CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NIXAR

[Tempatan] Tragedi MH17 V5 : 35 jenazah selamat dibawa pulang termasuk 2 jenazah pd 9/9

  [Copy link]
Post time 2-9-2014 08:48 PM | Show all posts
Isteri Kapten Wan Amran bersyukur jenazah suami selamat dikebumi

SHAH ALAM: Isteri Allahyarham Kapten Wan Amran Wan Hussin bersyukur apabila jenazah suaminya selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Seksyen 21 di sini hari ini pada ulang tahun kelahirannya yang ke-50.

Mariam Yusoff ketika ditemui berkata walaupun sedih dengan pemergian suaminya itu, namun beliau serta dua anak lelakinya amat bersyukur sekurang-kurangnya jenazah Allahyarham suaminya akhirnya dapat dibawa pulang ke tanah air.

"Saya rasa amat bersyukur kerana hari ini 2 September, jenazah suami saya sampai...hari ini hari ulang tahun kelahirannya dan dia selamat dikebumikan.

"Pagi tadi masa sampai hari hujan, saya anggap sebagai hujan rahmat sebab lepas jenazah masuk van (jenazah), hujan terus berhenti...rahmat Allah kan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Jenazah juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 itu selamat dikebumikan kira-kira jam 11.50 pagi.

Allahyarham Wan Amran meninggalkan dua anak lelaki iaitu Wan Yusuf Irfan, 9, serta Wan Yunus Uzair, 11.

Sementara tu, adik Allahyarham Wan Amran, Wan Ahmad Khairul Wan Hussin pula berkata beliau berharap keluarga mangsa Penerbangan MH17 yang lain agar terus tabah dan kuat menghadapi dugaan.

"Semua kita akan menghadapi mati, cuma bila dan bagaimana kita mati yang kita tidak tahu...kami sekeluarga sangat bersyukur sebab jenazah selamat dikebumikan hari ini, sama dengan tarikh kelahirannya," katanya.

Rakan Allahyarham semasa menuntut di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kulim, Aimi Masdiana Mukhtar berkata, beliau dan rakan-rakan persekolahan yang lain akan merindui keperibadian Wan Amran yang disifatkan sebagai seorang yang baik, budiman dan disenangi ramai.

Selain Aimi Mardiana, hampir 30 bekas pelajar yang juga rakan Allahyarham Wan Amran ketika belajar di sekolah berasrama penuh berkenaan turut hadir semasa jenazah sahabat mereka dikebumikan.

Dalam pada itu, rakan sekerja, Kapten Johannuddin Othman, 43, berkata Allahyarham Wan Amran adalah individu yang sangat murah hati dan sering membantu kawan-kawan yang lain.

"Kami mula kenal arwah semasa sama-sama ambil lesen (sebagai juruterbang), bagi yang tidak mengenali arwah, mungkin arwah adalah seorang yang agak pendiam...tapi sebenarnya, beliau adalah seorang yang sangat ceria," katanya.

Menurutnya, tatkala mendengar berita mengenai jenazah Wan Amran dibawa pulang hari ini, ramai dalam kalangan rakan seperjuangan mereka segera kembali ke tanah air bagi memberikan penghormatan terakhir kepada juruterbang berkenaan.

Allahyarham Wan Amran adalah seorang daripada dua juruterbang yang menerbangkan pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) dengan membawa 298 penumpang dan anak kapal.

Pesawat itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu. Sebanyak 43 daripada penumpang MH17 itu adalah warganegara Malaysia.

- BERNAMA


http://www.bharian.com.my/node/4091
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2014 08:50 PM | Show all posts
Abu mendiang juruterbang akan disemadikan Khamis depan

SEREMBAN: Pemergian juruterbang pesawat MH17, Kapten Eugene Choo Jin Leong amat dirasai rakan sejawat dan sahabat handai khususnya kumpulan bermotosikal berkuasa besar.

Nor Azlan Md Nor berkata, dia bersama mendiang mula menyertai Penerbangan Malaysia (MAS) pada penghujung tahun 1990 dan dianggap sebagai rakan karib sejak belajar bersama di sekolah penerbangan.

