CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: piao

#27 update KES awie, Rozana kini Trauma!

[Copy link]
Post time 23-4-2015 09:08 AM | Show all posts
kayanya awie u all...duit 400K x habis2 masih ada kat bank gitu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2015 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 23-4-2015 08:23 AM
itu yang nak tunggu sawie jawab plak

harus loyar dia akan korek sana sini

Kene bookmark benang ni.. nak tau kesah selanjutnye... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 09:40 AM | Show all posts
byk btl duit die..rm400k...sepanjang hampir 10 thn berkahwin....tp klu amount tu yg dibagi..jgn la kte ni mcm org x sekolah..assume awie bg rm400k..ade rm400k dlm bank..dan tentu die blnje utk uruskan hal kehidupan seharian...

tp bagaimana die uruskan..itu bkn hal kte..nw i nk tau...awie ade byk income tax x...ade declare kt mne2 x..jgn main ckp je ade rm400k..klu btl ade...bank trace..pastu lhdn cr la kamu yea..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 09:50 AM | Show all posts
harisbee replied at 23-4-2015 09:08 AM
kayanya awie u all...duit 400K x habis2 masih ada kat bank gitu...

adakah awie jenis lelaki yg bagi duit let say 10k setahun
situ lah duit beli barang2 makan, beli baju pakai hari2, baju raya
duit beli toilet paper, duit beli henbeg, beli semua lah
& itulah duit utk simpan jgk??
mcm ramai lelaki pikir mcm tu kan?
aku rasa ceramah2 agama skrg kena fokus psl tanggungjwb lelaki dlm rumahtangga
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 09:59 AM | Show all posts
kalau dia letak dalam akaun bini., jadi duit bini dia la kan. blh ke awie claim tu duit dia?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 12:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2015 12:26 PM | Show all posts
kalo suami ckp nak tumpang akaun bank kita..apalah salah tolong tumpangkan
dan jadilah org yg amanah
takkan nk amik kesempatan pulak...

anyway kita sume pun tak tau cemana arrangement both of them regarding duit tu
so tunggu awie punya keterangan balas pulak
makin intresting kisah ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
duit hilang rm 400k selama bape tahun punya citer tu..? katala dia dah kawen 8 tahun aku masih tak tercapai dek akal duit sebanyak tu boleh abes dalam tempoh tu. wow
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2015 02:00 PM | Show all posts
pichee replied at 23-4-2015 09:40 AM
byk btl duit die..rm400k...sepanjang hampir 10 thn berkahwin....tp klu amount tu yg dibagi..jgn la k ...

ada logik disitu...  sebab kata la rm400k bahagi dengan 10 tahun...  rm40k setahun...  aku rasa dengan pendapatan seni awie boleh je dapat saving rm40k setahun...  sebab diorang ni sekali berlakon payment memang tak hagak2...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 02:08 PM | Show all posts
siti_kus replied at 23-4-2015 09:59 AM
kalau dia letak dalam akaun bini., jadi duit bini dia la kan. blh ke awie claim tu duit dia?

kalo ikut perundangan, nampak macam rozana punya...  tapi kawyer akan buktikan dengan beberapa cara...  nak2 plak rozana tak penah keje...  pastu sawie kan bengkrap...  so sawie akan cakap dia masukkan selama ni atas dasar dia takleh bukak akaun...  duit tu memang untuk masa depan...  so, dengan bukti2 tu sume, hakim akan judge la sape yang lagi berhak keatas duit tu...  

tu dari segi perundangan...  tapi dari segi agama, sendrik kena tau la yang dia tu hanya diamanahkan walaupun masuk dalam akaun dia...  ala, macam kawan mintak tolong tumpang hempom (duit) dalam beg (akaun) kita sebab dia takde beg...  hempom tu masih kepunyaan kawan kita kan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 02:09 PM | Show all posts
chandrahusin replied at 23-4-2015 09:50 AM
adakah awie jenis lelaki yg bagi duit let say 10k setahun
situ lah duit beli barang2 makan, beli  ...

aku assume duit tu memang untuk simpanan...  sebab kan dia cakap tu untuk duit kolej anak2...  
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 02:25 PM | Show all posts
masa ngan ex wife...
ada ke kes pukul2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 02:53 PM | Show all posts
byknya duit awie..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 10:13 PM | Show all posts
Syd replied at 23-4-2015 07:25 AM
Rozana beritahu mahkamah, tulang hidung retak, tulang rusuk patah dipukul Awie
Published: 22 April  ...

nampak sngt kat sini.. takot nak pi bank..sbb seme duit dah ilang..

pelahap amik duit laki pi botox n beli henbeg mahai..

sudahnyer..ilang laki.. yg dulu KAU sanggup kawen lari kt siam semata2 nak jadik NO 2...

yg kononnyer ko suka laki kau.. sbb die sangat BAIK...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 08:47 AM | Show all posts
thank you mahkamah

lepas kes hadhanah dah selesai, now criminal case for wife abuse pula.

till now shin rasa sawie cannot prove that she 'stole' his money kan?

lawak sgt bila baca mahkamah ckp anak2 dah tentu Rozana punya, now sawie pula kena prove kan that he is the father of the childrens by way of producing his marriage cert.

dasar tau mencelup tak tahu hukum mcm ni lar, anak dah berderet sijil nikah entah kat mana
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Gila....bantai dulu bini kaw2...dah bantai sepak terajang baru bawak bini gi bank..
Dgn keadaan bini patah tulang rusuk, retak hidung..dipaksa mengikut

Napa tak pergi bank dulu....check dulu duitnya ada berapa
Balik rumah , kalau tak puasati..baru sepak terajang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2015 11:35 AM | Show all posts
No wonder dia trauma... si Awie ni main belasah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 07:52 AM | Show all posts
Rozana Misbun Rakam Imej Dibelasah Awie Guna Telefon Pembantu Rumah

Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2015 6:47 PM
Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
qayumazizi@thestar.com.my

Rozana Misbun mengelak memandang kamera semasa hadir ke Mahkamah Majistret Ampang pada Isnin. FOTO: BRIAN MOH

AMPANG: Rozana Misbun memberitahu Mahkamah Majistret di sini pada Isnin dia tidak menggunakan telefon miliknya untuk merakamkan bukti dia dibelasah suaminya, Awie (Wings) pada 2 Jun tahun lalu kerana gajet jenis iPhone 4 itu rosak.

