CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tikatikut

Keseraman dan Kesurupan!!!

[Copy link]
Post time 23-8-2014 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm baca novel.. Sambung jgn tak sambung TT.. Heheheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2014 01:16 PM | Show all posts
nak lagi ... buleh?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 09:08 PM | Show all posts
lagi2!!!!! wah!
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan pun hilang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2014 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
me_ai posted on 23-8-2014 10:41 PM
Sambungan pun hilang...

Haha bawak bersabar nyah..mak memang nak hapdet lagi hari ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2014 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
hajimex posted on 23-8-2014 09:08 PM
lagi2!!!!! wah!

Jyeahhhhh..mari hapdet!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-8-2014 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
mialunar posted on 23-8-2014 01:16 PM
nak lagi ... buleh?

Bolehhhh..sikijap aaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2014 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
mimiera posted on 23-8-2014 01:15 PM
Mcm baca novel.. Sambung jgn tak sambung TT.. Heheheh

Uittss mcm baca novel..wahh bolehla aku berjinak2 merpati dalam penulisan novel plak...theehehehe..kembang kempis aku org puji..heheh time kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2014 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan mak limah please
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2014 12:45 PM | Show all posts
sila sambung secepat yg mungkin
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2014 01:38 PM | Show all posts
sambung please!!..
excited ni bace...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2014 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Alamakkk... kesabaranku teruji lagi. Kestiman melayan cerita tlh dpotong.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2014 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak update pun hilang.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2014 10:29 PM | Show all posts
hahahaha......mahaplah....kesurupannnn!! org datang beraya..agak tidak molek aku mengendong laptop dikala tetamu dtg beraya..tak gitu...hahahah..okeyh la..


KESINAMBUNGAN...

Mak Cik Limah: Bapak!!!!! Kenapa bapak buat macam tu?? Ape dosa saya??

Tokngah: Maknye!!! Ambil anak kau ni sebelom aku terajang dia depan tetamu. Dasar anak dara tak tau malu…!!! Gatal nak berlaki!!

*Mak cik Limah menangis semahu-mahunya. Dia rasakan dirinya kosong dan dianiaya. Atas nasihat nekngah, Mak cik Limah menerima pinangan dari pilihan hati ayahnya dengan hati yang teramat berat.

Sementara itu, di rumah Romzi..

Ayah Romzi: Hey Romzi!!!! Ayah malu kau tau!! Kenapa anak dara si gila tu jugak yang kau nak kan sangat?????

Romzi: Anaknya baik…

Mak Romzi: Baik tapi berbaloike kau terkejar-kejar anaknya?? Bapaknya hina kita macam kita tak ada muka tau!!! Mana aku nak letak muka sekarang????

Romzi: pftttttt…

Mak Romzi: Tak apa aku tau macam mana nak uruskan hal ni..

Mak Romzi agak terkenal dengan aktiviti- aktiviti mak esah telah mula merancang sesuatu. Dia tersenyum sendirian.

Pada malam tersebut, Mak Romzi pun ke rumah member yang sekutu dengannya dan expert dalam membuat perjanjian-perjanjian manis dengan setan ni.

Tok Bomoh: Kau lagi Mak Romzi? Dengan siapa lagi yang kau tak puas hati?? Baik kau belajar je la ilmu hitam ni..senang kau buat sendiri..tak payah la kau datang sini selalu..aku pon da naik fedap tengok muka kau..

Mak Romzi: Jangan macam tu Tok Moh..saya ni bagi bisnes kat Tok Moh..

Tok Bomoh: Yela…ape kes kali ni?

Mak Romzi: Macam ni Tok Moh, anak saya si Romzi tu dah berkenan kat seorang anak dara kampong ni, tapi pinangan kami ditolak. Bapak perempuan tu nak kahwinkan anaknya dengan orang lain. Dah la tu, kami diaibkan pulak depan rombongan meminang lelaki tu. Tu la saya datang, kalau boleh nak buat kasi habis la perempuan tu. Anak saya tak dapat, jangan harap orang lain dapat!!! Biar bapaknye yang kurang ajar..sombong tak tentu pasal tu merana..makan hati..

