CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2999|Reply: 1

[Dunia] Perdana Menteri Ukraine Letak Jawatan

[Copy link]
Post time 25-7-2014 11:38 AM | Show all posts |Read mode
DONETSK - UKRAINE. Perdana Menteri Ukraine, Arseniy Yatsenyuk meletak jawatan, malam tadi, selepas kerajaan gabungannya runtuh sekali gus menjadikan negara itu terus bergelut dengan ketidaktentuan politik.

Pengumuman mengejut itu menambah kekalutan negara berkenaan ketika wilayah timurnya kini bergolak selepas dikuasai pemberontak dan pakar antarabangsa pula menjalankan siasatan berhubung nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh minggu lalu.

Mengumumkan pengundurannya, Yatsenyuk berkata, beliau mengambil tindakan itu berhubung isu 'pembubaran gabungan di Parlimen dan sekatan terhadap inisiatif kerajaan'.

Sebelum itu beberapa parti meninggalkan gabungan yang membentuk kerajaan Ukraine.

Perkembangan itu membuka jalan kepada Presiden Petro Poroshenko untuk mengadakan pilihan raya awal dalam tempoh 30 hari.

Walaupun gencatan senjata diumum kerajaan dan pemberontak di lokasi pesawat MH17 terhempas berkuatkuasa serta-merta, pengeboman terus berlanjutan di kawasan berhampiran, termasuk di Donetsk yang terletak hanya 60 kilometer dari tempat kejadian.

Tentera Ukraine melaporkan empat anggota mereka terbunuh dalam tempoh 24 jam dalam gerakan menguasai semula kawasan perindustrian di timur negara itu daripada penguasaan pemberontak pro-Rusia. - AFP.


Read here: http://www.sinarharian.com.my/gl ... ak-jawatan-1.302863




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2014 01:02 PM | Show all posts
bertepuk tangan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.062232 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list