CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4563|Reply: 91

[Tempatan] anwar ibrahim buat selangor macam hak milik dia je

[Copy link]
Post time 25-7-2014 03:01 PM | Show all posts |Read mode


memula anwar nak tumbankan mahathir

Allah tak bagi

kemudian anwar nak tumbangkan pak lah

Allah kata NO lagi

lepas itu nak tumbangkan najib

Allah tetap tak bagi kebenaran

Ini kalilah jadi Lain Kali lah

sekarang nak ambil selangor jadi macam hak keluarga dia pula

memang merapu anwar ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2014 03:04 PM | Show all posts
kau ni cakap anwar merapu seolah2 cakap semua pengikut pkr merapu
nanti dorang marah taww
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 03:13 PM | Show all posts
buat pertandingan poster paling terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 03:15 PM | Show all posts
die nak buat macam thailand la tu,
die ni kalau jadi PM, serious mmg bergolak la malaysia,
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 03:16 PM | Show all posts
aku tgk manfaat
ada manfaat sokong la
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 03:17 PM | Show all posts
Nasiblah kau orang Selangor.
Bukan kauorang tak tahu.................kalau pemimpin tu asal Pulau Pinang...............memang kebanyakkannya yang tak semenggah. Pulau pinang sendiri tak nak anak tempatan jadi KM............itu yang impot Melaka mari.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2014 03:22 PM | Show all posts
janji air pree 20m3 sebulan.. ko hado?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 03:35 PM | Show all posts
Biarkan la dia nak jadi MB Selangor..dah rakyat Selangor yang undi kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2014 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul. Suka2 hati dia je. Haih.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 03:41 PM | Show all posts
harap kalid bubar dun..biar rakyat decide semula nak sapa jd MB..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 03:43 PM | Show all posts
Pas 'kuburkan' impian Anwar


Anwar Ibrahim, Wan Azizah Wan Ismail dan Abdul Khalid Ibrahim semasa pengumuman kemenangan Wan Azizah pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang, Bangi, Mac lalu. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
"Anwar Ibrahim dah lama tiduq (tidur) tak lena, la ni (sekarang) dia nak bagi orang lain pun tiduq (tidur) tak lena, pasai (sebab itulah) dia saja buat isu Menteri Besar Selangor ni.''

Itulah komen seorang pemimpin Pas dari utara yang ditanya pandangan beliau berhubung tindakan Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Apa yang menjadi perbualan, insan terpilih yang mungkin akan dianggap oleh penyokong-penyokong tegar PKR seorang lagi 'anugerah Tuhan' ialah isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Pemilihan Wan Azizah untuk menggantikan Abdul Khalid bukanlah satu kejutan sebaliknya sudah dijangka apabila Presiden PKR itu menjadi calon parti tersebut bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam Pilihan Raya Kecil kawasan itu tidak lama dahulu.

Pencalonan Wan Azizah dianggap aneh, begitu juga bagi kerusi Menteri Besar tetapi dalam PKR tiada apa yang pelik memandangkan kadang kala `tindakan yang di luar kebiasaan seolah-olah diterima sebagai satu kebiasaan' dalam parti berkenaan.

Jangan lupa Anwar sebenarnya berhasrat untuk menjadi Menteri Besar Selangor sebelum impian itu terkubur berikutan keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati beliau bersalah kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Atas sebab itulah, kita melihat perjalanan politik PKR menjadi kelam kabut dan membuktikan hanya seorang pemimpin yang paling berkuasa dalam parti tersebut itu iaitu Anwar. Biar pun tidak dipilih melalui pemilihan parti berbanding jawatan Presiden PKR yang disandang oleh isterinya, namun Anwar cukup berpengaruh.

Tetapi tiada apa yang perlu dihairankan memandangkan PKR pun ditubuhkan dahulu kerana hendak membela Anwar yang dipecat dari parti dan kerajaan kerana masalah moral. Oleh itu apabila Anwar dilihat amat berkuasa dalam parti tersebut, ia bukanlah sesuatu yang ganjil.

