CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1448|Reply: 25

[Tempatan] Berita biasa. Ranking FIFA, Malaysia turun ke tangga 155

[Copy link]
Post time 20-8-2014 10:49 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Malaysia menduduki tempat ke-155 dalam  ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bulan ini, yang  menyaksikan skuad negara turun empat anak tangga berbanding Julai.

Kedudukan itu berikutan kekalahan skuad Harimau Malaya 1-4 kepada Tajikistan pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Central, Dushanbe, Tajikistan Jumaat lepas.

Menurut senarai yang dikeluarkan Fida, pasukan Malaysia kendalian Dollah Salleh itu berkongsi tempat ke-155 bersama pasukan Puerto Rico.

Malaysia berada di tangga ke-154 pada Januari, 150 (Februari), 141 (Mac), 142 (April), 145 (Mei), 153 (Jun) dan ke-151 dunia pada Julai.

Kedudukan terbaharu itu turut meletakkan skuad kebangsaan sebaris dengan beberapa pasukan seperti Guyana (153), Swaziland (158) serta St. Kitts and Nevis pada ranking ke-159 dunia.

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia turun dua anak tangga untuk  berada di tangga kelima di belakang Filipina (128), Vietnam (139), Singapura (152) dan Indonesia (153).

Di peringkat Asia, Malaysia juga menurun tiga anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-29 daripada 46 negara.

Juara Piala Dunia 2014, Jerman, pula mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,736 mata.

Finalis Piala Dunia 2014, Argentina dan Belanda turut mengekalkan kedudukan sebagai pasukan kedua dan ketiga terbaik apabila masing-masing mengutip 1,604 dan 1,507 mata.

Kedudukan ranking FIFA itu melibatkan 209 negara.            




Last edited by R2D2 on 20-8-2014 10:50 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2014 11:03 PM | Show all posts
sama dengan st kitss and nevis?
muleysia tanah air ku
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah kj
Good job pinky sock
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 11:07 PM | Show all posts
di bawah indonesia dan singapore...
geng2 dengki singapork mesti x bole terima hakikat ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 11:09 PM | Show all posts
tak sampai setahun ni aku rasa baikla si presiden fam ni letak jawatan. takde mendatangkan kebaikan ape2 pun. sama je macam bapak dia pegang dulu. fam ni patut dipegang oleh golongan professional bukannya raja atau kerabat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 11:16 PM | Show all posts
yang saya terkejut bila melihat ranking Filipin adalah lebih baik daripada Vietnam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2014 11:19 PM | Show all posts
Buat lah sistem liga dolu2. State lawan state. Bukan cam sekarang.............contoh: Negeri Sembilan lawan Sime Darby. Bosan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 11:19 PM | Show all posts
sapa mnang mlm ni,msia cup,preliminary round
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2014 11:20 PM | Show all posts
Selayaknyalahkan

Main pun dengan set-set JDT, haruslah jatuh menjunam masuk longkang basah kuyup bau haprak sekalipun.

@peYno sila berdecit...aku bagi permisi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2014 11:21 PM | Show all posts
nanti pengampu akan backing
apa ada pada ranking?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 11:22 PM | Show all posts
bluehedgehog posted on 20-8-2014 11:07 PM
di bawah indonesia dan singapore...
geng2 dengki singapork mesti x bole terima hakikat ni

Singapork Newater.... Singapork bukan manusia tinggal punya....Singapork kiasu....Singapork penindas Melayu.....Singapork curi petrol kita......Singapork komunis......rakyat Singapork beli barangan harian pun perlu datang ke Malaysia......Singapork.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 11:23 PM | Show all posts
There must be something wrong with FIFA's ranking system.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 11:24 PM | Show all posts
BTW, saya ada satu soalan yang benar-benar saya tak faham. Berapakah jumlah negara di dunia ini?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 01:00 AM | Show all posts
spiderman80 posted on 20-8-2014 11:24 PM
BTW, saya ada satu soalan yang benar-benar saya tak faham. Berapakah jumlah negara di dunia ini?

bukan semua negara kat dlm bumi ni main bola bang....

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
sahamboi posted on 20-8-2014 11:09 PM
tak sampai setahun ni aku rasa baikla si presiden fam ni letak jawatan. takde mendatangkan kebaikan  ...

Kau picit je telur KJ tu bagi dia sedar sikit
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 posted on 20-8-2014 11:24 PM
BTW, saya ada satu soalan yang benar-benar saya tak faham. Berapakah jumlah negara di dunia ini?

285 negara termasuk wilayah berpisah daripada soviet union.

Minggu lepas Putin add Wechat akak. Dia ajak candle light dinner.

Akak cakap kalau xbusy ok je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2014 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Cikainye... Kesian
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 01:53 AM | Show all posts
spiderman80 posted on 20-8-2014 11:24 PM
BTW, saya ada satu soalan yang benar-benar saya tak faham. Berapakah jumlah negara di dunia ini?

negara + teritories....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 02:21 AM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 21-8-2014 01:27 AM
285 negara termasuk wilayah berpisah daripada soviet union.

Minggu lepas Putin add Wechat akak. ...

Dah lama saya syak akak ialah Kak Rosmah dan akhirnya misteri ini terjawab.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 02:22 AM | Show all posts
RatuDunia94 posted on 21-8-2014 01:53 AM
negara + teritories....

Haah....berapa kesemuanya?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.560306 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list