CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: skalar

Sesi Kisah Puaka - Sneak peek cerita 21

[Copy link]
Post time 16-8-2014 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
yayan_froggy90 posted on 16-8-2014 04:31 AM
Ni super duper senior la ye... Hai geng..!!

tau x pa.. hehe... time pejan dok sana bidara masa 1st sem masih kolej pompuan lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2014 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
skalar posted on 25-7-2014 03:26 PM
Ni cerita ke - 4 bahagian 2. Sambungan bermula dari cerita mini ke 3 dan berakhir di cerita mini 4.  ...

Psl tangga ni klaka la..sbb umh sy ni ktorg gelar umah juon..Ada tangga n siling y cam umh juon tu..dulu ada la pasang lampu kt dlm siling tu tp skrg sume lampu tu da xnyala...attic ktorg skrg gelap gelita.. Siang pn xbrni nk naik apatah lg mlm...huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2014 08:27 AM | Show all posts
salmon-suki posted on 16-8-2014 08:33 PM
Psl tangga ni klaka la..sbb umh sy ni ktorg gelar umah juon..Ada tangga n siling y cam umh juon tu ...

bpak la attic xde lampu. kompom puaka abis.haha
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 08:51 AM | Show all posts
skalar posted on 18-8-2014 08:27 AM
bpak la attic xde lampu. kompom puaka abis.haha

lampu ada sebelum ni tapi mentol da terbakar..tp y plg best selalu je ada bunyik angin kt attic tu...mmg seriau la kalau naik sensorang even wktu siang..tu selalu kne bteman,kalau bkn dgn mak or adik kne psg lagu kuat2..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2014 09:18 AM | Show all posts
salmon-suki posted on 18-8-2014 08:51 AM
lampu ada sebelum ni tapi mentol da terbakar..tp y plg best selalu je ada bunyik angin kt attic tu ...

tak tukar ke mentol tu? Gila lah bunyi angin ni. Macam bunyi kat rumah sewa shah alam aku. Siap macam bunyi siul lagi. haha. Rumah opah aku ada lampu, tapi aku still tak berani nak naik kalau malam, atau bila tingkap tak bukak siang2 cuak kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2014 09:23 AM | Show all posts
Cerita ke - 16. Mohon kemaafan semua. Aku ritu busy sampai khamis ke sekolah kan? pastu jumaat,sabtu dan ahad aku ke kelantan. Memang takda masa beb. Berjalan-jalan. Haha. Sorry sgt. Sekarang aku ada kat office dah. dan bermula kisah puaka kita..semula..

Cerita kali ni berkisarkan kawan aku semasa zaman sekolah. Masa ni mereka otw balik ke sekolah di Ipoh dari Kuala Lumpur. Kat KL depa ada event apa tah. Macam competition kereta apa tak taw. (Note : Dia tak sekolah dengan aku).

Dalam kereta ni ada 4 orang. Syam, Man dan Im adalah pelajar dengan sorang cikgu. Cikgu Din. Kalau kome farmiliar dengan highway utara selatan arah ke Ipoh dari KL ni, lepas pada exit tapah, sebelum sampai ke exit gopeng, kome akan lalu 1 kawasan pergunungan di belah kiri. Kome akan nampak banyak gua-gua, kawasan lapang kalau kome tengok ke kiri tu.

Jadi cerita dia begini. Masa otw balik perak tu, malam. Memang semua stok jem, ngantok, pening-pening je. Jauh jalan kan. So, masing-masing tido lena je kecuali Cikgu Din dan Syam. Syam duduk depan. Kerana rasa bertanggungjawab, dia tak tidur. Walau dalam hati rasa nak lena. Dia pun tak tahu nak buat apa, dia pandang ke kiri. Tengok je ke luar tingkap kereta tu. Tiba-tiba, kat bawah, area lapang yang aku mentioned tu, Syam nampak macam ada cahaya terang benderang. Macam pesta. Macam perkampungan. Memang pelik sebab kalau seingat aku ulang-alik Ipoh-Shah Alam dulu, area bawah tu ada kebun-kebun, ladang-ladang je. Out of all sudden, kepala Syam macam ikut je cahaya tu sambil kereta tu berjalan. Sampai dia bukak tingkap, keluar kepala nak tengok. Cikgu dia perasan tarik dia keluar. Cikgu dia cakap dia macam nak terjun keluar je. Syam cakap dia tak sedar dia buat tu. Jem 1.

