CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Knights

[Tempatan] anwar ibrahim buat selangor macam hak milik dia je

[Copy link]
Post time 25-7-2014 04:03 PM | Show all posts
akughi posted on 25-7-2014 03:57 PM
parti anak beranak....buktinye...

Menteri Besar selangor dilantik oleh ketua pembangkang iaitu an ...

dengar apa kata bekas org kuat anwat..

Pencalonan MB cetuskan konflik
Oleh HUSSAINI AMRAN
hussaini.amran@utusan.com.my

Zulkifli Noordin Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu

KUALA LUMPUR 24 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa melakukan salah guna kuasa apabila mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti yang mencalonkan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.
Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, terdapat konflik kepentingan yang jelas memandangkan Anwar serta Wan Azizah mempunyai hubungan sebagai suami dan isteri.
Menurut beliau, undang-undang menyatakan, adalah menjadi satu kesalahan korupsi bagi seseorang mempengerusikan atau mengambil bahagian dalam mesyuarat di mana ahli keluarganya mempunyai kepentingan.
"Tindakan Anwar mempengerusikan mesyuarat MPT dan mengambil bahagian secara aktif untuk mencapai keputusan mencalonkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor adalah satu amalan salah guna kuasa yang jelas.
"Tindak-tanduk Anwar itu juga memberi persepsi bahawa ia adalah keputusan keluarga Anwar apatah lagi anaknya, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR, ialah ahli MPT," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Baru-baru ini, Anwar mengumumkan pelantikan Wan Azizah sebagai calon bagi menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu dengan alasan pelantikan isterinya itu bakal menyelesaikan banyak perkara.
Zulkifli menambah, proses yang membawa kepada keputusan pencalonan Wan Azizah sebagai pengganti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu melanggar prinsip demokrasi, keterbukaan dan ketelusan.
Jelas beliau, sepatutnya ahli-ahli PKR yang memberi keputusan dan mandat, apatah lagi PKR tidak mempunyai sebab yang munasabah untuk memecat Abdul Khalid.
"Pada masa sama, Anwar sendiri berkata, ada ramai lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR yang layak dilantik menjadi Menteri Besar," ujarnya.
Sehubungan itu, Zulkifli mendesak dan mencabar Anwar untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi membolehkan ahli-ahli PKR memberi mandat yang jelas terhadap usul menggantikan Abdul Khalid dengan Wan Azizah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140725/po_02/Pencalonan-MB-cetuskan-konflik#ixzz38SuYHYRf
© Utusan Melayu (M) Bhd

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2014 04:04 PM | Show all posts
Pas masih iktiraf Abdul Khalid sebagai Menteri Besar yang sah

SHAH ALAM 22 Julai - Pas dan DAP di negeri ini belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu menyokong tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencalonkan Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Selangor, Sallehen Mukhyi sebaliknya berkata, pihaknya buat masa ini mengiktiraf Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang sah memandangkan tiada sebarang perbincangan mengenai perubahan kepimpinan pentadbiran negeri dibuat melibatkan Pas negeri dan pusat.

"Buat masa ini, kita masih berpegang bahawa Tan Sri Abdul Khalid masih Menteri Besar Selangor. Selain itu, buat masa ini juga Pas Selangor dan Pas pusat tidak ada sebarang keputusan termasuklah bersetuju Wan Azizah adalah calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

"Isu Menteri Besar Selangor juga tidak dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), sebaliknya perkara itu dibincangkan di peringkat kepimpinan parti," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sallehen yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri itu berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan sebulat suara PKR yang mencalonkan Wan Azizah bagi menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Menurut Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laporan akhbar, pencalonan itu dibuat dibuat atas kapasiti Wan Azizah yang dikatakan mampu menyelesaikan banyak perkara tertangguh di Selangor.

Malah, Anwar turut menyatakan keputusan untuk menukar Menteri Besar Selangor telah dipersetujui oleh sekutu mereka iaitu Pas dan DAP sebelum ini.

Sementara itu, Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim turut menyatakan pihaknya tidak boleh menyatakan sebarang persetujuan termasuk memberikan sokongan terhadap keputusan PKR mencalonkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.



