CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sepitsiput

suatu ketika dulu (yang korang tak tahu)

[Copy link]
Post time 24-7-2014 09:36 AM | Show all posts
mamapip posted on 20-7-2014 06:18 AM
Eh bkn Zaharah Agus tu mak Mahyun Ismail (Nora @ Do Re Mi) & nnk kpd Faizal Hussein?

nenek?
mahyon ismail itu mak faizal hussein lah
haiyoooo


alfatihah buat arwahfile:///C:\DOCUME~1\NORIZY~1\LOCALS~1\Temp\msohtmlclip1\01\clip_image001.gif

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 09:42 AM | Show all posts
sepitsiput posted on 20-7-2014 11:25 AM
@faraRosales dia start modelling mcm nasha aziz ... so bila dia start berlakon filem umur dia dah ba ...

igt xslh 1 drama jalaludin dgn aida


"kita bertemu di cameron..."


romantik habis tajuk....cerita jgn ckp lah

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:57 AM | Show all posts
garyura posted on 20-7-2014 05:57 PM
lagu kumpulan ni mengecewakan dan rasanya tak penah kuar radio

impression





that don't impress me much (ala shania twain)
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 10:01 AM | Show all posts
makton posted on 21-7-2014 04:18 PM
tak silap aku nama dia Norhayati Taib kot...

dia mmg berlakon sempoi.. kalau makcik ni berlakon ...
makcik merry/petir/isabella
ade jgk forumer bg nama 'makcik mikopon'
mcm avatar uols tu


siyes, penampilan die dlm drama bkn bnyk pun
tp duk tgu scene yg ade die
standby gelak

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 10:04 AM | Show all posts
kakasotong posted on 21-7-2014 05:03 PM
Eby saiful ni iols suka tgk heols blakon dlm citer marah2 syg. Dgn datuk shah rezza n ismail alif. ...

suka jgk die dlm ali setan


rela menanti


hmmm, sedap sgt
antr lagu romantis terbaik malaysia, i must say


mawi ada rekod balik dgn kak ogy dlm album idola die

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 10:09 AM | Show all posts
salimrock posted on 21-7-2014 05:08 PM
harun salim bachik penah  buat 1 album lagu, judul banjir...

ayah harun...salim bachik
ade iras suami kak ziana, armin zaharin






Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2014 10:14 AM | Show all posts
Jimmy shanley dulu...penyanyi kumpulan TREZ
under KRU rasanyaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 10:18 AM | Show all posts
cmf_premierleag posted on 22-7-2014 02:53 PM
eizlan tu hensem sejak dlm drama spektra jaguh jaguh
jadi pemain badminton gituh
slalu layan pet ...

layan jgk uols

dgn lynn (sharifah haslinda kakak shahirah)

antara dialog lynn dlm tu

"cacat!!!cacat!!!!cacat!!!"




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 10:22 AM | Show all posts
kakasotong posted on 23-7-2014 01:00 AM
Iols ada tgk doku khas psl MF ni. Dlm tu ada org citer yg sheols ada produce 1 lagu yg mana lagu t ...

lagu yg msk pencalonan muzik2 tu lirik die lite2 jek
xde yg pelik pun


lagu lain dlm album diana tu jgk kot

point is, vocal die mmg....
even org tv3 pun pelik

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 10:24 AM | Show all posts
supernaturalee posted on 24-7-2014 10:18 AM
layan jgk uols

dgn lynn (sharifah haslinda kakak shahirah)


antara scene yg aku ingat lagi ialah before tournament tu, tangan eizlan menggeletar berpeluh2 penuh dgn semangat juang
pehtu dia tekup muka dia dgn tangan tu kat tepi badminton court
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 10:25 AM | Show all posts
ra5101 posted on 23-7-2014 08:14 AM
Banyak juga Rocker jadi pelakon

Tomok - Newboyz

aku suke tgk awie, bagio & acong jek klu dlm profesion lakonan
acong is truly comedian

yg lain tu, a big no no
even ella
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 10:27 AM | Show all posts
cmf_premierleag posted on 24-7-2014 10:24 AM
antara scene yg aku ingat lagi ialah before tournament tu, tangan eizlan menggeletar b ...

main hero tu ex shariza mahmud rite?
die berlakon lg awl drpd eizlan
thats why la
eizlan ms ni antra drama terawal die
not bad at all
badboy

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 10:36 AM | Show all posts
supernaturalee posted on 24-7-2014 10:01 AM
ade jgk forumer bg nama 'makcik mikopon'
mcm avatar uols tu

hahaa.. makcik & mikropon berpisah teda.....



Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 10:44 AM | Show all posts
hemoh2 posted on 23-7-2014 12:51 PM
Kaza adalah penyanyi yg mempunyai suara Jantan..aku suka...

lagi sorg... Ebby Saiful..(bukan ebby ...

klu xsilap, ebby saiful jgk penah rekord album ala nasyid dlm thn 97/98 dgn 2 - 3 org retis lama kan?
sedap jgk, tp kurang promosi atau media more on raihan, hijjaz, rabbani & few others nasyid group kot
thats why xbrape nk famous group ni

sape ingat?



lagi psl ebby, xdisebut plak psl album nasyid


ARKIB : 03/05/2010Ebby Saiful terkilan sikap TVOleh MUZLINA ABU BAKAR
muzlina.bakar@utusan.com.my
Gambar NORADZRENE MOHD. NOR

EBBY Saiful, Azmil Mustapha dan Ogy Ahmad Daud dalam satu babak filem Ali Setan.


WALAUPUN memulakan 'kariernya' sebagai pelakon ketika berusia sembilan tahun dalam filem Asmara Kirana yang diterbitkan pada 1968, namun filem Ali Setan benar-benar melonjakkan namanya sebagai pelakon yang diminati.


Memegang watak sebagai Latif, kawan baik kepada Ali Setan lakonan Azmil Mustapha, Ebby Saifullah Ali atau lebih dikenali Ebby Saiful,51, berjaya mencuri hati para peminat filem ketika itu.


Sebagai siswa sebuah universiti, Latif lakonan Ebby Saiful benar-benar mewarnai filem arahan Tan Sri Jins Shamsuddin dan membuktikan bakat yang dimilikki cucu Minah Yem ini.


"Sebenarnya saya sudah mula berlakon ketika umur tiga tahun sebagai pelakon ekstra kanak-kanak dalam filem Raja Bersiong pada awal 1960an.


"Tetapi pada 1969, melihat sifat saya yang tidak mengenal takut pada orang ketika mengikut arwah nenek atau mak ke lokasi, pengarah Nas Ahnaz menawarkan saya watak Jantan dalam filem Asmara Kirana bersama AllahyarhamEd Osmera," cerita Ebby Saiful dalam satu pertemuan baru-baru ini.
Bak kata pepatah Melayu, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, walaupun Asmara Kirana filem pertama yang memberikannya watak, namun Ebby berjaya menjiwai watak Jantan sebagai anak kepada Allahyarham Ed Osmera.


Walaupun filem berkenaan dikatakan telah menampilkan bakat anak pemuzik Allahyarham Ali Ahmad, (pencipta lagu Si Dia nyanyian Allahyarham Datin Rafeah Buang) dan Allahyarham seniwati Norsiah Yem, namun Ebby tidak meneruskan kerjaya itu.


"Entah kenapa apabila meningkat dewasa saya tidak meminati bidang lakonan. Sebaliknya minat saya lebih ke bidang muzik.
"Apabila usia saya 19 tahun bersama rakan-rakan seusia, saya menubuhkan kumpulan The Beez kemudian dikenali New Breed. Kami bermain di Hotel Merlin selama tujuh tahun mulai 1978," kata Ebby.


Bakatnya sebagai pemuzik bukan sahaja menjadi sumber rezeki Ebby, malah ia memberi peluang kepada Ebby menjadi artis rakaman apabila dia muncul dengan dua album dibawah syarikat rakaman SRC iaitu Pahlawan Cangkul (1980) dan Untuk Anita (1983).


Kemudian Ebby muncul dengan album ketiganya Kisah Cinta. Album tersebut yang mengandungi lagu hits Bila Bunga Berguguran diterbitkan dibawah syarikat Polygram pada tahun 1986.


