CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 53472|Reply: 346

Sesi Kisah Puaka - Sneak peek cerita 21

[Copy link]
Post time 24-7-2014 03:29 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum dan salam sejahtera di ucapkan kepada para2 admin, pakar2 paranormal, forumers dan semua.
Nama aku Skalar(bukan nama sebenar).
Thread ini aku wujudkan untuk menceritakan kisah2 puaka yang aku alami dan aku dengar.

Punca penceritaan yang utama adalah kerana aku bosan berpraktikal di sebuah pejabat kerajaan (Haha).
Punca minor dan yang sebenarnya ialah kerana ingin berkongsi cerita2 pendek yang boleh dikatakan seram jugak lah (bagi aku).
Okey?

Ingin di ingatkan bahwa segala yang terjadi dalam cerita ni adalah benar dan benar2 dilalui family aku, kawan2, kwn kepada kawan, kawan kepada kawan kepada kawan dan so on, dan jugak saudara mara.

Ceritanya banyak. Tapi tak adelah mcm essay tu. Cerpenlah kira nya.
Boleh? Kome juga boleh share apa-apa yang kome rasa best. aku boleh baca jugak.

UP 13/8/14 - Aku rasa letak tajuk kat title pun hensem jugak kan? hihi.

HEADNOTE : Bagi Memudahkan semua mencari cerpen2 aku

Cerita 1 - Aku, Mimpi dan Realiti (Page 1 - 4#)
Cerita 2 - Kisah Hantu Air semasa Memancing (Page 1 - 6#)
Cerita 3 - Kisah Rasuk dan Pocong (Page 1 - 15#)
Cerita 4 Part 1 - Mini Cerpen Rumah Kampung (Page 2 - 31#)
Cerita 4 Part 2 - Mini Cerpen Rumah Kampung Bahagian 2 (Page 3 - 52#)
Cerita 5 Part 1 - Kembara Ghost Hunt 1 - Banglo Kayangan, Seksyen 12 (Page 3 - 61#)
Cerita 5 Part 2 - Kembara Ghost Hunt 2 - Bukit Melawati, Kuala Selangor (Page 3 - 64#)
Cerita 6 - Pak Cik (Page 4 - 76#)
Cerita 7 - Penumpang Malam (Page 4 - 77#)
Cerita 8 - Kisah Pokok Unknown - Taman Permainan (Page 4 - 94#)
Cerita 9 - Kisah Pokok Unknown - UiTM Sri Iskandar (Page 4 - 99#)
Cerita 10 - Pocong Datang Bergolek (Page 5 - 105#)
Cerita 11 - Tindih : Hardcore Version (Page 5 - 116#)
Cerita 12 - Kisah Rumah Sewa Shah Alam (Page 5 - 123#)
Cerita 13 - Kisah Rumah Sewa Merlimau (Page 6 - 135#)
Cerita 14 - Kisah Jin Istana (Page 6 - 148#)
***Cerita Khas @elnor_81 - (Page 6 - 143# 147#. Page 7 - 156#)
Cerita 15 - Kisah Mal dan 'rakan-rakan' (Page 7 - 175#)
Cerita 16 - Misteri Highway Utara Selatan (Page 9 - 206#)
Cerita 17 - Mama (Page 9 - 213#)
Cerita 18 Part 1 - Berpuaka di Air Terjun Asahan Part 1 (Page 10 - 230#)
Gambar Cerita 18 - (Page 10 - 239#)
Cerita 18 Part 2 - Berpuaka di Air Terjun Asahan Part 2 (Page 10 - 240#)
Cerita 19 - Semalam di Teluk Senangin (Page 11 - 260#)
SHORT NOTICE (Page 11 -  267#)
Cerita 20 - Adik Aku dan Penyakitnya Part 1 (Page 12 - 282#)
Cerita 20 Part 2 - Adik Aku dan Penyakitnya Part 2 (Page 13 - 301#)
Cerita 20 Part Last - Adik Aku dan Penyakitnya Part Akhir (Page 14 - 330#)
Sneak Peek Cerita 21 - (Page 14 - 347#)

*****Check out my novel here. Jerlun******

FOOTNOTE : Page may differ while using mobile
Last edited by skalar on 29-10-2014 10:35 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 03:33 PM | Show all posts
ofcz laa minat ..hah cepat laa cite tt ..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 03:35 PM | Show all posts
hang buat cengini...nak bagi orang mogok ka apa....
seb baik pose tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2014 03:42 PM | Show all posts
Haha. Orait. Ni cerita 1.