Nor Azlan turut menyifatkan mendiang seorang yang dedikasi terhadap tugasnya dan seorang yang berani serta berjiwa besar.

Mereka juga berkongsi minat yang sama iaitu menunggang motosikal berkuasa besar.

“Penghujung tahun 1990 semasa di sekolah penerbangan, saya anggap mendiang sebagai kawan yang sentiasa menghormati kawan-kawan yang lain dan dari segi tugas dia seorang berdedikasi dan sentiasa mementingkan keselamatan serta seorang yang perfectionist,” ulas Nor Azlan.

Terdahulu, abu mendiang dibawa ke kediamannya di Seri Carcosa, Seremban 2 pada pukul 10.20 pagi tadi dengan disambut penuh istiadat.

Mendiang disemadikan di Nirvana Nilai Memorial Park pada Khamis ini.

Sementara itu, rakan mendiang, Azri Shahlah berkata, hubungan bersama anggota kumpulan kelab motosikal Bike Zon Seremban 2 bagaikan seperti adik-beradik biarpun berlainan bangsa dan agama.



http://www.astroawani.com/news/s ... -khamis-depan-43089


Last edited by kakasotong on 2-9-2014 08:53 PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 08:52 PM | Show all posts
'Saya tak nak kayuh basikal lagi' gurauan terakhir Kapten Choo

SEREMBAN: "Saya tak nak kayuh (basikal) dengan awak lagi," itu antara kata gurauan terakhir juruterbang Malaysia Airlines (MAS) MH17, Kapten Eugene Choo Jin Leong di hadapan rakan-rakannya kira-kira sebulan sebelum pesawat malang itu ditembak jatuh di timur Ukraine.

Azrin Shala, 44, petugas teknikal MAS yang juga anggota Kelab Berbasikal MAS, tidak menyangka ia menjadi kenyataan susulan nahas 17 Julai itu yang meragut nyawa Choo dan 297 yang lain.

Azrin ditemui pemberita ketika menyertai kira-kira 20 anggota kelab merangkumi petugas MAS yang datang ke kediaman mendiang di sini untuk memberi penghormatan terakhir.

"Ketika itu kami bersarapan bersama-sama apabila selesai berbasikal pada sebelah pagi, dia cakap yang dia tak mahu kayuh basikal dengan saya lagi...tak sangka ia benar-benar berlaku," katanya.

Azrin menyifatkan mendiang individu yang sangat prihatin terhadap rakan-rakan dan meminati aktiviti sukan seperti berbasikal dan menunggang motosikal.

"Hubungan kami dalam kelab itu sangat rapat, tidak kira kaum dan agama...Kami sentiasa menjalankan aktiviti bersama...selalu keluar makan serta bersukan (bersama-sama)," kata Azlin dalam nada sebak.

Shahril Irwan Mohamad, 38, petugas MAS yang juga anggota Kelab Pencinta Motosikal Berkuasa Tinggi MAS, berkata mendiang Choo menyertai kelab itu sejak enam tahun lepas dan aktif menunggang motosikal berkuasa besar terutama pada hujung minggu.

"Apabila tiada penerbangan atau pada hujung minggu, mendiang akan menggunakan aplikasi WhatsApps untuk mengajak kami pergi ronda-ronda dengan motosikal dan sarapan bersama-sama.

"Kami selalu menggunakan perkataan 'motoroti' iaitu singkatan kepada 'motor' dan 'roti' iaitu roti canai yang juga sarapan kegemaran mendiang," katanya.

Abu mayat Choo dan lapan jenazah mangsa tragedi MH17 lain tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Amsterdam pagi tadi.

Choo meninggalkan seorang balu, Ivy Loi, 42, dan dua anak lelaki, Melvic Choo, 13, dan Scott Choo, 10.

- BERNAMA

http://www.bharian.com.my/node/4085
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
gadis_tulip posted on 2-9-2014 07:44 PM
Ade Sape2 sudi listkan balance yang belom dibawa pulang?