Cerita ni tak habis macam tu je. Cikgu Din sekadar memerhati suasana luar yang memang suram. Kereta tak lalu banyak. Dan maklumlah highway, mana nak cekau lampu jalan kan? Memang gelap. Syam buat-buat tidur sebab seriau pasal kejadian tadi. Man duduk belakang Syam dan Im belakang Cikgu Din. Masa ni, Im sedar sebab bising-bising pasal Syam tadi. Man tidur mati. Im pun malas nak gerak-gerak. Dia tidur sambil ngereng ke kanan. Tengok ke luar. Nak pejam mata tak nak pejam macam tu. Tengah-tengah mamai tu, Im perasan ada benda goyang-goyang kat luar. Dia cuba perhati betul-betul. Lama dia fokus. At last, dia perasan itu rambut. Rambut tengah terbang. Memang jem sebab dari mana? Rambut panjang pulak tu. Dia memang tutup mata rapat punya.

Semasa Im tengah cuak nampak rambut ni, rupa-rupanya, Man juga mengalami peristiwa seram jugak. Masa dia terjaga lebih kurang sebelum atau semasa Im kena, dia tengok luar tingkap, dia nampak ada tangan besar, berkuku panjang, macam tengah tergantung je. Memang jem tahap max. Dia sama jugak macam Im. Tak tahu nak buat apa. Dia pejam mata.

Masa dua-dua tengah pejam mata ni, unexpected event berlaku. Masa dua2 tengah pandang arah bertentangan, kat ruang tengah-tengah tu. Depa dua2 rasa macam ada orang tengah duduk kat situ. Meaning that, benda tu ada kat tengah-tengah, DALAM kereta. Masa ni, Im dengan Man punya menjerit, terkejut cikgu Din. Nasib tak eksiden apa. Depa menjerit macam histeria. Cikgu Din stop kereta kat bahu jalan. Tengok kenapa depa ni. Meracau tak habis-habis lagi. Cikgu Din memang perasan ada something. Dia pun baca-baca sikit, sapu muka budak-budak tu. Baru senyap. Masa ni cikgu Din pandang ke bawah kawasan lapang tu. Pastu dia tengok atas kereta. Kan bila jalan malam ni ada embun kan atas kereta? Dia nampak ada kesan tapak tangan, dengan kesan macam ada orang duduk. Dia pun terus jalan kereta sampai sekolah. Syam tanya kenapa, dia cakap takde pape. Mimpi je tu depa tu. Sampailah kat sekolah. Cikgu Din suruh jumpa dia pagi sok. Sementara tu, tidor dulu.

Besok pagi, cikgu Din cerita yang masa Syam nampak perkampungan bercahaya tu, dia pun ternampak. Tapi apa yang lagi best, cikgu Din nampak ada benda melayang dan singgah atas bumbung kereta dia tu. Tapi dia ignore. Sebab pikir dia nak usik je. Tapi bila benda tu makin berani sampai masuk ke dalam, dia pun terpaksa bertindak. Tapi masa dia berhenti tu, benda tu dah berlari ke bawah. Tu yang cikgu Din tengok. Lepas tu dia pun berjalan. Masa mula jalan tu, dia nampak benda tu lambai kat dia dari tepi jalan. Punya ganas.

Kisah ni antara kisah misteri yang terjadi kat highway utara selatan. Banyak lagi perkara yang berlaku. Oh, sebelum aku terlupa. cikgu Din ni ajar fizik. Tapi dia sebenarnya seorang ustaz jugak. Cuma tak mengajar pendidikan islam je.

Tamat cerita ke - 16
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2014 10:01 AM | Show all posts
skalar posted on 18-8-2014 09:18 AM
tak tukar ke mentol tu? Gila lah bunyi angin ni. Macam bunyi kat rumah sewa shah alam aku. Siap ma ...

mentol y kt dalam siling tu da tukar 2x tp still mayb ade mende tumpang tu y selalu tbako..kt attic tu plak xtukar pn..mak ckp biaq p la..nk naik nti gne torchlite..kt umh nenek pn same gk..dkt tangga die sblm ni ada la mende cm juon duk ngintai dr celah tangga tu..ada kezen sy y kecik tertgk la mende tu..nangis kuat giler ah pastu..mmg angker abes..paip air kt lvl2 tbuka sndiri n ble p tgk x bsah pn..serammmm n angker la umah2 ktorg ni..haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2014 10:07 AM | Show all posts
salmon-suki posted on 18-8-2014 10:01 AM
mentol y kt dalam siling tu da tukar 2x tp still mayb ade mende tumpang tu y selalu tbako..kt atti ...

