CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Modngengade

[Tempatan] Selesai isu MB secara tertib atau hilang Selangor, kata Khalid

[Copy link]
Post time 25-7-2014 04:45 PM | Show all posts
melia_star posted on 25-7-2014 04:37 PM
apa2 pun bukan depa yg berkuasa menukar MB....yg saya tahu, samada MB rela turun atau pun dgn peke ...

itu kata ko...takkan pemimpin spt anugerah tuhan yg berpuluh2 tahun berpolitik tu tak tahu siapa punya kuasa melantik atau menukar MB..nanti dia carilah prof kangkung mana duk kata sultan tak ada kuasa..sama macam berlaku pertukaran MB kerajaan Perak dulu tu..sampai ada yg baring tengah jalan macam lembu.

So..sultan yg salah lah....sebab tak ikut kata dia...peringkat tertinggi Pakatan dah sebulat suara melantik Wan Jijah..apa kuasa sultan utk menolak katanya?..sultan menjadi suruhan UMNO lah jadinya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2014 04:52 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 25-7-2014 04:45 PM
itu kata ko...takkan pemimpin spt anugerah tuhan yg berpuluh2 tahun berpolitik tu tak tahu siapa p ...

lantak lah cik AN....aku dah muak dgn politik serabut mcm ni....kita tunggu dan lehat jer la yer...

dah saya nk bersiap2 balik.....SELAMAT HARI RAYA pakcik AN....
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 04:53 PM | Show all posts
Aku sokong khalid ditukar... aku tetap sokong pr, sebab dari masa dalam umno lagi dulu diajar, kita setia pada parti, bukan taksub pada pemimpin walaupun dapat ketua yg takut bini nak mampos...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 04:56 PM | Show all posts
melia_star posted on 25-7-2014 04:52 PM
lantak lah cik AN....aku dah muak dgn politik serabut mcm ni....kita tunggu dan lehat jer la yer.. ...

itulah sebaik2nya...tapi saya setuju 100% yg melia kata bubarkan je dun tu..kasi rakyat selangor pilih mana mereka suka...kalau mereka pilih UMNO...so be it..kalau mereka pilih PR krn nakkan Khalid jadi MB...pun so be it...biar rakyat kasi mesej yg jelas kpd pemimpin yg kemarukkan kuasa tu...itu lebih mudah...tak yah pening2 pala.

selamat hari raya...maaf jua dipinta.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Org nk khalid jd mb sbb khalid sendiri , klu nak ikut undi bukan dr pkr jd mb , so nk letak jah pasaipa , patut pas atau dap lah
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 05:47 PM | Show all posts
Abdul Hadi Sokong Abdul Khalid Kekal Sebagai MB Selangor


MARANG, 25 Julai (Bernama) -- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

"Insya-Allah itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza.

"Saya telahpun dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid Ibrahim dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di sini Jumaat.

Menurut Abdul Hadi, hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS mahupun pihak luar, didapati majoriti Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.

Katanya kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lepas menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.

Abdul Hadi berkata alasan pihak yang mahu menukar Menteri Besar Selangor adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Abdul Khalid tidak terlibat masalah besar.

"Kalau beliau (Abdul Khalid) terlibat dengan skandal, pecah amanah, salah guna duit Selangor, itu ya (sememangnya) kita boleh tukar. Tapi kalau alasan-alasan yang lain, itu kita boleh urus tetapi bukanlah dengan cara tukar menteri besar dan biarlah dia habiskan tempoh penggal.

"Isunya adalah tunaikan amanah pemimpin. Kita dapati Tan Sri Khalid tidak sampai kepada peringkat khianat terhadap amanah ini, adalah salah sekiranya kita turunkan beliau," tegasnya.

Ditanya sama ada keputusannya itu bakal melebarkan perpecahan dalam pakatan pembangkang, beliau berkata: "Itu perkataan mendatang dan kita boleh berbincang dan berunding. PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat dan pendapat berbeza itu sudah biasa sejak dahulu lagi".

Apabila diajukan soalan bahawa pendirian beliau itu dilihat seolah-olah PAS cuba menghalang apa yang didakwa sebagai jalan terakhir untuk Anwar ke Putrajaya, Abdul Hadi menyangkalnya sambil menyatakan perjuangan pakatan pembangkang bukannya perjuangan peribadi tetapi pejuangan untuk rakyat.

Berhubung adakah PAS berhasrat mengajak Abdul Khalid menyertai PAS, beliau berkata pihaknya tidak berhasrat berbuat sedemikian.

"Itu bukan cara kita dan sejak awal lagi walaupun kita (PAS) punyai 15 kerusi DUN, yang lebih daripada PKR, kita (PAS) beri kepada PKR (kerusi MB di Selangor) kerana kita sudah ada Kelantan (diperintah oleh PAS),' katanya sambil menyatakan kesihatannya kini semakin baik dan tetap mengikuti perkembangan politik semasa.

Abdul Hadi sebelum ini menjalani pemeriksaan perubatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) selepas tahap kesihatannya dilaporkan terjejas semasa menghadiri satu persidangan di Turki bulan lepas.

Ketika ini PAS mempunyai 15 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor manakala PKR (14) dan DAP (15).



-- BERNAMA

P/s;- Aaaa sama2 kita tengok...sejauh mana Anwat, Lim Kit Siang, Guan Eng hormat dgn Hadi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.055829 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list