11 rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 08:59 PM | Show all posts
‪#‎takziahMH17‬ Anak Kapten Wan Amran Wan Hussin, Wan Yunus Uzair tidak dapat menahan hiba ketika melihat jenazah Kapten Wan Amran dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam hari ini. FOTO Bernama




Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 09:02 PM | Show all posts
Tentera sayu teringat anak ketika usung keranda kanak-kanak

SEPANG: Sarjan Nazri Mod Saad memasang niat mahu memeluk tiga anaknya, sebaik saja pulang ke rumah hari ini dan bertekad mahu meluangkan lebih banyak masa dengan keluarganya.

Perasaan untuk berjumpa anaknya - Khairul Ikhwan, lapan: Khairul Ikmal, enam dan Nur Ellisha Amani, dua bulan semakin kuat apabila Nazri, 33, mengusung keranda kecil Kaelamayajay Goes, 21 bulan, pada istiadat penghormatan jenazah pesawat MH17 di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, hari ini.

"Saya teringatkan anak-anak, khususnya yang bongsu (Nur Ellisha Amani) kerana jenazah yang diusung juga kanak-kanak perempuan. Tambahan pula, saya dan isteri Shahrul Azwa Abd Hamid memang menantikan kelahiran anak perempuan selepas mempunyai dua 'hero'," katanya kepada BERNAMA selepas istiadat itu.

Nazri yang menyertai Angkatan Tentera Malaysia sejak 16 tahun lalu berkata, perasan sedih mula dirasai sejak dimaklumkan akan bertugas membawa keranda Kaelamayajay, menyebabkan beliau memilih untuk menatap muka anaknya sebelum keluar bekerja pagi ini.

"Saya jangka tidak akan sedih sangat sebab dah tahu (akan usung keranda kanak-kanak). Tapi bila dalam keadaan sebenar, memang tak boleh nak tahan sedih. Itu anak orang, saya tak boleh bayangkan bagaimana perasaan seorang bapa, jika perlu mengusung jenazah anak sendiri," katanya.

Beliau bagaimanapun bersyukur kerana Kaelamayajay dapat 'terus bersama ibu bapanya' Paul Goes dan Subashni J Retnam yang turut tiba di kompleks itu pagi ini dengan menaiki pesawat komersial MH19 dari Amsterdam.

"Mereka dapat bersemadi sebagai satu keluarga," katanya serta mendoakan supaya usaha mencari baki rakyat Malaysia yang masih belum ditemui akan berjaya.

Bagi Sarjan Paul Anak Christopher, 31, beliau sebak apabila ditugaskan mengusung keranda cilik yang diliputi Jalur Gemilang, ketika kali pertama menyertai istiadat penghormatan itu.

Sebagai bapa kepada dua anak lelaki iaitu Daniel Dickson, tujuh dan Dani Dickson, tiga, Paul berasa sebak apabila mengenangkan nasib kanak-kanak itu.

"Kita mudah ambil ringan dengan apa yang Tuhan berikan dan apabila berlaku kejadian seperti ini, baharu kita sedar betapa ia bernilai. Saya berdoa supaya saya dapat membesarkan anak dengan baik," katanya.

Kaelamayajay antara 298 penumpang pesawat MH17 yang terhempas selepas ditembak di Wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lalu semasa dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. - BERNAMA






http://www.bharian.com.my/node/4032
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2014 09:05 PM | Show all posts
Juruterbang usung keranda Kapten Wan Amran sebagai penghormatan terakhir



SHAH ALAM: Sekumpulan juruterbang Malaysia Airlines (MAS) mengusung keranda jenazah Kapten Wan Amran Wan Hussin yang tiba di sini sebagai penghormatan terakhir kepada rakan seperjuangan mereka itu.

Berpakaian lengkap juruterbang, lebih 10 rakan Allahyarham Wan Amran mengambil alih proses tersebut daripada Angkatan Tentera Malaysia sejurus tiba di perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 10.20 pagi untuk disembahyangkan.

Suasana sayu menyelubungi lebih 500 rakan serta sanak saudara Allahyarham yang hadir pada upacara solat jenazah di masjid berkenaan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada juruterbang berumur 50 tahun berkenaan.

Hampir 300 jemaah menyertai upacara solat jenazah itu yang diimamkan pemangku Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Mohd Hata Ahmad.

Jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini untuk disemadikan.

