CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1861|Reply: 25

[Tempatan] Selesai isu MB secara tertib atau hilang Selangor, kata Khalid

[Copy link]
Post time 24-7-2014 03:15 PM | Show all posts |Read mode
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengingatkan Pakatan Rakyat (PR) menyelesaikan isu menteri besar Selangor dengan tertib serta penuh berhemah dengan persefahaman tiga parti bagi memastikan PR tidak terjejas khasnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Khalid berkata, beliau harap isu pertukaran menteri besar seperti yang dimahukan beberapa pihak PKR dapat diselesaikan dengan penuh tanggungjawab sekali gus memulihkan keyakinan rakyat ekoran isu ini.

“Sudah tentu kalau perkara ini tidak diselesaikan dengan penuh tertib dan adab akan menjejaskan bukan saja PR di Selangor tetapi PR dalam PRU14 akan datang.

“Saya berdoa harap perkara ini dapat diselesaikan dengan penuh tertib, bertanggungjawab dan mengikut lunas Enakmen Kerajaan Negeri Selangor.

“Ini kerana Enakmen Kerajaan Negeri Selangor memperakui Sultan Selangor adalah penentu orang yang akan mengepalai pentadbiran negeri Selangor iaitu yang menjadi menteri besar,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama akhbar rasmi negeri itu, Selangor Kini di Pejabat Menteri Besar pada Isnin.

Khalid berkata, kerajaan sebelum ini berjaya membuktikan peningkatan sokongan yang diterima daripada rakyat Selangor apabila berjaya meningkatkan sokongan dalam PRU13 pada 2013.

Dalam wawancara terkini itu, Khalid turut menyarankan rakyat meneliti perkembangan terkini isu kerusi menteri besar dengan penuh tanggungjawab dan tidak mengikuti berita fitnah dicetuskan pihak tidak bertanggungjawab.

“Rakyat Selangor mesti menerima hakikat Selangor mempunyai tatacara pelantikan iaitu, tatacara yang penuh tertib dalam Enakmen Kerajaan Negeri Selangor.

“Saya percaya kerajaan negeri dan Sultan Selangor akan mengikuti tatacara tersebut dengan penuh tertib dan penuh adab,” katanya.

Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) menunjukkan sokongan rakyat Selangor terhadap PR di negeri itu jatuh merudum setahun selepas PRU13 lalu.

Kajian setahun selepas PRU13 pada Mei lalu itu mendapati sokongan kepada PR di Selangor kini hanya 35% berbanding 50% pada akhir 2012 lalu.

Ia memeranjatkan pelbagai pihak termasuk Pengerusi DAP Selangor Tony Pua kerana kadarnya begitu tinggi berbanding jangkaan mereka.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifudin Nasution Ismail pula meminta PR menerima kajian itu secara terbuka kerana UMcedel mempunyai rekod kewibawaan tersendiri.

Selangor terus bergolak sebaik saja selepas PRU13 apabila ada pihak dalam PKR tidak setuju khidmat Khalid disambung walaupun mendapat sokongan penuh PAS dan DAP yang mendapat kerusi lebih banyak berbanding PKR.

Sejak itu, satu persatu isu dan pertelingkahan dibincangkan secara terbuka di media oleh pemimpin PR sendiri termasuk dalam isu rampasan Bible Melayu dan Iban dari pejabat Persatuan Bible Malaysia, serbuan perkahwinan Hindu yang pengantin wanitanya bernama Melayu dan cadangan pembinaan Lebuhraya Kidex.

Turut menjadi isu adalah penstrukturan air di Selangor yang belum selesai dan terkini adalah apabila PKR secara rasmi melalui Langkah Kajang mahu menukar Khalid sebagai MB sedangkan beliau tidak bersedia untuk berundur dan mahu menghabiskan penggalnya yang akan berakhir menjelang PRU14.

Turut merosakkan imej PR adalah kekecohan dalam pemilihan PKR yang selalu digunakan oleh media BN untuk memburuk-burukkan parti itu di mata umum.

Semalam Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan PKR memutuskan memilih Presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk menggantikan Khalid sebagai MB Selangor.

Ia kemudikan dimaklumkan secara rasmi dalam mesyuarat Majlis Presiden PR di Bangunan Parlimen petang semalam.