Bagaimanapun kata Ebby, penampilannya dalam drama purba Demang Lebar Daun bersama Idris Hashim telah membuatkannya meninggalkan bidang muzik dan nyanyian.


"Drama purba arahan Hasiah Ariffin untuk RTM benar-benar membuka pintu hati saya untuk berlakon semula, walaupun sebelum ini saya buang jauh-jauh minat dan bakat itu," kata Ebby sambil tersenyum mengingatkan bagaimana kerjayanya sebagai pelakon disambung semula.


Bermula daripada drama itulah, Ebby terus ditawarkan berlakon dalam filem Ali Setan (1986) diikuti Marah-Marah Sayang, Balik Kampung, Hantu Siang, Suara Kekasih, Perempuan, Sumpahan Mahsuri, Rentak Desa dan filem terakhirnya Azizah The Legend (1993).


Selain berlakon, Ebby juga berbakat mencipta lagu. Ini terbukti kesemua lagu untuk filem Marah-Marah Sayang dicipta olehnya.(sayang...buka pintu sayang....)


Filem tersebut diterbitkan pada tahun 1986 oleh Feugo Production Sdn. Bhd., dengan menampilkan para pelakon Ebby Saiful, Norlida Ahmad, Shah Reza, Liza Abdullah, Isma Alif dan Suhaina Yahya.


Bukan itu sahaja, malah lagu Bunga-Bunga Berguguran yang pernah mencipta populariti penyanyi Fauziah Ahmad Daud dalam filem Suara Kekasih, adalah ciptaannya.


Selain mencipta lagu untuk filem, Ebby juga turut mencipta lagu untuk penyanyi lain antaranya, Flora Santos dengan lagu Melodi Kasih.
Menurut Ebby, walaupun lebih daripada 30 filem dilakonkan namun Ali Setan tetap momen indah dalam diari seninya.


Betapa tidak, watak nakal dan gila-gila lakonannya bersama Azmil banyak meninggalkan kesan di hati para peminat filem Melayu.


"Selepas berlakon filem itu, bila saya pergi ke mana-mana, peminat panggil saya kawan Ali Setan," cerita Ebby, ayah kepada Erin Adrina Salsatila,3, Endra Edrian Saifullah, 1 tahun 10 bulan dan suami kepada, Marini Ahmad,30 tahun.


Sementara Sumpahan Mahsuri yang diterbitkan oleh syarikat milik Almarhum Tunku Abdul Rahman pada tahun 1989, menonjolkan sisi Ebby sebagai penolong pengarah.


Filem yang diarahkan oleh Datuk Jamil Sulong, bukan sahaja meletakkan isterinya, Datin Rosnani sebagai penolong pengarah, malah Ebby turut dilantik sebagai penolong pengarah kedua.


"enggambaran filem itu memakan masa lebih sebulan. Berkampung di Kedah dan Langkawi sepanjang penggambaran memberi banyak pengalaman dan pendekatan kepada saya dalam bidang pengarahan.


"Walaupun saya tidak ada pengalaman sebagai pengarah ketika itu, tetapi kepercayaan Pak Jamil dan Mak Nani memberi keyakinan kepada saya.
"Saya bersyukur sangat-sangat, walaupun pada mulanya saya anggap ia tugas yang berat, namun ia membuka era baru dalam karier seni saya," cerita Ebby.


Sejak itulah, Ebby Saiful meneruskan kerjayanya sebagai penolong pengarah apabila Anwardi Jamil menawarkannya jawatan itu.
"Sebagai penolong pengarah untuk sebuah filem purba memang belum memberi makna yang total bagi saya. Jika ingin maju dan menyusuri kerjaya yang kekal saya perlu mengarah pelbagai genre filem atau drama.


"Menyedari itulah saya mengambil peluang pada tahun 1990 apabila Anwardi mengarah drama komedi Gado-Gado dan melantik saya sebagai penolong pengarah.(siri gado2 ni mmg best masa tu...ala2 edisi khas)


"Bermula dengan Gado-Gado terbitan Double Vision, kemudian Anwardi memberi saya peluang mengarah drama bersiri Melaka sebanyak 13 episod dan 13 episod lagi diarahkan oleh Pak Jamil," kata Ebby Saiful.