Cerita ni aku alami. AKu define kisah ni berantai. Combo. Combo yang aku kena.
Masa ni aku tgh tidur. Aku mimpi yang dalam rumah aku tu tgh blackout. Aku tak sure macam mana, tapi masa tu aku baru keluar dari toilet.
Macam biasalah keluar toilet, kemudian jalan ke depan lah kan? tengah blackout. Tapi masa aku nak jalan ke depan tu kaki aku rasa berat gila nak jalan. jantung aku kencang je. Sebab aku rasa dalam toilet tu macam ada benda. Gila aku cuak. Memang susah gila nak jalan masa tu.
AKu cuba punya cuba memang rasa jauh gila depan tu. Padahal rumah je kan? Bukan villa ke apa. Lepas tu aku sedar benda tu follow je belakang. aku punya lah takut cuba nak lari. Tapi masa aku nak lari tu, benda tu terkam aku dari belakang. Jatuh tersembamnya, aku terjaga.
Jaga-jaga je aku, aku xboleh bergerak. Memang padu. AKu tak pernah2 kena tindih. memang tak pernah. First time aku kena aku macam cuak. Nak lagi combo, masa aku tengah tak gerak tu, aku tengok tingkap bilik aku (Note : Tingkap bilik aku tak de kaca, kosong aje. Jadi memang masa baring tu boleh nampak clear ke dapur) ada kain putih melayang2. Memang jem. Ini bukan mimpi. Ini realiti. Tapi terjadi.
AKu pun apa lagi, punya excited, struggle macam apa dah. Sekali terlepas. Aku teringat petua2 kawan aku, bila kena tindih ni, lepas terlepas, tengok penjuru syiling bilik, kalau nasib baik, insyaAllah boleh nampak apa yang tindih kita. Aku pun bajet tak da apa pun pergilah cari bucu2 syiling bilik. Aku tengok kat bucu bawah kiri, takde apa. bawah kanan, xde apa. aku tgk atas kanan, clear. bila sampai bucu last, bucu yg atas kanan kepala aku (note : aku suluh pakai torchlight handphone, gelap). AKu nampak benda hitam, gelap, macam dakwat pun ada. gerak2. aku jem. aku sedar dah pagi masa tu.
Sejak pada hari tu, aku tidur mesti pasang lampu dapur. Seriau aku. Tercombo antara mimpi dan realiti. haha.

Tamat cerita 1.          Last edited by skalar on 24-7-2014 03:46 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 04:01 PM | Show all posts
cerita jer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2014 04:50 PM | Show all posts
Ni cerita ke-2.

Kisah ni kisah memancing. Aku bukan watak utama tapi terjebak dengan cita ni. Benda ni jadi masa first time aku memancing time malam. Aku baru 2-3 kali memancing masa siang. Baru first time malam. memang first time dengan aku tak kamcing lah. Haha.
Jadi, cerita die jadi kt satu lombong kat Malim Nawar, Perak.
Ada 4 orang kat sini termasuk aku. Lombong tu dengar cite memang banyak ikan. Aku sejujurnya tak minat memancing ni sebab perlu kesabaran yang tinggi. Aku follow member je. Jadi memang sampai la ni (sekarang) aku masih tak dapat nak cam ini ikan apa, itu ikan apa. Yang aku tahu, casting. Hahaha.

Nak jadi kan cerita ini, kami pun mancinglah. Kalau ada kaki pancing kat sini, memang tahu yang takkan duduk dekat2 masa mancing ni. Mesti jauh2. Mcm aku, kawan2 aku suruh keliling lombong tu. Pergi duduk kt setiap bucu. bulat kan. 4 bucu la jadi nya. Masa mancing tu, flashlight xcukup, jadi kami sepakat pakai lilin je. dari jauh nampak la ada 3 lilin lain tengah nyala. Sayup-sayup dari jauh.

Malam tu lain macam. Sekor ikan pun tak dak. Memang suei. Aku punya la menyirap. Berapa kali casting. Konon main game mancing la, Leh target tempat yang ada ikan. Tapi hampeh. Last2 aku duduk je. Menung. Hisap rokok.

Aku ni manusia yang cool kome taw tak? Memang aku tenang je. Tapi tiba2 aku dengar bunyi semak kat belakang. Tiba2 ala matrix tu, semua cerita2 seram masuk kepala aku.tiba2. Aku pun, "damn". Tapi rilek je.

