CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11363|Reply: 159

[Tempatan] Edisi Ye Ke: Lelaki Wajib Berbaju Melayu Waktu Raya

[Copy link]
Post time 24-7-2014 05:43 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Shuhada Mansor
Lelaki berbangsa apa sekali pun jika memakai baju Melayu pasti ada tarikan tersendiri. Ramai lelaki khususnya Gen Y mengelak untuk menyarung baju Melayu. Oleh kerana ‘paksaan’ orang tua, anda terpaksa memakainya. Bagi mereka yang tertanya-tanya kenapa, SHUHADA MANSOR ada jawapannya.
Kalau sebut mengenai baju raya untuk lelaki, selalunya hanya baju Melayu yang akan bermain di fikiran. Bukannya kemeja, jauh sekali baju-T berkolar. Bukan saja Aidilfitri, majlis formal seperti makan malam ataupun kelengkapan busana perkahwinan pastinya akan tersenarai baju tradisional ini sebagai pilihan utama.


Jika diikutkan, pelbagai jenis padanan baju ada di pasaran boleh menggantikan baju Melayu tetapi sejak berabad dulu ia masih utuh menjadi persalinan lengkap bagi lelaki terutama dalam majlis atau sambutan tertentu. Baju Melayu Cekak Musang dan Baju Melayu Teluk Belanga antara dua jenis baju Melayu yang popular dalam kalangan masyarakat tidak kira tua atau muda, bahkan di negeri mana sekali pun anda dilahirkan.

Persalinan tradisional ini akan lebih lengkap jika digayakan bersama samping sama ada daripada material songket atau kain pelekat. Seperti baju kurung dan kebaya, kedua-dua jenis baju Melayu boleh dikategorikan fesyen yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Lelaki tidak mahu berbaju Melayu bukanlah satu kesalahan. Penulis berkongsi tarikan tersirat di sebalik pemakaiannya. Apa pun, ia bergantung sepenuhnya kepada keinginan dan pilihan masing-masing.

JANGAN ‘BUTA TRADISI’

Anda mungkin boleh dikatakan ‘buta tradisi’ sekiranya membesar di negara ini, namun tidak tahu apa itu baju Melayu. Tanyalah sesiapa pun tidak kira bangsa Cina atau India, pasti kebanyakan mereka memiliki sekurang-kurangnya sepasang baju Melayu dalam almari.

Walaupun baju Melayu adalah pakaian tradisional orang Melayu khususnya dipakai orang lelaki sejak dulu lagi, namun perkembangannya menyeluruh hingga dijadikan pakaian ‘wajib’ dalam majlis tertentu. Tetapi sukar untuk melihat anak muda zaman sekarang khususnya jejaka memakai baju Melayu lengkap kecuali pada hari raya atau hari akad nikah. Jika dipakai pun mungkin pada hari Jumaat saja untuk solat Jumaat, itu pun belum pasti lengkap bersama songkok dan samping.

Meskipun lambakan trend baju dengan rekaan terkini menjadi pilihan anak muda, penulis berpendapat, baju Melayu tidak boleh hilang ditelan zaman. Pereka fesyen perlu tahu peranan mereka dan kesedaran ini membuktikan baju tradisional ini sudah dipelbagaikan coraknya, bukan hanya satu warna kosong seperti sebelum ini. Reka bentuk di leher, tampalan corak batik di bahagian tertentu menjadikan ia lebih menyerlah dan mencuri perhatian anak muda.


TARIK PERHATIAN GADIS

Percaya atau tidak, anda akan mencuri perhatian ramai terutama si gadis jika menyarungkan baju ini kerana antaranya dianggap tidak lupa asal usul sendiri. Siapa yang tidak sukakan jejaka memakai baju Melayu lengkap bersamping? Jika jejaka yang memakai suit boleh membuatkan gadis Malaya jatuh cinta, apatah lagi jejaka yang memakai baju Melayu.

