CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: piao

#27 update KES awie, Rozana kini Trauma!

[Copy link]
Post time 19-7-2014 02:33 AM | Show all posts
pompuan melayu kan suko bad boy,

kawin lgi dgn ayahanda pekida,

dah tahu perangai ahli pekida mcm hampas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2014 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
AHMADVW posted on 19-7-2014 02:33 AM
pompuan melayu kan suko bad boy,

kawin lgi dgn ayahanda pekida,

Xsemua pekida mcmtu tau..arwah abah kita pun pekida gak..tp cool aje..benda bleh bincang kann..ni da ikut panas baran tu mmg ler sepak terajang mkn dia..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2014 01:53 AM | Show all posts
Lelaki la keluar rumah patutnya...Macho sikit Bro...

apa la lu Awie...boleh ke lelaki nak masak,asuh,didik anak dia semua ker...malu gak aku bro tengok...

Naluri didik anak cuma ada pada perempuan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 04:46 PM | Show all posts

Awie Terima Hak Penjagaan Sementara, Rozana Dihalang Dekati Anak

Dalam perkembangan terbaru kes dakwaan Awie sengaja mencederakan isterinya, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini telah memberikan hak penjagaan sementara kepada Awie ke atas ketiga tiga anak beliau hasil perkahwinan dengan Rozana Misbun.

Laporan Harian Metro hari ini menyebut peguam syarie yang mewakili Awie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memaklumkan perkara itu selepas prosiding di dalam kamar di hadapan Hakim Syarie Nassir Abdul Aziz.

BACA: Kawan Baik Dedah Perkara Sebenar, Dakwa Rozana Misbun Berbohong

Mohd Zaidi turut memberitahu Awie juga mendapat perintah injuksi terhadap Rozana untuk tidak mendekati penyanyi itu serta anak-anaknya dalam apa jua cara termasuk melalui media cetak dan elektronik.

Awie hadir bersama dua rakannya manakala Rozana tidak hadir ketika prosiding dijalankan.

Pada 4 Julai lalu, Awie mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Rozana Misbun di Ukay Perdana, Hulu Kelang 2 Jun lalu. (rtky/m)

Last edited by mizahanan on 21-7-2014 04:51 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 04:47 PM | Show all posts
Gambar



sumber: http://www.rotikaya.com/awie-terima-hak-penjagaan-sementara-anak/

akak x paham, awie membelasah bini, awie dpt hak penjagaan sementara anak.
Cane tu? Last edited by mizahanan on 21-7-2014 04:50 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 10:15 AM | Show all posts
mizahanan posted on 21-7-2014 02:47 PM
Gambar

mmg la terang2 blasah bini..
tp kalo anak2 lebih suke awie yg jaga...mhkmh x leh buat ape2..
kalo ko tgk ig anak2 awie...leh mpk betapa penyayangnya awie ni...wpon dgn bini ganas tahap moyan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2014 10:33 AM | Show all posts
ex bf aku mcm awie...
mmg loving, tapi sekali datang hangin, cermin kereta pun pecah ditumbuk...
grrrrrr.. nasib tak jadi kawin, silap2 muka aku pon ada kat harianmetro..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
ok. aku mmg mengikuti thread awie ni. Nampak spt Awie menjaga 'harta'nya dgn baik.

Kalu dr segi logiknya kepelikan saja. Hanya mereka dan keluarga mereka saja yg  mengetahui kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2014 11:04 AM | Show all posts
cari_cahaya posted on 22-7-2014 10:33 AM
ex bf aku mcm awie...
mmg loving, tapi sekali datang hangin, cermin kereta pun pecah ditumbuk...
g ...

hehehehehe,
okay apa dapat masuk harian metro
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 01:12 PM | Show all posts
mrsLucky posted on 18-7-2014 10:23 PM
tak...arni nak mintak cerai, so awie kata kalau nak cerai dia nak hak penjagaan anak2...
dia tak  ...

aaah... slh la tu... tq..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 02:23 PM | Show all posts
tu la sapa soh cilok duit suami.. kalo nak.. mintak la elok2 mesti sang suami kasi..
akak nie dah 30th kawin.. tak pernah sekali pun cilok duit suami walaupun singgit..
kalo perlu akak direct mintak dgn somi..

lagi pun dah somi isteri.. mesti la ada tolak ansur dan jujur kan.. jgn la sampai hilang kepercayaan diantara satu sama lain

akak tak cayer lah bini awie sampai patah rusuk.. kalo patah rusuk dok baring kat katil ajer.. mana leh gerak2.. sakit woooooo
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 10:12 AM | Show all posts
piao posted on 16-7-2014 03:11 PM
katanya curi duit awie

curi?? Duit laki sendiri pun curi??? Awie kedekut pahit sgt ke sampai xkasi bini duit? dah sampai mencuri mcm xcukup makan pulak kekdahnya... huhuhu

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 10:23 AM | Show all posts
Mamason posted on 5-8-2014 10:12 AM
curi?? Duit laki sendiri pun curi??? Awie kedekut pahit sgt ke sampai xkasi bini duit? dah sampai  ...