Ha, lupa nak cakap, kt lombong tu ada banyak keladi bunting ke air ke apa aku x tahu. Masa tu pukul 2.14pagi.

Tiba2 dari jauh aku nampak ada 1 lilin padam. Pastu lagi 1 padam. sayup dengar, "Blah2!". Aku xcakap banyak. Tali pancing tu potong je. Tak de masa nk pusing kili tu. Toolbox pn tak de kemas2, tutup pastu memang aku pecut beb. Yang lawaknya, xtahu apahal. Dah semua lari, aku join. Semua pakat lari keluar kawasan lombong, pergi kereta, depa suruh jumpa tempat lepak biasa. Kereta masing2 masa ni. Aku pun ikut jelah.

Sampai tempat lepak tu, aku tengok depa dah tunggu situ. Aku pun cepat2 lah turun, sakit rasa kaki. Sekali tengok darah meleleh baik punya. aku rasa aku ada terajang apa2 masa lari tadi. kayu ke apa. haha.

Sekali kawan aku yang lari mula2 tu bukak cerita. "Masa aku mancing tadi, aku perasan keladi bunting(kot) depan aku tu. Aku taw bila ikan lalu, keladi tu gerak halus je. Tapi tadi aku nampak keladi tu terangkat, macam buaya lalu. Tongsan jet takde dalam lombong tu. Jadi mustahil ikan2 besar. (note : Die ada cakap ikan yg paling besar tapi aku tak ingat. ikan paling besar kat situ pun tak besar). Mula2 aku buat xtahu beb. Tapi lama benda tu macam makin galak. keladi gerak ke arah aku. Tak mungkin ikan tolak. Angin pun xdak. Sebab lilin aku hidup je. Aku tak pikir panjang. Terus blah dengan pancing macam tu nye.". Lawak sebab nampak dia menjerit2 macam kena tangkap padahal tali pancing sangkut. Die boleh tinggal pancing dia. Lawak kami dengar tu. Terus hilang seram.

Tapi take note lah, memang aku tak mancing malam atau pagi pasni. Haha.

Sekian cerita 2. Malam ni aku sambung ye? Nak balik kerja. Hope kome enjoy. Ada kureng kasi tahu. bye.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-7-2014 11:40 PM | Show all posts
Up. For the no response
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
cerita 1... tt excited utk lepaskan diri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
cerita 2... x paham tongsan jet tu ape... pastu, kwn tt kna kaco dgn antu ke buaya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2014 11:50 PM | Show all posts
clarizsa posted on 24-7-2014 11:49 PM
cerita 1... tt excited utk lepaskan diri...

Haha. aku ada cerita. cuma kalau takda yang sudi baca, cerita syok sendiri je, aku pun bersedih hati. Hehe.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
relax la tt, nk dekat raya, org bz x sempat baca... pastu dgn byk kes berita hot... i pun lama x masuk bod ni...


jgn serik bercerita...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2014 11:52 PM | Show all posts
clarizsa posted on 24-7-2014 11:50 PM
cerita 2... x paham tongsan jet tu ape... pastu, kwn tt kna kaco dgn antu ke buaya?

tongsan tu ikan. tongsat jet tu ikan tongsan version besar. Kat situ takda buaya atau ikan besar. Persoalan timbul macam mana keladi tu bergerak ke arah kawan tu kalau ikan atau buaya takde.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2014 11:53 PM | Show all posts
clarizsa posted on 24-7-2014 11:51 PM
relax la tt, nk dekat raya, org bz x sempat baca... pastu dgn byk kes berita hot... i pun lama x mas ...

saya cerita 1. pasal kawan.taip2
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
skalar posted on 24-7-2014 11:52 PM
tongsan tu ikan. tongsat jet tu ikan tongsan version besar. Kat situ takda buaya atau ikan besar.  ...

oooo .... hantu air la kot... huhu


ikan tongsan rupanya... x sedap.. rasa cam pasir...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2014 12:38 AM | Show all posts
Cerita ke - 3. Cerita yang kawan baik aku alami. Cerita ni hebat sebab buatkan aku rasa takut kepada raket yang digantung kat dinding (kat rumah sewa ada gantung, bajet pro, tapi main pun biasa je)

Kawan aku, Popoi (nama cute), ada kakak (Siti - nama samaran). Siti belajar dekat UNIMAS. Pada suatu ketika itu (dulu sangat, zaman 200+. kawan aku masih sekolah lagi). Siti ada ikut macam satu ekspidisi ke suatu kawan air panas dekat dalam hutan area Sarawak. Nak di jadi kan cerita, ada pulak yang melekat dengan Siti ni. Dia balik kolej, senyap lain macam (Siti ni talkative jugak. Even skrg pun). Dia duduk kat bucu katil sambil peluk lutut. Goyang2 badan, gigit2 kuku. Macam tak keruan. Kawan dia lain macam jadi call lah kawan2 lain tgk.