Tok Bomoh: Kerja senang..ada bawak apa-apa barang kepunyaan perempuan tu, nak lagi bagus barang yang melekat kat badan macam rambut ke..kuku ke..

Mak Romzi: Ada Tok..ni rambut dengan sikat budak perempuan tu punya ditinggalkan kat rumah kakak si Romzi. Pakai rambut je..boleh jalan ke Tok Moh??

Tok Bomoh: Kau jangan tak tau, rambut ni aku akan puja dan akan bacakan mantera dan aku akan tanam dengan mayat orang mati berdendam. Semoga dendam kau akan buat perempuan ni mati!!

Mak Romzi tersenyum riang setelah mendengar perkhabaran Tok Bomoh.

Seminggu sebelum perkahwinan Mak Cik Limah dengan pilihan hati Tokngah. Mak Cik Limah mula menunjukkan penurunan tahap kesihatan yang agak membimbangkan. Seluruh badannya lebam-lebam seperti dipukul. Muntahnya berdarah berketul-ketul.

Mak Cik Limah: Mak…orang sakit mak….

Nekngah: Petang ni kita pergi hospital ye..

Mak Cik Limah: *menangis* Tak nak mak…dah berapa kali doktor ambik darah orang..doktor tak jumpa orang sakit apa mak..tolonglah orang..bisa…Mak kenapa Ngah Nomi kat pintu ejek-ejek orang mak..dia tak tau ke orang sakit..

Nek Ngah: *Pusing ke pintu* Air matanya berlinang…nanti mak marahkan Ngah Nomi kau tu ye..

*Nek Ngah bangun menuju ke pintu, di situ dia menangis semahu-mahunya. Ngah Nomi tiada di situ. Memang sejak sakit, Mak Cik Limah kerap mengadu ahli keluarga datang sama ada mengejek ataupun membuat muka bengis kepadanya*

Tok Ngah: Semua ni salah saya..

Nek Ngah: Abang..jomlah kita bawak Limah berubat kampong bang..ini bukan sakit moden..silap-silap anak kita kena buatan orang ni bang…*menangis dengan lebih kuat*

Keesokannya, Mak cik Limah dibawa ke seorang ustaz di kampong.

Tok Ngah: Ustaz, tolong lah tengok kan anak saya ni, badannya lebam-lebam sana sini, makin kurus, selalu meracau ada ahli keluarga kacau dia, padehal tak ada sesiapa. Puas saya bawak ke hospital, ambik darah semua, tapi doktor tak dapat kesan sakit apa.

Ustaz: *memandang tajam Mak Cik Limah* Ini kes berat, tak apalah..saya cuba mana yang termampu.

*Ustaz membaca beberapa potong ayat Al-Quran dan dihembuskan di dalam air*

Ustaz: Lusa datang lagi. Kita mandikan dia dengan air yang saya tawarkan nanti

Tok Ngah membawa pulang Mak Cik Limah ke rumah. Keesokannya Mak Cik Limah menunjukkan perubahan positif. Dia mula sudah mahu makan dan minum. Berikutan perubahan positif Mak Cik Limah, Tok Ngah telah memtuskan untuk membuat kenduri kahwin secepat mungkin, tidak bertangguh. Segala persiapan diteruskan dan maka sibuklah seisi keluarga membuat persiapan perkahwinan Mak Cik Limah. Sehinggakan mereka terlupa akan pesan ustaz tersebut untuk membawa Mak Cik Limah sekali lagi untuk berubat.

Hari perkahwinan pun telah tiba dan majlis diadakan dengan besar-besaran.