Rozana, 36, semasa pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Reen berkata, sehari sebelum kejadian, perselisihan faham antara dia dan suami telah berlaku dan Awie bertindak membaling telefon itu ke dinding sehingga rosak.

"Pertengkaran berlaku selepas saya menunjukkan gambarnya bersama wanita lain yang terdapat dalam telefon berkenaan sebelum dia berang dan membalingnya ke dinding," katanya.

Rozana berkata demikian sebagai menjelaskan sebab dia menggunakan telefon bimbit milik pembantu rumahnya untuk merakamkan gambar keadaan wajahnya selepas dia dipukul lelaki berkenaan.

"Saya mempunyai dua buah telefon bimbit iaitu jenama BlackBerry berwarna putih dan iPhone 4 tetapi kamera BlackBerry tidak boleh digunakan dan sebab itu saya guna telefon milik pembantu rumah," katanya.


Awie

Mengikut pertuduhan, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rozana pada 2 Jun tahun lalu kira-kira pukul 1.30 petang di alamat No. 9 Jalan UB 5B, Taman Ukay Bestari, Ukay Perdana, Hulu Kelang di sini.

Perbicaraan masuk hari ketujuh itu didengar dihadapan Majistret, Ayuni Izzaty Sulaiman.

Dalam pada itu, Rozana berkata, dia gagal membayar kembali wang milik suaminya dalam masa dua minggu seperti dijanjikan kerana tidak dapat menjual barangan mewah (sepeti beg berjenama) miliknya.

Ini kerana kata Rozana, selepas kejadian dibelasah itu, Awie telah mengambil semua barangan tersebut sebelum sempat dia menjualnya.

"Benar saya gagal bayar dalam masa dijanjikan kerana OKT telah mengambil semua barangan tersebut dan bagaimana saya hendak jual dan dapatkan hasil?

"Saya juga berjanji untuk bayar kerana takut dengannya biarpun ketika itu saya tiada wang sebanyak itu," jelasnya.

Sementara itu, Rozana berkata, wang sebanyak RM250,000 yang didakwa lesap sebenarnya adalah pinjaman daripada Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan hanya boleh dikeluarkan selepas tamat tempoh matang pada 2016.

Rozana juga tidak bersetuju wang dalam akaun berkenaan adalah untuk kegunaan peribadinya sebaliknya adalah perbelanjaan keluarga.

"Awie tahu semua perbelanjaan yang digunakan malah ia turut digunakan untuk membayar sewa bulanan kelab miliknya di Ipoh," ujarnya.

Perbicaraan disambung pada 13 Julai depan.

Pendakwaan terhadap Awie dilakukan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 08:27 AM | Show all posts
Wpun aku tak suka Awie tapi aku lagi menyampah dgn Rozana
Allah dah bayar cash atas dunia ni Joana weh..
Dulu bukan main Awie lembut lah, baik lah sampai kena cerai bini org tu ko buat kan
Ha..sekrg mendapatlah!
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 08:32 AM | Show all posts
Gambar Rozana dipukul bukan palsu
Oleh MOHD. TAUFEK RAZAK

POLIS mengesahkan gambar wajah Rozana cedera dipukul diambil pada memori telefon bimbit BlackBerry milik wanita itu yang turut tersebar dalam media sosial adalah tulen.

AMPANG – Mahkamah Majistret di sini semalam diberitahu bahawa gambar wajah Rozana Misbun yang cedera teruk dipukul merupakan gambar tulen dan tidak diubah suai.

Perkara itu disahkan oleh saksi kedua, Inspektor Latifah Abdul Aziz semasa perbicaraan kes penyanyi rock terkenal itu yang dituduh sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana pada 2 Jun tahun lalu.

Juruanalisis Seksyen Audio dan Video Makmal Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berkata, sepanjang analisis yang dilakukannya, tiada pengubahsuaian dikesan pada gambar termasuk daripada segi warna mahupun posisi gambar itu diambil.

“Gambar ini saya ambil daripada kad memori telefon bimbit BlackBerry milik Rozana sendiri. Tiada sebarang pengubahsuaian saya lakukan ketika menganalisisnya sebelum kad memori itu rosak dan tidak boleh dibaca selepas itu,” katanya pada perbi-caraan sebelah pagi hari ketujuh itu.

Pada prosiding semalam, peguam Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 46, cuba untuk mempertikaikan ketulenan gambar tersebut yang sudah pun tersebar dalam media sosial sebelum ini de-ngan mendakwa, ia telah diubah suai dan sengaja diada-adakan.

Ini susulan daripada keterangan Rozana, 37, kepada mahkamah minggu lalu bahawa dia te-lah mengarahkan orang gajinya mengambil gambar dirinya yang cedera sehari selepas kejadian dia dipukul pada 3 Jun 2014 sebelum membuat laporan polis pada 17 Jun 2014.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.119074 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list