CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: skalar

Sesi Kisah Puaka - Sneak peek cerita 21

[Copy link]
 Author| Post time 5-8-2014 10:58 AM | Show all posts
burungantu posted on 5-8-2014 10:49 AM
Assallamualaikum

kebetulan Uncle baru lalu kawasan Malim Nawar....

hahahahaha. jumpe juge makam nye. tapi kn bro. makam ni boleh ada bnyk ke? sebab aku duduk rumah sewa kat merlimau, melaka. Ada jugak kat situ makan tun teja. pelik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2014 11:01 AM | Show all posts
skalar posted on 5-8-2014 10:58 AM
hahahahaha. jumpe juge makam nye. tapi kn bro. makam ni boleh ada bnyk ke? sebab aku duduk rumah s ...

hehhee... SILAP!

Bukan TUN TEJA Puteri Pahang ( Permaisuri Melaka)


NI... RAJA BENDEHARA TEJA...

Raja Alang Iskandar Teja..   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2014 11:07 AM | Show all posts
burungantu posted on 5-8-2014 11:01 AM
hehhee... SILAP!

Bukan TUN TEJA Puteri Pahang ( Permaisuri Melaka)

ah. teja laki nye. Nice. Info menarik ni. tak jauh pun tempat ni. Boleh melawat di waktu malam.hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2014 02:40 PM | Show all posts
Cerita ke - 12. Sebab aku bosan hari ni, aku nak tulis banyak kisah. tak peduli. haha.

Cerita ni berkisarkan rumah sewa aku semasa semester 4 degree @ hujung 2013. Rumah sewa ni di Seksyen 7 , Shah Alam.

Mesti kome pernah dengar pasal bunyi guli tu kan? Menarik sebab kisah ni memang aku dan satu rumah pernah kena. Kisah berantai.

Mula-mula hidup kami aman. takda gangguan. Hisap rokok tenang. Sampailah satu hari, terjadi cerita dengar bunyi bersiul kat dapur. Aku secara scientifically nye meyakinkan bahawa itu adalah bunyi angin. Sebab memang macam bunyi angin pun. ada lubang kat mana-mana kot. Sescientific aku pun bila dengar bunyi tu tiba-tiba tengah malam, aku cuak jugak.

Lepas isu siul, jadi pulak kisah terserempak dengan penjaga bucu tandas. takda kerja ke apa duduk di bucu tandas. masa tu lampu tandas rosak, kelip-kelip. Kawan aku nampak ada kepala berambut panjang kat bucu tandas. Nak bugimanya, dua-dua tandas ngan bilik air tu lampu macam tu. terjadi lah 2-3 penampakan. Masa tu dah seram. Aku kembali dengan teori aku bahawa itu adalah ilusi mata sebab mata kita sensetif dengan perubahan suasana. Kalau tengah gelap, tiba-tiba cerah, akan terkejut retina mata tu (eceh) dan menghasilkan imej halus. Begitulah. (Note : Aku tak kena benda ni)

Kali ni, terjadi isu stomping dari atas. Memanglah jem budak rumah aku. Tengah study nak final tu. Dengar macam orang melompat-lompat dari atas. Lama pulak tu. Berjam-jam. memang bugima. Aku dipaksa pergi marah orang atas. Masa tu awal lagi. Pukul4pagi. Awal kan? So naik atas, ketuk pintu, takda respon. So aku yang berbaik sangka, 'dah tidor'. Sebab tengok bawah pintu pun gelap. Aku pun pusing turun tangga. Tiba-tiba aku stop. Terfikir. Lanjiao apa ada bunyi stomp tapi orang tidur? Takkan ada orang exercise waktu sahabat tidur kot? kalau ye, takkan tak dengar bunyi ketuk pintu tu. Aku pun seram sejuk. Aku naik balik, aku ketuk kuat-kuat. Nak make sure (Padahal dalam hati cuak nak mampos). Kuat beb. Aku rasa kalau ketuk kome dah mati dah. Tapi takde respon. Jem aku. Pastu aku seram sejuk nye turun ke bawah.
Kawan aku cakap dah cakap ke? aku cakap takde orang. tidur kot? Tapi masa aku cakap tu stomp tu bunyi lagi. aku la.. Klimax benda ni masa azan. Stomp tu lagi menjadi-jadi. Aku sakit hati + takut sebab nak study final. benda tu annoying kot. mengganggu gila.