Semua orang berpusu pusu untuk melihat kecantikan Mak CiK Limah. Tidak berapa lama Mak Cik Limah dan suaminya naik ke pelamin, suasana bertukar menjadi kelam, awan mendung datang secara tiba-tiba disertakan dengan angin ribut. Beberapa barang termasuk lapik meja dan kerusi-kerusi plastik lintang pukang ditiup angin yang kuat.

Mak Cik Limah dilihat menundukkan muka. Kedengaran beliau menangis perlahan. Beberapa orang ahli keluarga terdekat cuba menenangkan Mak Cik Limah, tetapi tidak Berjaya. Seketika kemudian, Mak Cik Limah diserang sawan. Mulutnya berbuih dan matanya tegak terjegil ke atas. Suasana panik menyelubungi rumah Tok Ngah ketika itu. Mak Cik Limah dibawa masuk ke bilik dan majlis tergendala akibat insiden tersebut.

Bersambung…
Last edited by tikatikut on 25-8-2014 06:42 AM

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2014 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok...ada dh...sambunga...kpg bersambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2014 11:03 PM | Show all posts
heheh ade lagi ni..tengah type..kejap ye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2014 11:27 PM | Show all posts
TT tido dh ke???
Nk kol doblas dh ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2014 11:32 PM | Show all posts
Mak Cik Limah kemudian dikejarkan ke hospital akibat sawan yang agak teruk. Beliau ditahan wad akibat dari perkara tersebut. Nek Ngah meneman anaknya itu di hospital.

*Pada malamnya*

Mak Cik Limah: Hik..Hik..Hik…

Nen Ngah: Limah kenapa ni nak?

*Mak cik Limah baring membelakangkan Nek Ngah sambil ketawa perlahan.*

Mak Cik Limah: Mak.. Romzi datang ni nak jumpa orang. Abang Romzi salam la mak..

*Meremang bulu roma Nek Ngah. Ape taknya di dalam bilik tersebut hanya tinggal Nek Ngah dan Mak Cik Limah. Tiada yang lain.

Nek Ngah: Limah mengigau kot….tidurlah dah malam ni..

Mak Cik Limah: *suara garau* Limah tak mengigau..

Nek Ngah: *menahan tangis dek kerana ketakutan* Tidur ye nak..jangan macam ni, nanti Limah sakit lagi.

Mak Cik Limah: Hahahahahaha!!! Kenapa Rahmah?? (nama Nek Ngah) kau takut???

*Serentak bau bangkai memenuhi ruang bilik hospital tersebut*

Nek Ngah: *mula membaca ayat Qursi*

Mak Cik Limah: Panas bodoh!! Aku Panassssssssssssssss!!! Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!! Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!

*Nek Ngah belari keluar bilik mencari doktor, beliau kemudiannya datang semula ke bilik berkenaan bersama doktor dan beberapa orang jururawat*

Keadaan Mak Cik Limah semakin membimbangkan. Beliau menjerit-jerit dan meracau-racau. Doktor cuba menenangkan beliau, tetapi tidak berhasil. Kelihatan kemudian Mak Cik Limah duduk di satu sudut dan mula mengigit-gigit kuku jari tangan sambil ketawa kecil..

Mak Cik Limah: Hik hik hik..hik..hik…..Kau takut Rahmah…

Doktor kemudian memutuskan untuk menyuntik ubat *x pasti ubat apa* tapi yang pasti, Mak cik Limah mula lemah dan tertidur selepas itu, luka-luka di jarinya dirawat doktor.

Doktor: Mak Cik, esok boleh bawak la Halimah keluar dari hospital. Dia tak sakit apa-apa makcik. Hasil pemeriksaan kami dari dulu memang membuktikan Halimah tidak mengidap sebarang penyakit. Bawaklah dia untuk berubat kampong. Kat sini tak ada penawarnya makcik…

Malam itu, memang Nek Ngah tidak dapat melelapkan mata lansung. Esoknya Halimah di bawa pulang ke rumah. Tokngah memutuskan untuk membawa semula Mak Cik Limah ke rumah Ustaz.
Sepanjang perjalanan ke rumah ustaz tersebut, Mak cik Limah hanya menangis dan kekadang kedengaran beliau ketawa kecil..

