CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tikatikut

Keseraman dan Kesurupan!!!

[Copy link]
 Author| Post time 22-8-2014 01:40 PM | Show all posts
Pet: Tayanggggggg!!!!!!!!!

Aku: Alamak!!!! Dia passed out pulak!! Pet ambik air atas meja tu kita try dulu…

Pet: Yang ini ka ba?? Bulih ka?

Aku: Bulih ba…kalau kau!!! Cepat!!!

*renjis..renjis…renjis..*

Tayang: uhuk!! Uhukkk!! *pandang kiri-kanan* warghhhhh Tikut…..aku nampak hantu weyhhh…..*sambil takup muka dekat belakang badan Tikut* Eh..apehal bau neskepi muka aku ni… Korang simbah aku ngan air neskepi ke gileee????

Aku: Alaahhh..kira halal lah….darudat..pergi je la lap muke kok at sana…aku tengah berfikir ni…

Pet: Tikut ba…kau rasa..setan tu suda pulang ka?

Aku: Eh..manelah aku tau..tah2 ade lagi dekat luar tu…Tayang kau ok x?

Tayang: Ok..

Aku: Apehal tetibe pengsan…ape kau nampak…

Tayang: Aku ngintai tadikan..belah dalam ni…sekali dia pon ngintai aku beb dari luar…mata dia merahhh!!!

Pet: uuuuuuu Tikut…aku mo balik rumah la Tikut….seram ba..

Tikut: Jom kita pergi rumah warden nak? Aku x berani la nak tidur bertiga je malam ni..

Tayang: whoaoooo sori beb..aku x nak keluar..gile kau….aku takut lah..kite stay bilik je…standby Yasin
papehal kita baca Yassin je..

Aku: Pishang..kena ambik wudhu jugak beb…

Tayang: Alamak!!!

ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!
ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!

Kami bertiga: Ohoiiiiii!!!!!!

Aku: Wey bertambah takut la cam ni weyh..siapa yang terjerit-jerit tu..

Tayang: Macam dari level bawah ni..

Pet: Setan suda pigi bawah ka beb??

Aku: Pet kalau merepek bagi la kat kau…jom tengok nak..

Tayang: Tak nak!!! No..no..no..!!!

Aku: Chill la Tayang..tu dengar suara orang riuh rendah..mesti dah jadi sesuatu tu..jom la..

Aku..Pet..dan Tayang yang beraroma neskepi pun bergerak menghampiri pintu. Tombol kami pulas perlahan. Kelihatan di luar bilik..student-student lain sibuk ada yang berlari-lari anak..ada yang bercakap di telefon..kami menghela nafas lega…

Aku menghampiri salah seorang senior:

Aku: Cici…ape kes..aku dengar suara pompuan menjerit

Cici: Haah..Emily la yang menjerit tu..diorang kata dia kena rasuk..

Aku: Serius?

Cici: Eh tak la..aku gurau je..Emily menjerit sebab dia nak terberanak….

*Cici pun blah dari situ..*

Aku: Hek eleh…tanya pon emo ke...pffftttttt

Pet: Ba jum pigi tengok Emily..

Kami pun berjalan menghampiri bilik Emily, kelihatan ramai student mundar mandir…mungkin takut dengan jeritan tadi..mungkin nak kepochi..mungkin nak enterprame..mungkin…mungkin..dia sendiri x tau apa fungsi kewujudan dia atas bumi ni..mungkin…

Sesampai di bilik Emily, kami mengintai habis satu bilik berterabur..beberapa student sedang memegang Emily dan warden pula sibuk membaca yassin..

Extra 1: Encik …encik warden…ostaz dah sampai…

Warden: Ha bawa Emily pergi surau biar kita semua ke sana tolong ape yang patut..

Kami? Tak..kami tak ikut ke surau..entahla kenapa tak tergerak pula hati nak ke surau tu..huhuhu

Warden: Ha kamu bertiga..jom ke surau sekali..