Pagi nya kami pergi rumah tu. Ada orang bukak itu. MasyaAllah, gadis. Terkezima aku. cun pulak. aish. Aku tanya, tadi ada rumah ke pukul4pagi. Dia jawab ada, tak tidur lagi pun. Aku terkejut. Aku cerita apa aku buat semalam. Dia kata mana ada dengar apa-apa. Dan lampu dia tutup lepas semayang subuh sebab time tu baru depa tidur. Jem aku dan sahabat. Tapi depan gadis. Kena bajet hebat.

Isu stomp tu berterusan lama jugak ( To be exact, sepanjang final. bugima). Dalam beberapa hari tu jugak, masa tu kawan-kawan aku main badminton. Aku dan seorang lagi (tengah tidur) je kat rumah. Aku macam biasa lah. Isap John sambil layan How I Met Your Mother. Tiba-tiba ada ketukan. Aku bajet kawan-kawan aku lah kan.Sebab masa tu lewat jugak. Dalam 6.50pm. Aku bukak kunci dalam aku masuk balik bilik. Pastu ada ketuk lagi. Time ni aku mencarut cakap, "Kunci takde ke gampang!" (sangat kuat dan ganas). Aku bukak pintu, tudia, 2 orang gadis. Aku dengan pakai suara pendek gambar penguin tak pakai baju. Tutup terus pintu. Kembali dengan baju dan seluar panjang.

Gadis tu tanya, "Abang ada main guli ke?" Aku termenung. Perhati muka depa. Budak. Comel. ai geram. Aku jawab tak lah. Celah mana nak cari guli? Gula-gula ada la. Dia mentioned dah 2-3 hari dia dengar bunyi guli dari atas. Sebab memang rumah dia ni kat bawah rumah aku. Sebelah rumah aku rumah kosong. Jadi jem lah aku. Cuba memikir. Balik tu aku cerita kat kawan-kawan benda ni. Maka kami pun sepakat lah baca yasin setiap malam sepanjang minggu tu. Alhamdulillah. Sem lepas, sem 5 kami pindah ke Melaka, jadi chow dari rumah puaka tu. Haha.

Tamat cerita ke - 12 ini.hihi
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 03:22 PM | Show all posts
bagus....ini yang best panjang serta mantap...hihihih...

wife sy dulu duduk d situ jugak abis belajar tahun 2012/2013 lbh kurang..kes yang sama gak..bunyi guli serta kalo x silap siap memunculkan diri...kawan rumah dia la yang kena...

dan sy jugak pernah menjaga nework internet d situ...dok dalam bilik mdf siap tido bagai...hahahaha...pengalaman...mmg terbaik la ss7...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 04:15 PM | Show all posts
burungantu posted on 5-8-2014 10:49 AM
Assallamualaikum

kebetulan Uncle baru lalu kawasan Malim Nawar....

http://changkatmincang.blogspot.com/2012/08/pertama-kali.html

ni aku jumpa satu link pasal makam tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2014 06:59 PM | Show all posts
zaki1605 posted on 5-8-2014 04:15 PM
http://changkatmincang.blogspot.com/2012/08/pertama-kali.html

ni aku jumpa satu link pasal maka ...



Oooo...Makam Tok Ngah Impol  (Allahyarham Ngah Ampul Bin Judin - meninggal 1941 )

Pernah jadi org Istana Johor.

Guru pada Tuan Talib Naim as Saupi?



Kebetulannya Uncle bersahabat juga dgn beberapa org anak murid Tuan Talib Naim - Pengarang Kitab Mengenal Roh.....Kawan Uncle tu org Nogori..
( Uncle panggil dia Tok Selempang ..hehe )







Munkinlah kot... Makam Tuan Ngah Impol dah diruntuhkan...Uncle terjumpa fatwa ni..