Mak Cik Limah: Bapak..nak bawak Limah ke mana….heheheheheh…rumah ustaz ye…heeeehahahahahahaha!!!

Tok Ngah: Diam Limah, tak usah nak buat bising..Maknya pegang budak tu kuat-kuat, nanti melompat keluar kereta pulak.

Mak Cik Limah: Hahahahaha!!! Lucu kamu laki bini!! Bodoh!!! Bangang!! Tua kutuk tak sedar diri!!!! Hukhukhukhukhuk….hukhukhukhuk..

Setibanya mereka di rumah Ustaz, Mak cik Limah berterusan menjerit-jerit.

Ustaz: Tak apa bawa dia masuk dalam, saya siapkan air mandinya..

*Mak cik Limah dimandikan dengan air yang telah ustaz siapkan dengan dibantu oleh Nek Ngah, air mandian kemudian tidak dibenarkan untuk dilap, ianya perlu dibiarkan kering sendiri. Mak Cik Limah menangis..*

Mak Cik Limah: Mak..sakit mak..tolong orang mak…ada lelaki badannya besar hitam selalu perhatikan orang..orang takut mak…tolong orang..hukhukhuk

Ustaz: Bawa air ni pulang. Berikan setiap hari dan kalau boleh sekerap yang mungkin. Anak awak ni dah terkena dengki khianat orang. Orang tu nak buat Halimah ni mati. Tapi ajal maut di tangan Allah. Apa yang kita mampu kita usahalah. Halimah, jangan tinggal solat, perbanyakkan baca Al-Quran dan ayat-ayat Ustaz dah ajar tadi. Jangan leka dan jangan terlalu layan perasaan..banyakkan berdoa kepada Allah supaya awak cepat sembuh.

Halimah pun di bawa pulang. Seperti yang sebelumnya, selepas berjumpa ustaz tersebut, Halimah kelihatan ‘sihat’. Boleh makan dan minum sendiri, tidak menangis..tidak meracau.

Adik Halimah, Kamalia yang beranak kecik, pulang ke rumah Nek Ngah untuk melawat kakaknya. Sebagai adik, dia turut terkesan dan terganggu dengan nasib yang menimpa kakaknya.
Di malam hari, di kala Kamalia sedang menyusukan anaknya sambil menonton TV..

*Krikkkk……Krikkkkkkkkkkkkkkkkkkk…krikkk….*

Bunyi tersebut datang dari alang-alang rumah. Dengan penuh debar, Kamalia mendongak kearah bunyi tersebut. Alangkah terperanjatnya beliau apabila melihat Mak Cik Limah sudah menyangkung di atas alang-alang tersebut dan di dalam posisi seperti hendak menerkam Kamalia dan anaknya.
Kamalia: Allahuakbarrrrrrrrrrrrrr!!!! Abangggg!!!! Bapakkkkkk!!!!!

Bergegas semua turun ke ruang tamu mendengarkan jeritan Kamalia. Sementara itu, Mak Cik Limah menyeringai sambil rambutnya yang kerinting halus digerbangkan. Kelihatan beliau ketawa kecil.

Suami Kamalia: Hey turun kau!!!!

Mak Cik Limah: Aku tak pandai turun..* tersengeh-sengeh*

Suami Kamalia: Naik pandai, tak kan turun tak tau!!!! Turun sekarang!!!!

Mak Cik Limah: Betul..aku tak tau..hikhikhik..

Suami Kamalia: Aku jolok kau nanti dengan batang mop ni sampai kau tertonggeng ke bawah..Jangan paksa aku..!!