Percaya atau tidak, ada segelintir gadis suka melihat jejaka berbaju Melayu. Pada pandangan mereka, si lelaki dilihat lebih kemas, beradab dan memperlihatkan ciri-ciri sopan dalam ketegasan. Jadi apa lagi, jangan tunggu hari raya baru nak pakai baju Melayu. Paling tidak, pakai setiap hari Jumaat pada waktu ke pejabat ataupun ke kuliah. Pasti akan kelihatan lebih menarik dan tampan. Jangan terlalu berusaha keras untuk dipandang ramai, lagak bersahaja mampu menarik perhatian gadis tak kira masa.

Jangan terlalu berusaha hingga sanggup mencari baju Melayu yang sesuai dengan bentuk badan. Tidak perlu risau kerana baju ini direka serasi dengan setiap tubuh badan lelaki, tidak kira kecil atau besar. Sehingga mampu kelihatan tegap seperti pahlawan Melayu terkenal seperti Hang Tuah. Paling tidak pun seperti pengantin baru!


WAJAH MODEN GAYA LAMA

Penggayaan baju tradisional ini eksklusif. Ia bukan dipakai setiap hari, jadi, benarlah sekiranya orang tua menyuruh anda menggayakan baju Melayu pada hari raya atau majlis tertentu. Ia untuk menampakkan kelainan dalam diri remaja walaupun persekitaran moden.

Kombinasi tradisional dan moden pada masa sama menjadikan anda berbeza. Bukan calang-calang busana, baju Melayu adalah pakaian pilihan pemimpin, contohnya Perdana Menteri dan jemaah menteri akan berpakaian baju Melayu lengkap sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong. Tidak mustahil jika penulis berpendapat, daya tarikan anda akan meningkat sekurang-kurangnya 90 peratus jika menyarungkan baju ini pada majlis keraian.


TAHU SEJARAH

Biar pemikiran dan penampilan moden tetapi jangan buta sejarah. Anda pasti tahu terdapat dua jenis baju Melayu yang menjadi pilihan utama bagi lelaki iaitu baju Melayu cekak musang dan jenis Teluk Belanga. Digambarkan, baju Melayu cekak musang mempunyai lima butir kancing atau butang di bahagian leher manakala jenis Teluk Belanga lebih ringkas tanpa ada kolar seperti cekak musang.

Persalinan lengkap baju tradisional ini digayakan dengan samping. Samping biasanya dipakai bersama-sama baju Melayu dan seluar panjang. Difahamkan asalnya, samping panjang hingga ke buku lali dengan bahagian depan disingkatkan bagi menampakkan seluar di bahagian dalam. Namun mengikut peredaran masa, ia kini diikat dan dilipat sehingga ke paras lutut. Cara ini lebih digemari anak muda kerana ringkas dan selesa apabila dipakai.

Tidak lengkap gaya tanpa songkok untuk dipadankan dengan baju Melayu. Berbeza daripada kopiah, songkok lebih eksklusif dan formal untuk digayakan walaupun asasnya kedua-dua aksesori ini menutup kepala.

Kesimpulannya, jangan cepat melatah dan ingkar jika disuruh orang tua. Mungkin ia kelihatan ketinggalan zaman jika anda beranggapan memakai pakaian tradisional menyambut lebaran, tetapi fikirkanlah kembali dan kaji keistimewaan dan tarikannya. Ada sebab disuruh, ada juga sebab dilarang.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/23

Read here: http://www.hmetro.com.my/articles/Wajibberbajumelayu_/Article


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
encem what lau Abam2 berbaju Melayu di pagi Raye.. i likeeee
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 05:50 PM | Show all posts
shuhada mansor ni ada fetish lelaki pakai baju melayu ka?