gnas rumah kome ni. xde pggl ustaz ke dtg check rumah tgk apa mslh nye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2014 10:18 AM | Show all posts
skalar posted on 18-8-2014 10:07 AM
gnas rumah kome ni. xde pggl ustaz ke dtg check rumah tgk apa mslh nye?

sblm ni ada pggil tp biasela..dorg ckp mende tu numpang saja..xganggu..sblm ni duk kuarters gov pn sme..msti ada jgk la mende2 angker ni..sy pn prnh kne kacao tp xde la muncul dpn sy..tp bnde tu prnah la melintas dpn mak..n die slalu ckp ada mata merah asyk duk tgk je die..abg pn slalu kne kacao smpai da lali pn die..hehe..so sy gelarkan ktorg ni kuarge angker la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2014 10:46 AM | Show all posts
salmon-suki posted on 18-8-2014 10:18 AM
sblm ni ada pggil tp biasela..dorg ckp mende tu numpang saja..xganggu..sblm ni duk kuarters gov pn ...

hahaha.sorang2 kena mandi bunge ni. tp hebat jgk sbb mcm blh live on je dgn bnde2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 10:57 AM | Show all posts
a'ah..nk dijadikan perencah kehidupan angker ktorg,mende2 angker zaman tuk nenek dulu pun ada la tbe2 je nk numpang jgk..tiap kali maghrib je nenek msti sakit kaki,lenguh2 badan...mak pn sama...da byk kali jmpe utz,bomoh,sume la tp xjadi jgk..last2 ktorg kalih cenggitu je...ble da x hiraukan mende2 tu dorg pn stop jgk la..hehe..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2014 02:24 PM | Show all posts
salmon-suki posted on 18-8-2014 10:57 AM
a'ah..nk dijadikan perencah kehidupan angker ktorg,mende2 angker zaman tuk nenek dulu pun ada la tbe ...

hahah.biasa mcm tu. bila kita xlayan, depa pn stop kacau. konsep yg boleh di pakai di manusia jgk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2014 10:57 AM | Show all posts
Cerita ke - 17. Berkisarkan ibu kepada Popoi. Kita panggil dia Mama okeyy. Kisah Mama ni sangat seram. Dan sejujurnya, kalaulah mak aku jadi macam ni, mungkin aku akan trauma sebentar bersama-sama kit kat. begitu. lawak hambar di pagi hari. Okeyh.

Mama merupakan seorang peniaga lauk-pauk untuk breakfast dan juga lunch. Menjadi lumrah kehidupan orang yang bukak kedai makan untuk makan pagi dan tengah hari ni untuk bangun dan masak di awal pagi kan? Even opah aku yang masak untuk makan pagi kat kelantan pun bangun pukul3.

So, nak di jadikan cerita, event pertama yang trigger isu dasyat ni ialah semasa Mama tidur. Dia bermimpi berada di sebuah air terjun. Dia di datangi seorang wanita tua yang bersih mukanya. Membawa sepinggan lepat pisang. Wanita itu mempelawa Mama untuk merasai lepat pisang itu. Mama pun innocently menyambut baik pelawaaan itu dan merasai lepat pisang itu. Aneh kata Mama apabila wanita itu tersenyum dan menghilang selepas Mama memakan lepat itu. ceh. typing aku begitu skema.

Selepas mimpi itu, Mama terjaga dan bangun bagi menyediakan makanan-makanan untuk kedai makan nya di pagi hari. Ketika itu jam menunjukkan pukul 4 pagi. Dan seperti biasa, siapa yang memasak di pagi-pagi buta begitu pasti akan membuka tingkap dan pintu dapur (tapi tutup grill, mungkin?) kan? Untuk kuarkan asap cepat. Jadi Mama memasak seperti biasa. Tiba-tiba, ada angin halus seakan-akan menyapa Mama di dapur. Bulu roma mama naik secara tiba-tiba. Tapi seperti biasalah orang-orang lama. Malas nak layan, buat tak tahu. Masa Mama tengah masak, (Note : Dapur ni mengadap ke tingkap. Meaning kita face ke luar kalau masak kat dapur) dia pandang la keluar sebab..sebab..dia nak pandang luar? mungkin? Masa Mama pandang luar ni, dia nampak ada benda hitam,mata merah tengah tengok straight kat dia dengan muka yang bengis. Mama menjerit dan pengsan.