Dalam Ignya, Ruzana cakap, Sawie bagi dia RM10K for
her birthday and tanya lagi, apa dia nak.....?
Maknanya, sawie bukanlah laki kedekut.
Bini yang tamak haloba sampai duit simpanan anak-anak
pun habis disonglap beli barang-barang tak berpekdah.
Kalau duita aku RM250K orang songlap, mesti aku nak lepuk juga.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 10:28 AM | Show all posts
NAT_11 posted on 5-8-2014 10:23 AM
Dalam Ignya, Ruzana cakap, Sawie bagi dia RM10K for
her birthday and tanya lagi, apa dia nak..... ...

Owhhh...begitu al kisahnya... tamak sgt nieh!!! syukur laa laki dah bagi duit rm10k .. tak semua org merasa laki bagi duit sebanyak tu... yg gi songlap tu per hal... kot yer nak boleh kot mintak elok2... rasanya kalau dah awie leh bagi duit mcm tu jer, xkan kedekut kottt... yer dok?

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
NAT_11 posted on 5-8-2014 10:23 AM
Dalam Ignya, Ruzana cakap, Sawie bagi dia RM10K for
her birthday and tanya lagi, apa dia nak..... ...

Yup....mmg patut kena lepuk walaupun kurang setuju part lepuk melepuk ni..tapi dalam kes ni saya bersetuju..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 03:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohon Awie Pm aku klu dia  brminat utk rujuk dgn seorang master warga emas yg sgt terror mnjahanamkn hidup ank beranak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2014 04:03 PM | Show all posts
Bantahan Awie Ditolak, Rozana Tak Sabar Nak Jumpa Anak
18/09/2014


Sumber: mStar Online

Bantahan penyanyi rock dan pelakon terkenal Awie terhadap isterinya Rozana Misbun,36, untuk mengenepikan perintah hak jagaan anak secara sebelah pihak yang diperolehinya sejak dua bulan lalu telah ditolak Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, telah diarahkan mahkamah untuk membayar kos sebanyak RM900 kepada Rozana.

Keputusan tersebut dibaca oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Mohammad Fatah di dalam bilik pendaftar.

Sementara itu, Mahkamah turut menetapkan 31 Oktober ini bagi pihak Awie untuk memfailkan afidavit jawapan bagi permohonan Rozana untuk mengenepikan perintah hak jagaan sementara yang diperoleh penyanyi itu pada 22 Julai lalu.

Dalam pada itu, peguam mewakili Rozana iaitu Majdah Muda berkata pihaknya akan mendengar afidavit jawapan daripada Awie tentang beberapa perkara yang telah dikemukakan dalam bantahan awal lalu.

"Akhirnya kita akan dengar versi daripada pihak Awie dalam apa-apa yang kita dakwa sebelum ini seperti sijil nikah, alamat salah dan beberapa isu berbangkit.

"Insya-Allah dijangka dalam pertengahan November kita dapat satu keputusan penuh tentang kes ini," ujarnya.

Sementara itu, Rozana yang ditemui menzahirkan rasa syukur dengan keputusan pada Khamis dan tidak sabar untuk bertemu anak-anaknya yang terpisah sejak Julai lalu.

"Alhamdulillah saya bersyukur dengan keputusan ini dan saya harap dapat jumpa anak saya secepat mungkin," ujarnya.

Rozana hadir ditemani kakaknya, pelakon Haliza Misbun, manakala Awie hadir bersama peguamnya Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.

Terdahulu pada 21 Ogos lalu, Awie telah mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan isterinya untuk mengetepikan perintah hak penjagaan (hadanah) sementara ke atas tiga anak mereka yang diperoleh artis itu, 21 Julai lalu.

Awie pada 22 Julai lalu berjaya mendapat hak penjagaan sementara ke atas tiga anak hasil perkahwinan mereka iaitu iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Awie turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan Arni iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12.


http://www.astrogempak.com.my/Ar ... BqMf_HY37U.facebook

Hari tu mahkamah suruh Rozana bayar RM500 kat Awie. Ni kali Awie pulak kena bayar RM900 kat Rozana. Dorang rolling rolling duit yg sama je lah kot

Last edited by MissLibra on 18-9-2014 04:07 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 04:39 PM | Show all posts
kalau nak gado sesama diaorg pun lantak la...
tapi jangan kekang anak dari berjumpa mak dan ayah
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 04:53 PM | Show all posts
tu la laki mana x marah kalo songlap duit cara gitu....nak duit minx elok2 la...org tamak selalu rugi...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 05:22 PM | Show all posts
dapat jugak rozana jumpa anak.
walau mungkin jahat mana pun rozana, dah dia lahirkan 3org tu, harus ada rasa sayang rindu kt anak walau dengan bapak anak hubungan tak baik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.112765 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list