CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 212546|Reply: 2449

[Tempatan] Tragedi MH17 V5 : 35 jenazah selamat dibawa pulang termasuk 2 jenazah pd 9/9

  [Copy link]
Post time 13-8-2014 04:26 PM | Show all posts |Read mode
Mutakhir
MH17: Abang sahkan adiknya antara 16 rakyat Malaysia yang dikenal pasti
2014/08/13 - 15:47:34 PM Oleh Maria Uffa Zulkafeli


KUALA LUMPUR: Abang penumpang pesawat MH17, Mohd Zaki Md Salim, mengesahkan adiknya, Mohd Ali adalah antara 16 mayat rakyat Malaysia yang telah dikenal pasti menerusi proses forensik di Amsterdam, Belanda.

Beliau berkata, keluarganya di Pagoh, Johor dimaklumkan mengenainya oleh Penerbangan Malaysia (MAS) pada Sabtu lalu.

Mohd Ali, 30, adalah pelajar tahun akhir Phd di Universiti Erasmus, Rotterdam, dalam bidang Neuropsikologi yang dijangka menamatkan pelajaran hujung tahun ini dan meneruskan tugas sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Ketika kejadian pada 17 Julai di Ukraine, mangsa yang belum berkahwin mahu pulang bercuti untuk beraya bersama keluarga di Pagoh.

Mohd Zaki berkata, pihak MAS menghubunginya Sabtu lalu dan memberitahu pegawainya akan ke Pagoh pada hari sama untuk bertemu ibu bapa di kampung.

“Malam itu juga keluarga memaklumkan kepada saya bahawa identiti adik saya telah dikenal pasti. Kami sekeluarga amat bersyukur menerima maklumat bahawa adik saya antara yang paling awal dapat dikenal pasti selepas menunggu selama 24 hari sejak tragedi berlaku," katanya kepada BH.

Mohd Zaki berkata, buat masa ini keluarganya masih menunggu maklumat terkini daripada MAS berhubung tarikh penghantaran jenazah ke tanah air.





Pesawat MH17 (Amsterdam - KL) Terhempas di Ukraine! 295 Dikhuatiri Maut! V1
http://mforum4.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=817992

Pesawat MH17 (Amsterdam - KL) Terhempas di Ukraine! 295 Maut! V2
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=818042

Pesawat MH17 Terhempas V3 : Ketua pemberontak sudah hubungi Malaysia
http://mforum4.cari.com.my/forum ... 8260&extra=page%3D1

Tragedi MH17 V4 : Kemungkinan MH17 ditembak jet pejuang Sukhoi?
http://mforum4.cari.com.my/forum ... 8810&extra=page%3D3 Last edited by NIXAR on 9-9-2014 11:56 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2014 04:30 PM | Show all posts
16  mayat ni antara yang sempurna jasad ke.
baguslah berakhir penantian keluarga dorg.
sedihnya 24 hari lama gk tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 04:46 PM | Show all posts
Alhamdulillah ... Semoga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga jasad mereka dpt disempurnakan dgn segera..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 04:51 PM | Show all posts
jgn berhenti berdoa dan berharap...
hanya doa dan harapan je senjata orang islam..
msti keluarga arwah xhenti2 doa2 tu sebb dipermudahkan...
<bukan nak perkecilkan keluarga lain k>..just a statment...
hope yang lain pun keep on praying...
insyAllah semua dipermudahkan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 04:51 PM | Show all posts
MH17: Calon pensyarah USM antara 16 mayat rakyat Malaysia dikenal pasti

PAGOH: Seorang daripada 16 mayat rakyat Malaysia dalam tragedi pesawat MH17 yang sudah dikenal pasti oleh pakar forensik di Amsterdam adalah Mohd Ali Mohd Salim, 30, yang berasal dari Kampung Jayor, dekat sini.

Perkara itu disahkan oleh bapanya, Mohd Salim Sarmon, 65, yang memaklumkan dua pegawai Malaysia Airlines (MAS) datang ke rumahnya Sabtu lalu bagi menyampaikan khabar berkenaan.

