CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Elly Mazlein Tetap Kunci Mulut Status Pertunangan

[Copy link]
Post time 24-7-2014 09:38 AM | Show all posts
lagu baru elly yg tak release sampai skg - Kau Kunci Statusku Dalam Pertunanganmu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 09:56 AM | Show all posts
sayang warna biru dan hitam ? x faham
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 10:26 AM | Show all posts
malu la kalu putus.. penat-penat caras laki orang alih-alih tak jadi
tunang grand gila, kawin nak buat simple??
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 10:48 AM | Show all posts
dulu gigih betul dia ni nak tiru mcm CT
alih2 tak jadiiii sbb aura tak sekuat CT
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak dia dah takde.. Siannya.. Sakit apa mak dia?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 11:26 AM | Show all posts
tgk die menjawab soalan reputs di melodi

ala...ala....manja2 gedik je tengok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2014 11:31 AM | Show all posts
19 okt 2012

Dari riak wajah saat diajukan soalan tentang status dirinya, penyanyi Elly Mazlein dilihat seperti ada yang tak kena.

Namun, Elly Mazlein katanya tidak akan menyembunyikan status hubungannya dengan pengarah filem Azmi Hata sama ada ia sudah putus atau pun masih lagi berlangsung. Malah, semasa ditanya tentang tarikh perkahwinan yang sebelum ini dirancang akhir tahun ini, Elly sekadar memberikan jawapan dirinya sedang menanti kata putus pihak lelaki.

Gosip Elly Mazlein putus tunang ini nampak ketara apabila Elly dilihat tak lagi memakai cincin tunang semasa Pelancaran Trailer Awan Dania yang berlangsung semalam. Namun, Elly memberi alasan yang dia tak sempat memakai cincin tunang sebab mengejar masa. Alasan ini sangat tak boleh diterima sebab pada majlis ini, Elly berdandan cantik menunjukkan dia mengambil masa yang agak lama juga untuk menghias diri, takkanlah nak menyarung cincin tunang tak sampai 30 saat tu tak sempat.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 32, berkata, dia akan membuat kenyataan rasmi sekiranya statusnya sudah disahkan oleh kedua-dua belah pihak keluarga dan enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu buat sementara waktu ini.

“Harap semua faham, saya tidak akan memberikan sebarang komen tentang perkara itu selagi ia tidak disahkan betul-betul. Tak semua benda kita boleh kongsi dan Elly suka pendam. Kalau tarikh dah dipilih nanti, insyaallah Elly akan jemput semua media. Kalau ada jodoh tak kemana.”
“Lagipun, menjadi sesuatu yang normal, tidak semestinya sebuah pertunangan akan diakhiri dengan perkahwinan. Sedangkan orang yang dah kahwin pun boleh bercerai bukan,” katanya berkias.

Elly ditemui pada majlis pelancaran treler filem Awan Dania The Movie di Kafe Barbara, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dekat sini, pada Khamis.



Elly dan Azmi, 37, telah mengikat tali pertunangan pada 29 Mei tahun lalu di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, dekat sini.

Pasangan yang berkenalan sejak 2009 itu sepatutnya bernikah pada Februari lalu, namun ia masih lagi tertangguh sehingga sekarang.

Tambah Elly, mujurlah keluarga memahami keadaannya dan tidak mendesak penyanyi itu untuk berkahwin secepat mungkin.

Ditanya, adakah dia sudah membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya, Elly cuba menukar topik soalan yang ditanya pihak media itu dan berkata, dia kini sedang sibuk dengan persiapan kemunculan lagu terbarunya, Sabarlah Hati, yang dijangka keluar pada November ini.

“Fokus saya sekarang ialah single lagu Sabarlah Hati yang dicipta sepenuhnya oleh Manusia Putih dan bakal dilancarkan pada November ini.
“Ia juga merupakan tanda kemunculan saya di bidang nyanyian pula,” katanya.
Tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan, Elly sekali lagi disoal, adakah lagu tersebut mempunyai kaitan dengan status hubungannya dengan Azmi, katanya:
“Adakalanya, kita berkongsi masalah peribadi menerusi lagu yang disampaikan tanpa orang sedar,” ujarnya.

Its okay, Elly… ambil masa dulu untuk bertenang ya. Semoga majlis nikah akan berlangsung juga. Setuju dengan katamu, kalau jodoh tu takkan ke mana.



Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 11:32 AM | Show all posts
semoga cepat bertemu jodoh ye elly...(doa unuk diri sendiri jgk)..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 11:33 AM | Show all posts
22 okt 2012

Bertunang pada 30 May 2011, Elly Mazlein dan tunangnya, Azmi masih belum lagi bergelar suami isteri. Terbaru, Elly Mazlein dilihat menghadiri majlis pelancaran filem Awan Dania The Movie tanpa cincin tunang di jarinya. Tindakan itu menimbulkan spekulasi terhadap status pertunangannya.

Ditemubual oleh Kosmo hari ini, Elly Mazlein enggan mengulas mengenai status pertunangannya itu. Elly tidak memberitahu sama ada dirinya masih tunangan orang atau pun sebaliknya. Kata Elly:-

Saya tidak mahu beri sebarang komen, lebih selesa berdiam diri. Saya harap semua faham kerana hal ini berkaitan dengan kehidupan peribadi saya. Bagi saya sesuatu yang normal tidak semestinya orang yang bertunang mengakhiri hubungan mereka dengan perkahwinan, ada yang berkahwin pun bercerai jug


Hmmmm. Mendalam kata-kata Elly Mazlein ini. Sukar untuk ditafsirkan apakah maksud yang sebenarnya. Hanya tuan punya badan sahaja yang tau. Apa pun Abang Nara doakan agar hubungan pertunangan Elly Mazlein masih kekal dan akan terus ke jinjang pelamin dalam masa terdekat ini.