Rentetan kisah itu, Mama tidak lagi memasak dengan membuka tingkap. Bukak pun sipi-sipi je. Untuk pengudaraan. Dalam beberapa hari itu, terjadi beberapa perkara pelik kepada Mama dan kedainya. Mama kerap mengalami mimpi-mimpi aneh seperti di datangi wanita yang memberi dia lepat dan wanita itu ketawa terbahak-bahak. Ada juga mimpi dia dibelit ular hitam. Mama juga kerap diserpa angin halus. Kadang-kadang dalam bilik air pun ada jugak. Ada juga di melihat kelibat-kelibat 'sesuatu' melintas di lingkungan pandangan matanya. Dan, yang paling kerap ialah Mama selalu di usik dalam bentuk fizikal seperti di ciuit, rambut di usik dan perkara-perkara halus. Namun, Mama tidak menceritakan perkara ini kepada Popoi dan Siti (Anak-anak Mama) dan juga suami kerana tidak mahu mereka risau dan merasakan kemungkinan kejadian-kejadian itu adalah perasaannya sahaja.
Di kedai makan Mama pula, semenjak mimpi memakan lepat itu, seperti tidak wujud. Pelanggan-pelanggan tetap tidak yang kunjung tiba. Bila ditanya, alasannya, dia tidak membuka kedai dan kedainya berbau busuk. Walhal, Mama berada di situ dan tidak membau apa-apa. Oleh kerana tidak mampu mengekalkan synchronization antara keuntungan dan bayaran sewa, Mama terpaksa menutup kedai makannya.

Selepas penutupan kedai makan Mama, perkara lebih teruk terjadi kepada Mama. Mama mula bersikap aneh. Popoi menyatakan yang Mama kerap duduk di luar rumah dan termenung memandang bulan. Ada juga kadang-kadang Mama tergelak, menjerit, menangis out of blue. Perkara ini merisaukan family Popoi dan depa bersetuju untuk membawa Mama berubat. Apabila dirawat, ustaz telah mengesahkan bahawa Mama Popoi telah di santau. Dan perkara itu semakin melarat kerana dibiarkan begitu sahaja. Setelah di rawat, Mama beransur pulih. Namun, perkara ini tidak habis begitu sahaja. Keadaan Mama selepas beberapa minggu di rawat telah menjadi semakin melampau. Pernah terjadi suatu ketika yang Mama seperti dirasuk. Dia meracau-racau dengan suara yang garau ingin pulang ke 'rumah'nya. Dan memecah-mecahkan objek seperti cawan dan pinggan. Apabila di pegang, Mama sangat kuat. Mama berusia lingkungan 50an ketika itu. haish.penat lah taip skema ni. tak ori.bahaha. Okeh. Jadi masa kena rasuk ni, memang kuat gila Mama. Even Popoi yang gagah tu tak dapat nak pegang sorang. Kena 3-4 orang pegang baru dapat grip Mama ni dari pecah-pecahkan barang tu. Lepas tu depa panggil ustaz datang rawat. Ustaz cakap di kena rasuk dari source yg sama. Mean dari orang yang hantar santau dia jugak la.

Memang derita Mama sebab dia cakap dia sedar semua tu. Tapi dia tak boleh buat apa. Dan dia macam terikat dengan rumah. Bila keluar je, dia rasa sedih. Ada 1 hari raya tu, depa beraya kat rumah jiran. Tapi tak sempat nak makan, tiba-tiba Mama menangis pastu lari balik rumah. Memang kerap terjadi. Bila malam je kadang-kadang Mama akan buat 'sleep walking hardcore version'. Popoi memang biasa lepak tengok TV kat depan. Tiba-tiba dia nampak Mama tengah jalan slow-slow ke pintu. Dia pegang tombol pintu tu. Nak bukak. Tapi dah kunci. Dia goncang-goncang. kuat Popoi kata. Lawaknya isu ni, Popoi pandang je dari tadi. Tak tahu nak buat apa. Popoi tegur tanya, "Mama, nak ke mana?". Dengan muka bengis, Mama pandang Popoi dan menjerit, "Aku nak balik lah bodoh!". Popoi tergamam. Lepas cubaan dengan tombol tak menjadi at last Mama giveup. Dia bercangkung. Cakar pintu tu. Cakar sambil buat bunyi deraman. Ganas kan? Lagi ganas yang semasa kejadian nie, Popoi dan Mama je yang berada di rumah. Jadi dalam seram-seram itu, Popoi cuba menarik Mama dari terus mencakar kerana risau jari Mama berdarah ke apa. Tapi memang tak mampu lah bila lebam tangan Popoi kena tepis. Jadi Popoi cakap, dia duduk atas kerusi, hisap rokok lepas call bapak dia. Sekali lagi ustaz datang dan cakap pasal rasuk. Akhirnya, family Popoi decide untuk bawak Mama popoi berubat dekat sorang orang siam ni.

