CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22226|Reply: 88

Lagi Bintang Temasik Ikut Jejak Langkah Mat Haron, Adi Putra dan Hisyam Hamid!

[Copy link]
Post time 12-8-2014 02:51 PM | Show all posts |Read mode
Bintang Singapura, Erwin Shah Dawson Rancang Menetap Di Malaysia


Erwin sudah bersedia mengembangkan kerjaya lakonan di Malaysia.

PETALING JAYA: Kejayaan beberpaa pelakon Singapura mendorong bintang baharu Erwin Shah Dawson dari negara itu untuk menetap di Malaysia bagi mengembangkan kerjaya dalam industri hiburan tempatan.

Erwin, 25, berkata, dia melihat peluang untuk menonjolkan bakat lakonan di negara ini lebih besar selepas kejayaan artis-artis senegaranya seperti Adi Putra, Aaron Aziz, Kumpulan Sleeq dan Aliff Aziz yang berjaya mencipta nama.

"Selepas membina nama di Singapura, sudah tiba masanya untuk saya berhijrah ke Malaysia demi memperluaskan bakat dalam sebuah industri seni hiburan yang besar.

"Saya melihat ramai selebriti dari Singapura berjaya di negara ini. Ada juga rakan-rakan saya mencuba bakat mereka di sini termasuk Shah Iskandar dan nampaknya kehadirannya semakin diterima.

"Bukan kerana mahu mengikut trend, tetapi saya mengambil semangat dan kesungguhan mereka yang berjaya," katanya kepada mStar Online.

Tambah Erwin, dia berharap agar perancangannya kali ini menjadi memandangkan hasrat itu pernah terbatal beberapa tahun lalu.

Dalam pada itu dia juga bersyukur kerana beberapa produksi tempatan sudah menawarkannya projek lakonan dan ia masih lagi dalam perbincangan.

Erwin Shah Dawson


Sementara itu, Erwin berkata, sekiranya berjaya mengukir nama di Malaysia, dia turut merancang untuk membawa kekasihnya ke negara ini bagi memulakan kerjaya sebagai penyanyi.

"Di Singapura, kekasih saya masih belajar selain menjadi penyanyi bagi majlis-majlis korporat.

"Buat masa ini kami terpaksa berjauhan dahulu dan dia pun faham. Selepas dia menamatkan pengajiannya dan kewangan saya pula semakin kukuh, barulah saya akan mengajak dia membina kerjaya nyanyian di sini pula," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Erwin kini sedang sibuk menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Jaipur di India dan Brisbane, Australia bersama pelakon Nellydia Senrose, Shiqin Kamal, Erra Fazira dan Awie bagi membintangi filem Warna Cinta Impianterbitan Touch Tronics Entertainment Sdn Bhd.

"Diharap, kemunculan saya dalam filem ini dapat memberi ruang kepada saya menunjukkan bakat kepada penggiat filem tempatan lain selain masyarakat di sini," ujarnya.

Di Singapura, Erwin pernah membintangi drama Tetangga, Maya, Anak Metropolitan, Tuan Haji, Bukalah Pintu Hatimu dan Remy & Jin Hee. Dia juga pernah muncul dalam program hiburan seperti Sinar Lebaran, JUS, Anugerah Hari Raya Haji, Kecoh, Sinaran Hati, Fiesta Komedi, Makanlicious dan 24/7.

Selain itu, Erwin juga pernah terlibat dengan produksi tempatan menerusi filem Cinta Kura-Kura dan drama terbitan RTM iaitu Pesona Kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2014 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
dia ni ke yg blakon ngn siti saleha n nasha aziz kt tv1 tu?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 02:56 PM | Show all posts
i tot ummah singapore tgh kempen xnk masuk malaysia?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga berjaya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 03:04 PM | Show all posts
Orix posted on 12-8-2014 02:52 PM
dia ni ke yg blakon ngn siti saleha n nasha aziz kt tv1 tu?

ha'ah..dia ni la..

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 03:06 PM | Show all posts
ira_229 posted on 12-8-2014 03:05 PM
budak main bola anak sedara iol..

yeke... bole tahan ..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2014 03:07 PM | Show all posts
kalau diorg tak masuk malaysia cam ne nak glamer....kat sini je boleh jual muka tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 03:11 PM | Show all posts
sumpah mak tak kenal

macam kata poremer tu, selalu nama kampung mat haron ajis, hisyam hamid, aliff aziz, adiputra, ni exceptional case
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2014 03:12 PM | Show all posts
dahulu akak memang suka tengok Dawson Creek
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 03:14 PM | Show all posts
Orix posted on 12-8-2014 02:52 PM
dia ni ke yg blakon ngn siti saleha n nasha aziz kt tv1 tu?

apa ending citer tu nok? dia kan jadi gigolo dlm citer tu..

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 03:15 PM | Show all posts
awal2 lg dah wat pengumuman yg dia ada kekasih hati
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 03:17 PM | Show all posts
xkenal.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 03:17 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 03:19 PM | Show all posts
fatehana posted on 12-8-2014 03:15 PM
awal2 lg dah wat pengumuman yg dia ada kekasih hati

terlalu jujur...

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 03:20 PM | Show all posts
talented jugak mamat ni.  selalu tenguk kat tv suria.
oklah good luck.  boleh tenguk fresh face kan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 03:24 PM | Show all posts
kekasih dia masih belajar, di singapura kalau 'girls in uni' graduate jer, mamat korporate cepat cepat sambar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2014 03:28 PM | Show all posts
fatehana posted on 12-8-2014 03:15 PM
awal2 lg dah wat pengumuman yg dia ada kekasih hati


tu kira okay lagi, si Hisyam Hamid tu ribut tak ada puting beliung tak ada dah terpacul anak 2, siap dah kahwin 8 tahun lagi

tapi bini dia memang lawa lah, susah dia nak pasang lagi satu kan dia hensem sangat Last edited by kakikuDibibirmu on 12-8-2014 03:31 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 03:29 PM | Show all posts
Mungkin bintang mereka lebih bersinar disini berbanding di sana....
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 03:30 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu posted on 12-8-2014 03:28 PM
tu kira okay lagi, si Hisyam Hamid tu ribut tak ada puting beliung tak ada dah terpacul anak 5, si ...

hisyam hamid anak 2 je..

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 03:32 PM | Show all posts
ira_229 posted on 12-8-2014 03:30 PM
hisyam hamid anak 2 je..

dah edit, thanks
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.117690 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list