CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: axl_bach

[Dunia] Edisi Malaysia Bertahap Dunia

[Copy link]
Post time 30-7-2014 01:58 PM | Show all posts
skuad menjahanamkan diri sendiri utk tunjuk protes psl dpt RM 500
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2014 02:02 PM | Show all posts
Mungkinkah sukan Malaysia akan sama nasibnya dengan MAS .... sekali kalah/celaka seterusnya akan selalu kalah/celaka .....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Balas dendam xdapat beraya di kampung lah tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 03:40 PM | Show all posts
Mood Raya...pikir lemang ketupat rendang tu pasal la kalah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 03:47 PM | Show all posts
Sedih dengar lagu dendang perantau pada waktu rehat half time
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2014 09:59 AM | Show all posts
New Zealand Belasah Skuad Hoki Lelaki Malaysia 6-1 Di Glasgow



GLASGOW, 31 Julai (Bernama) -- Skuad hoki lelaki negara terus dirundum malang selepas menamatkan saingan akhir kumpulan B apabila tewas 1-6 kepada New Zealand di Stadium Hoki Nasional Glasgow, pada Khamis.

Beraksi pada babak pertama perlawanan, New Zealand berada di depan seawal minit ke-3 menerusi jaringan Andy Hayward.

Bradley Shaw memastikan New Zealand berada pada kedudukan selesa dengan meledak gol kedua pasukan pada minit ke-28.

Bersambung babak kedua, New Zealand terus menghukum kerapuhan benteng pertahanan skuad negara dengan meledak empat gol hasil jaringan Nick Haig pada minit ke-41, Hugo Inglis (44), Hayward (47) dan Shea McAleese (48).

Satu gol sagu hati skuad negara dijaringkan oleh kapten, Muhammad Razie Abdul Rahim pada minit ke-58.

Jurulatih skuad hoki kebangsaan, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah ketika ditemui pemberita berkata beliau tidak tertekan mahupun panik biarpun dikecam hebat berikutan prestasi hambar pada aksi Sukan Komanwel kali ini.

Di sebalik kekalahan itu, Dhaarma Raj menggesa pengkritik supaya mengkaji kalender skuad hoki negara yang padat bermula Disember tahun lepas.

Katanya skuad kebangsaan perlu menghadapi Kejohanan Remaja Dunia 2013, Cabaran Juara-Juara, Piala Sultan Azlan Shah, Piala Dunia di The Hague, Belanda termasuk Sukan Komanwel.

Selepas ini skuad kebangsaan akan menghadapi perlawanan di Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan pada September dan kejohanan Piala Sultan Johor pada Disember ini.

Dhaarma Raj menegaskan skuad hoki di Sukan Asia adalah Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) sebenar bagi dirinya.

"Bukan senang bagi seseorang jurulatih mengendalikan pasukan yang perlu mengharungi lima kejohanan utama. Mereka harus sedar dan faham kenapa saya tidak membawa skuad penuh.

"Mana ada orang berani bawa pasukan beraksi lima kejohanan utama. Tambahan pula beraksi pada bulan Ramadan dan Aidilfitri. Jika ada, saya tabik orang itu.

"Saya tahu risiko pasukan dibelasah selepas membawa pemain-pemain baru yang mana pasukan-pasukan di Sukan Komanwel antaranya England menyenaraikan skuad Piala Dunia mereka," katanya kepada pemberita.

Skuad hoki negara yang berada di ranking ke-13 sebelum ini dikecam hebat selepas dikejutkan dengan kekalahan 2-4 kepada pasukan ke-29 dunia Trinidad & Tobago pada aksi ketiga Sukan Komanwel Glasgow 2014 Kumpulan B.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2014 10:34 AM | Show all posts
Dah kena badi Brazil.......
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2014 11:23 AM | Show all posts
terkena jangkitan virus pengurusan bolasepak malaysia kot...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2014 11:31 AM | Show all posts
highcastle posted on 1-8-2014 10:34 AM
Dah kena badi Brazil.......

brazil kena belasah sekali je. ni 3 kali berturut-turut termasuk dr trinidad&tobago yg cuma ada 5 turf hoki dkt negara depa
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2014 11:55 AM | Show all posts
aku memang tak berkenan dgn coach malaysia nih..
takde coach lain yg competent ka?
kalau takde, import la coach luar..

tapi malaysia ni semua jenis taik politik..
sampai letak jawatan paul revington, sebab banyak campurtangan..
dan kerna budaya politaik jamban di dalam badan sukan..

aku dah agak revington takkan lama dalam PHM..
bila PHM bodo lantik ramai giler assistant coach, termasuk si darmaraj ni pun ada..
Last edited by capiloton on 1-8-2014 11:58 AM

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2014 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib Dwight Yorke x main ...kalo main mau jadi gulai kawah mesia. ..  
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2014 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau bapak dh jahanamkan bola.....ank pun nk jgk jahanamkan hoki. Fair la kannnnnnn.......

kerabat perak elok je handle hoki dulu xde masalah.

dpt kt kerabat lg satu ni mmg pakar jahanam
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.390204 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list