siap hampir 500 kilometer.

Surat yang dipaparkan di laman web Stop The Wall itu akan diserahkan kepada PBB semasa mesyuarat jawatankuasa khas mengenai hak Palestin di New York pada Rabu. Mesyuarat yang dihadiri oleh Ban dan negara-negara anggota PBB itu diadakan sempena ulang tahun ke-10 keputusan ICJ itu.




Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 08:53 AM | Show all posts
betul israel...kebal
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 08:54 AM | Show all posts
hahahahahahahaha......PBB???? PERSATUAN BODOH BEBAL....ITU PUN LEMBAP DUDUK BAWAH TELUNJUK YAHUDI...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 09:32 AM | Show all posts
2 states solution adalah yg terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh Arab pun sokong Israel secara x lgsg... Nasib baik la kaabah tu kat negara korg... Hanjj semuanya.. Semua penakut dgn US..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 09:34 AM | Show all posts
SATU-SATUNYA NEGARA YANG AKAN SELAMAT DARIPADA SERANGAN ZOMBI KERANA BERDIRINYA TEMBOK TINGGI TU.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 09:37 AM | Show all posts
mcm xde fungsi sgt pun pbb tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 09:38 AM | Show all posts
Presiden_Lanun posted on 10-7-2014 09:34 AM
SATU-SATUNYA NEGARA YANG AKAN SELAMAT DARIPADA SERANGAN ZOMBI KERANA BERDIRINYA TEMBOK TINGGI TU.

baru nak sebut... mereka dirikan tembok sebab takut serangan zombi...tapi akhirnya dalam kapal terbang mereka pon ada zombi yahudi...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2014 09:38 AM | Show all posts
nak arahkan Israel......??? hmmm sapu bawah karpet je la arahan nih
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 10:23 AM | Show all posts
arab league pun diam2 je... oic mana oic mana?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 10:25 AM | Show all posts
semoga bulan yg mulia ni segala doa dimakbulkan... jom kita ramai2 doa kan mrk disana...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 10:31 AM | Show all posts
nak PBB yg bg arahan
mmg nan hado ler

apa2pun semoga Allah akan melindungi rakyat palestine
#prayforgaza #safeforgaza
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.107691 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list