CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3259|Reply: 45

[Tempatan] DR MOHD ZUHDI TEGUR PUCUK PIMPINAN PAS

[Copy link]
Post time 20-8-2014 05:13 AM | Show all posts |Read mode

ZUHDI TEGUR PUCUK PIMPINAN PAS
August 20, 2014



Dr-Mohd-Zuhdi-Marzuki

(Utusan malaysia) – Pucuk pimpinan Pas perlu memiliki sikap negarawan dengan meletakkan kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pakatan pembangkang.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, Pas sebagai sebuah parti Islam sepatutnya berfikir di luar kotak dan bukannya melihat dari sudut pertembungan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) atau antara Pas dan UMNO.

Menurut beliau, kecenderungan pimpinan tertinggi Pas menelaah situasi krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor dan situasi politik yang lain melalui kerangka pemikiran yang sempit adalah mengejutkan.

“Lebih sembilan bulan kepentingan rakyat Selangor dan kebajikan mereka dikebelakangkan kerana agenda PKR dan peribadi Anwar.

“Mengapa tidak ramai pimpinan pakatan pembangkang yang berani tegur kecenderungan politik PKR dan Anwar yang mementingkan agenda parti dan individu,” katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Kelmarin, Jawatankuasa Pas Pusat membuat keputusan untuk mencadangkan nama Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Keputusan tersebut mengejutkan banyak pihak kerana ia menolak pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang sebelum ini mempertahankan pentadbiran Abdul Khalid.

Mohd. Zuhdi memberitahu, pakatan pembangkang seharusnya memikirkan pula tentang bagaimana mereka boleh berpolitik untuk kepentingan rakyat dan negara.

Beliau menambah, rakyat Selangor telah diheret dalam kemelut politik yang tidak berkesudahan khususnya melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan isu air yang dipolemikkan.

“Akibatnya, kelancaran pentadbiran kerajaan negeri yang disenangi rakyat terganggu dan merencatkan inisiatif pegawai-pegawai kerajaan yang berdedikasi untuk menjaga kepentingan rakyat,” ujarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2014 06:07 AM | Show all posts
yang ditegur ...pucuk....
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 06:08 AM | Show all posts
now you are  talking...a little too late?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 07:07 AM | Show all posts
dah terlambat
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 07:48 AM | Show all posts
main wayang lagi...baru nak cakap....
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 07:52 AM | Show all posts
PAS kaki UTURN
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2014 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
His d one yg nk bergabung dgn umno??

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 08:07 AM | Show all posts
Habisla lepas nih.. mmg kena kutuk oleh geng sendiri.
Dlm semua parti sepatutnya ada org mcm nih.. ni hanya berani kritik selepas tidak lg tidur sekatil dan sebantal. Semasa masih bersama, semuanya ok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2014 08:17 AM | Show all posts
sorg lg bakal dipecat.......

atau pun adakah ini lakonan shj
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 08:27 AM | Show all posts
kalau mahmud zuhdi akak respek lah, kalau mohd zuhdi ni sumpah mak tak kenal
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 10:06 AM | Show all posts
apalah yang boleh diharapkan pada PAS..

spesis lobai malang dari dulu kini dan selamanya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 10:25 AM | Show all posts
haaa ni mesti talibarut umno ni...semekom mah mana semekom mah...sila pecat yg ni jugak
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 10:38 AM | Show all posts
dah yg jawab persoalan Dr Zuhdi
kredit to http://www.tranungkite.net/v12/m ... ticle&sid=17086

antara petikan :-
Apakah PAS tidak boleh menjana kemenangan melalui UG??? PAS hanya akan diterima sebagai balaci dalam pimpinan UMNO kerana terpaksa akur dengan apa yang dibaut hanya akan menjadi pengikut bukan perintis... Ramai pimpinan PAS akan marah dengan kenyataan ini!! Benar!! TGHH merupakan pemimpin antarabangsa dunia Islam namun Malaysia bukan negara Islam ...Uncle SAM tidak akan mengikhtiraf mana2 pimpinan yang cendrung untuk dilabelkan penganas, anti yahudi dan juga berpegang teguh kepada ALLAH. Kenapa??kerana pimpinan sekular hari ini sudah cukup lunak dengan Yahudi dan Uncle Sam mana mungkin Islan diterajui oleh Orang berserban ini..