Mak Cik Limah: Tadi naik ‘dia’ yang bawak…

Suami Kamalia: Dia siapa????

Mak Cik Limah: Tu….*sambil menunding jari ke arah dapur yang gelap..*

Suami Kamalia: Kau panggil dia suruh bawak kau turun…!!!!

Mak Cik Limah: Dia tak nak…ehh..dia cakap dia nak budak tu..comel…..

Suami Kamalia: Bapak..kita turunkan kakak…

Maka, bersusah payah la dua beranak ni menurunkan Mak cik Limah dari alang-alang tersebut. Suami Kamalia pun melaungkan azan di setiap penjuru rumah dan mereka mula membaca yassin secara bergilir-gilir sehingga keesokan harinya. Tiada siapa yang berani melelapkan mata selepas aksi stunt yang dibuat Mak Cik Limah tadi. Dia mula membahayakan dirinya dan kerap dirasuk. Ini amat merunsingkan hati Nek Ngah.

Nek Ngah: Bang, dah tak ada air mata saya nak tangiskan lagi bang..Apalah nasib Halimah, suaminya pun dah lari tinggalkan dia. Ini balasan untuk kita bang sebab kita dah aibkan orang.

Tok Ngah: Kau rasa aku perlu tak jumpa keluarga Romzi untuk minta maaf.

Nek Ngah: Pergilah bang..tapi jangan pulak dicerita keadaan Halimah sekarang. Nanti Romzi ingat kita tuduh dia pulak yang tuju-tuju si Halimah.Walaupun hati saya kuat mengatakan maknye si Romzi yang buat anak kita macam ni..tapi biarlah..jangan dikeruhkan keadaan..

Tok Ngah: Tau lah aku..

Keesokan harinya Tok Ngah pun pergi ke rumah Romzi untuk meminta maaf.

Tok Ngah: Assalamualaikum..

Ayah Romzi: Wa’alaikumsalam..

*sebaik daun pintu dibuka, ayah Romzi terpempan. Tidak tahu bagaimana hendak be-reaksi dengan kedatangan Tok Ngah tersebut*

Ayah Romzi: Naiklah Saad…

Tok Ngan: Tak payah la Mail, kat tangga ni cukuplah. Aku datang ni sebenarnya nak minta maaf dekat kamu sekeluarga terutamanya Romzi. Aku dah buat salah, aku dah aibkan kamu satu keluarga. Sekarang ni, aku rasa bersalah sangat. Aku harap kamu sekeluarga ampunkanlah aku dan keluarga aku. Aku harap janganlah kamu berdendam dengan kami.

*Suasana sunyi.*

Mak Romzi: Ai….kenapa tiba-tiba pulak ni? Kau ni Saad, mesti tengah dalam kesusahan….kenapa? laki si Limah buat hal ke..ada betina lain ke?

*sinis*

Tok Ngah: Tak ada apa-apa hal Piah, salah ke aku nak minta maaf..

Mak Romzi: Minta maaf tu memang tak salah..tapi dah terlambat…memaafkan mungkin masih lagi kami mampu gagahkan..tapi untuk melupakan..tidak untuk seluruh keturunan kami. Pergilah kau balik. Tak ada apa yang boleh kau dapat dekat sini.

Maka, Tok Ngah pun pulang ke rumah dengan hati yang hampa.Sepanjang perjalanan Tok Ngah menangis. Dia betul-betul menyesal dengan apa yang telah terjadi, terutamanya kepada Halimah.

Bersambung...
Last edited by tikatikut on 25-8-2014 06:35 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2014 12:06 AM | Show all posts
Aneem posted on 24-8-2014 11:27 PM
TT tido dh ke???
Nk kol doblas dh ni..

heheheh nak tido ah ni...ingat nak belanja satu lagi sambungan...tak larat ahhh nantok...  sambung esok je la ye....
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 11:08 AM | Show all posts
bestnye cerite! nak sambungan!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.178471 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list