Aku: Warden pergi dulu nanti kami turun..nak naik ambil wudhu…

laju je mulot aku membohong..hahaha jawapan nak selamat..yang sebenarnye kitorang takut nak pergi..takut tersampuk..cukoplah bagi aku si Tayang kena sakat..kesian aku tengok dia..

Tayang: Err warden…kami sebenarnya dah dikacau 2 hari berturut-turut..apa yang kami perlu buat?

Warden: Kena kacau? Dengan siapa?

Tayang: susah nak cakap la warden…kami sellau diekori perempuan berbaju kurung putih dan bertudung putih..

Warden: Melati….

Kami bertiga: Apa warden..??

Warden: tak ada apa-apa..tak pelah malam ni kita tolong Emily dulu..

Kami bertiga: Ok warden..

Kami bertiga pun pulang ke bilik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2014 02:30 PM | Show all posts
best banar cerita kau ...bah cepat tah  sambong
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 02:37 PM | Show all posts
Melati?? Whoizz melati...kamong...sambung la lagi..lunch hour kan panjang...hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 02:41 PM | Show all posts
lagi lagi lagi....... bestnyaa... cepat2 update tt.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 03:59 PM | Show all posts
update!!..huhuhuhu x sabo nak bace sambungan best la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 05:03 PM | Show all posts
lagi lagi lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-8-2014 05:42 PM | Show all posts
huitt kesiannye ramai tunggu..sori2 aku ada meeting tadi....ok2 aku sambung..jap ye..type dulu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2014 06:21 PM | Show all posts
Esoknya kami dimaklumkan bahawa pihak universiti akan mengadakan perjumpaan tergempar untuk pelajar-pelajar junior. Kami pun berkira-kira kenapa agaknya kami dipanggil.

Pet: Ba…Tayang la ni..bercinta sangat ba..kena panggil suda kita sama management

Tayang: Aku sorang ke bercinta…bukan aku buat benda tak elok pongggg…

Aku: Eh..dahla..x payah bising-bising..pening la kepala aku dengar….

Extra 2: Okeyh, Assalamualaikum dan selamat tengah hari kepada semua pelajar yang menghadirkan diri. Pada hari ini, tujuan utama kamu semua dipanggil adalah untuk kita mengadakan sedikit sesi perbincangan tentang isu yang sedang hangat terjadi di kampus kita. Oleh itu saya menjemput En. Ramli untuk memulakan sesi perbincangan kita pada hari ini.

En. Ramli: Assalamulaikum semua, sebelum kita terus ke bahagian perbincangan, izinkan saya untuk berkongsi suatu cerita dengan pelajar-pelajar semua. Sebagaimana yang kalian tahu, sebelum kampus ini dinaiktaraf menjadi university, ianya hanyalah institut pelajaran tinggi yang biasa. Saya sendiri tidak terlepas dari menjadi pelajar di sini pada masa sebelum university ini dinaiktaraf lagi. Mungkin pelajar-pelajar ada pernah mendengar cerita tentang Melati..

*Dewan kuliah kedengaran agak riuh rendah..kami berpandangan sesama sendiri..En. Ramli kelihatan tersenyum*

En. Ramli: Nampaknya ada yang pernah dengar…betul ke?

Kami bertiga: Takkkkkkkkkkkkk

En. Ramli: Ohhh masih ada yang belum pernah dengar. Baiklah Melati merupakan pelajar yang cantik dan sangat pintar. Dia juga merupakan bekas pelajar di sini pada satu ketika dahulu. Malah dia merupakan senior saya. Kehidupan harian Melati sama seperti anak-anak muda yag lain, ke kuliah bersosial dan bergembira. Melati mempunyai seorang kekasih.

*En. Ramli kelihatan seperti berfikir seketika..dahinya sedikit berkerut..mungkin sedang memikirkan butir kata yang sesuai untuk disampaikan..*

En. Ramli : Entah di mana silapnya, Melati dan kekasihnya terlanjur dan Melati di dapati hamil. Melati amat gusar, kerana dia sedar sekiranya pihak university dapat menghidu perbuatannya ini, mungkin mereka akan diambil tindakan. Melati pulang ke kampong, untuk berbincang dengan ibu bapanya supaya dirinya dikahwinkan segera dengan kekasih pilihan hati. Tetapi, malang bagi Melati, orang tuanya tidak bersetuju malah telah membuang beliau dari keluarga.