Namun KN tidak menjadi kerana risiko yang bakal dihadapi oleh pengikut Che Det untuk menekan DSNR dan DSNR tidak terdesak, masih diterima rakyat, anak Tun menjadi MB... maka KN diabaikan apatah lagi ramai pimpinan UMNO yang rasuah amat gentar kalau DSAI masuk dalam pemerintahan negara akan terbongkar segala rahsia dan pekung yang disimpan. Justeru, KN adalah alternatif plan DSNR seandainya beliau ditekan oleh golongan pro Tun. Namun untuk “balance of power” DSNR telah melantik KJ sebagai menteri kabinet iaitu orang yang kedua dibenci oleh Tun selepas DSAI agar KJ akan mempertahankan DSNR apabila diserangkan oleh kem Tun...

Telah beberapa kali kem Tun menyerang DSNR melalui Kadir Jasin namun Najib tetap utuh ... dan KN hilang sehinggalah timbul isu Mahyuddin nak bercuti... ini adalah langkah untuk mempercepatkan kemaraan anak Tun dengan syarat sepupu DSNR akan menjadi penganti... namun ada penentangan..poltik jijik UMNO yang penuh noda, nanah dan najis dengan bertuhankan takhta dan kuasa dan saya kira PAS tidak layak untuk terjun selagi negara masih ditunjangi oleh 9 raja-raja,,, tiket Yang Dipertua seumpama dijadikan tempat perlindungan bagi yang rasuah... adakah PAS mampu bertindak demikian lalu mengenepikan seruan Rasulullah SAW “ seandainya Fatimah bt Muhammad SAW mencuri, neschaya aku akan potong tangannya” . Justeru, PAS tidak akan berkuasa selagi masyarakat melayu masih belum berani membuat perubahan dan kian rosak akhlaknya dibuai oleh media-media arus perdana tajaan UMNO..PAS tak perlu menjadi Seperti munafik UMNO…

Saya tahu saya akan dicap pemuja DSAI, pengampu politik namun DSAI pernah diuji dan diletakkan nyawanya dipergentingan,,, namun hari ini PAS membuat ketetapan unjtuk memilih DSWA dan Azmin Sebagai MB … namun kita akan lihat kemungkinan Khalid akan membubarkan DUN seandainya UMNO yakin boleh menjana kemenangan namun kalu tidak plan B akan menyusur iaitu membeli Azmin serta takhta untuk menjadi MB….

Mengapa??? persoalan makin menarik.. Apatah lagi YDPA bakal beralih kuasa??? Kenapa  seruan “Allahu Akbar” menjadi iguan ngeri pihak takhta yang majoriti cendrung kepada UMNO … kajian oleh penyelidik PAS perlu dibuat bagi menghadapi arus ini dan DSAI telah merancang sesuatu… bukan atas nama peribadi namun kuasa tidak akan berubah sekiranya semua jentera kerajaan ditunggangi..pihak Istana tidak merestui… golongan dalaman UMNO pimpinan Tun masih menghantui…  perubahan hanya akan berlaku di peringkat “Top Down Planning”. Untuk PAS,  kalian semua tidak perlu bergelumang dengan politik kotor serta jijik yang telah lama dicorakkan oleh UMNO … tumpukan pada usrah dan dakwah serta kemasyarakatan agar PAS lebih rapat kepada masyarakat… tarbiah pemimpin bawahan agar lebih rapat dengan golongan bawahan UMNO ..mereka juga saudara sesama Islam , mungkin bapa, emak dan anak saudara, kenalan dan kawan-kawan kita namun mereka telah disesatkan hasil pemisahan politik dan cara hidup… mereka telah menerima budaya “mereka rasuah tapi masih melayu, kita juga akan buat benda yang sama bila dipuncak kuasa… apatah lagi isu MB Kelantan bersama YB Husam gagal diselesaikan dalam pimpinan PAS sendiri… Jika ini berlanjutan, pimpinan PAS masih tidak boleh berlapang dada, kembali ditali Allah dan menghubung silaturahim sesama Jemaah…jangan harap untuk menumbangkan UMNO dengan slogan dan retrorik tanpa tarbiah yang tersusun dan berterusan…