Sejak itulah, Ebby mula mengorak langkah sebagai pengarah drama tanpa menoleh ke belakang dan sehingga kini lebih daripada 100 drama telah diarahkannya.
Selain mengarah, Ebby juga sering mencipta lagu tema untuk drama arahannya antaranya Dengan Nama Tuhan untuk drama Antoganis.
Menurut Ebby, pengalaman sekian lama sebagai pengarah drama, sedikit demi sedikit menggamit hatinya untuk mengarah filem juga.
Dan dari pengalaman yang tidak perlu dipertikaikan lagi, Ebby memang boleh menlaksanakan tugas itu, cuma katanya;
"Memang sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya teringin sangat mengarah filem dan saya tahu saya boleh.
"Tetapi seperti yang kita tahu, di Malaysia kalau kita bukan kroni, tidak pandai mengampu dan tidak sanggup tikam orang dari belakang, peluang mengarah filem itu memang susah nak dapat.
"Menyedari itulah saya lupakan terus hasrat saya untuk mengarah filem. Jika berpeluang saya ingin mengarah drama bercorak keagamaan yang lebih mendalam.
"Cuma masalahnya di Malaysia ini, jika kita buat drama agama yang menyentuh begitu mendalam, pihak stesyen akan kata kita sebarkan ajaran sesat dan nama kita digam.
"Tetapi saya musykil apabila drama Indonesia bolehlah pula ditayangkan. Melihat drama-drama itu, seolah-olah pengarah kita cetek dalam soal agama.
"Begitulah sikap double-standard pihak TV yang membuatkan pengarah kita tak boleh berkembang," kata Ebby Saiful penuh kesal.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0503&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm#ixzz38LjIJw3d
©  Utusan Melayu (M) Bhd

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 11:05 AM | Show all posts
Bapa rusdi ramli tu Ramli kecik loyal assistant of P.Ramlee.Ade interview dia dalam P.Ramlee biografi kat History Channel.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 11:09 AM | Show all posts
kebanyakkan retis yg tersenarai diatas , retis mekar sejambak rancangan RTM dulu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 11:21 AM | Show all posts
pengimbas posted on 24-7-2014 02:41 AM
kazar bawak madah berhelah...

Gigih betul kaza nyanyi.Tp agak sedap jugala sore dia.

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 11:57 AM | Show all posts
supernaturalee posted on 24-7-2014 10:44 AM
klu xsilap, ebby saiful jgk penah rekord album ala nasyid dlm thn 97/98 dgn 2 - 3 org retis lama k ...
"Menyedari itulah saya mengambil peluang pada tahun 1990 apabila Anwardi mengarah drama komedi Gado-Gado dan melantik saya sebagai penolong pengarah.(siri gado2 ni mmg best masa tu...ala2 edisi khas)

yang paling aku ingat part iklan Tongkat Ali
siap sume tiru iklan sabun palmolive (dulu kala)
kamera shoot dr bawah bahu smpi kepala (nmpk mcm bogel pun ada gak)
pastu sume sebut OWHHH TONGKAT ALI...OWHHH TONGKAT ALI

muka ebby waktu tu kemain lg serius
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 12:01 PM | Show all posts
cmf_premierleag posted on 24-7-2014 11:57 AM
yang paling aku ingat part iklan Tongkat Ali
siap sume tiru iklan sabun palmolive (dulu kala)
...

xigt plak scene nih
tp yg aku igt antara rncngn bersiri best yg layan masa tu

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 01:43 PM | Show all posts
kakasotong posted on 23-7-2014 01:00 AM
Iols ada tgk doku khas psl MF ni. Dlm tu ada org citer yg sheols ada produce 1 lagu yg mana lagu t ...

Aku pernah buka YT lagu Ratapan Anak dedulu....penuh perasaan arwah Mona menyanyi....

Rasanya lirik dia biasa2 jer...xdelah menakutkan pun...luahan hati seorang ibu...

Maybe lagu lain kut...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.071289 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list