Tiba kena masa maghrib, azan. Dia punya melolong dah macam apa. Kuat, nyaring. Kawan dia cakap , "sah ni. ada apa2 ni" Terus lah depa call ustaz. Ustaz tu baca2 sikit dan perkara biasa (suruh keluar, bla2, typical nya benda biasa Ustaz buat). Eloklah dia. Tapi kisah ni tak habis macam tu je.

Bape hari lepas tu cuti mid sem. Baliklah ke Malim Nawar. (Popoi ni pelari pecut kedua masa cerita 2 tadi). Siti sampai rumah, dia cakap, "Panas rumah ni. Macam microwave". Popoi pelik sebab dia rasa suhu biasa je. Malaysia kan. Takkan panas sgt atau sejuk sgt. Average punya. Popoi pun buat tak endah la. Kot2 perubahan cuaca semenanjung dengan sabah/sarawak ke.kot.

Kejadian lepas ni best sebab mak Popoi pergi surau. Bapak dia dah pergi kerja. Guard. Masa tu pukul 7 lebih. Beberapa minit sebelum azan maghrib. Popoi lepak tengok cerita kartun.sebelah di Siti. Sekali azan kat tv. Popoi wt biasa jelah. azan kan. Sekali dia pandang Siti tengok Siti tengah teresak-esak menangis. Macam tengah tahan sakit. Popoi tanya, "apahe hang menangis Siti?". Siti cakap, "Panas, panas sgt."
Popoi dah lain macam. Seram sejuk cho. Berdua je. Popoi tanya nak air sejuk ke ais ke, Siti diam. Tunduk sambil menangis. Die pegang bahu Siti, konon nak mengambil berat. Sekali kepala Siti angkat, pandang Popoi dengan mata yang merah menyala. Macam orang sakit mata extreme. Popoi jem. Tapi takda orang kt rumah. Dia pun pegi duduk luar rumah tunggu mak dia balik. Kakak dia kembali ke posisi tunduk.

Bila mak Popoi balik, dia cerita apa jadi, tapi masa tu kakak dia tido dah dalam bilik. Sekali lagi Popoi jem, sebab dia dok perhati je kakak dia tu, interval dari pandang Siti dengan tengok ke jalan tengok mak nya tu balik dia rasa bape minit je. Tapi Popoi bawak bertenang. Rilek. Mak nye pun kata besok ajelah.

Malam tu Popoi tido tak tenang. Macam2 beb. Katil goyang. Tingkap kena ketuk. Bilik panas. (Aku nak cerita kat kome la. Banyak cerita aku ni akan berkisarkan pasal Popoi ni. Pengalaman dia encounter hantu ni memang A. tahap legendary tu. Sebab tu Popoi ni dia biasanya akan bertenang bila hadap dengan benda2 aneh ni. Dia pikir dulu. Xcepat kelam) Tapi Popoi buat rilek je. Tiba2 raket dia gantung kat kaki katil dia jatuh. Terkejut gila. Tapi yang langsatnya, masa dia cerita tu, "Aku terkejut gila. Tapi pastu aku letak balik raket tu dan sambung tido". Pffft. Aku macam nak taknak percaya je. Sebab kalau aku, aku dah patahkan raket tu, lari keluar sambil terkencing. Haha. Cerita Popoi kena sakat ni macam tu je. Terus-terusan, last2 dia malas layan. Pergi tidur. Lena katanya. pfft.

