CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15514|Reply: 92

Pengacara Baru Melodi Tersinggung Dikritik

[Copy link]
Post time 22-7-2014 05:45 AM | Show all posts |Read mode
Pengacara Baharu Melodi Tersinggung Dikritik

Sherry ambil kritikan untuk perbaiki diri.



[size=0.98em]PETALING JAYA: Pengacara Melodi yang baharu iaitu Sherry Alhadad meminta agar penonton tidak terus memberi kritikan negatif selepas dia dan Zulin Aziz terlibat megendalikan rancangan itu bersama Awal Ashaari.

Sherry, 30, berkata, mereka masih lagi mencari keserasian bersama Awal dan berusaha memastikan kehadiran mereka berjaya memenuhi selera penonton.

"Tipulah kalau saya kata tidak kecil hati dengan komen dan kritikan penonton terhadap kami, sehingga saya fikir teruk sangatkah saya mengacara?

"Bagilah kami masa dan peluang untuk memperbaiki diri, ini baru tiga minggu kami bersama dan saya yakin lama kelamaan ia akan lebih baik," ujarnya ketika dihubungimStar Online pada Isnin.

[size=0.75em][size=0.75em]Gandingan baharu Melodi Awal Ashaari (kiri), Sherry (kanan) dan Zulin.



Sherry berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kritikan di media sosial tentang gandingan baharu program Melodi bagi menggatikan Zizan Razak iaitu Sherry Al-Hadad dan Zulin Aziz.

Selain itu kedua-dua mereka turut bersama Awal Ashaari yang masih dikekalkan sebagai pengacara berkenaan. Gandingan ini diperkenalkan pada 6 Julai lalu.

Sementara itu, Sherry mengakui gandingan mereka memberi cabaran besar apabila negara digemparkan dengan pemergian Biduanita Datuk Sharifah Aini dan nahas pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH17.
Katanya, episod itu memerlukan mereka sentiasa berhati-hati agar tidak terlepas cakap yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak.

"Dua episod awal ini sangat mencabar apabila berhadapan situasi yang sangat sensitif, kami perlu jaga percakapan dan tidak boleh terlepas lawak yang tidak kena tempat.

"Jadi pada episod MH17 Ahad lalu, kami memang tidak banyak cakap kerana sentiasa fikir apa yang perlu dicakap yang tidak menyentuh perasaan mana-mana pihak sehingga akhirnya tidak terkeluar apa yang hendak dicakap itu.

"Nasib baik Awal banyak pengalaman tentang itu, saya tahu ada yang komen kata kami tidak banyak cakap dan tiada fungsi pada minggu itu," katanya.

Sherry berkata, dia akui seorang pengacara yang baik perlu bersedia untuk berhadapan dengan sebarang situasi sekalipun.

Katanya, biarpun agak kecewa dengan kritikan yang diberikan, namun dia mengambil perkara itu sebagai cara untuk memperbaiki diri.

"Kalau boleh saya tidak mahu baca komen mereka sebab ia beri unsur negatif  tetapi bila fikir balik, saya kena baca juga untuk saya perbaiki diri menjadi lebih baik," katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2014 05:53 AM | Show all posts
kau record setiap episod.. balik rumah tengok lah.. mesti nampak kelemahan kau apa.. dari situ cuba baiki..

aku tak tengok melodi lagi.. banyak sgt mengorek peribadi orang
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 06:40 AM | Show all posts
Sherry alhadad???
Die menyertai reality show manakah?
Ke tv3 tgkap muat je?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 06:41 AM | Show all posts
Motip sgt melodi kena ade 3 pengacarakan????
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 06:45 AM | Show all posts
senahsanasini posted on 22-7-2014 06:41 AM
Motip sgt melodi kena ade 3 pengacarakan????

Skang sume da pollow korea. Satu rancangan 3-4 pengacara. Mihmihmih.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
senahsanasini posted on 22-7-2014 06:40 AM
Sherry alhadad???
Die menyertai reality show manakah?
Ke tv3 tgkap muat je?

sherry alhadad ni pensyarah di aswara. zulin aziz plak student dia. suka lagi zulin dr sherry.

mula2 tgk sherry berlakon jd pembantu rumah dd alias dlm designer dd naik haji, ingatkan sherry ni mmg org indon n pembantu rmh dd. rupenye pelakon gak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2014 07:00 AM | Show all posts


x kenal laaa, mcm mana dia dapat skop ni? Zulin tu sapa pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Sherry ok jua..si zulin tu klu live banyak dia mcm blur n ayat x berapa petah nak2 mood serious mmg dia out habis..xperlah semua org lalui proses ini. its matter of time..rezeki mereka..alhamdulilah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2014 07:11 AM | Show all posts
"Tipulah kalau saya kata tidak kecil hati dengan komen dan kritikan penonton terhadap kami, sehingga saya fikir teruk sangatkah saya mengacara?

kalau dalam hati tu sedar yang diri sendiri tu orang baru...xdenye nak berkecil hati. mesti berlapang dada dah mindset mesti kene kutuk punya. kalau kecil hati ni kes overconfident sangat la nih

benda ni bukan dalam industri seni je. mana2 tempat keje pun camtu..  
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
at the first place nape tb3suku amek derang as co host? bayar murah ke? Melodi dah xreleven. Iols layan galaksi je skrg tgk babah ajak! Hehehe tempting nau.

Aumm
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 07:28 AM | Show all posts
sherry ni x yah la...
zulin dgn awal je la
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 07:30 AM | Show all posts
sherry ni satu sekolah ngan iollss dulu... tak sangka ni masuk bidang ni... huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 07:35 AM | Show all posts
mmg xbest pun depa 2 ni..awal sorg2 pun aku rasa ok..bosan giler dyorg..
tp give them chance n see later..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 07:51 AM | Show all posts
dh lama x tgk melodi. hari tu bosan takder citer, tertgk melodi....aku blur, sapa minah dua org tu? dhle tak best..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 07:55 AM | Show all posts
klu berubah mengacara makin baik, bagus la.
jgn makin kayu kayan sudah la ye..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
1st time tgk kepoh.ala2 kiah propa.2nd time cover mh17.so kurang kecoh.ap pn x minat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2014 07:56 AM | Show all posts
ada aku kesahh.. dah lama tak tengok melodi pun.. boringg..

nak gosip baru pi je bertenggek kat forum cari..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 08:00 AM | Show all posts
hari tu diorang host kl drama fest tu kan.. huhu..

serabut milo jer tengok..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 08:00 AM | Show all posts
mizzmimi posted on 22-7-2014 07:56 AM
ada aku kesahh.. dah lama tak tengok melodi pun.. boringg..

nak gosip baru pi je bertenggek kat f ...

ha'ah.
lagi real true story.
Melodi byk propaganda.

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 08:02 AM | Show all posts
nak jadi pengacara melodi, jiwa kena kental ok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.065025 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list