Allahyarham Wan Amran adalah seorang daripada dua juruterbang yang memandu pesawat Boeing 777-200 milik MAS membawa 283 penumpang dan 14 anak kapal ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lepas.

Sebanyak 43 daripada mereka adalah warga Malaysia.

Turut hadir pada upacara itu ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Kushrin Munawi dan Pengerusi Badan Pehubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.


http://www.astroawani.com/news/s ... atan-terakhir-43087 Last edited by kakasotong on 2-9-2014 09:06 PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 09:10 PM | Show all posts
Sekumpulan juruterbang usung keranda Wan Amran



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2014 09:13 PM | Show all posts
Keluarga tentukan di mana jenazah Tambi Jiee bakal dibawa pulang - Rohani




SEPANG: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat masih menunggu keputusan ahli keluarga Tambi Jiee bagi proses penghantaran pulang jenazahnya ke tanah air.

Menterinya, Datuk Rohani Karim, berkata pihaknya akan memenuhi permintaan anggota keluarga arwah sama ada jenazah diterbangkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau terus ke kampung halamannya di Kuching, Sarawak.

"Semalam saya sudah berhubung dengan keluarga arwah dan mereka meminta jika hanya satu jenazah yang tiba, mereka mahu jenazah dihantar terus ke Kuching dan istiadat akan diadakan di sana.

"Kita menghormati keputusan keluarganya yang tengah berbincang," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, KLIA di sini, hari ini.

Istiadat penghormatan untuk sembilan jenazah itu dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Tambi yang juga kakitangan Shell yang bertugas di Khazakhstan sejak tiga tahun lalu, berada dalam pesawat MH17 itu bersama isteri dan empat orang anaknya.

Mereka dalam perjalanan pulang ke Malaysia sebelum Tambi kembali bertugas di Ibu Pejabat Shell di Kuala Lumpur.

Jenazah isterinya Ariza Ghazalee dan anak sulung mereka, Mohd Afif dibawa pulang ke Malaysia pada 22 Ogos.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata jenazah Tambi yang sudah dikenal pasti kini dalam proses untuk disiapkan dokumentasi bagi penghantaran pulang jenazahnya.

"Rohani akan bantu kita supaya jenazah Tambi dapat dihantar pulang ke Malaysia secepat mungkin walaupun seorang saja," katanya.

Liow berkata, tarikh penghantaran pulang jenazah akan diumumkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein selepas mendapat perlepasan dari Amsterdam. - BERNAMA


http://www.bharian.com.my/node/4018
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 09:37 PM | Show all posts
Rakan sambut ulang tahun kelahiran Wan Amran penuh duka




SHAH ALAM : "Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran Allahyarham ke-50, kami sambut dengan penuh rasa sedih," kata Ahmad Badli Khan, 50, rakan juruterbang penerbangan MH17, Kapten Wan Amran Wan Hussin.

Ahmad adalah seorang daripada lebih 50 rakan yang juga alumni Maktab Rendah Sains Mara (MARA) Kulim, Kedah yang hadir pada majlis pengebumian Allahyarham Wan Amran di Tanah Perkuburan Seksyen 21, tengah hari tadi.

Beliau menyifatkan kehilangan Wan Amran amat dirasai kerana Allahyarham adalah seorang rakan yang baik dan peramah.

"Dia seorang yang ikhlas dalam semua aspek, termasuk senyuman dan juga insan dermawan... suka menderma.

"Sepatutnya kami menyambut ulang tahun kelahirannya yang jatuh hari ini seperti mana kami sambut setiap ulang tahun kawan-kawan sebelum ini, tapi ia berakhir seperti ini (pengebumian Allahyarham).

Sebagai penghormatan, beliau bersama rakan alumni yang lain akan mengadakan majlis tahlil kepada Allahyarham, selain akan mengunjungi keluarganya.

Bagi rakan baik Allahyarham, Kapten Ahmad Fariq Osman, 49 ketika ditemui berkata, pemergian Allahyarham satu kehilangan besar bukan saja kepada rakan, malah syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Beliau menyifatkan Allahyarham seorang yang jujur dan komited dalam tugasnya sebagai juruterbang serta mempunyai pengalaman luas dalam dunia penerbangan.