Apa pun, Anwar tidak boleh membawa kegelojohan beliau berpolitik untuk mengganggu gugat pentadbiran kerajaan negeri di Selangor di bawah Abdul Khalid. Selama ini, pakatan pembangkang dapat bertahan di negeri itu selama dua penggal bukan kerana kehebatan Anwar, Wan Azizah apatah lagi Azmin Ali mahupun Rafizi Ramli.

Tetapi di atas keupayaan Abdul Khalid mentadbir kerajaan Selangor sehingga ia membolehkan rakyat memberikan mandat buat penggal kedua kepada pakatan pembangkang.

Biarpun PKR mempunyai kerusi yang kurang daripada Pas dan DAP tetapi disebabkan oleh Abdul Khalid, kedua-dua parti itu bersedia mengekalkan beliau sebagai Menteri Besar.

Namun malangnya, Anwar berasa tidak selesa dengan keadaan itu kerana difahamkan banyak arahan beliau tidak dipatuhi oleh Abdul Khalid. Ini memandangkan Abdul Khalid memimpin Selangor bukan demi kepentingan politik PKR atau pakatan pembangkang sahaja tetapi paling utama untuk kesejahteraan rakyat negeri itu.

Justeru mahu tidak mahu, Anwar perlu mencari jalan untuk menyingkirkan Abdul Khalid dengan menggantikan seseorang yang boleh beliau percaya 100 peratus dan seseorang yang akan setia kepada beliau sampai ke mati. Sebab itulah beliau memilih Wan Azizah.

Biar pun Anwar ada orang kepercayaan yang cukup setia dan juga 'musuh politik' Abdul Khalid iaitu Azmin Ali atau menyusun satu lagi pilihan raya kecil bagi membolehkan 'ayam sabung' PKR Rafizi menang kerusi DUN di Selangor dan kemudian dilantik sebagai Menteri Besar, namun harapan itu sekadar mimpi.

Anwar lebih mengutamakan isterinya, apatah lagi semua orang tahu Wan Azizah baik dengan Abdul Khalid tetapi 'bermasam muka' dengan Azmin atas sebab-sebab tertentu.

Mungkin kalau Anwar membuat keputusan untuk menggantikan Abdul Khalid dengan Azmin, ia tidak akan menimbulkan banyak perdebatan kerana ia sememangnya dalam jangkaan banyak pihak.

Bagaimanapun mengenali Anwar, beliau sering melakukan tindakan di luar kebiasaan yang orang lain tidak mampu atau tidak tergamak melakukannya. Begitulah keadaannya apabila beliau memutuskan isteri kesayangan itu menjadi pengganti Abdul Khalid.

Tindakan Anwar itu menyebabkan suasana tenang di Selangor boleh menjadi carca marba seperti mana pemilihan PKR yang dihiasi dengan kerusi terbang dan kasut melayang. Namun Anwar tidak mempedulikan keadaan itu kerana sudah tidak sabar lagi hendak menggantikan Abdul Khalid - atas alasan apa hanya Anwar sahaja yang tahu.



bersambung
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 03:43 PM | Show all posts
Sebab itulah beliau dengan penuh yakin dan tanpa rasa bersalah apatah lagi 'perasaan malu' membawa usul dalam mesyuarat Majlis Presiden pakatan pembangkang, kelmarin untuk 'mentabalkan' isterinya sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Abdul Khalid.

Apabila Anwar berbuat demikian, beliau bukan sahaja tidak 'mencermin diri' untuk mengetahui apakah tindakan itu wajar atau tidak, malah sengaja melupakan bahawa kerusi Menteri Besar Selangor bukan hak mutlak PKR.

Kalau pun hendak berlaku perubahan, pengganti perlu datang terlebih dahulu daripada Pas bukan PKR. Ramai lagi dalam Pas yang bak kata orang seratus kali lebih hebat daripada Wan Azizah.

Berikutan keadaan itulah, semua pihak termasuk dalam PKR sendiri melihat tindakan Anwar itu bermotif politik semata-mata dan bukannya demi kesejahteraan rakyat Selangor apatah lagi bagi memperbaiki pentadbiran pakatan pembangkang di negeri itu.