P/s;- Tu Abg Non cakap....PAS dan DAP dah setuju tuuu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 04:09 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 25-7-2014 04:04 PM
Pas masih iktiraf Abdul Khalid sebagai Menteri Besar yang sah

SHAH ALAM 22 Julai - Pas dan DAP di ...

PAS n DAP setuju aje bile nuat kata.....


"aku gadai bini aku tuk dapat selangor, untung kat korang jugak geng.....bini aku ni dah jadi lembu tindik idung, korang jgn risau, dia ikut je arahan aku"
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 04:13 PM | Show all posts
akughi posted on 25-7-2014 04:09 PM
PAS n DAP setuju aje bile nuat kata.....

betui lah kata TT tu...

ni baru perintah negeri...dah dibuatnya macam bapak dia yg punya..keluarga dia yg punya...kalau dia ditakdirkan oleh Allah swt perintah Malaysia...hancur leburlah negara....nak2 dia ada macai2 yg sanggup buat apa sahaja demi bergelar penjilat tegar..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 04:14 PM | Show all posts
pppfffffffffffffttttttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 04:16 PM | Show all posts
tak relevan dah nuar tu...dah2 ler...bosan aku dgn dia ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2014 04:22 PM | Show all posts
Langkah Anwar kuasai Selangor secara total

KUALA LUMPUR 22 Julai - Pemilihan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu oleh kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerlahkan niat sebenar Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menguasai pentadbiran negeri itu secara total.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan berkata, perkara berkenaan amat dikesali apatah lagi usaha menukar menteri besar itu digerakkan oleh Anwar yang tidak pernah dipilih secara demokratik oleh partinya sendiri.

Katanya, Wan Azizah juga diyakini menyedari strategi politik suaminya namun sebagai isteri yang taat, dia tidak menentang demi menjaga aib Anwar.

"Dialah Presiden PKR, pernah jadi Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh sebelum melepaskan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar untuk kembali ke Dewan Rakyat dan akhirnya membuat kemunculan semula di Kajang.

"Tetapi adakah Wan Azizah memberikan impak besar dalam politik. Saya tidak nampak dan khuatir dia dipergunakan oleh suaminya sejak sekian lama. Semua boleh menilai hal ini dan saya bersimpati dengan Wan Azizah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, PKR mencapai kata sepakat untuk memilih Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menyelesaikan banyak perkara tertangguh di negeri itu.

Dalam pada itu, Nallakaruppan percaya Wan Azizah sebenarnya amat rapat dengan Abdul Khalid dan mereka saling menyokong di antara satu sama lain.

Katanya, perkembangan terbaharu itu pasti menyebabkan kedua belah pihak kini serba salah dan tersepit.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... total#ixzz38SzUVcxr
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori posted on 25-7-2014 03:43 PM
Sebab itulah beliau dengan penuh yakin dan tanpa rasa bersalah apatah lagi 'perasaan malu' membawa u ...

Dlm post2 AN, yg ni aku setuju 100%....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2014 04:23 PM | Show all posts
Faekah sindir pencalonan Wan Azizah jadi MB?

KUALA LUMPUR 22 Julai - Status pada akaun Twitter, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI), Faekah Husin hari ini seolah-olah meluahkan reaksinya terhadap keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menamakan Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Faekah yakin segala perancangan pihak tertentu untuk mewujudkan suasana porak-peranda tidak akan berhasil sekiranya tidak diizinkan Allah SWT.

"Manusia boleh mencanai, mencorak dan memporak perandakan, namun bila Allah tak izin, Allah tak izinlah. Penghalang hanya penyebab," ujarnya.

Beliau juga seolah-olah menyindir Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menulis status 'Ya Allah.. Kau peliharalah puasaku hari ini...' sebagai reaksi terhadap artikel bertajuk 'Langkah Kajang tepat, walau saya derita - Anwar' yang disiarkan blog Warga Marhaen di http://wargamarhaen.blogspot.com hari ini.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... di-MB#ixzz38SzmIqst
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 04:25 PM | Show all posts
PKR didesak adakan mesyuarat agung luar biasa

KUALA LUMPUR 22 Julai - Parti Keadilan Rakyat (PKR) didesak mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi membuat keputusan pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Pengasas PKR Kedah, Ishak Man berkata, pelantikan jawatan penting itu perlu mengikut proses amalan demokrasi dan bukannya melantik sesiapa sahaja dalam kalangan kaum keluarga pemimpin tertinggi parti.