Perbuatan Melati amat memalukan mereka. Mereka meminta supaya Melati menguruskan diri sendiri dan jangan pulang ke rumah kerana tidak sanggup menanggung aib. Melati hampa dan kecewa. Dengan perasaan yang berbaur, Melati pulang ke kampus..meratapi nasib diri. Melati cuba berjumpa dengan kekasihnya untuk diajak berbincang. Tetapi, kekasihnya tidak mengaku bahawa anak yang dikandung Melati adalah anaknya. Malah dia menuduh Melati perempuan murah kerana telah hamil anak luar nikah.

*Ketika ini kelihatan air mata bergenang di mata kami bertiga..suara En. Ramli juga berubah..sedikit bergetar..*

En.Ramli: Melati pulang ke biliknya di hostel lama dengan hati yang teramat pilu. Seharian dia duduk di dalam bilik dan meratapi nasib diri. Dia cuba mengadu kepada kawan-kawan untuk mendapatkan semangat. Tetapi, agak memilukan apabila mereka semua semakin menjauhi Melati. Melati terseksa. Tiada siapa yang sudi menghulurkan bantuan. Mereka memulaukan Melati dan menganggap dirinya sebagai perempuan jahat. Perasaan Melati semakin tertekan apabila memikirkan nasib diri dan juga nasib bayi yang dikandungnya. Pada satu hari, apabila semua rakan-rakan bilik telah ke kuliah, Melati nekad. Melati nekad menghabiskan riwayat hidupnya di dalam bilik tersebut. Melati menggantung dirinya di kipas bilik. Ketika kejadian, Melati memakai baju kurung putih dan tudung seperti mana yang mungkin sesetengah pelajar pernah ternampak.

Kisah kematian Melati menggemparkan pihak kampus. Mayatnya dihantar pulang ke kampung dan diuruskan oleh keluarganya. Kekasih Melati menghilangkan diri, tidak tahu sama ada dapat dicari pihak polis atau tidak. Namun ada yang mendakwa, roh Melati masih tidak mahu meninggalkan kampus ini dan berlegar-legar mengganggu pelajar terutamanya lelaki. Di sini, ingin saya tegaskan bahawa roh mati sudah tidak bersama kita, yang menyerupainya adalah syaitan yang selalu ingin menyesatkan anak-anak Adam. Pernah seorang ustaz dipanggil dahulu untuk menghalau syaitan tersebut dari berterusan mengganggu pelajar dan mengaibkan Melati. Usaha tersebut berjaya.

Namun, setelah kes kerasukan yang berlaku semalam, pihak kampus dapati, ada segelintir pelajar yang tahu cerita tentang Melati dan telah melakukan pemujaan untuk memanggil roh beliau pada beberapa minggu yang lepas. Hasilnya mereka telah Berjaya memanggil syaitan menyerupai Melati dan membuat kekacauan di kampus ini. Oleh itu, pihak university akan mengambil tindakan kepada pelajar-pelajar tersebut dan semua pelajar diarahkan untuk mengosongkan hostel pada hujung minggu ini, kerana kami terpaksa ‘membersihkan’ kawasan ini dari terus menjadi gangguan syaitan.

Ingatlah tiada faedahnya kamu memjua roh kerana tiada satu kebaikan pun terdapat hasil dari perbuatan kamu itu. Kamu malah boleh dikategorikan sebagai syirik dan khurafat dan mendapat murka dari Allah s.w.t. Selain itu, ingatlah, jangan lah terlalu asyik bercinta ketika di sini. Kejarlah cita-cita kamu dan banggakan lah ibu bapa kamu di kampong. Fikir tentang segala impak yang akan berlaku di atas setiap perbuatan kamu dan jangan sampai memalukan keluarga. Oleh itu, saya pohon sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Melati dan supaya rohnya diampunkan Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