Walaupun menerima kenyataan PKR berhak menamakan Wan Azizah sebagai bakal MB baru, PAS dan DAP akan berbincang di kalangan pimpinan mereka untuk menentukan sikap.

PAS akan bermesyuarat selepas Aidiltitri yang dijangka minggu depan manakala DAP belum memaklumkan tarikhnya. – 24 Julai, 2014.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
melingkup la pr kat selangor. macam2 isu.penggal dulu x macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 03:27 PM | Show all posts
pemimpin BN memang ramai yang haprak..

tidak juga kurangnya haprak x 2 pemimpin2 PR neh..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 03:38 PM | Show all posts
jijah MB kesian selangorian tak layak. opsss

tacang free
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 03:39 PM | Show all posts
Macai nuart dah bule start ratib Satim Diman dgn Noh Udang.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 03:45 PM | Show all posts
tensen ke kak? banyaknya bukak thread...kes kes kes
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2014 03:46 PM | Show all posts
Janji bukan khir anak toyol
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut Khalid dikekalkan. Kalau tak, PR akan kehilangan undi dari saya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 03:52 PM | Show all posts
Pi MAMPOS sama ANWART & legasi ANOK BERANOK!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kutip kacang dlu
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 04:08 PM | Show all posts
berani2lah nk tukar TSK dgn org lain....tunggu ajerlaa....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 04:11 PM | Show all posts
ala peduli apa wan jijah..dpt berkuasa kejap pun jadi la ..lepas tu lantak la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2014 04:12 PM | Show all posts
hzln posted on 24-7-2014 03:45 PM
tensen ke kak? banyaknya bukak thread...kes kes kes

sajer share info dgn korang yg membalas membaca berita ni..asyik berporem 24 jam..nah akak tepek berita2 semasa untuk uoul  semua....
sharing is caring kannnnnnn????
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 04:18 PM | Show all posts
anuart xmo declare ker apasal kalid nie kene turun tahta? x kira la apa reason pelesu ka bener ka..rakyat marhaen mesti mau tau sbb apa..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 04:26 PM | Show all posts
kAK ANNEwar ni x sabar2 nak cekup duit billion2 Selangor

Cian Abg Khalid
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 04:20 PM | Show all posts
melia_star posted on 24-7-2014 04:08 PM
berani2lah nk tukar TSK dgn org lain....tunggu ajerlaa....

tunggu mendenye?...

Anwat dah pun istiharkan bini dia Wan Jijah bakal ganti Khalid melalui mesyuarat tertinggi PKR.

apa yg ko boleh buat?..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2014 04:22 PM | Show all posts
Pilihan Rakyat Selagor...bagi la peluang pada DSA nak rasa memerintah....
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 04:28 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 25-7-2014 04:20 PM
tunggu mendenye?...

Anwat dah pun istiharkan bini dia Wan Jijah bakal ganti Khalid melalui mesy ...

PKR kasi up nama jer kan..belum kompom jadi lagi kan....

maksud saya tunggu tu, tunggulah PRU 14 nanti......
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 04:34 PM | Show all posts
melia_star posted on 25-7-2014 04:28 PM
PKR kasi up nama jer kan..belum kompom jadi lagi kan....

maksud saya tunggu tu, tunggulah PRU 1 ...

tapi awal2 lagi abg non dah kasi istihar DAP dan PAS telah bersetuju perlantikkan bini dia mengantikan Khalid..sebab lim kit siang dan Mad Sapu ada masa tu mengantikan Hadi yg sedang sakit.

So...yg meronta2 tak nak ni diperingkat bawah...yg diatas tu dah pun membuat keputusan...mesyuarat tertinggi PR tu hanya nak mengesahkan je..

lagipun...kalau ada pemimpin kata Hadi tak setuju...tapi abg non dan Kit Siang serta LGE setuju...apa hadi boleh buat?..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 04:37 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 25-7-2014 04:34 PM
tapi awal2 lagi abg non dah kasi istihar DAP dan PAS telah bersetuju perlantikkan bini dia mengant ...

apa2 pun bukan depa yg berkuasa menukar MB....yg saya tahu, samada MB rela turun atau pun dgn pekenan Soltan...tu jer...susah2 sgt bubar ajerla buat poll baru....baru padan muka.....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.077725 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list