Percaya atau tidak, anda akan mencuri perhatian ramai terutama si gadis jika menyarungkan baju ini kerana antaranya dianggap tidak lupa asal usul sendiri. Siapa yang tidak sukakan jejaka memakai baju Melayu lengkap bersamping? Jika jejaka yang memakai suit boleh membuatkan gadis Malaya jatuh cinta, apatah lagi jejaka yang memakai baju Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 06:10 PM | Show all posts
Lelaki yg pkai baju melayu lengkap mmg nmpk hensem...tp, ada jugak da elok pkai baju melayu bagai tp bedak seinci uolss....hadek2 sgt...geli aku
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 06:15 PM | Show all posts
aechae posted on 24-7-2014 06:10 PM
Lelaki yg pkai baju melayu lengkap mmg nmpk hensem...tp, ada jugak da elok pkai baju melayu bagai tp ...

Ok. nanti iols pakai baju melayu lengkap


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2014 06:18 PM | Show all posts
ultra78 posted on 24-7-2014 10:15 AM
Ok. nanti iols pakai baju melayu lengkap

Pasti merembes
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2014 06:20 PM | Show all posts
Wei lelaki klu pki bj melayu lengkap hensem sgt iols tgk...lagi2 klu muka body pun hensem...dr skola lg iols suka tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 06:24 PM | Show all posts
Macam ni?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 06:25 PM | Show all posts
hnsss...hnsss..kembang kempis idung..semangat nk pakai baju melayu pg raya
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 06:27 PM | Show all posts
lurve82 posted on 24-7-2014 06:20 PM
Wei lelaki klu pki bj melayu lengkap hensem sgt iols tgk...lagi2 klu muka body pun hensem...dr skola ...

wa tiap kali pakai baju melayu mesti dorang kata nak pi nikah lagi...

mungkin pasal seri pengantin muka wa tak hilang2 kut...





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2014 06:29 PM | Show all posts
Cenggini la ha

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2014 06:30 PM | Show all posts
lavaraya posted on 24-7-2014 10:27 AM
wa tiap kali pakai baju melayu mesti dorang kata nak pi nikah lagi...

mungkin pasal seri pengan ...

Tu sebab pakai baju putih tu laba
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 06:32 PM | Show all posts
GhostWalking posted on 24-7-2014 06:30 PM
Tu sebab pakai baju putih tu laba

baju putih apa..?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2014 06:33 PM | Show all posts
lavaraya posted on 24-7-2014 10:32 AM
baju putih apa..?

Astagaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 06:37 PM | Show all posts
Lg 1...bj melayu cekak musang jah...bj melayu johor tu iols xberkenan...mungkin awek2 johor suka kot...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 06:37 PM | Show all posts
lavaraya posted on 24-7-2014 06:27 PM
wa tiap kali pakai baju melayu mesti dorang kata nak pi nikah lagi...

mungkin pasal seri pengan ...

Woi uncle lava...cukup la 2 bini uncle tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 06:38 PM | Show all posts
Tidak lengkap gaya tanpa songkok untuk dipadankan dengan baju Melayu. Berbeza daripada kopiah, songkok lebih eksklusif dan formal untuk digayakan walaupun asasnya kedua-dua aksesori ini menutup kepala.



@peYno


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2014 06:39 PM | Show all posts
hzln posted on 24-7-2014 10:38 AM
Tidak lengkap gaya tanpa songkok untuk dipadankan dengan baju Melayu. Berbeza daripada kopiah, songk ...

Hahahahaha gosh ada jugak songkok JDT??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2014 06:40 PM | Show all posts
hzln posted on 24-7-2014 10:38 AM
Tidak lengkap gaya tanpa songkok untuk dipadankan dengan baju Melayu. Berbeza daripada kopiah, songk ...

Di gayakan dengan ini fuh

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 06:43 PM | Show all posts
GhostWalking posted on 24-7-2014 06:40 PM
Di gayakan dengan ini fuh

hahahhahahhaa...bangla keja kilang perabot sahaja yg sanggup memakainya di pagi raya yg mulia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.086155 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list