CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NIXAR

[Tempatan] Tragedi MH17 V5 : 35 jenazah selamat dibawa pulang termasuk 2 jenazah pd 9/9

  [Copy link]
 Author| Post time 19-8-2014 04:40 PM | Show all posts


2 mayat warga Malaysia dibawa dibawa ke pusat pembakaran mayat




raptai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2014 04:52 PM | Show all posts
phew mujur cuti jumaat ni dah approve...kat office xde la nak blh berkabung...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 04:59 PM | Show all posts
-28 dari 43 dah dikenal pasti
*(14 islam, 14 bukan islam)
*(15 penumpang, 13 anak kapal) -- mh17 ada 15 anak kapal, so 2 je lagi belum dikenalpasti

-jumaat bawa balik 15 warga negara + 1 dutch
*(baki sepatut 28, tapi jadik 27 sbb Shaliza Dewa akan di kebumikan di melbourne)


**nanti aku edit la esok kalau ada perubahan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 05:35 PM | Show all posts
adeh sedihnye
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 05:53 PM | Show all posts
Keseluruhan 43 (21 muslims, 22 non-muslims)
Dah jumpa 28 (14 muslims, 14 non-muslims)

Semoga dipermudahkan juga untuk yang selebihnya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 05:56 PM | Show all posts
fifie_olin posted on 19-8-2014 02:23 AM
mmgla dh siap mandi ..dikapankan...
maksud aku dh lama sgt mesti dh start mereput kan...
oo bole ...

kes mcm ni rasanya ada lah kelonggaran..

kes yg luarbiasa kan,the bodies/remains nak kena sent here and there to be identified and such,wasnt an easy job..

Allah knows best..

i mmg terkesan sgt dgn kes ni sbb tu ler laluan i tiapkali balik malaysia..

beza 2 minggu dgn flight i ituhari..

2 friends supposed to be on that flight juga but saat akhir ubah date to 18th..

i pun mcm lain2,still x boleh hadam kisah ni,sedih sgt..


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2014 06:00 PM | Show all posts
aireen24 posted on 18-8-2014 06:27 AM
my sis lompat dari buat master ke phd. ministry of science convertkan dari master ke phd. takde ya ...

ni yg org ckp challenge the program kan?

skip masters terus ke phd..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
pinksarah posted on 19-8-2014 10:00 AM
ni yg org ckp challenge the program kan?

skip masters terus ke phd..

Yup. Hasil dari lompatan ini ade pro and con la. Sbb pakcik2 yg kena  amik ms. mengata sbb xde write up master.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2014 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
pittjie posted on 19-8-2014 02:09 PM
ambik la cuti uols. iols ni kalau cuti banyak lagi ... mmg mcm nak ambik cuti je.

hari ni baca ...

Mmg igt nk amek cuti tp da trainer tu nk dtg on friday jugak,iols kna aada skali huhuhu.....lg pn cuti tggal 5 hari je lg, tu utk g cuti2 akhir thn
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 06:31 PM | Show all posts
pinksarah posted on 19-8-2014 05:56 PM
kes mcm ni rasanya ada lah kelonggaran..

kes yg luarbiasa kan,the bodies/remains nak kena sent  ...

Sis ade kat malaysia skrg ni? Mase balek ritu,lalu jalan yg same gak ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 06:37 PM | Show all posts
biggirlduncry posted on 15-8-2014 05:03 PM
keluarga En. Tambi 6 beranak dari sarawak tu hanya sorang yg dah dikenal pasti.
Muhamad afif
diora ...

Yg duduk dekat wings hrp2 jumpe la remains body
i doakan kesemuanye dpt dikenalpasti
sedihnye..

jumaat ni dlm pukul brp ETA?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 06:37 PM | Show all posts
ida88 posted on 19-8-2014 10:31 AM
Sis ade kat malaysia skrg ni? Mase balek ritu,lalu jalan yg same gak ke

ye,mmg ini laluan tiapkali nak balik malaysia dan back to europe..

ams-kul-ams..

cuma beza nya i ambik flite mlm,so using kapal klm..

mh flite tghari..still sama psl both kapal code sharing..

not just these 2 flites,lain2 yg masuk europe sector mmg akan lalui these terrain,usual route kan..

klu tgk navigator dlm plane pon mmg nampak laa nama2 tmpt..

Allah,i cant imagine perasaan keluarga,especially yg back for good from kazastan tu,transit ams kan,sekelip mata the six of them gone..





Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 07:11 PM | Show all posts
skrg ni laluan europe/asia/europe ikut mana ye?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 08:40 PM | Show all posts
ida88 posted on 19-8-2014 06:37 PM
Yg duduk dekat wings hrp2 jumpe la remains body
i doakan kesemuanye dpt dikenalpasti
sedihnye..
...