Tarikh Keputusan:
15 Mar, 2006


Huraian Tajuk/Isu:
2. LATAR BELAKANG 2.1 Tanah perkuburan itu terletak di tanah rizab Kg. Changkat Bincang Malim Nawar lot 13838 telah digazetkan sebagai tanah rizab (tanah perkuburan orang-orang Islam) Mukim Kampar. 2.2 Jarak kubur di jalan utama lebih kurang 5 kilometer melalui jalan kampung kawasan pedalaman dan keadaan jalan tiada bertar serta sukar dilalui. 2.3 Rizab khas tanah perkuburan ini telah lama tidak digunakan penduduk kampung kerana telah ada tanah perkuburan baru. 2.4 Tiada penghuni yang menetap di kampung berkenaan. 2.5 Binaan kubur ini dibina tanpa pengetahuan penduduk kampung dan ahli waris manakala kos binaan dianggarkan RM 150,000. 2.6 Kubur ini dikatakan keramat kerana tertera perkataan 'KERAMAT' pada batu nisannya. 2.7 Kubur ini kepunyaan Allahyarham Ngah Ampul bin Judin yang lahir pada tahun 1817 dan meninggal pada 1941. Sebelum menetap di Malim Nawar ianya sebagai bomoh di Negeri Johor. Kemudian berhijrah ke Malim Nawar dan memperolehi dua orang anak tetapi meninggal semasa kecil. Di Malim Nawar juga ianya sebagai bomoh. 3. SOAL SELIDIK YANG DIBUAT 3.1 Daripada maklumat penduduk kampung kubur ini di kawal selia oleh orang yang datang dari luar Malim Nawar. 3.2 Kain kuning di sekeliling binaan ini ditukar setahun sekali setiap 1 Zulhijjah. 3.3 Pembinaan kubur ini dibuat oleh anak-anak kepada anak murid Allahyarham yang datang dari luar Perak. 3.4 Pembinaan kubur ini bukan sahaja fokus kepada di atas kubur Allahyarham, tetapi mula melibatkan juga kubur-kubur di persekitarannya. 3.5 Di atas kubur ini juga berlaku kerja-kerja khurafat seperti pemujaan, memohon sesuatu hajat dan lain-lain lagi. 3.6 Pada 5 Januari 2006 jam 10.00 pagi satu lawatan bersama penduduk kampung dan Jabatan-jabatan berkenaan telah dibuat.


Keputusan:
Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan setelah berbincang dengan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan pada 15 Safar 1427 H bersamaan 18 Mac 2006 M bagi kali 169 dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengistiharkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual. 'Bahawa haram membina bangunan sama ada berbentuk rumah, kubah atau masjid di atas tanah perkuburan am ( musabbalah ), dan wajib di robohkan segala binaan tersebut' .





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2014 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
woddy posted on 5-8-2014 03:22 PM
bagus....ini yang best panjang serta mantap...hihihih...

wife sy dulu duduk d situ jugak abis bel ...

Trima kasih. Kisah guli mmg famous area sini. Haha. Nanti aku kasi yang rumah sewa melaka pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-8-2014 09:31 AM | Show all posts
burungantu posted on 5-8-2014 06:59 PM
Oooo...Makam Tok Ngah Impol  (Allahyarham Ngah Ampul Bin Judin - meninggal 1941 )

Pernah ja ...

dasyat jugak makam sampai 150k. memang taksub betul.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2014 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Rajin gila tt mengupdate. Btw, merlimau tu kg aku :lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2014 08:16 AM | Show all posts
lnakass posted on 6-8-2014 10:52 PM
Rajin gila tt mengupdate. Btw, merlimau tu kg aku :lol

haha. rajin la jugak. tapi hari ni dgn besok tak update ye. busy. sambutan raya kat office.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Bunyi2an tu mmg menyeramkan...umah bru aku ni pun ad kisahnya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 02:08 PM | Show all posts
sempoi je gaya hang citer TT.
aku suka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2014 04:05 PM | Show all posts
elnor_81 posted on 8-8-2014 12:20 AM
Bunyi2an tu mmg menyeramkan...umah bru aku ni pun ad kisahnya...

haha,share la skit cerita tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2014 04:12 PM | Show all posts
miskay posted on 8-8-2014 02:08 PM
sempoi je gaya hang citer TT.
aku suka

haha. ty. awok memang bercerita rope ni. takde mike bosan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2014 04:18 PM | Show all posts
Cerita ke-13. Senak perut aku beraya kat office ni tadi. Lemang, Lontong, Soto, Keutiaw Goreng, Kambing Golek, Buah, Satay, Murtabak dan banyak lagi semua aku balun. Raya habis kome. heh3.