Esok tengahari, mak Popoi bawak ustaz dari surau datang tengok Siti. (Part ni mak Popoi cerita kat Popoi pastu Popoi cerita kat aku. Aku tak pegang kesahihan tu tapi aku percaya). Ustaz tu masuk pintu rumah tu, sekejap je. Dia keluar balik. Panas macam sauna kata Ustaz tu. Mak aku masuk, memang panas gila. Jem. Ustaz sekali jem. Tapi jem ustaz ni jem strawberi lah. Bukan jem biasa. Dia bacakan ayat2. wallahualam ayat apa. Ustaz masuk sekali lagi. Suam dah katanya. Nak best benda ni, Siti duduk kat spot semalam, perhati je gelagat maknye dengan Ustaz tu. bapak kau psiko. Ustaz tu bagi salam. Diam. Sekali lagi kasi. Bersahut, mak nye. Aduh jem. Kemudian ustaz tu baca ayat ni. Sapu kat dahi Siti. Siti menggelupur lain macam. Buih2 mulut. TAPI. Tapi. tapi..sekejap. Masa tengah buih tulah yang psiko. Boleh dia tetiba stop menggelupur. Gila statik dia baring. Pastu duduk. Gelak2. Ustaz jem stawberi tu akhirnya jadi jem normal. Jem. Dia call sahabat dari Darus Syifa' (DS).

Datanglah mereka seramai 3 orang selepas setengah jam menunggu. Ustaz senior dari DS cakap, "Sebenarnya, bukan 1 tapi 2 yang menghuni dalam badan Siti ni." 1 dah di sapu bersama gelupur tadi tapi 1 stay. Kira kental punya makhluk Allah tu. Jadi masa tu Popoi pun pulang. Ustaz Senior buat 1 ritual. Bukan ritual la. Macam bacaan sambil Siti terbaring kat tengah2 macam jenazah tu. Ustaz Senior mintak izin solat zohor dan asar. (Interval antara bacaan tersangat lama kata Popoi sebab masa tengah baca tu dia balik).

Bacaan berlarutan sampai pukul5 lebih. Ustaz tu buat finishing dengan memasuk kan makhluk Allah yang kental tu ke dalam botol kaca lutsinar. Popoi ada mention yang botol tu rasa suam nak panas2. Padahal botol kaca tu suhu nya default je masa dia pegang mula2. Jadi solve Siti punya isu. Siti bangun tersedar. tapi lemah. Dia pun di suruh tidur dan jangan tinggalkan solat.

Sebelum pulang, Ustaz Senior scan rumah Popoi kot2 la ada apa2. Dia scan bilik depan, ke dapur, ke bilik air, ke belakang, sampai ke bilik Popoi. Ustaz Senior stop. Dia tanya bilik sapa. Popoi iakan. Dia cakap, atas pada tempat raket tu digantung, ada pocong tengah berdiri. Punya seriau Popoi dengar. Ustaz tu pun baca2 dan masukkan pocong tu ke botol 1 lg. (banyak spare botol Ustaz ni). Jadi ada 2 botol. Masa tu pukul 6.25PM.

Popoi diminta menanam botol-botol tu kat kawasan yang orang jarang lalu. kena gali dalam jugak dan baru kambus. Popoi punya jem. Mana tempat nak cari. Ustaz-ustaz da balik. Penat katanya.pftt. Popoi seorang diri pergi (Ni 1 lagi aku tak percaya. Apahal tak ajak member. PS: ayah dia dah pergi kerja) ke kawasan lombong kering kat taman seberang rumah dia. Dengan cangkul dan botol dia pun menapak panjat kawasan bukit pasir tu. Dia cakap, punya seram sejuk. takda langsung manusia. Dengan hari dah nak gelap. Masa dia angkat cangkul tu, dan cangkul jatuh ke tanah, die cakap satu badan bulu roma naik. Dia taknak pikir apa. Terus cangkul2 kambus. Dia punya sprint masa tu dia cakap. Tak pandang apa dah. Macam yamakasi tu turun bukit. Patut masa mancing tu lari kencang je. Ada practice rupanya.

Sejak pada hari tu, Siti sihat kembali. Walaupun begitu, Popoi yang trauma apabila berada di bilik. Raket itu disimpan di bawah katil. Sekian.

Tamat kisah ke 3.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2014 12:39 AM | Show all posts
clarizsa posted on 24-7-2014 11:55 PM
oooo .... hantu air la kot... huhu

boleh jadi. haha. penat ngarang cerita ke 3. Enjoy.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2014 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Best baca cerita tt. Sempoi jeh. Nice thread!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2014 12:53 AM | Show all posts
lnakass posted on 25-7-2014 12:48 AM
Best baca cerita tt. Sempoi jeh. Nice thread!

trima kasih. Malam ni 1 je. Esok akan menyusul ye
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 09:30 AM | Show all posts
best baca ... T.T pula rajin update taklah buat kita tertunggu
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 10:19 AM | Show all posts
huhu seram gila nak tanam. g sorg sorg lak tuh.berani gila
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.108451 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list