Ingatan untuk Jemaah dan pimpinan PAS dan saya sendiri kejayaan sebenar serta hakiki bahawa Allah SWT redha dengan apa yang kita lakukan ..kerana Allah SWT yang boleh mengubahnya Seperti janji Alllah SWT “Kun Faya kun”.  Biar DSAI yang mengambil risiko dengan permaufakatan ini kerana dalamnya penuh noda dan dosa yang yang mana pimpinan yang boleh menjana refomasi ialah pemimpin yang telah teruji dengan ranjau dan duri. DSAI tidak mungkin berpatah balik dengan apa yang telah dilaluinya… beliau mungkin akan memaafkan musuh politik atas dasar peribadi namun biar rakyat yang menghakimi pengkhinat Negara… Kalau hari ini kita dipanggil munafik oleh DAP, akuilah demi kelansungan kuasa kita telah tersilap kata dan percaturan. Berhati-hati dengan kemucut dalam perjalanan ,,, mereka ini matlamatnya  hamper sama dengan UMNO untuk perut dan bawah perut…

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 11:24 AM | Show all posts
bila tegur salah, xtegur pon salah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 11:36 AM | Show all posts
KN tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 11:58 AM | Show all posts
akhirnya UMNO jugak dipersalahkan konspirasi Mahathir plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2014 12:19 PM | Show all posts
org mcm Dr Zuhdi (aku gelar Lobai Kopiah) yg menghasut Hj Hadi hingga menyebabkan krisis berlarutan.  Padahal benda boleh settle awal2 lagi.  Masa langkah Kajang, perbincangan telah dibuat dan cadangan utk menukar MB Khalid dgn Anwar telahpun dibincang diperingkat tertinggi.  Org mcm Zuhdi, Tantawi dan individu2 tertentu dlm Majlis Syura (malas nak sebut nama) dsbnya yg menghasut Hj Hadi supaya tidak setuju dan ada arahan dr sesetengah kem PAS utk memulaukan PRK Kajang.  Hanya pd saat2 akhir barulah Hj Hadi mengalah dan membenarkan jentera PAS menolong jentera PKR.  Itupun Hj Hadi masih tetap tidak setuju dgn pertukaran Khalid. Maksudnya sokongan diberi hanya utk pilihanraya bukannya utk penukaran MB.  Dan kalau diperhatikan, pertolongan yg diberi tidaklah sehebat semasa PRU sblm itu wpun calon PRU adalah Cina.  Ceramah yg dtg pun Hj Hadi x dtg, Haron Din wpun rumahnya dekat pun tak pernah dtg.  Ada satu2nya ceramah Hj Hadi dijadual dtg tapi last minute tak datang kononnya uzur.  Yg datang Mat Sabu, Mahfuz, Salahuddin yg kita tahu dr kem Erdogan.  Kat situ pun dah boleh baca sejauhmana sokongan PAS pd Anwar.

Selepas PRK beberapa attempt telah dibuat utk memujuk Hj Hadi.  Tapi sebab Hj Hadi mmg telah dipengaruhi sepenuhnya oleh geng2 Lobai Kopiah ini maka Hj Hadi tetap dgn pendiriannya yg akhirnya menghilangkan sabar PKR dan sebab itu krisis ini terpaksa dipecahkan dan akhirnya diketahui umum. Khalid Ibrahim tidak akan sesekali akan bertegas dan degil utk melepaskan jawatan tanpa sokongan PAS dan sokongan PAS sememangnya diberi sudah lama.  Adakah PAS sebenar-benar menyokong Khalid?? Sesekali TIDAK.  Khalid hanyalah kuda tunggangan puak2 Lobai Kopiah utk menentang Anwar Ibrahim kerana Anwar sering membantutkan usaha mereka berbaik dgn UMNO. Khalid hanya sebagai objek..bahan pemangkin yg digunakan utk menyemai perasaan anti-Anwar dikalangan pemimpin PAS dan ahli PAS.  Adakah PAS marah dgn langkah Kajang? Sesekali TIDAK. Langkah Kajang juga diguna sbg objek geng2 Lobai Kopiah utk menentang Anwar.  Gerakan Anti Anwar sudah bermula sejak 2008 lagi.  Masih ingat Hassan Ali, Nasrudin Hassan?  Sesungguhnya Hassan Ali dan Nasruddin tidak bersendirian dlm agenda pro UMNO mrk.  Sama sekali tidak.  Dibelakang mereka masih ramai pendokongnya dan gerakan ini tidak pernah mati, malah berkembang biak didepan mata & hidung Hj Hadi.