"Ia (kehilangannya) amat dirasai, apatah lagi kami adalah rakan baiknya ketika bekerja. Banyak pengalaman yang kami lalui bersama," katanya.

Seorang lagi rakannya, Kapten Johannudin Othman, 49, berkata selain ucapan takziah dizahirkan buat keluarga mangsa, beliau serta rakannya sedia membantu jika keluarga Allahyarham memerlukan bantuan.

"Kami menganggap apa yang berlaku ini sebagai ketentuan dari yang Maha Esa. Kami doakan yang terbaik buat arwah, kami akan bantu keluarganya jika mereka memerlukan bantuan," katanya turut menyatakan arwah seorang bapa yang pentingkan keluarga dan rapat dengan kedua-dua anaknya.

Allahyarham Wan Amran meninggalkan seorang balu, Marian Yusof serta dua anak lelakinya masing-masing berusia sembilan dan 11 tahun.

Sementara itu, usaha BH mahu mendapatkan reaksi isteri serta dua anaknya sebelum mereka beredar dari lokasi pengebumian tidak berjaya selepas media diarahkan untuk tidak menemubual mereka.

Ketiga-tiganya juga kelihatan dikawal ketat difahamkan oleh ahli keluarga terdekatnya, beredar meninggalkan lokasi itu kira-kira 35 minit sejurus majlis pengebumian selesai.

Majlis pengebumian Allahyarham Wan Imran bermula jam 11.25 pagi dimulai dengan bacaan tahlil ringkas dipimpin pemangku Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Mohd Hatta Ahmad.


http://www.bharian.com.my/node/4058
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 09:47 PM | Show all posts
kakasotong posted on 2-9-2014 08:36 PM
Airmata seorang isteri..
Isteri Allahyarham Muhammad Firdaus Abdul Rahim, Norzarith Zaaba, 27, men ...

Sedih oooo..sedihhhhhh sgtttt...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
kakasotong posted on 2-9-2014 12:36 PM
Airmata seorang isteri..
Isteri Allahyarham Muhammad Firdaus Abdul Rahim, Norzarith Zaaba, 27, men ...

Mengandung 4 bulan kan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
kakasotong posted on 2-9-2014 11:02 AM
Malaysia akan dapatkan laporan siasatan awal MH17 - Liow

SEPANG: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri ...

Lambatnya
Bila nak reveal kotak oren tu

Speku
Penembak x dapat dikenalpasti
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 12:19 AM | Show all posts
aireen24 posted on 2-9-2014 10:03 PM
Mengandung 4 bulan kan?

Yup2 wife arwah preggy. Tp iols xsure dah brapa bulan. Sbb dlm bh kata wife arwah preggy 3 bulan.

Kesian. Anak dlm perut tu xsempat jumpa ayahnya. Sedihnya
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 12:23 AM | Show all posts
alinone78 posted on 2-9-2014 11:59 PM
Lambatnya
Bila nak reveal kotak oren tu

Iols rasa kerja2 penyiasatan sapa dalang disebalik ni mmg akan memakan masa. Sbb melibatkan kuasa2 besar. Instinct iols kuat mengatakan payah utk kerajaan cari sapa yg tembak tu.

Cuma satu bnda je yg iols takut. Takut kes ni tergantung sebegitu jah tanpa ada sebarang tindakan. Moga dijauhkan. Kesian, kematian org2 xbsalah ni perlukan keadilan yg sewajarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 12:34 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2014 12:46 AM | Show all posts
biggirlduncry posted on 2-9-2014 04:20 PM
menurut berita ari tu, katanya 9 dibawa pulang termasuk sorang kanak2..
tu yg i list semua budak. ...

maybe la kot... list yang aku bagi tu ikut standard kalo nak book flight ticket... tapi kalo ikut umum, baby baru lahir sampai setahun dikira bayi... lepas tu dikira kanak2 sampai umur 13... tu dah kira remaja sampai early 20s...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 08:06 AM | Show all posts
eyansss posted on 3-9-2014 12:46 AM
maybe la kot... list yang aku bagi tu ikut standard kalo nak book flight ticket... tapi kalo ikut  ...

toddler 0 - 2 yrs
children 3 - 12 yrs
13 above - teen

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 10:02 AM | Show all posts
Preliminary MH17 crash report to be published within a week – investigators
Published time: September 02, 2014 20:19

A preliminary report on the reasons behind the Malaysia Airlines MH17 crash in eastern Ukraine will be released within days. However, it will take one year to perform a full investigation which will answer all questions, the Dutch Safety Board (DSB) said.