10am, lps upacara ringkas terus diterbangkan/dihantar ke tempat2 pengkebumian yg dah dipersetujui pihak keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 11:40 PM | Show all posts
fifie_olin posted on 19-8-2014 10:14 AM
mcm mn la keadaan mayat ye...dh lama sgt dh
ape hukum ek melewat2 kan pengebumian

bukan disengajakan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 11:49 PM | Show all posts
guesswho09 posted on 19-8-2014 07:11 PM
skrg ni laluan europe/asia/europe ikut mana ye?

lalu russia austria belgium italy...dkt asia lalu iraq iran...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2014 12:13 AM | Show all posts
aireen24 posted on 19-8-2014 06:11 PM
Yup. Hasil dari lompatan ini ade pro and con la. Sbb pakcik2 yg kena  amik ms. mengata sbb xde wri ...

alah biasa la. mulut org mane boleh tutup. rezeki masing2 kan, tak bleh nk pertikaikan.

btw ade je umur 27 x skip msc boleh dpt phd. my group mates ramai cenggitu, umo 28 buat postdocs memasing. jeles sgt.

i ni dlu berharap umo 27 dh dpt, malangnye tak abes2 lg lab work
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 07:12 AM | Show all posts
raxief posted on 19-8-2014 09:40 PM
bukan disengajakan..

i like ur komen...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 10:05 AM | Show all posts
MH17: Dua jenazah dijangka tiba di Kuching petang Jumaat

KUCHING: Jenazah dua daripada mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, yang dijadual tiba di tanah air pada Jumaat ini, akan dibawa pulang ke Kuching sejurus selepas selesai istiadat penghormatan penerimaan jenazah tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman, berkata kedua-dua jenazah itu, yang diiringi empat anggota keluarga mereka, akan diterbangkan ke sini dengan pesawat Charlie Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan dijangka tiba di Pangkalan Udara TUDM di sini pada kira-kira 3 petang.

Sebaik tiba, jenazah itu akan dibawa ke Masjid Jamek, Petrajaya di sini untuk solat jenazah sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Semariang di sini bagi disemadikan.

"Orang ramai boleh berkumpul di Masjid Jamek untuk menunaikan solat jenazah dan memberi penghormatan terakhir," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat persiapan majlis penerimaan jenazah mangsa MH17 di Pangkalan Udara TUDM di sini.

Terdahulu, beliau memeriksa persiapan dan raptai penerimaan jenazah berkenaan.

Daud berkata Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud yang diiringi Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan anggota kabinet negeri juga dijangka berada di Masjid Jamek pada petang Jumaat itu.

Menurutnya jenazah yang dibawa dari Armsterdam itu dijangka tiba di KLIA pada kira-kira 10 pagi dan akan dibawa ke Kuching kira-kira dua jam kemudian.

Pada hari itu, bendera Negeri Sarawak akan dikibarkan separuh tiang sama seperti Jalur Gemilang sebagai tanda berkabung.

Antara warganegara Malaysia yang terkorban dalam tragedi MH17 itu ialah pasangan Tambi Jiee, 49, dan Ariza Ghazalee, 46, serta empat anak mereka Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 19, Marsha Azmeena, 15 dan Muhammad Afruz, 13. Mereka berasal dari Semariang.

Penerbangan MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas. Pesawat Boeing 777 itu, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, telah ditembak jatuh namun, sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 10:06 AM | Show all posts
perkembangan lain...

FFM26 ditunda bagi hormati tragedi MH370, MH17

ULU KLANG: Festival Filem Malaysia (FFM26) yang dijadualkan pada 20 September depan di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) ini ditunda sehingga diberitahu kelak bagi menghormati perasaan sedih dan pilu ahli keluarga mangsa ekoran tragedi kehilangan Penerbangan Malaysia MH370 dan MH17 yang terhempas di Ukraine. Hal ini diakui sendiri menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)

Menurut Pengerusinya, Datuk Hj Affendi Datuk Hj Hamdan, penundaan itu demi menjaga perasaan hiba ahli keluarga mangsa.

"Baru-baru ini kita sudah dimaklumkan mengenai kepulangan mayat mangsa tragedi nahas penerbangan MH17 ke tanah air dalam masa yang terdekat. Di samping itu juga kerajaan telah meuar-uarkan pada 22 Ogos ini menjadi hari berkabung bagi seluruh Malaysia. Oleh yang demikian pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta FINAS sebulat suara untuk menangguhkan acara festival filem ini."

"Urusetia FFM26 memohon maaf terhadap kesulitan yang berlaku kepada calon-calon dan juga artis-artis jemputan yang terlibat. Kami akan mengumumkan tarikh baharu sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.131021 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list