Ahli PAS yg tidak tahu apa2 termakan dgn hasutan dan ikut sama marah Anwar.  Jika tidak kerana Majlis PAS Pusat yg masih dikuasai kem Erdogan, aku yakin PAS dah keluar PR dan join/kerjasama dgn BN.  Hj Hadi bukannya khalifah yg ada kuasa veto.  Jadi dia suka atau tak suka terpaksa patuh pd keputusan parti.  

Adakah kerja2 puak Lobai Kopiah ini akan berhenti?? Sesekali tidak.  Racun mesti sentiasa dituang utk menyemai perasaan anti PR, anti Anwar, anti DAP agar pd Muktamar tahun depan pemimpin2 kem Erdogan akan dpt disingkirkan.  Maka pencacai mcm Dr. Zuhdi akan terus berkokok dgn tulisan2 yg membunuh hingga objektif mereka tercapai. Sehinggalah kem Erdogan ini dpt dihapuskan/dilemahkan, maka selepas itu baru kita akan dpt saksikan bagaimana PAS akan khianat pd PR dan bergabung/berkerjasama (whatever lah) dgn UMNO. Soal berjaya atau tidak gerakan Lobai Kopiah ini, aku akan komen dlm tulisan lain.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 12:27 PM | Show all posts
a_gen2 posted on 20-8-2014 12:19 PM
org mcm Dr Zuhdi (aku gelar Lobai Kopiah) yg menghasut Hj Hadi hingga menyebabkan krisis berlarutan. ...

ini sarcastic ke apa? takde icon pekup mulut pon?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
a_gen2 posted on 20-8-2014 12:19 PM
org mcm Dr Zuhdi (aku gelar Lobai Kopiah) yg menghasut Hj Hadi hingga menyebabkan krisis berlarutan. ...

Mcm pernah baca tulisan ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 01:48 PM | Show all posts
a_gen2 posted on 20-8-2014 12:19 PM
org mcm Dr Zuhdi (aku gelar Lobai Kopiah) yg menghasut Hj Hadi hingga menyebabkan krisis berlarutan. ...

Jika tidak kerana Majlis PAS Pusat yg masih dikuasai kem Erdogan, aku yakin PAS dah keluar PR dan join/kerjasama dgn BN.  Hj Hadi bukannya khalifah yg ada kuasa veto.  Jadi dia suka atau tak suka terpaksa patuh pd keputusan parti.  

jadi ko nak kata jemaah PAS dikawal sepenuhnya oleh kem Erdogan didalam Majlis PAS Pusat...bermakna bukan Hadi saja kena patuh...Dewan Ulamak, Majlis Syura PAS, Nik Aziz selaku Mulshamdul HAMPAS, Lutjah politik PAS terpaksa sujud sembah kem2 Erdogan dan Majlis PAS pusat lah.

Oooh..terima kasih krn mencerahkan lagi siapa PAS sebenarnya..selama ini mati mati saya ingat..dlm PAS tu cakap Ulamak jangan dipertikai...rupanya boleh.

So..tak mustahil lah lepas ni Presiden PAS adalah dari golongan Erdogan spt Mad Sapu, Husam, Khalid Samad, Mahfuslah..Mustafa Ali jadi MulshamdolHAMPAS ganti Nik Aziz...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.077795 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list