Ia sekadar satu tindakan untuk memenuhi nafsu politik Anwar yang bak kata bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr.Hasan Ali, `seolah-olah mengetahui sebahagian jasadnya berada di Penjara Sungai Buloh''.

Apa yang lebih malang bagi Anwar ialah beliau seolah-olah 'mengigau' keseorangan apabila memilih Wan Azizah tetapi membuat pengumuman kononnya 'kepemimpinan PKR sepakat'. Benar 'sepakat' tetapi mungkin setakat beliau dan Wan Azizah sahaja memandangkan beliau Penasihat PKR manakala isterinya Presiden parti itu.

Namun begitu, ramai pemerhati politik percaya, impian Anwar tidak akan ke mana kerana Pas khususnya tidak akan bersetuju dengan pencalonan Wan Azizah kerana Penasihat PKR itu tidak mempunyai kredibitili dan kemampuan untuk mentadbir sebuah negeri seperti Selangor.

Penulis difahamkan, kepimpinan Pas tidak mahu Wan Azizah hanya sekadar 'penghias' dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor seperti mana beliau menjadi 'pelengkap organisasi' dalam PKR. Apakah maksud itu? Kajilah perjalanan politik PKR yang menunjukkan orang lain pegang jawatan, orang lain pula yang berkuasa? Dan sudah pasti Pas tidak mahu ia berlaku di Selangor!



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... Anwar#ixzz38SpXob6Y
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 03:48 PM | Show all posts
hahahahahaha gile kuase.....tapi tuan dia tetap betul.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 03:49 PM | Show all posts
kaki jilat tetap menjilat walau ape jua keadaan
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 03:49 PM | Show all posts
dia ingat ini selangor BAPAK DIA YG PUNYE?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 03:51 PM | Show all posts
wan azizah mampu ke pikul tanggungjawab..orang cari point jer nak hentam MB ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2014 03:53 PM | Show all posts
Pas, DAP terima Azizah
WARTAWAN SINAR HARIAN
24 Julai 2014

Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR

KUALA LUMPUR – Bayangan untuk menukar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semakin jelas apabila Pas dan DAP menerima cadangan untuk mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar baharu.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, perkara itu akan dibincangkan lebih lanjut oleh kedua-kedua parti tersebut dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing.

“DAP dan Pas akan membawa perkara ini ke dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti dan akan membuat keputusan dalam masa terdekat.

“Secara dasarnya Pas dan DAP menerima cadangan membuat pertukaran menteri besar dan menghormati prinsip calon jawatan tersebut adalah daripada PKR,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan PR di Parlimen, semalam.

Turut hadir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mewakili Presiden parti tersebut, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang masih kurang sihat.

Anwar berkata, perbincangan juga sedang berjalan antara PKR dan Abdul Khalid untuk memujuknya melepaskan jawatan secara baik.

“Kita akan cuba berbincang secara baik dengan Abdul Khalid dan memujuknya mengenai penukaran menteri besar ini,” katanya.

Mengenai alasan pemilihan Wan Azizah sebagai calon menteri besar berbanding Azmin Ali, Anwar berkata, keputusan tersebut telah diputuskan oleh Majlis Pimpinan PR.

“Azmin adalah antara calon yang turut tersenarai dalam senarai pencalonan menteri besar, tetapi konsensus parti telah bersetuju mencalonkan Wan Azizah.

“Antara sebabnya ialah Wan Azizah merupakan Presiden parti PKR,” katanya.

Anwar juga berkata beliau akan meletakkan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor selepas Wan Azizah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

“Saya tidak fikir saya akan berperanan sekiranya Azizah
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 03:57 PM | Show all posts
parti anak beranak....buktinye...

Menteri Besar selangor dilantik oleh ketua pembangkang iaitu anwar al jub.....

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 04:00 PM | Show all posts
walaupun aku bukan tinggal kat selangor, aku harap khalid terus jadi MB
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya ramai dah yg tak sokong nuart ni..semakin mengarut..yg masih sokong lg tu bukan naif..tp bodo.. katanya asalkan bukan umno ya...hahahaha..kalau dah bodo tu mmg susah nak diajar...selamatla korang terusan jd bodo..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.093958 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list