CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1222|Reply: 5

[Tempatan] Galak Gen Y ternak patin

[Copy link]
Post time 20-8-2014 07:13 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Jabatan Perikanan akan meningkatkan lagi pengeluaran ikan patin sedia ada di sepanjang Sungai Pahang khususnya bagi kawasan Temerloh, Bera dan Pekan melalui Projek Kluster Ternakan Ikan Dalam Sangkar Sungai Pahang.

Pengarah Perikanan Pahang Adnan Hussain berkata, projek itu akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun ini dengan memberikan bantuan sangkar, benih dan makanan ikan kepada penternak yang dikenal pasti.

  Bagaimanapun, katanya, golongan belia diberi keutamaan untuk menyertai projek itu melalui program Agropreneur Muda yang dilaksanakan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam usaha menggalakkan lagi generasi Y menyertai bidang perikanan.

“Melalui projek ini dijangkakan seramai 15 penternak baru akan terbabit dalam aktiviti ternakan ikan patin di Temerloh membabitkan pertambahan sangkar sebanyak 60 unit.

Ini tidak termasuk sangkar milik 45 penternak sedia ada  akan  ditambah sebanyak 180 unit.

“Dengan pertambahan ini, pengeluaran ikan patin di Temerloh dijangka dapat ditingkatkan sebanyak 336 tan metrik setahun bernilai RM4.03 juta,” katanya.

  Setakat ini, seramai 122 penternak ikan patin sangkar di Temerloh berdaftar dengan Jabatan Perikanan dan menghasilkan pengeluaran berjumlah 1,593 tan metrik setahun bernilai RM17.52 juta yang membabitkan 1,668 unit sangkar.

  Adnan menjelaskan, terdapat  beberapa bantuan lain disediakan Jabatan Perikanan negeri buat penternak dari semasa ke semasa.

  Antaranya, khidmat nasihat teknikal kepada semua penternak yang terbabit termasuk dalam bidang pengurusan ternakan, kaedah pemakanan, pensijilan MyGAP, kawalan penyakit dan sekuriti.

  Selain itu, pihaknya memberi bantuan benih dan makanan kepada penternak yang terjejas akibat banjir dan kemarau selain latihan buat penternak di Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok.

Read here: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/GalakGenYternakpatin/Article/index_html

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2014 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus bela kat Selangor Darul Khinzir. Mudah nak dpt bekalan babi
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 02:01 AM | Show all posts
sampai skrg i xtau beza patin mahal n patin murah... pnah bli yg murah tp cm xbest dh le xde isi sgt pun... hmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 03:19 AM | Show all posts
projek ikan patin mmg bagus...tapi dalam malaysia ikan patin bukanlah ikan yg popular paling laku dijual pun. Lebih menguntungkan kalau wat perusahaan udang galah dan sebagainya secara komersil.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 03:20 AM | Show all posts
Saiz Ikan siakap yg dibela di kolam pancing besar-besar...eiii harap takdelah kes macam ikan patin tu..
Aniaya orang betul kalau ada kes macam tu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 08:57 AM | Show all posts
Gen Y patut dibagi tanah bukannya disuruh bela patin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.086501 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list