Jadi cerita ke-13 ini berkisarkan rumah sewa melaka aku yang terletak di merlimau. Kawan aku alami kisah ni. Masa ni cuti mid-sem. Seminggu. Seperti biasa anak-anak muda rempitan macam aku ini akan pulang merestasi 4 negeri (Melaka, Nogori, Selangor dan tiba di Perak) sejauh lebih kurang 350KM yang memakan masa selama 6-7jam. Benco masa pose hari tu. Tapi semangat nak pulang kan. JADI (Panjang intro), semua pulang kecuali kawan aku 2 orang. Sorang dari sabah. Memang tak balik selain cuti semester. Lagi sorang dari Pahang. Tak balik jugak atas sebab-sebab kemalasan. Jadi mereka berdua ni bergaylah dalam rumah tu. (Note : Rumah sewa teman ni rumah lama. Dah lebih kurang 3-4tahun tak berhuni. Memang masuk dulu mandi lautan habuk). Kami masuk dulu ada buat baca yasin dengan makan-makan sesama kami. Alhamdulillah aku duduk sana memang rasa tenang je (Note : Sebelum cuti je ok? naik cuti rasa haram sebab benda ni)

Kisahnya, kawan aku, Ben dan Fiz ni gamers. Bukan game sama. Jadi memang racist habis. Duduk dalam bilik sorang, luar sorang. Main game. Kecuali waktu makan, baru jadi gay. Kisah 1, si Ben ni alami. Masa tu Fiz tidur. Ben je yang jaga. Masa dia main game, (Note : Posisi Ben ni, dia duduk kat meja menghadap depan. Kiri nye meja tu pintu besar. Sliding door. Dia tutup cermin je. Langsir tak) anak mata dia nampak ada orang lalu banyak kali kat luar pintu tu. Jadah apa orang lalu kat laman rumah orang macam tu. Dia tak patah balik. Tapi lalu sehala je. Tapi banyak kali. Ben ni jem. Masa tu dia kaku je. Mata kat skrin laptop, tapi anak mata memang fokus. Dia nampak betul orang hitam tu lalu. Dafuq nya isu ni, lepas dia decide untuk ignore, dia nampak orang lalu tu belah kanan mata dia pulak. Meaning DALAM RUMAH. Masa tu dia cakap, dia tutup skrin laptop, amik kusyen, tutup muka, pura-pura tidur. Dia tiru aku ni. Dia cakap sejam dia macam ni. Sampai la dia terkejut orang pegang bahu dia. Rupanya Fiz. Lepas pada tu dia lari masuk bilik, tidur. noob.

Kisah 2 ni kena si Fiz pulak. Fiz ni senyap orangnya, Anti sosial. Kalau kami pergi karoke, pergi tengok wayang, pergi lepak, pergi sungai, pergi segala apa remaja dewasa selalu buat, amat kurang jumlah pengikutannya. Jarang sangat dia ikut. Jadi hari masa cuti tu, Ben pegi tengok wayang. Fiz macam biasa menolak ajakan keluar. Duduklah dia kat rumah sorang2. Masa tu pukul1pagi macam tu. Ben masih belum pulang. Fiz bukak semua lampu kat rumah lepas dengar cerita si Ben ni. Dia yakin dia bukak semua. Masa tu dia main komputer kat luar. Dia nak ke tandas. Ke tandas tu, akan lalu bilik dia. Jadi, masa dia lalu tu, dia nampak bilik tu gelap dan pintu terbuka sikit. Dia pun merapatlah sebab nak bukak lampu. Masa tu dia pelik, sebab tadi dia yakin dia bukak semua. Makin dia merapat, dan buka pintu, dia nampak sesuatu. Dia nampak ada orang tua, berbaju putih, pegang tongkat, tengah tengok dia dari dalam bilik tu. Tangan dekat pintu, dia pandang orang tua tu. Orang tu pandang dia. Jem tahap apa tu aku tak tahu lah. Lama masa tu dia terkaku. Pastu dia tutup pintu, dia masuk bilik air. Dia cerita, dia ada dalam bilik air tu dekat sejam. Bukan buat apa. Termenung. Tak tahu bila nak keluar. Last2, dia keluar, laju gila jalan lepas bilik tu. Duduk depan, main game. Dalam hati. dem u.

