CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NIXAR

[Tempatan] Tragedi MH17 V5 : 35 jenazah selamat dibawa pulang termasuk 2 jenazah pd 9/9

  [Copy link]
Post time 25-8-2014 04:42 PM | Show all posts
cheewong posted on 25-8-2014 04:36 PM
ye betull..coming soon, 30 hb...


Hopefully ada yg rajin buat gambarajah or chart siapa yg dah balik.. Siapa yg belum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2014 04:44 PM | Show all posts
Isnin, 25 Ogos 2014 @ 4:36 PM  

MH17: 24 jenazah sudah dibawa pulang ke tanah air - Rohani
PUTRAJAYA: Dua puluh empat mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 telah dibawa pulang ke Malaysia sehingga semalam dengan dua daripadanya tidak didedahkan identiti atas permintaan keluarga.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata 20 jenazah tiba di Malaysia pada 22 Ogos, satu jenazah pada Sabtu (23 Ogos) dan tiga semalam.

Pada Jumaat, kumpulan pertama 20 jenazah membabitkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa pulang dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas dan diberi penghormatan mengikut adat istiadat tentera di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang.

Semalam, jenazah penyelia penerbangan kabin MAS, Mohd Ghafar Abu Bakar dan pensyarah Universiti Malaysia Sabah, Ng Shi Ing turut diberi penghormatan dalam istiadat serupa.

Bercakap dalam sidang media selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini, Rohani berkata kerajaan perlu menghormati permintaan mana-mana waris yang mahu identiti mangsa dan kepulangan jenazah dirahsiakan.

"Syukur kerana urusan istiadat penghormatan dan pengebumian jenazah berjalan lancar dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada semua pihak khususnya anggota keluarga," katanya.

Rohani berkata kebanyakan kaum keluarga menerima nasihat supaya keranda mangsa tidak dibuka.

"Emosi keluarga juga semakin baik. Kaunseling juga masih diberikan kepada yang memerlukan termasuk kepada waris mangsa yang telah dikebumikan," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya pada perhimpunan itu, Rohani berkata sebagai kementerian yang bertanggungjawab menguruskan anggota keluarga, mereka perlu bijak mengendalikan keadaan.

"Tugas untuk bertanya satu persatu waris, bagaimana jenazah hendak diuruskan, di mana hendak dikebumikan, nak terlibat istiadat atau tidak. Pelbagai persoalan bertalu-talu yang kita tidak dapat jawab, tapi kita bersungguh-sungguh membantu," katanya.

Mengakui dirinya seorang yang mudah mengalirkan air mata, apa lagi apabila perlu berdepan dengan anggota keluarga mangsa, beliau tetap komited meneruskan tugas supaya proses menyampaikan berita itu dapat dijalankan dengan baik.

Rohani berkata sijil kematian kru dan penumpang bagi jenazah yang dibawa pulang ke Malaysia, telah dikeluarkan Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara.

Penerbangan MH17, yang membawa 289 penumpang termasuk 15 anak kapal, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di timur Ukraine, pada 17 Julai. Ia ditembak jatuh namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
Sebanyak 43 rakyat Malaysia terbunuh dalam insiden itu.

- BERNAMA




  


Last edited by edoraixora on 25-8-2014 04:48 PM

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 04:44 PM | Show all posts
edoraixora posted on 25-8-2014 04:36 PM
kalo ikut artikel tu, cenggitu lah
mungkin yg sorang tu, keluarganye mahukan privasi kot


So betul la yg sorang tu datin balik naik private jet ye.. I missed this one. Tak baca lg news pasal ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 04:46 PM | Show all posts
juliez posted on 25-8-2014 04:44 PM
So betul la yg sorang tu datin balik naik private jet ye.. I missed this one. Tak baca lg news p ...

berita panjang sket kt post sebelum post u ni

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 04:47 PM | Show all posts
Mungkin kanak2 lain hanya teruskan kehidupan seperti biasa, tapi adik ni terpaksa start a new life n berjauhan dgn atuknya ..
new friend and new school, new living area ....
quite a hard journey, insyALLAH Allah akan memberkati Mu dan melindungi MU
kesian pd atuk dan cucunya terpaksa berpisah ...

sedih jugak part, muhriz kata mastura, ibu pandai masak, sering masak makanan kegemaranya.

sabar dan tabahnya


An uploaded picture of a sombre Muhriz with hands gently holding on to Mastura’s casket was shared many times on the Internet, with many commentators sympathising with the young boy, and urging him to be strong.Mastura’s former husband Marzaidi Mohammad said Muhriz was slowly accepting the death of his mother, although his son was fraught with sleepless nights for more than a week after the MH17 tragedy.He added that their son was now in school and lived with his paternal grandparents in Rapat Setia in Ipoh. Marzaidi, a financial consultant in Kuala Lumpur, said prayers helped Muhriz immensely.


Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 04:54 PM | Show all posts
Kalau dah the father ambik tp duduk dgn paternal grandparents jugak kat ipoh instead of duduk dgn the father baiklah maternal grandparents je yang jaga sebab dah biasakan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2014 04:56 PM | Show all posts
Kittie posted on 25-8-2014 03:44 PM
MAS crew
1) Wan Amran Wan Hussin (Captain)
2) Choo Jin Leong, Eugene (Captain)

tak pandai..
kalau semua dah balik baru leh teka..
sapa dua org tu???
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 05:03 PM | Show all posts



http://www.beritasemasa.com.my/b ... tafa-pramugari-mh17
Ya…Allah kau tabahkan hati adik Muhriz Marzaidi, kuatkan semangatnya dalam menerima ketentuanMu bagi meneruskan hidupnya. Nasihat Berita Semasa kepada anak Mastura Mustafa ini. Jadilah seorang anak yang soleh untuk kedua ibubapamu agar kamu dapat diketemukan dengan ibuMu di Jannah nanti.Buat keluarga, bimbing adik Muhriz Marzaidi, untuk menerima takdir pemergian Mastura Mustafa ini dengan redha.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2014 05:07 PM | Show all posts
tasha posted on 25-8-2014 03:15 PM
i dulu duk areas situ.. ntah2 kita bernebor kot?

saya 2/7....selorong ngan umah arwah abg ghaffar ni....
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 05:15 PM | Show all posts
kesian budak ni, kenapalah bapa dia tak bela ...
betul ckp mami2 ..
kita ni tak tahu kesah sebenar tapi mengharapkan keadaan cam gini dia di jaga org yg paling dia sayang
selepas arwah ibunya,
tgk muka dia pun dah nak rasa peluk dia .. or jaga dia
tapi apakan daya kita ....

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 05:17 PM | Show all posts
pittjie posted on 25-8-2014 04:06 PM
sebenarnya mmg ada skim perlindungan ni tau under socso. sbb kawan aku .. suami dia meninggal masa ...

kdg2 mak pak kita tak tau pasal ni kan, dpt2 mak pak yg keja kampung..
yelah, mcm kes ni..kes besar... so laju je la socso bergerak.
kalau kes biasa2 rasanya, selagi kita tak pi tuntut/bgtau depa ke...selagi tu tak gerak rasanya.
mcm kwn aku pun dpt dlm rm500 sebulan, dia tak boleh keja sejak 2002 gitu sebab kanser.
boleh la buat2 beli ubat gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 05:18 PM | Show all posts
juliez posted on 25-8-2014 04:32 PM
So meaning

jumaat = 20

betul la tu... tinggal lagi 19 la tapi yg akan di bawak balik 18 (insyaAllah)
sebab sorang akan dikebumi di melbourne.



Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 05:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
mami2x posted on 25-8-2014 04:54 PM
Kalau dah the father ambik tp duduk dgn paternal grandparents jugak kat ipoh instead of duduk dgn th ...

Kalo dah atuknya jaga elok la make sure insurance seme dpt ke atuknya...sedih wooo....nak nangis plak aku ptg2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 05:23 PM | Show all posts
baki anak kapal yg belum dibawa pulang (5)

Capt Wan AMran
Capt Eugene
Mohd Firdaus
Shaikh Mohd Noor
Sanjid Singh
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 05:39 PM | Show all posts

baki penumpang (14-1)

Muhd Afruz
Muhd Afzal
Marsha Azmeena
Shaliza Zaini Dewa (melbourne)
Kaelamayajay
Tambi Jie
Subashni Jretnam
Benjamin
Lee Kiah Yeen
Liew Yau Chee
Meling Anak Mula
Siti Amirah Parawira
Matthew Ezakial
Tan Siew Poh


*maaf ya kalau nama tunggang langgang
Last edited by biggirlduncry on 25-8-2014 05:42 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2014 05:41 PM | Show all posts
juliez posted on 25-8-2014 04:44 PM
So betul la yg sorang tu datin balik naik private jet ye.. I missed this one. Tak baca lg news p ...

beb, i rasa mmg tak kluar dlm news pun, rasanya gambar van jenazah tu pun ntah mcm mana boleh terlepas masuk paper.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 06:35 PM | Show all posts
tension080808 posted on 25-8-2014 04:47 PM
Mungkin kanak2 lain hanya teruskan kehidupan seperti biasa, tapi adik ni terpaksa start a new life n ...

laa duk kat ipoh pun duduk ngan tok dia jugak.bukan bapak dia jaga pun.apepon moga adik mukhriz neh jadi anak yg solih dan berjaya masa hadapan
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 06:43 PM | Show all posts
takde ke lagi gamba2 encem boy abderrahman hakimi?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Member aku bgtau, abg dia terlibat dgn istiadat mengusung keranda. Abg dia bgtau, ade keranda yg ringan. Mungkin jenazah tu tak cukup sifat dan hanya sebahagian anggota jer yg ada. Sedih nyer dgr cerita2 mcm ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.136704 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list