CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25414|Reply: 150

Farid, Diana Bahagia Beraya Di Kampung

[Copy link]
Post time 1-8-2014 08:39 AM | Show all posts |Read mode
Farid, Diana balik kampong



TAHUN ini merupakan tahun kedua pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle menyambut raya bersama anak tunggal mereka, Muhammad yang baru sahaja menginjak usia setahun pada 2 Julai lalu.

Tidak sabar menyambut raya dan pulang ke kampung halaman di Alor Setar, Kedah serta Ipoh, Perak, kata Diana, raya tahun ini paling ditunggu-tunggu memandangkan raya tahun lalu disambut dalam keadaan berpantang selepas melahirkan Muhamad.

"Tahun ini barulah saya ingin merasa raya bersama keluarga. Tahun lepas, saya masih dalam tempoh berpantang ketika raya, jadi banyak makanan tidak boleh dimakan dan pergerakan agak terbatas.

"Sekarang Muhammad juga sudah agak besar untuk memahami erti raya. Jadi, tahun ini kami akan beraya sakan," kata Diana dalam tawa.

Keterujaan Diana itu turut dikongsi bersama suaminya, Farid yang setia duduk di sebelahnya ketika sesi temu bual dijalankan. Kata Farid dia cukup tidak sabar untuk menunjukkan suasana raya di kampung kepada Muhammad.

"Saya paling tidak sabar untuk menyaksikan Muhammad bersalaman minta maaf. Bagi saya itu momen yang sangat berharga. Sejak awal puasa lagi, saya sudah mula ajar Muhammad cara bersalaman dan minta maaf," tutur Farid.

Terang pelakon dan pengarah itu lagi, raya tahun ini lebih bererti buatnya dan Diana kerana anak mereka sudah mula memahami pelbagai perkara.

"Muhammad sudah agak besar, jadi sudah boleh diajar pengertian menyambut raya. Sebenarnya saya yang paling tidak sabar untuk lihat wajahnya apabila menerima duit raya dan membawanya menziarahi saudara-mara di Kedah," kata Farid.

Menggunakan cuti raya sepenuhnya untuk bersama keluarga, Farid dan Diana telah pulang ke kampung seminggu sebelum raya.

"Kami pulang ke kampung lebih awal sebelum hari raya. Selain untuk menggelakkan kesesakan lalu lintas, persiapan menyambut raya sebenarnya saat yang paling seronok.

"Kekecohan ketika berkumpul bersama keluarga besar dan melakukan persiapan bersama antara momen istimewa apabila tibanya hari raya. Saya ingin Diana dan Muhammad merasai pengalaman itu," balas Farid.



DIANA memberitahu, mahu mencipta resipi baharu buat Muhammad supaya anaknya itu berasa istimewa setiap hari tiba hari raya.


Resipi istimewa Diana

Persiapan menyambut raya diserahkan sepenuhnya di atas bahu Diana. Bermula daripada pakaian sehingga makanan yang terhidang di atas meja, semuanya menjadi tanggungjawab Diana.

Seronok menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu, Diana memastikan semua persiapan dilakukan lebih awal bagi mengelakkan kekalutan di saat akhir.

"Kami memakai baju sedondon. Kebetulan pula saya bekerjasama dengan pereka fesyen Melinda Looi untuk koleksi baju raya tahun ini di bawah jenama Diana Danielle x emel by Melinda Looi, jadi Melinda telah membuat baju untuk Muhammad dan Farid mengikut setiap rekaan yang ada dalam koleksi raya itu.

"Nampaknya memang banyaklah baju mereka berdua, lebih daripada lima helai. Setiap hari satu baju baharu, setanding dengan koleksi baju raya saya," tutur Diana dalam tawa.

Selain pakaian, Diana juga tidak sabar untuk bereksperimen di dapur. Katanya, dia ingin mencipta resipi khas buat Muhammad, supaya anaknya itu akan mengenang makanan istimewanya itu setiap kali raya tiba.

"Jujurnya, saya bukanlah seorang yang pandai masak tetapi saya tidak kisah untuk mencuba sebarang resipi baharu.