*Barulah kami tahu apa yang mengganggu kami selama ini..dan dengan rasa rendah hatinya kami bertiga menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Melati..bagi kami mungkin apa yang telah dilakukan beliau salah, tetapi orang-orang disekelilingnya yang tidak membantu beliau ketika dalam kesusahan adalah lebih kejam…*

Al-Fatihah untuk Melati @ Mell
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2014 06:22 PM | Show all posts
follow~

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2014 06:40 PM | Show all posts
kupetik posted on 22-8-2014 06:22 PM
follow~

eh..kucen ni aku gune as gambar dp fb aku..hehehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 07:00 PM | Show all posts
nasib baik aku baca thread ni lepas tt dah habiskan cerita kalau tak mesti tak sabar.

scary betul. sedih baca kisah gadis tu. aku pun tetiba bangun jap gi pasang lampu, luar dah makin gelap sbb nak masuk maghrib..

btw best la cite tt ni. cara penulisan pun menarik. korang ni kelakar. boleh buat watak dlm novel. ganas betul tt baling bantal kat muka tayang. tak berhenti aku gelak part tu. comel betul pet. nyorok dlm toto smbil type msg.

takde cite lain dh ke tt?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2014 07:06 PM | Show all posts
mystica posted on 22-8-2014 07:00 PM
nasib baik aku baca thread ni lepas tt dah habiskan cerita kalau tak mesti tak sabar.

scary betu ...

hahaha kawan-kawan saya yang 2 ketul tu memang macam tu..Tayang ganas..dia lagi ganas dari saya..Pet pulak memang mcm tu..salah satu habit buruk dia..suka gesel2 hidung dekat bahu kitorang..eee rimas tau!! macam kucen..hahaha..tapi diorang memang baik..saya dekat sana diorang jelah yang uruskan..nak balik sini..belikan tiket flight..hantar ke airport....sekarang tinggal kenangan..lama betul tak jumpa diorang..berhubung dekat fb je...

InsyaAllah ada banyak cerita-cerita menarik yang bakal menyusul..Kalau terlebih rajin, malam ni saya update barang satu dua cerita..okeyhh..

Trimas kerana menyukai cerita saya..malu ahhhhh iteeewww..heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 07:15 PM | Show all posts
tikatikut posted on 22-8-2014 07:06 PM
hahaha kawan-kawan saya yang 2 ketul tu memang macam tu..Tayang ganas..dia lagi ganas dari saya..P ...

untung dapat kawan2 yg baik mcm tu. comelnya pet ni.

thanks tt. cant wait.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 09:06 PM | Show all posts
ada guna jem la. kita geng
keep it up.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2014 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
skalar posted on 22-8-2014 09:06 PM
ada guna jem la. kita geng
keep it up.

Ahahaha..aku ade bace ko punye thread...memang best..jammed!! Hahah
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 12:29 AM | Show all posts
untuk perempuan2 kat luar sana, yg mana membaca post ini ataupun tidak, sekadar pengetahuan berdasarkan pengalaman saya. sekiranya berhadapan dengan situasi histeria atau berjangkit, dinasihatkan utk tidak berasa TAKUT dan cuba TENANG. itu salah satu cara yg dapat membantu. of courselah kita akan rasa takut, takkan bila histeria kita nak rasa gembira pulak kan. tapi kalau boleh cuba sedaya upaya untuk tidak berasa takut dengan cara bersikap tenang, menarik nafas dalam supaya jangtung tidak berdegup dgn terlampau kencang. dan jangan takut sampai rasa beku dan biru kerana ketika ini adalah saat yg paling bahaya. ketika ini adalah semangat anda telah digugat dan sekiranya ini berlaku, maka senanglah kerja2 makhluk halus ini menghasut dan memasuki badan. sekadar perkongsian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2014 01:34 AM | Show all posts
Elok2 jalan cerita seram pastu jadi sedih
Apepun jalan penceritaan yg mantap dan agak gila2 sikit
Hapdet lagi ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2014 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
AslanZalaf posted on 23-8-2014 12:29 AM
untuk perempuan2 kat luar sana, yg mana membaca post ini ataupun tidak, sekadar pengetahuan berdasar ...