Rentetan kisah mereka ni, naik cuti, kami semua cuak. Tak pernah jadi jadah ni semua. Kami semua hidup dalam kegelapan. (Konon). Kemudian, sesapa yang duduk merlimau mesti tahu krisis air masa puasa hari tu kan? Air tercemar, jadi air kena sekat tu. Masa ni, lampu bilik air depan kami rosak. Bukan starter, bukan kalimantang. So, kami assume wiring. Memang lama bergelap bilik air tu. Nak berak pun cuak. Jadah apa nak berak dalam keadaan cuak? bugima. Hanya ada lampu dari filem 'insidious' sahaja. Dengan air takde. Cobaan betoi. Masa ni, jadi kisah lawak sekali yang pernah aku nampak dalam hidup aku. Kalau lah sempat aku rakam masa tu, mesti viral habis. Youtube dpt 302342343248234832 view. Malam sebelumnya, kami semua tengok cerita Telaga Angker. Kalau kome pernah tengok la. Cerita hantu indon lama. Ada 1 scene, kepala keluar dari lubang jamban tu taw. Gelak2 la sebab benda tu lawak kot? gila tak lawak. Jadi besok malamnya, kawan aku sorang ni, masuk ler tandas depan. Konon bomoh ternama, masuk jamban gelap xbawak lampu apa. Berharap lampu 'insidious' yang malap tu je. Dia masuk tandas, sambil hisap rokok. Senyap je. Ingat buat apa. Tiba-tiba, dengar pintu jamban tu kena goncang bapak kuat. Kami semua terkejut. Memang kuat gila. Macam nak pecah pintu tu. Pastu senyap. Pastu goncang lagi, dengar bunyi jerit macam histeria. kuat haram. aku rasa selorong tu dengar. Memang kuat habis. Terbuka je pintu tu. Kami nampak kawan aku tu, telanjang, tangan ada rokok, menjerit, "HANTU JAMBAN!!!!!". Lari melompat atas katil. Maaflah semua, memang kami gelak macam gila dulu, baru pergi tengok dia. Masa dia atas katil tu, ada 5-6 orang orang-orang taman kat pagar tanya apahal. Kawan aku cakap apa tah. Pastu depa gelak.bahahah. pastu beredar. Kami pergi tanya dia kenapa. Dia cakap, masa dia duduk kt jamban tu, dia rasa ada tangan pegang punggung dia. bahaha. Isu tu memang lawak. Tapi lepas pada kejadian tu, bilik air tu kena seal sampai lah lampunye elok. Sampai lah sekarang alhamdulillah takde apa hal dah. Tamat cerita ke-13.

Mendap petang ni, ngantok. Maaf cerita kalau bosan.Haha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2014 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
skalar posted on 8-8-2014 04:05 PM
haha,share la skit cerita tu

Mlm kang aku cte..bru ad unsur2 mistik sket..hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 05:10 PM | Show all posts
cilakak! wat aku gelak sorang2 kat opis... ANTU JAMBAN! kalau aku pung... aku gelak je kot... tiada belas kasihan... lol
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 05:18 PM | Show all posts
mula2 bukak tadi... terus aku rempit sampai cerita 13. haha best gila ko cerita. terbayang macam tengah borak dengan ko jek.

aku nak follow ko lah. ko kalau update story pastikan broadcast eh. hahaha.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2014 07:09 PM | Show all posts
elnor_81 posted on 8-8-2014 04:42 PM
Mlm kang aku cte..bru ad unsur2 mistik sket..hahaha..

haha. boleh. asal cerita.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.067251 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list