Masa merawat dengan orang siam ni, Popoi cakap, mak dia muntah hitam. Dasyat. Lepas pada tu, Mama beransur sembuh. Tapi memang regularly pergi kat bomoh siap ni lah. Tetiba satu hari tu, bomoh siam tu cakap dia taknak lagi merawat sebab dia cakap dia dengan family pun kena kacau dengan benda tu. Sekali lagi family Popoi buntu. Selama beberapa tahun family Popoi terpaksa mengharungi kepedihan ini.(ewah)

Akhirnya, Popoi menemui seorang ustaz melalui rakan universiti. Ustaz ni duduk area Gopeng. Kat mana apa nama aku tak ingat. Ustaz ni simple je. Dia cuma bawak sejadah merata-merata. Bila dibawa berubat, dia menggunakan sejadah dan menutup muka Mama. Masa ni, tiba-tiba Mama terduduk (dari baring), Mama muntah. Bukan biasa. Macam-macam. Paku, rambut, kaca, dan macam-macam lagi. Memang ganas. Peliknya kenapa ustaz-ustaz sebelum tu tak macam tu pun? wallahualam.

Selepas tu, memang Mama sihat. Cuma setiap bulan dia kena datang berubat. Sampai ke sekarang ni. Tamat cerita ke - 17.

Ujian yang Allah (S.W.T.) bagi kat kita ni datang dalam pelbagai-pelbagai bentuk. Ada yang diuji dengan kepayahan. Ada yang diuji dengan kesakitan. Ada yang diuji dengan kesenangan. Macam-macam. Jadi terpulang pada kita bagaimana nak hadapi ujian tu. Redha? Terpaksa? cool? semua tu terpulang pada kita, tahap keimanan kita. ewah. Ceramah pagi skt. sekian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 05:15 PM | Show all posts
terbaik la tt..... nak lagi dan lagi dan lagi... dah addict nak baca cerita dr tt
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 06:38 PM | Show all posts
skalar posted on 25-7-2014 12:38 AM
Cerita ke - 3. Cerita yang kawan baik aku alami. Cerita ni hebat sebab buatkan aku rasa takut kepada ...

best sangat cerita ni..comel je nama popoi..heheehhe

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
skalar posted on 20-8-2014 10:57 AM
Cerita ke - 17. Berkisarkan ibu kepada Popoi. Kita panggil dia Mama okeyy. Kisah Mama ni sangat sera ...

huihs..aku pun bangun masak jam 4 pagi tetiap hari(tapi bkn masak utk jual la..utk suap perut anak beranak ja sblm gi opis). Dan setiap pagi jua tingkap dan pintu dapurku nganga seluasnya..nyaman dan dingin sekali suasananya..

dah baca cite kamu ni TT..errrrr...bagaimana harusku masak pagi esok ni..alahai tt oiii..nyesal aku baca!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2014 08:11 AM | Show all posts
abgkecik posted on 20-8-2014 06:38 PM
best sangat cerita ni..comel je nama popoi..heheehhe

haha. klo ada baca komen2 sebelum ni, mesti tahu yang popoi tu nama je comel. Muke nye ganas >,<
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2014 08:11 AM | Show all posts
Arissa_Adaj posted on 20-8-2014 05:15 PM
terbaik la tt..... nak lagi dan lagi dan lagi... dah addict nak baca cerita dr tt

haha.1 cerita 1 hari atau 2 hari 1 cerita. Sorry ye. Banyak sangat nanti orang naik bosan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2014 08:12 AM | Show all posts
Clover_Hill posted on 20-8-2014 08:51 PM
huihs..aku pun bangun masak jam 4 pagi tetiap hari(tapi bkn masak utk jual la..utk suap perut anak ...

hahahahaha. maaflah kak. aku cerita je. so, macam mna pagi tadi? hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
skalar posted on 21-8-2014 08:12 AM
hahahahaha. maaflah kak. aku cerita je. so, macam mna pagi tadi? hahahaha

Meriah kamu gelak ye..hoho..

Blakang umah belum berpenghuni..so ada unsur skeri di situ..no choice,kene paksa rela big boss suruh temankan bini masak la ape lagi..ngagagaga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.105645 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list