Thank you for the info...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2014 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Sweetnye posted on 23-8-2014 01:34 AM
Elok2 jalan cerita seram pastu jadi sedih
Apepun jalan penceritaan yg mantap dan agak gila2  ...

Hehehe..memang sedih...apepun..Melati tak ganggu kami dah lepas tu..ha x tau la kalau next sem nya budak2 ade buat ritual coz next sem nya saya sudah pindah ke u yg lain..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2014 12:45 PM | Show all posts
Cerita 2: Arwah Limah


Cerita ni aku tak experienced, yang experienced cerita ni adelah mak aku. Kiranya cerita ni aku dapat dari mak aku lah. Mak aku dan Mak cik Limah ni sepupu. Menurut kata mak aku, Mak cik Limah ni cantik, memang menjadi rebutan jejaka kampong la kekdahnya.

Tapi Mak cik Limah ni pulak bukan jenis melayan sebab bapaknye yakni atok sedara aku adalah teramat garang.. Orang lalu senyum dengan anaknye, anaknye yang dibantai..boleh?? Oleh sebab kan situasi ini, Mak cik Limah aku banyak berkurung dalam rumah.

Tapi nak dijadikan cerita dan punca kepada sebab musabab aku menulis cerita ni, pada satu hari bertemu lah Mak cik Limah dengan jejaka kampong yang sangat kacak. Aku namakan dia Romzi lah ye..pasal aku pon tak tau namanya sape…

Macam mana kekdah nye mereka berjumpa tak pulak mak aku ceritakan, mungkin beliau pon tak tau sangat la macam mana boleh terjumpa sedangkan Mak cik Limah ni duduk rumah je..adelah tu…mungkin time ikot mak dia pergi pasar ke, time tengah menyapu sampah kat laman ke..time mak suruh pergi kedai runcit beli barang ke…mungkin la kan….sebab dulu mana ada fb ke wasapp ke nak search2 awek within range ni kan

Makanya, bercinta sakan la Makcik Limah ni dengan pakwenye Romzi. Sehinggalah percintaan hangat mereka dapat dihidu atok sedara aku ni..ape lagi..amukan puaka la orang tua tu..

Atok : Hey Limah, betul ke aku dengar orang-orang kampong bercerita pasal kau ni?

Mak Cik Limah: Cerita apa pak? Limah tak faham apa yang bapak cakap..

Atok: Kau jangan nak berpura-pura baik…Orang kampong mengadu ada ternampak kau berdua-dua an dengan si Romzi pekerja buruh kontrak tu dekat kedai Wak Nazri!!! Apa betul cerita yang aku dengar ni???

*Nafas atok kelihatan turun naik..kembang kempis hidungnya cuba mengambil nafas..urat-urat dikepalanya kelihatan  tegang..mukanya berona merah..Mak cik Limah pula mula menangis..takut dirinya dibantai lagi..malu lah dekat orang kampong, sudah besar panjang masih diterajang macam budak kecik..*

Mak Cik Limah: Betul Pak, saya berkawan dengan Romzi..ta

PANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!

*Sebuah penampar keras padu dan laju hinggap di pipi gebu Mak Cik Limah..terserepuk beliau di celah-celah kerusi rotan nekngah..*

Nekngah: Sabar la..kenapa nak dipukul-pukul? Budak dah besar..bukan mengandung anak haram pon!!!

Atok: Nak kena tunggu beranak haram baru nak pukul?? Cam tu?? Hey Limah..kau dengar sini ye….aku nak kau jangan berkawan lagi dengan budak papa kedana tu..Kau gatal sangat nak berlaki..aku bagi kau laki..tapi laki kau..aku yang pilih!!!