The report will be ready at the end of the week or early next week, DSB spokeswoman Sara Vernooij said.

The document will shed some light on the cause of the tragedy, though many questions will remain unanswered, she stressed.

According to Vernooij, the preliminary report will include the first results from the flight recorders and data from other sources such as satellites and radars.

As for the full report, “it’ll take about a year to complete,” she said, adding that it is likely to be published in summer 2015.

The spokeswoman stressed that all of the agency’s specialists involved in the investigation have been working from The Hague, as the final report can be prepared without a visit to the crash site.

However, DSB still plans to send experts to Ukraine, when the area around the crash site becomes safer. She added that they will examine certain debris and confirm available data on the ground.

The Dutch investigation is being executed in accordance with the norms and standards of the International Civil Aviation Organization (ICAO), Vernooij said.

All 298 people aboard the Malaysia Airlines jet died as it crashed in Ukraine's Donetsk region on July 17. The majority of those on the plane – which was allegedly shot down – were citizens of the Netherlands.

Both sides involved in the Ukraine conflict – the government and militias which refused to recognize the February coup in Kiev – accuse each other of bringing down the aircraft.

It was initially alleged that the plane was destroyed by a surface-to-air missile. However, claims were also made that the flight was shot down by a military jet which was in the area at the same time.

The investigation of the tragedy was hampered by fighting in the area around the crash site, with Kiev and rebels accusing each other of attempting to conceal the facts.


------------

**utk baca ruangan komen, click link bawah, mcm2 komen ada

http://rt.com/news/184592-mh17-p ... h/comments/page-10/

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 10:05 AM | Show all posts
Experts ask Donetsk militia to comb MH17 crash site for small belongings
World  September 02, 17:56 UTC+4

DONETSK, September 02. /ITAR-TASS/. International experts investigating the downing of a Malaysian Airlines plane ask the authorities of Ukraine’s self-proclaimed Donetsk People’s Republic to once again comb the crash site for small belongings of crash victims, republic’s top official told ITAR-TASS on Tuesday.

“We have finally got an official letter asking us to comb through a concrete zone of some 40 square kilometers,” first deputy prime minister Andrei Purgin said, adding that most things had been collected immediately.

International experts are no longer interested in debris of the plane, he said. “Anyway, it would be a problem to remove them, as the railway was blasted, and vehicles are not suitable either” as the scene is an area of combat operations.

He said the local authorities had repeatedly asked to assist in taking out Boeing debris. “There were flat cars and low-loaders as well as cranes, but experts kept dragging feet,” Purgin said. “Now things have become more complicated, but the cargo may be taken out via Russia. I don’t understand why this matter is not discussed,” he said.

A Malaysia Airlines jet carrying 295 people crashed in east Ukraine on July 17 on a flight from Amsterdam to Kuala Lumpur. Both sides in Ukraine’s conflict accused each other of shooting down the plane with a missile.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
ultra78Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu
Views : 7400 Replies : 31
Betulkah orang bukan Melayu tak makan kedai Melayu?
YgBenarBetulkah orang bukan Melayu tak makan ke
Views : 5746 Replies : 34
Pempengaruh maut ditembak di restoran
mojarean_XPempengaruh maut ditembak di restoran
Views : 9428 Replies : 2
TERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
mojarean_XTERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ket
Views : 1665 Replies : 3
‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaikan Mendadak Cukai Pintu Di Selangor Mengejutkan Penduduk
YgBenar‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaik
Views : 15155 Replies : 57
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 29283 Replies : 219
comel
rospinkicomel
Views : 7212 Replies : 47
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9609 Replies : 32
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7158 Replies : 33

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.254153 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list