Tegas beliau, kerusi Menteri Besar Selangor itu tidak boleh dibiarkan kepada 'tangan-tangan hantu' untuk mengganggu-gugat kedudukan jawatan itu.

"Sebagai ahli lama dalam parti PKR, saya rasa setiap ahli mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan dalam perkara ini.

"Saya sangat merayu dan berharap parti dapat memelihara jawatan Menteri Besar Selangor yang satu-satunya dimiliki PKR dengan baik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, PKR mencapai kata sepakat untuk memilih Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat atas kapasiti Wan Azizah yang dikatakan mampu menyelesaikan banyak perkara tertangguh di negeri itu.

Ishak berkata, pelaksanaan EGM itu akan memberi kesan baik kepada imej dan kedudukan parti selain demi mematangkan parti sendiri.

Katanya, semua ahli tidak mahu rakyat memberi tanggapan salah bahawa parti itu tidak mendengar suara rakyat.

"PKR ini lahirnya daripada keringat darah dan tenaga rakyat.

"Saya sangat berharap agar Anwar menunjukkan sikap kepimpinan dan tidak terlalu gopoh dalam membuat keputusan kerana parti ini adalah parti rakyat, daripada rakyat dan kepada rakyat," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... biasa#ixzz38T07sGm4
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 04:27 PM | Show all posts
Saya masih lagi MB Selangor - Khalid

SHAH ALAM 22 Julai - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan tetap meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor meskipun parti yang diwakilinya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam telah mencalonkan Presiden parti itu, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan beliau.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini, Abdul Khalid menegaskan, beliau masih lagi Menteri Besar Selangor seperti diperuntukkan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 sehingga proses penggantian jawatan itu dilakukan.

Ini kerana, katanya, pelantikan atau penggantian jawatan Menteri Besar tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya kerana di bawah peruntukan undang-undang tersebut menetapkan tatacara serta proses-proses khusus yang perlu dipatuhi oleh semua pihak.

"Saya menghormati keputusan politik PKR yang mencalonkan Presiden parti, Datin Seri (Dr.) Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. Namun begitu, saya berpegang teguh kepada Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 yang menetapkan tatacara khusus bagi pelantikan atau penggantian Menteri Besar.

"Saya percaya, mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses-proses tersebut untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.

"Maka, sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan tugas saya sebagai Menteri Besar Selangor dengan penuh tanggungjawab seperti diamanahkan rakyat yang telah memilih saya melalui proses pemilihan yang sah," katanya.

Semalam, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Wan Azizah sebagai calon bagi menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Menurut Anwar, pencalonan itu dibuat atas kapasiti Wan Azizah yang dikatakan mampu menyelesaikan banyak perkara tertangguh di Selangor selain menyatakan perubahan jawatan Menteri Besar telah dipersetujui oleh sekutu mereka iaitu Pas dan DAP.

Sementara itu dalam satu majlis berasingan, Abdul Khalid menyifatkan tekanan yang dihadapinya berhubung kedudukan sebagai Menteri Besar Selangor sebagai asam garam dalam politik.

Beliau yang menyifatkan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor sesuatu yang 'menyeronokkan' berkata, penyertaannya dalam PKR kerana mahukan reformasi dan bekerja untuk rakyat.

Abdul Khalid turut membayangkan hasratnya untuk berkhidmat sehingga berakhir penggal ini sebelum meluangkan masa bersama keluarga.

"Boleh jadi tiba masanya untuk dua atau tiga tahun akan datang saya dapat berehat bersama cucu-cucu," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor Bersama Rakyat di Kuang hari ini.

Abdul Khalid turut mengulangi pendiriannya akan menjalankan tanggungjawab untuk menerajui pentadbiran kerajaan Selangor sehingga tidak lagi diminta berbuat demikian.