*Tiada berdaya Mak Cik Limah melawan, hanya tangisan menjadi peneman hinggakan dia tertidur akibat penat menangis gamaknye*

Mak cik Limah telah mengirimkan sepucuk surat kepada Romzi menyatakan duduk perkara yang telah berlaku dan meminta untuk memtuskan hubungan. Makan hati ye kawan-kawan Mak cik Limah ni, sampai kurus mak aku cakap memendam rasa. Sampailah satu hari, tiba-tiba Mak Cik Limah hilang. Sepucuk nota ditinggalkan di dalam bilik ..

Assalamualaikum mak dan bapak..

Limah minta maaf terpaksa ambil keputusan begini, mungkin keputusan Limah memalukan mak dan bapak..Tapi Limah betul-betul sayangkan Romzi dan Limah tak dapat bayangkan hidup dengan orang lain yang Limah tak sayangi. Ampunkanlah Limah, halalkan makan-minum. InsyaAllah nanti kita berjumpa lagi.


Nekngah sudah terjelepuk, meraung meratapi kehilangan anak gadis kesayangan. Tokngah mengetap bibir..

Atok: Biadap!!!!

Bermula hari tersebut, sesi menyiasat kehilangan Mak Cik Limah giat dijalankan. Tokngah tak duduk diam, ke hulu dan kehilir mencari anak gadis kesayangan. Sehinggalah suatu hari Mak cik Limah ditemui di rumah kakak kepada Romzi.

Perbincangan dijalankan..

Tokngah: Beginilah Romzi, jangan lah kau bawak lari Limah dari kami. Kalau betul kau nak memperisterikan Limah, datanglah ke rumah kami dengan rombongan meminang. Pak cik sedia terima pinangan kau. Asalkan Limah tak terpisah dari kami lagi

Romzi: Saya minta maaf pakcik kerana berkelakuan begini, saya takut kehilangan Limah. Baiklah pakcik pulanglah dulu dengan Limah. Hujung minggu saya akan bawakan rombongan meminang untuk meminang Limah. Terima kasih pak cik.

Maka Tokngah pun membawa Mak cik Limah pulang ke rumah. Gembira lah hati Mak cik Limah ni ye kawan-kawan. Tak sabar rasenye hati menunggu rombongan meminang tersebut.

Tiba hari yang dijanjikan, tibalah rombongan meminang Romzi ke rumah tokngah. Semua kelihatan ceria dan tokngah menjemput keluarga Romzi untuk naik ke rumah.

Ayah Romzi: Assalamualaikum, tibanyan kami hari ini ingin menyunting bunga di taman untuk dijadikan suri hati anak lelaki kami Romzi. Bagaimana pendapat keluarga si perempuan?

Tokngah: Nak meminang anak aku buat bini anak kau yang biadap tu!!! Hey langkah mayat aku dulu!!!

Semua yang hadir terkejut mendengar jerkahan Tokngah.

Ayah Romzi: Apa ni Romzi? Kau kata orang tuanya yang suruh masuk meminang??

Tokngah: Kau balik bawak anak kau yang kurang ajar ni..cermin muka sikit ye..harta apa yang kau ada nak sara anak aku?? Pasir??? Berambus sekarang dari rumah aku…!!! Berambus!!!!!!

Romzi menepis cawan berisi kopi di atas meja.

Romzi: Mak!! Jom kita balik!! Tak mati saya tak dapat anak orang tua gila ni!!

Mak Romzi: Encik Saad (Tokngah) ingat ye..terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata, buruk padahnya….

*Maka rombongan Romzi pun beransur pulang dengan perasaan kecewa dan malu. Sesampai di halaman rumah Tokngah, kelihatan sebuah van masuk dan turunlah beberapa orang manusia. Kelihatan seperti rombongan meminang juga*

Tokngah: Hey celaka!! Kau tengok siapa yang datang meminang anak aku!! Bandingkanlah dirinya dengan kau..apa yang kau ada? Tak tau malu..hidup tak beradap larikan anak dara orang..dasar keluarga tak tau malu!!! Keturunan tak tau malu!!!!!!!

Keluarga Romzi lekas-lekas masuk ke perut kereta dan meninggalkan perkarangan rumah Tokngah….

Bersambung…
Last edited by tikatikut on 25-8-2014 06:47 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.068681 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list