"Dua pegawai MAS datang ke rumah kira-kira jam 8.30 malam untuk memaklumkan perkembangan mengenai anak saya dan mengesahkan jenazah anak saya sudah dikenal pasti," katanya.

Bagaimanapun Mohd Salim berkata, pihak pengurusan MAS tidak memaklumkan maklumat mengenai tarikh jenazah itu akan dibawa pulang ke Malaysia tetapi memberi jaminan pihak mereka akan menyalurkan perkembangan terkini daripada semasa ke semasa.

Katanya, mengikut perancangan jenazah Mohd Ali akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja, Pagoh, dekat sini.

Mohd Ali adalah calon pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) yang sedang mengikuti pengajian PhD dalam bidang Development Neuropsychopathology di Universiti Erasmus, Rotterdam, Belanda.


http://o.bharian.com.my/bharian/ ... ikenalpasti/Article Last edited by kakasotong on 13-8-2014 04:53 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2014 04:55 PM | Show all posts
MH17: Kerajaan beri kebebasan penuh kepada keluarga urusan jenazah

KOTA BHARU: Kerajaan memberi kebebasan sepenuhnya kepada semua keluarga mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine, untuk membuat keputusan berhubung urusan pengebumian jenazah.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata waris mangsa berhak menentukan bagaimana jenazah diuruskan mengikut anutan agama dan kepercayaan masing-masing.

"Jawatankuasa (Pengurusan Mayat dan Jenazah Mangsa MH17) akan mengendalikan mengikut kehendak yang dipersetujui kedua-dua belah keluarga waris, sebelah isteri dan sebelah suami dan mereka berbincang sekali bagi mencapai kata sepakat.

"Kalau bukan Islam, keluarga mereka juga akan memilih lokasi krematorium pilihan masing-masing dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas menutup Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid Peringkat Kebangsaan Ke-40 di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia di sini malam tadi.

Rohani berkata sehingga kini 80 peratus keluarga mangsa nahas itu telah memaklumkan kepada jawatankuasa berkenaan bagaimana mereka mahu jenazah itu diuruskan termasuk lokasi pengebumian.

"Sebanyak 80 peratus telah memaklumkan keputusan itu. 20 peratus lagi mungkin mereka (keluarga) masih belum memberikan keputusan masing-masing. Kami menghormati perkara itu tetapi perlu memaklumkan keputusan sebelum jenazah tiba di tanah air," katanya.

Rohani berkata kerajaan memahami perasaan keluarga mangsa yang perlu mengambil masa untuk membuat keputusan itu tetapi yakin mereka akhirnya akan mencapai kata sepakat selepas berbincang dengan semua keluarga.

Beliau berkata pihaknya akan sentiasa berhubung dengan keluarga mangsa mengenai perkembangan semasa termasuk proses membawa pulang jenazah.

Menteri itu berkata pihaknya akan terus menyediakan khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa tragedi dan ia akan dilakukan secara berterusan selagi diperlukan.

Penerbangan MH17 milik Malaysia Airlines yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal itu terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.

Pesawat yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh, namun sehingga kini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab. - BERNAMA

http://o.bharian.com.my/bharian/ ... usanjenazah/Article
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 04:58 PM | Show all posts
alhamdulillah akhirnya.... semoga semua dipermudahkan dan semoga semua mayat dan cebisan juga dapat dikenalpasti... ameen...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2014 05:07 PM | Show all posts
Semoga terus dipermudahkan segala urusan selepas ini.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 05:07 PM | Show all posts
alhamdulillah...
16 mayat dah dikenal pasti, lagi 27 lagi la..
harap semua urusan berjalan lancar..

rasa nak menangis jer tulis ni...
rasa sayu dari hari pertama kes ni jadi masih tak berkurang
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 05:15 PM | Show all posts
alhamdulillah. syukur. dalam pada happy aku dengar berita jenazah Ali ni antara yang terawal dikenal pasti ... rasa sedih aku dtg kembali la kenang kejadian MH17 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 05:47 PM | Show all posts
Bapa bersyukur Mastura pulang

Seremban: Bapa salah seorang pramugari penerbangan MH17, Mustafa Abdul Samad, 83, mengesahkan anak perempuannya, Mastura, 40, antara 16 mayat yang sudah dikenalpasti.