"Terpulang kepada rakyat untuk menentukan. Kalau rakyat setuju (dengan saya) maknanya tidak gantilah," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... halid#ixzz38T0VU1SW
© Utusan Melayu (M) Bhd


..kalau abg non tetap nak gantikan Khalid...apa rakyat nak buat?..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau pd pandangan penyokong2 PKR yg buta ini dianggap sebagai strategi politik tp bagi aku ni politik ala koboi kat sebuah pekan yg tiada undang2....mcm Sheriff dlm filem Unforgiven tu...suka suki buat undang2 sendiri...yg mana melawan kena tembak....akhirnya pekan tu musnah.....Selangor akan jadi huru hara jugak...sebab ramai dlm Pas tak suka apa yg Anwar buat ini...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 04:36 PM | Show all posts
atai posted on 25-7-2014 03:51 PM
wan azizah mampu ke pikul tanggungjawab..orang cari point jer nak hentam MB ni..

apa susah??? rafizi kan ada?? banyak idea dia boleh cover punya

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 04:40 PM | Show all posts
ronin posted on 25-7-2014 04:34 PM
Kalau pd pandangan penyokong2 PKR yg buta ini dianggap sebagai strategi politik tp bagi aku ni polit ...

penyokong2 PKR ni saya umpamakan sebagai burung tiong....apa yg pemimpin kata contoh ini adalah strategi politik...mereka pun ikutlah cakap..ini adalah strategi politik...pada hal sebelum tu bukan main mereka cakap...Khalid ni bagus..pandai memimpin, jimatkan duit rakyat...tapi pasal strategi politik..terus jadi hipokrit...macam lalang...tarak pendirian..entah2 maruah pun sanggup mereka hilang...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 04:46 PM | Show all posts
pening arr politik2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 04:48 PM | Show all posts
bosan aku ngan PKR, PKR nie la penyebab DAP makin keras kepala, PAS patut tinggalkan jer pakatan rakyat, PAS sorang2 pun cukup strong kalau bawak isu agama dan hudud macam dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2014 04:51 PM | Show all posts
Iya, perangai Nuar ni sangat sialan, politikus picisan. TETAPI aku tak setuju letak nama Allah bagai.

Politik murahan perlu ke kait dgn Allah? Siamang sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 06:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 07:10 PM | Show all posts
Saya sokong Khalid kekal MB - Presiden PAS
KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | 25 Julai 2014.


MARANG: Berikut sidang media dan soal jawab Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama pihak media di kediamannya Rusila, Marang selepas kuliah pagi Jumaat, pagi tadi.

SAYA menyokong kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad yang menegaskan supaya diteruskan jawatan Menteri Besar Selangor kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. Berdasarkan kepada perlu diambil kira tentang rakyat Selangor dan Sultan Selangor itu sendiri. YB Iskandar adalah wakil PAS Pusat yang dilantik oleh PAS Pusat mengikut Perlembagaan untuk mengendalikan urusan PAS negeri Selangor.

Kenyataan beliau adalah sebagai kenyataan wakil kita (PAS) di Selangor. Dan saya sendiri telah membuat penelitian melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS atau di luar PAS dan membuat kaji selidik. Di mana, didapati bahawa majoriti rakyat Selangor masih bersetuju dengan Tan Sri Khalid menjadi Menteri Besar.

Kedua, kita tidak boleh membelakangi Duli Yang Mulia Sultan Selangor dan kita (PAS) serah kepada bagindalah untuk menentukan dan tidak boleh dibelakangi baginda dalam isu (MB) ini, itu (keputusan) terpulang kepada baginda (Sultan).

Ketiga, alasan-alasan mahu menukar Menteri Besar ini tidak kukuh. Di mana, saya melihat tidak setuju dengan Tan Sri Khalid ini tidak melibatkan amanah-amanah yang besar. Jika sekiranya, beliau (Khalid) terlibat dengan skandal, terlibat dengan pecah amanah, salah guna duit Selangor itu boleh kita tukar. Tapi, jika alasan yang lain itu boleh kita urus dan bukan dengan tukar Menteri Besar. Ini kerana, kita anggap masih dalam 'perjalanan' dan tidak boleh 'dipintas' dalam perjalanan, kena tunggu hingga habis tempoh penggallah. Itu pandangan saya berdasarkan apa yang saya dapat dari Pesuruhjaya PAS negeri Selangor dan rakan-rakan Exco (kerajaan) Selangor dan wakil-wakil rakyat Dun Selangor dari PAS.

Soalan (S): Adakah Tok Guru dan PAS sendiri kekal dengan keputusan untuk mempertahankan Khalid Ibrahim?