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 11:33 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR, 2 OGOS 2013: Bermacam-macam cerita yang didengar mengenai Elly Mazlien. Ada kata pelakon cantik ini telah putus tunang dengan Azmi Hatta setelah lebih kurang dua tahun mengikat tali pertunangan dengan jejaka itu. Ada yang mengatakan kesibukan mereka di lokasi antara punca keretakan hubungan itu.

Ada juga yang meniupkan cerita mengatakan Elly Mazlien kuat cemburu dan membuatkan pengarah drama berusia 37 tahun itu tidak tahan dengan karenah tunangnya yang juga penyanyi itu. Ketika ditemui, Elly Mazlein yang pernah popular dengan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu hanya memberikan jawapan sinis kepada andaian peminat mengenai statusnya kini.

Dia menyatakan bahawa hubungan mereka masih seperti biasa cuma dia masih belum menemukan masa yang sesuai untuk melangsungkan perkahwinan. Elly Mazlien ditemui di majlis berbuka puasa dan pelancaran album sempena Aidilfitri oleh KRU Music di Hotel Peninsula, Damansara baru-baru ini.

"Kepada yang membuat andaian dan lebih tahu mengenai hal peribadi saya sekarang, saya hanya boleh cakap kepada mereka adalah 'anda boleh cuba lagi'. Apa sahaja hal peribadi saya kalau saya mahu kongsi, saya akan cerita. Tetapi kalau sekadar andaian dan bukan saya cakap sendiri, jawapannya adalah 'anda boleh cuba lagi'.

"Hubungan saya dan dia(tunang) masih seperti biasa. Kami berdua sibuk mencari duit dan masing-masing memahami kerjaya masing-masing. Semasa masih kuat saya mahu cari rezeki untuk masa hadapan saya, begitu juga dengan dia.

"Semuanya okay dan tiada apa-apa masalah. Insyallah, jika sudah ada masa yang sesuai dan kami sudah bersedia, saya akan beritahu anda-anda semua yang berada disini (media) untuk datang ke hari bahagia saya nanti.

"Maaflah kepada mereka yang membuat andaian dan sekadar meneka status saya kerana jawapan saya adalah 'anda boleh cuba lagi',"ucap Elly dalam nada sinis dan berjenaka ketika ditanyakan mengenai statusnya dengan pengarah drama itu setelah bertunang pada Mei 2011.

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 11:34 AM | Show all posts
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Elly Mazlien berkata keluarganya tidak pernah tertekan dengan segala khabar angin mengenai pertunangannya dengan pengarah Azmi Hatta.
Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 33, berkata, keluarga kedua-dua belah pihak lebih mengetahui situasi hubungan tersebut berbanding mempercayai khabar angin yang tersebar.
"Keluarga saya dan pihak lelaki juga baik-baik sahaja dan mereka lebih mengetahui situasi mengenai pertunangan kami. Alhamdulillah mereka tidak tertekan dengan khabar angin tentang kami.
"Saya tak suka cerita yang buruk-buruk dan apa yang berlaku antara kami, kalau boleh biar cerita yang manis-manis sahaja," katanya ketika ditemui mStar Online.



Elly turut menjelaskan dan menolak dakwaan pertunangan yang dibinanya pada 29 Mei 2011 itu telah berakhir.
"Kepada mereka yang lebih tahu tentang hal peribadi saya, apa yang saya boleh saya katakan pada mereka, cuba lagi (sebarkan cerita)",
"Buat masa ini hubungan kami macam biasa. Cuma kami sibuk dengan tugas masing-masing. Tak ada lagi perancangan untuk melangsungkan pernikahan. Tunggu saja perkhabaran gembira daripada saya," katanya.
Elly dan Azmi, mengikat tali pertunangan pada 29 Mei pada 2011 dalam satu majlis di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, dekat sini.
Pasangan yang berkenalan sejak 2009 itu sepatutnya bernikah pada Februari tahun lalu, namun ia masih lagi tertangguh sehingga sekarang.

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 11:40 AM | Show all posts
cik.panda posted on 24-7-2014 11:34 AM
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Elly Mazlien berkata keluarganya tidak pernah tertekan dengan se ...

lawak plak rasanya tiap2 tahun reputz cuba nak korek tp jawapan ttp sama.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 11:47 AM | Show all posts
Nape Elly taknak ngaku je dah putus tunang tapi masih berkwn je dgn ex tunang dia tu..habis cerita.
Sengaja buat orang tertanya2, macamla awk tu hot stuff sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 11:50 AM | Show all posts
laa..aku ingatkan dah selamat kahwinnya.. bertabah lah elly..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 12:05 PM | Show all posts
tomet05 posted on 24-7-2014 09:56 AM
sayang warna biru dan hitam ? x faham

Si Elly nih mesti suka warna biru dan hitam.. Faham-faham saja la..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
sabarlah elly... ada jodoh nanti nikah la ye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 12:18 PM | Show all posts
entah la..jodoh pertemuan ditangan tuhan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 12:20 PM | Show all posts
elly ni lebih menyerlah dalam lakonan...tak la sekayu macam beberapa pelakon drama tv...
iols suka mata dia..macam mata kucing
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 12:45 PM | Show all posts
hayrin86 posted on 24-7-2014 12:05 PM
Si Elly nih mesti suka warna biru dan hitam.. Faham-faham saja la..

tak faham jugak..apa biru dan hitam tu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 01:30 PM | Show all posts
siputsedut posted on 24-7-2014 12:45 PM
tak faham jugak..apa biru dan hitam tu?

Mengikut profile dia, si Elly suka warna biru dan hitam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.366436 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list