"Tahun ini, saya merancang untuk mencipta resipi baharu khas untuk Muhammad. Tujuannya, apabila dia besar nanti dia akan kenang masakan istimewa yang saya hidangkan kepadanya ketika kecil dan makanan itu tidak boleh didapati di mana-mana kecuali daripada ibunya sahaja," luah Diana.

Apabila disoal apakah resipi itu, jawab Diana: "Rahsia." Sampuk Farid, dia bersyukur kerana dikurniakan isteri yang ringan tulang ke dapur. Walaupun masakan Diana tidaklah setanding hotel lima bintang tetapi, ia paling enak pada Farid.

"Diana seorang yang rajin. Jika dia lama di dapur, maka memang akan ada makanan istimewa yang belum pernah dicubanya sebelum itu.

"Saya pula bukan jenis cerewet bab makanan, jadi saya tidak kisah apa sahaja air tangan isteri, saya pasti akan makan," katanya sambil menjeling manja pada Diana.

Bagaimanapun, kata Farid, setiap kali hari raya menu wajib yang harus terhidang di atas meja makan, sudah pasti rendang.

"Rendang makanan yang wajib, jika tiada rendang rasanya tidak lengkaplah hari raya saya," ucap Farid.

Bahagia

Bercakap soal bahagia, apabila ditanya ukuran kebahagiaan yang mereka miliki hari ini, tanpa berfikir panjang Farid terus mengucapkan kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan yang tiada sempadan.

"Kebahagiaan yang saya alami hari ini adalah kebahagiaan tanpa sempadan. Apabila saya bersama Diana, hati dan dada saya lapang.

"Diana melengkapi hidup saya sepenuhnya ditambah dengan kehadiran Muhammad membuatkan hidup saya lebih bererti," terang Farid sambil Diana turut tersenyum kepadanya tanda gembira dengan penghargaan yang diberikan suaminya itu.

Sambung Farid lagi, apabila pulang ke rumah, badan yang letih kembali segar apabila menatap wajah anak kesayangannya itu.

"Sebelum kehadiran Muhammad saya tidak tahu perasaan gembira sebagai seorang bapa, sekarang setiap hari saya tidak sabar untuk pulang ke rumah.

"Melihat perkembangan anak di depan mata sendiri membuatkan saya bersyukur dengan kurniaan dan rezeki yang diberikan Allah kepada saya. Kebahagiaan tidak boleh ditukar ganti dengan apa pun, ia membuatkan saya berazam untuk menjaga mereka sebaik mungkin," tutur Farid.


Semakin sibuk

Beralih bicara kepada kerjaya, baik Farid mahupun Diana masing-masing mempunyai jadual yang cukup padat. Kembali sahaja daripada cuti hari raya, Farid akan sibuk dengan sesi promosi filem Lagenda Budak Setan 3 yang akan keluar di pawagam pada September depan.



FARID mendefinisikan kehidupannya kini sebagai bahagia tanpa sempadan kerana memiliki isteri seperti Diana dan Muhammad yang semakin bijak.


Ujar Farid, filem Lagenda Budak Setan 3 merupakan filem terakhirnya untuk filem sekuel itu. Andai penerbit ingin menyambung lagi, Farid merasakan sudah cukup baginya membawa watak Kasyah sebanyak tiga kali.

"Selepas filem Lagenda Budak Setan 3, saya rasa cukuplah. Jika penerbit ingin menyambung sekuel filem itu, berilah kepada orang lain pula," ucapnya.

Diana yang semakin sibuk dalam bidang pengacaraan, kini menjadi pengacara tetap untuk program bual bicara She The Boss musim pertama. Selain itu, Diana juga baru dilantik sebagai duta kepada produk Lipice.

"Alhamdulillah, saya anggap ini semua rezeki anak. Buat masa sekarang ini saya lebih memberi tumpuan kepada bidang pengacaraan kerana waktu kerja lebih fleksibel berbanding lakonan.