Jawapan (J): InsyaAllah, itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan bersama ini. Walau pun  di sana ada pandangan berbeza dan hujah berbeza dan saya dengar semua hujah-hujah ini, saya kumpul dan dapati semua hujah-hujah ini. Akhirnya, saya berpendapat majoriti akar umbi PAS bersetuju dengan Tan Sri Khalid Ibrahim ini dikekalkan jawatan Menteri Besar. (Ini) di atas konsep Amanah, beliau menunaikan amanah (tangggungjawab) ini.

(S): Tidakkah Tok Guru, ini melebarkan perpecahan dalam pakatan pembangkang?

(J): Itu perkara akan datang dan kita (PAS) boleh bincang dan boleh berunding. PAS akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat. Perdapat berbeza itu biasa sejak dari dahulu lagi.

(S): Ini dilihat sebagai jalan akhir untuk Datuk Seri Anwar ke Putrajaya?

(J): Perjuangan kita (PAS) bukan perjuangan untuk peribadi. Iaitu perjuangan untuk menyelamatkan negara dan ini bukan untuk saya (Abdul Hadi), bukan untuk Anwar Ibrahim dan bukan untuk sesiapa, tapi untuk rakyat semua.

(S): Mungkin akan ada (usul) undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor terhadap Tan Sri Khalid?

(J): Benda (perkara) yang akan datang saya tidak boleh jawab, nanti berlaku dulu.

(S): Kecelaruan yang berlaku sekarang ini telah membabit Datuk Seri Wan Azizah sebagai Menteri Besar. Adakah kerana PAS melihat isu wanita itu menjadi masalah?

(J): Berbeza pendapat itu bukan hanya berlaku di kalangan kita (Pakatan Rakyat) tapi dalam Barisan Nasional (BN) pun berlaku? Menteri Besar Terengganu tidak selesai sampai ke hari ini. Yang (berlaku) di Terengganu, yang Johor, yang Pahang. Saya tahu semua dan Umno-BN juga ada masalah.

(S): Adakah PAS tidak menyokong Langkah Kajang?

(J): Langkah Kajang itu benda (perkara) yang lepas dan kita (PAS) sedang bekerja dan kita (telah) menang dalam Pilihan Raya Kecil di Dun Kajang itu.

(S): Datuk Seri, adakah kerana isunya calon (Menteri Besar) itu wanita?

(J): Isunya adalah isu 'Amanah', menunaikan amanah memimpin dan kita (PAS) dapati Tan Sri Khalid tidak khianat. Ini tidak sampai ke peringkat khianat terhadap amanah ini. Dengan sebab itu salah kita turunkan beliau dengan sebab tidak ada kesalahan yang mencalarkan perkara amanah. Itu (alasan) yang lebih besarnya.

(S): Jadi pendirian pemimpin PAS di Selangor adalah sekata dengan Tok Guru?

(J): Saya ambil (pendapat) Pesuruhjaya PAS Selangor, wakil kita (PAS).

(S): Tok Guru, adakah PAS akan mengajak MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk melompat parti (PKR) kepada PAS. Berikutan dalam PKR sendiri telah ada calon lain selain Tan Sri Khalid?

(J): Itu bukan cara kita (PAS). Sejak awal lagi kerusi kita 15 (Dun), kerusi lebih dari PKR tapi kita (PAS) beri kepada PKR kerusi (MB) Selangor itu. Kita beri kepada dia (PKR) dan kita beri kepada Tan Sri Khalid atas asas dia masih lagi ahli PKR.

(S): Dalam isu mempertahankan Tan Sri Khalid ini kenapa tidak bertindak untuk melantik wakil PAS sendiri menjadi Menteri Besar Selangor?

(J): Macam saya sebut tadi kita (PAS) beri kepada PKR tadi kerana kita sudah ada (kerajaan) Kelantan. Itu menunjukkan semangat kerjasama kita dalam Pakatan Rakyat.

(S): Datuk Seri, setakat ini ada hasrat untuk mengajak Tan Sri Khalid menyertai PAS?

(J): Sehingga ini tidak berhasrat dan terpulang kepada peribadi beliau (Khalid) sendiri.

- HARAKAHDAILY 25/7/2014
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat selangor bangga dpt air free yg worth RM20 tu :lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.065894 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list