Mustafa berkata, wakil Penerbangan Malaysia (MAS) datang ke rumahnya di Kampung Sentosa, Paroi Jaya, di sini, semalam, memaklumkan perkara itu.

Menurutnya, pihak terbabit turut memaklumkan jenazah anak bongsunya itu akan diserahkan kepada keluarganya pada 1 September depan untuk dikebumikan.

"Saya amat bersyukur mengetahui perkembangan terbabit dan berpuas hati terhadap kerajaan yang menguruskan jenazah anak dengan baik sebelum diserahkan kepada kami.


MUSTAFA sedih menunjukkan gambar anaknya, Mastura, yang terkorban dalam nahas MH17 Julai lalu. FOTO Dzulkeffli Mustapha

"Jenazah Mastura akan disembahyangkan di Masjid Taman Paroi Jaya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Paroi Jaya bersebelahan kubur arwah isteri," katanya ketika ditemui Harian Metro.

Selain itu, menurutnya, keluarganya sudah bersedia dan hanya menunggu keputusan MAS sama ada wakil keluarganya akan ke Amsterdam.

http://www.hmetro.com.my/myMetro ... ng/Article?mutakhir
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2014 06:01 PM | Show all posts
Mutakhir
MH17: Ibu sahkan anaknya antara 16 mayat rakyat Malaysia dikenal pasti
2014/08/13 - 17:31:42 PM


MUAR: Ibu penumpang MH17, Tan Ah Chin, 62, mengesahkan anaknya, Ng Qing Zheng, 30, antara 16 mayat rakyat Malaysia yang dikenal pasti menerusi proses forensik di Amsterdam, Belanda.

Bagaimanapun, katanya, tiada perkembangan lanjut mengenai anak keduanya yang juga pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Ng Shi Ing, 33, dan cucunya Benjamin Lee Jian Han, 1, yang turut menaiki pesawat sama.

Ah Chin berkata, perkembangan terbaharu itu disampaikan melalui menantunya yang juga suami kepada Shi Ing, Leftenan Komander Lee Vee Weng, 35, beberapa hari lalu.

Beliau berkata, mengikut perancangan, mayat dua anak dan seorang cucunya itu akan dibakar di Amsterdam, Belanda, sebelum abunya dibawa pulang ke Muar.

Bagaimanapun, semua urusan itu akan dilakukan sepenuhnya oleh menantu dan anak saya yang lain kerana tahap kesihatannya dan suami, Ng Pae Soon,67, kurang baik.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 07:43 PM | Show all posts
kakasotong posted on 13-8-2014 05:47 PM
Bapa bersyukur Mastura pulang

Seremban: Bapa salah seorang pramugari penerbangan MH17, Mustafa Ab ...

Dari statement pakcik ni nampak gaya kita dah dpt tarikh mayat/abu mangsa yg akan dibawa pulang.
1 September

Allah, mudahkan urusan kami.
Aku rasa sepanjang hari tu airmata aku akan berjujuran.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 07:57 PM | Show all posts
aku rasa mcm smbutan hri kemerdekaan tahun ni di smbut dgn kepulangan mayat2 mangsa air crash ni...so smbutan merdeka msti ala kadar je...silap2 kensel terus
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 08:03 PM | Show all posts
semoga proses pengecaman baki rakyat malaysia dipermudahkan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2014 08:09 PM | Show all posts
Syukurlah.......
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 09:01 PM | Show all posts
Sedihnye dengar..sayu hati ni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 09:29 PM | Show all posts
SEmoga dipermudahkan segala urusannya dan dapat cepat balik ke malaysia untuk kebumian......
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya...kerugian besar pada negara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.161020 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list