CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10924|Reply: 61

Erra Fazira Enggan Digosipkan Dengan Awie

[Copy link]
Post time 23-7-2014 12:51 PM | Show all posts |Read mode
23 Jul 2014, 12:01pm   |   Kamaruddin Razal



Gandingan terakhir pelakon Erra Fazira dan penyanyi rock kumpulan Wings, Awie di layar perak adalah lebih kurang hampir 20 tahun yang lalu. Selepas mereka putus cinta, gandingan serasi Awie dan Erra tidak lagi dilihat menghiasi filem-filem Malaysia.

Selepas sekian lama, Erra dan Awie bakal digandingkan semula dalam filem 'Warna Cinta Impian', filem terbaru terbitan Touchtronics Entertainment Sdn Bhd. Bakal menjalani penggambaran pada pertengahan Ogos ini, filem ini turut menampilkan Azlee Khairi, Nelydia Senrose, Shiqin Kamal dan seorang aktor Singapura, Erwin Shah Dawson.

Bertemu dengan Erra di sidang media filem ini pada Selasa, Erra memberitahu yang dia tidak mahu digosipkan semula dengan bekas tunangannya itu.

“Janganlah gosipkan semula. Melihatkan kepada faktor usia, yang lepas biarlah lepas. Saya ada kehidupan saya sendiri, begitu juga dengan Awie. Jika penonton di luar sana rindu untuk melihat gandingan kami di layar perak, kami juga rindu untuk beraksi bersama bagi memberikan lakonan terbaik untuk semua peminat di luar sana. Jika orang ingin mengimbas kenangan lalu, bagi saya tidak mengapa, tetapi jika ada yang mahu perkara itu diteruskan, janganlah begitu,” kata pelakon filem ‘Pasrah’ ini.





Dalam pada itu, penerbit filem ini, G Ravindran ada menyatakan yang Erra mengambil masa tiga bulan untuk memberikan kata putus sama ada ingin melibatkan diri dalam filem ini atau sebaliknya. Mengapakah Erra mengambil masa sehingga tiga bulan? Adakah ini disebabkan Awie atau ada sebab-sebab lain?

“Tiada kena mengena dengan Awie langsung. Saya tiada masalah dengan Awie. Malahan baru-baru ini pun, kami ada bergandingan menerusi 'Konsert Teaterikal Suara Kita' di Istana Budaya. Kami bertindak professional. Saya mengambil sedikit masa untuk melihat kepada komitmen yang telah ada. Saya juga harus duduk dan berbincang dengan pihak penerbit mengenai watak saya dalam filem ini,” ujar Erra lagi.

“Saya terima tawaran untuk berlakon dalam filem ini kerana kami sudah lama tak berganding dalam filem. Selain itu, karakter yang ditawarkan juga menarik. Filem ini juga berkisar tentang kisah cinta dan jarang tema percintaan diketengahkan oleh pembikin filem pada masa sekarang. Itu juga menjadi salah satu faktor untuk saya bersetuju berlakon dalam filem ini,” cerita Erra mengakhiri perbualan.



Credits: gua.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2014 12:53 PM | Show all posts
huhuhuhu ok la tu sorang janda, sorang lagi bakal duda
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 12:56 PM | Show all posts
klau erra ngan awie berlakon pilem ada ke org  nk tgk
masing2 dh kertu pun..awie pon dh tk rembes cam dlu
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 12:58 PM | Show all posts
Apa salahnya
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 01:00 PM | Show all posts
Asal jangan watak yg di bawa tu watak remaja le,
Semua pun tahu yg kedua dua nya dah agak veteran dan harus bawa watak ayah dan ibu kepada remaja dah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 01:02 PM | Show all posts
af_1993 posted on 23-7-2014 12:56 PM
klau erra ngan awie berlakon pilem ada ke org  nk tgk
masing2 dh kertu pun..awie pon dh tk rembes c ...

citer melayu sekarang letak hero heroin muda hot pun xder orang tgk    apa sgtla bezanya letak pelakon kertu . (Tp aku tgk heee)
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-7-2014 01:04 PM | Show all posts
mangkok posted on 23-7-2014 01:00 PM
Asal jangan watak yg di bawa tu watak remaja le,
Semua pun tahu yg kedua dua nya dah agak veteran d ...

kann?...tak salah kalo nak berlakon sama...cuma carilah watak yg sesuai...jadi pasangan suami isteri atau kak/abang long ke....asalkan jgn jadi pelajar kolej/university mcm Aaron...tak sesuai langsung...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 01:08 PM | Show all posts
kalau watak sesuai ok je... iols sanggup je bayar tiket g tgk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2014 01:11 PM | Show all posts
erwin shah dawson..???
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 01:18 PM | Show all posts
ak penah bcita2 nk tgk diorang kawin satu ms nt w.pun mse tu diorg dh kawin...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 01:18 PM | Show all posts
achik2009 posted on 23-7-2014 01:04 PM
kann?...tak salah kalo nak berlakon sama...cuma carilah watak yg sesuai...jadi pasangan suami iste ...

Pergolakan kasih sayang dan cinta dalam keluarga...kasih anak pada bapa yang kaki pukul dan panas baran......kasih ibu, mangsa dera pada anak anak dan keterbatasannya sebagai seorang isteri pada suami kaki pukul panas baran..dan membimbing anak anaknya.....

Tidak ada pelakon yang lebih berkelayakan sebagai suami kaki pukul, panas baran dari awie khenn?


Would be interesting kan?

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 01:30 PM | Show all posts
idadzira posted on 23-7-2014 12:53 PM
huhuhuhu ok la tu sorang janda, sorang lagi bakal duda

Say what you want...Tapi aku lihat pengarah  filem ini, a real OPPORTUNIST.....



Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 01:35 PM | Show all posts
stinger_attack posted on 23-7-2014 01:30 PM
Say what you want...Tapi aku lihat pengarah  filem ini, a real OPPORTUNIST.....

dia opportunist pun bukannya dia letak pisau kat leher erra dgn awie. Semua pun opportunist.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 02:14 PM | Show all posts
cam dah tak relevan je rasenye... klu rindu kat gandingan dorang better tonton filem2 lama tu sendiri~
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 02:18 PM | Show all posts
bagi aku erra ni tetap cantik...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 02:37 PM | Show all posts
rambut pelesu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2014 02:46 PM | Show all posts
x payah la Erra ngan Awie tu... silap2 kene jd punching bag mcm binik2 dia... huuhhhuu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 02:56 PM | Show all posts
maybe ada hikmah di sebalik sejarah hubungan sawie - EF
maybe di masa depan, Engku Aleesya tetiba lak berjodoh dgn P.Ahmad Merrah
lantas menjadikan EF dan awie berbesan, walau tak berjodoh
eh, mcm kisah2 dlm film hindustan lak
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag posted on 23-7-2014 02:56 PM
maybe ada hikmah di sebalik sejarah hubungan sawie - EF
maybe di masa depan, Engku Aleesya tetiba  ...

Mana tahu kan... Eee... Berbesan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 03:22 PM | Show all posts
Sambung jer kisah sembilu..... Cinta lama bertaut kembali, tapi terhalang oleh anak anak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.075473 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list