CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4504|Reply: 71

[Dunia] Iceland paling aman, Malaysia tempat ke-33

[Copy link]
Post time 20-8-2014 08:49 AM | Show all posts |Read mode
Sydney: Meskipun peluru berterbangan dan kekacauan melanda di beberapa pelusuk dunia, masih lagi ada negara dianggap paling aman, tanpa peperangan dan konflik.

Institut bagi Ekonomi dan Keamanan yang berpusat di Australia semalam mengeluarkan senarai Indeks Keamanan Global 2014 dengan menamakan Iceland sebagai negara paling aman di dunia ketika ini.


Institut itu melakukan kajian tahunan terhadap 162 negara dan ini tahun yang kelapan.

Kajian itu mengambil kira 22 penunjuk yang mengukur jumlah keganasan atau kebimbangan terhadap keganasan dalam masyarakat, termasuk faktor jumlah pembunuhan, populasi banduan, kemudahan memperoleh senjata, jenayah ganas dan belanjawan ketenteraan.


Iceland diikuti Denmark, Austria dan New Zealand. Switerzeland, Finland, Kanada, Jepun, Belgium dan Norway juga berada dalam kelompok 10 negara paling aman dunia.


Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia berada di tangga ke-33. Singapura pula ditangga ke-25, Indonesia, 54, Thailand, 126, Filipina, 134 dan Myanmar, 136.

Kajian itu juga mendapati, hanya 11 negara berada di senarai paling rendah dalam semua bentuk konlflik iaitu, Switzerland, Jepun, Qatar, Mauritius, Uruguay, Chile, Botswana, Costa Rica, Vietnam, Panama dan Brazil.


Dalam pada itu, Syria dinobatkan sebagai negara paling tidak aman tahun ini, menggantikan Afghanistan. Iraq, Korea Utara, Pakistan dan Russia berada dalam senarai 10 terbawah sementara Zambia, Haiti, Argentina, Chad, Bosnia dan Herzegovina, Nepal, Burundi, Georgia, Liberia serta Qatar disenaraikan sebagai negara yang mungkin terjerumus dalam kekacauan dua tahun akan datang.

Negara pengganas, Israel, menduduki tangga ke-149 dalam senarai itu. - Agensi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2014 08:52 AM | Show all posts

Ate

Dah ais je yang ade..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 09:53 AM | Show all posts
amerika tangga ke bapa plak..?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 09:57 AM | Show all posts
DOUBLE7 posted on 20-8-2014 09:53 AM
amerika tangga ke bapa plak..?

Kan...bila baca ni pertama yang terlintas di kepala ialah Amerika.
Amerika tangga ke-101.
Sibuk sangat negara orang, negara sendiri kacau-bilau.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 09:59 AM | Show all posts
horey!! buat pertama kali  indon mengalahkan Malaisia pada kedudukan 54-33...
indon bisa!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 10:24 AM | Show all posts
Syukur Malaysia boleh kata, masih lagi aman.. for now.

So, ai harap kita semua boleh improve lagi secara domestik dgn.. basmi jenayah rempit, ragut, rogol & dengki-mendengki.. dengki lah punca segala jenayah.. kita lebih skit, org tu dah target kita.. so jangan la menunjuk2 kemewahan & keglamoran yg kita miliki, nanti org lain tak senang bak kata atok Yoda, Hate Leads To Suffering.. jadi la sorang yg humble & gitu2 ajer..

Kesian Bosnia.. dijangka porak-peranda? Only God knows..


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2014 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Ranking tak penting kata FAM :lol
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok lah tu.  Kita ngan Singapork tak jauh beza.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2014 10:36 AM | Show all posts
Nak merusuh camno
Semua sejuk beku dalam umah masing2
nak kuar demonstrasi kat luar pon x larat dek non

Yg x aman tu semua negara cuaca panas
Syria sejuk ckit2
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 10:36 AM | Show all posts
tumpanglalu74 posted on 20-8-2014 08:52 AM
Dah ais je yang ade..

setahu aku la kan ... iceland idok le penuh ice aja. aku pernah terbaca .. org selalu confuse antara iceland and greenland. keadaan geographi dua negara ni tak sama macam namanya. kalau iceland tu banyak greeny land nya ... greenland pulak sebenarnya yang lebih banyak mukabuminya dipenuhi ais. gitu.

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 10:36 AM | Show all posts
Israel di tangga ke 149

memang wajar
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 10:41 AM | Show all posts
yg ada ice shj ada .. itu greenland... bukan iceland

iceland


greenland



Last edited by atira on 20-8-2014 10:42 AM

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 10:44 AM | Show all posts
atira posted on 20-8-2014 10:41 AM
yg ada ice shj ada .. itu greenland... bukan iceland

iceland

Ai teringin nak ke sana sebab.. penyanyi Bjork asal sana.. & ai peminat setia.. hiks!
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp ada juga yg mengharapkan malaysia berperang bom meletup sana sini..camne tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 10:46 AM | Show all posts
applemy posted on 20-8-2014 10:44 AM
Ai teringin nak ke sana sebab.. penyanyi Bjork asal sana.. & ai peminat setia.. hiks!

teringin jugak nak gi reykjavik... cantik bandar dia
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 10:47 AM | Show all posts
saladin780 posted on 20-8-2014 10:45 AM
Tp ada juga yg mengharapkan malaysia berperang bom meletup sana sini..camne tu

tak dinafikan geng2 parang ni tergedik2 nak tempuh balik 13 may...
sewel gamknye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2014 10:48 AM | Show all posts
saladin780 posted on 20-8-2014 10:45 AM
Tp ada juga yg mengharapkan malaysia berperang bom meletup sana sini..camne tu

insyaAllah tak sampai ke tahap tu

cina pun makin menguncup
populasinya, kurang 20%

tak perlu la risau sangat
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 10:52 AM | Show all posts

Eh.. Tima Kasih La Atas Geog Lesson

Ni korang ade tau?

Icelanders Overthrow Government and Rewrite Constitution After Banking Fraud-No Word From US Media
Read more at http://guardianlv.com/2013/12/ic ... 3IB5ZAZ3ctsXj4QQ.99


Haku dedulu pon kat Britain dah dekat bebenor dah dengan Iceland..  Bjork asek masok TOTP je..  Buat semak mata.

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 10:54 AM | Show all posts
Dekat Iceland ni la kan, yang penjaranya banduan boleh dikira dengan jari. Dan org yg duduk penjara boleh keluar pergi bekerja lepas abis kerja balik penjara. Ada satu cerita mamat ni terlambat balik, jaga penjara tak bagi masuk. LOL.

Pastu, PM dia orang yg sama bertahun2 lamanya (errr... Malaysia pun sama jgk kan?). Tapi di Iceland sebab tak de orang yang nak contest jawatan tu. BTW, Iceland lagi hijau dari Greenland.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 10:57 AM | Show all posts
tetibe rs nk pindah iceland
msti aman2 adja konsepnye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.094998 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list