"Namun, saya tetap berlakon. Cuma saya lebih memilih kerana anak masih kecil. Jika tidak ada aral melintang saya akan terlibat dalam sebuah filem tetapi semuanya masih dalam proses perbincangan," balas Diana yang menjadi pilihan Shell Malaysia bersama Farid untuk kempen dan pertandingan Jalan-Jalan Balik Kampung Dengan Shell V-Power. Selain mereka, pelawak Nabil Ahmad dan penyanyi Heliza Helmi turut terlibat dalam kempen itu.




Credits: kosmo.com.my





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2014 08:48 AM | Show all posts
siap pakai tanjak lagi ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2014 08:59 AM | Show all posts
kaogi posted on 1-8-2014 08:48 AM
siap pakai tanjak lagi ....

Muhammad tu dah kenal ke tak nenek dia (mak Diana)?...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2014 08:59 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2014 09:00 AM | Show all posts
fefeeling hang tuah dh kenape??
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2014 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
bahagia...bahagia jugak diana..dah mohon kemaafan & keampunan dr bonda tercinta ke..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2014 09:07 AM | Show all posts
sibuk mengajar anak erti hari raya, ajar anak bersalaman utk mohon maaf...

....kau dah balik mohon ampun kat mak kau, Diana?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2014 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
. Sebenarnya saya yang paling tidak sabar untuk lihat wajahnya apabila menerima duit raya dan membawanya menziarahi saudara-mara di Kedah," kata Farid.

Baguslah..
Kecik2 dah ajar anak jadi peminta sedekah kutip duit raya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2014 09:13 AM | Show all posts
hurmm...lupakan ibu sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2014 09:14 AM | Show all posts
ni sorang lagi...mak ada tp buat mcm dah tak ada...

sok sok anak tak kenal ko as mak dia...ko jgn nak sentap2 lak...ok diana
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2014 09:24 AM | Show all posts
dh hari raya, x bertandang ke umah bonda sendiri ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2014 09:26 AM | Show all posts
achik2009 posted on 1-8-2014 08:59 AM
Muhammad tu dah kenal ke tak nenek dia (mak Diana)?...

harap2 sudahlah...

jangan nanti bila mak dah takde.. baru sibuk gigih berselfus di pusara mak pulak
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2014 09:32 AM | Show all posts
cepat nau lupa daratan..kalu aku..selagi mak aku ade..aku hadap die dulu...esok lusa dia dah takde...

nak raya obesea pun takpe..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2014 09:32 AM | Show all posts
azie.dz posted on 1-8-2014 09:14 AM
ni sorang lagi...mak ada tp buat mcm dah tak ada...

sok sok anak tak kenal ko as mak dia...ko jgn ...

babe..ko da ade?

kekekekke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2014 09:32 AM | Show all posts
azie.dz posted on 1-8-2014 09:14 AM
ni sorang lagi...mak ada tp buat mcm dah tak ada...

sok sok anak tak kenal ko as mak dia...ko jgn ...

syurga isteri di bawah tapak kaki suami katanya...

kenalah ikut cakap suami idok ye?...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2014 09:33 AM | Show all posts
hope diana find time to visit her mom di bulan yang baik ini..
sepatutnya seksa bersalin itu sudah cukup menyedarkan dia
pengorbanan sorang ibu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2014 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Diana reti tak salam tangan mak kamdung sendri di pagi raya???
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2014 09:47 AM | Show all posts
dah tak ada produk, terpaksa la cerita pasal anak
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2014 10:07 AM | Show all posts
Tu diaa kena bash lagi..x guna reputz duk tnya pjg berjela..hampehh x sebut jugak pasai mak dia..tp dia balik ipoh..mak dia mesti ada kut...

mcm mana la x ringan tulang dd ni..isi yg ada pun ala2 jah..dah tinggai tulang ja tgk...sbb tu telebih rajinn...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2014 10:16 AM | Show all posts
cantleyi posted on 1-8-2014 09:32 AM
babe..ko da ade?

kekekekke

babe..ai dah keje la dr semlm okeh...

ko leh tak jgn ajak aku ot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.094954 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list